:: mereka Terhebat ::

Thursday, April 16, 2009

TAWARAN KE MESIR MENJENGAH TIBA..

alahaii.. aku tengah perasan aku free sekarang ni. padahal aku sangatlah serabut dengan exam yang bakal aku tempuhi tak lama lagi.. menghitung hari..ada lagi 6 hari tau..waa bersediakah aku..? aduss.. tp takpe laa aku akan cuba terbaik..eheh.. so di sini ingin aku kongsikan yang aku dapat tawaran ke Mesir bulan depan.. ahaii aku dah post dah surat tawaran kat Mak Ayah di kampung, betapa gembiranya mak ayah aku terima surat tawaran tu. mak ayah berusaha untuk dapatkan bantuan, minta kat persatuan Koperasi kot.

maklum saja kami orang kampung kalau nak dapatkan RM2800 untuk penerbagan memang laa agak terbeban. aku dah nak tolak tawaran tu, tp mak dan ayah bersungguh2 nak aku pergi..aduhaii terharunyee..

Dah dekat sebulan dah sebenarnya benda ni, aku takde niat nak g sana pon, dan aku ambik test paper University2 timur Tengah tu sekadar suka2.. dalam 60 lebih yg ambik test, dan hanya 25 yg terpilih ke Mesir tu, aku awal2 da agak aku mesti tak lulus..tp itulah yg di namakan rezeki..terpilih pula aku ke sana.. ya Allah..sungguh aku tak percaya..!

Baru2 ni 1 lagi tawaran ke university Timur Tengah yakni Oman dah dibuka, yg special kat Oman ni semua free cuma tambang tiket flight je. yg Mesir tu kena sekali makan tp yg yuran pengajian tu di tanggung juga.. memandangkan aku rasa janggal laa sbb aku je junior yg join tu. segan juga. so aku bgtau Makndak Suraya, suruh ambik exam yg ke Oman.. dan hanya 15 org akan terpilih. makndak lulus.. bestnyaa.. jadi aku buat keputusan nak ke Oman juga.. tawaran ke Mesir tu aku tukar ke Oman.. mujur laa dapat..aduhaii dan aku harap semuanya akan berjalan lancar..

dengar2 kat sana musim panas kering.. aku tak faham sgt. cuma aku tau tak leh mandi byk utk kesihatan..waa tak biasanyee.. takpe2 kalau aku balik nanti gelap ke ape jgn laa komen aku..hehe aku akan memutihkan balik diriku past balik dari Oman tu..hahaii... so zaaaazzz..!

11 comments:

ummu Fathan said...
This comment has been removed by the author.
:: eyeNa :: said...
This comment has been removed by the author.
:: eyeNa :: said...

asal aku tak removed jd removed ni..aduss.. kak ani(ummu fathan) cakap..:

Salam.. Tahniah dapat tawaran ke Oman tu..best je bunyinya..Moga dapat buat yang terbaik!

:: eyeNa :: said...

so ni untuk kak ani..: hehe macih yaa..tak tau laa mcm mana dgr2 kena belatih jd cikgu kat sana..hehe doa2kan laa yer..ahaii

ummu Fathan said...

tahniah dari abg die.. cuma bang die rasa kesian pulak kat pak dan orang kampung.. bukan senang nak cari duit. Kalau tak pegi sana ada kesan negatif atau tidak pada akdemik, contohnya adakah kita ditahan exam kerana tak pegi sepertimana kita wajib menyiapkan tesis ker.. kalau tak buat tesis kita akan gagal, adakah ia perkara yang sama. Kalau tak ada kesan apa-apa baik fikir lagi, byk kali nak pegi ker tidak? Lagipun waktu kerja nanti.. peluang ke luar negeri masih terbuka, sambung master ker!! Perjalanan di bayar. Menurut orang yang belajar di timur tengah, yuran pengajian satu semester cuma RM3.00 jer! Memang murah kat sana, apatah lagi sekadar kursus sekejap macam na nak pergi.. Fikir balik la na.. lainlah kalau ada duit lebih, duit susah tau mak ayah nak cari...

:: eyeNa :: said...

mmg pon.tp di tempat mak n bapak, depa sgt2 gembira bila dapat tahu anak depa dapat g belajar kat sana. sungguh cuma RM2800 je utk flight, yg lain semua free. cek dapat biasiswa. 1 sem 5 ribu. bayar2 yuran semua tingga 3ribu.nanti cek byr balik kat bapak. cek tak mo p tp rasa serba salah kat mak n pak yg semagat nk suruh p. pak siap nak buat kenduri baca yasin, lgpon makndak suraya pon g jugak.dan bukan senang nak terpilih. hanya 15 org dari beratus2 org yg terpilih. dan ramai yg nak g kursus kat sana.bukan g makan angin..tp latihan mengajar jugak.da dapat tentatif program pon.dan tiket university da uruskan.nama da antar kat universiy di Oman. so.. takpe laa kalau abg Die tak setuju. sungguh cek p demi mak n bapak.. dan cek janji akn byr duit tu bila dpt biasiswa lagi. da 1sem ni pon cek syukur sgt bapak tak payah bank in kat cek.n cek dapat tolong bapak beli kerbau masa kenduri aritu..harap2 mak n pak tak susah sebab cek..nanti cek tanya depa.kalau menyusahkan, cek takkan p.. terima kasih atas nasihat ni..ahaiii..

piNky LuCiA said...

hmm.. tahniah.. klu da dpt tu.. kena laa bljr sungguh2..jgn laa wat smbil lewa.. ingt mak ayah.. ingt harapan mereka.. ingt sume kesshn mereka.. n pg jgn laa semata2 nk bseronok.. ingt pesan parents.. dorg taruh harapan yg tggi kt kamu.. so kamu kena ingt.. :)

tahniah.. n do d best.. :)

:: eyeNa :: said...

insyaAllah..aku takkan sia2kan harapan mak ayah aku..aku sayang mak ayah aku lebih dari aku sygkan diri aku.aku ada di sini, aku bakal ke mana pon, atas restu mereka. aku syang mak ayah aku..depa adalah semagat aku. aku takkan sangup jauh dari depa kalau aku pergi untuk bersuka ria, ketahuilah...

MuNiR said...

waa da mcm karangan da hu2

The Guy said...

rugi tu kalau x p :D peluang mungkin sekali seumur hidup, nk tunggu sambung blaja..x tau bila, lg2 kalau nk sambung blaja luar negeri..kena result betul2 power untuk dptkan biasiswa/geran utk sambung blaja :D

kalau timur tgh, rasanya univ al-azhar aje yang yuran pengajiannya sgt murah..univ timur tgh yg lain, sama mcm kat sini, dan kebanyakannya lebih mahal kalau dikira dari segi tukaran wang, dan kos sara hidup..

tp apa pun, tpulang la pada aina :D kata org, peluang tu mungkin dtg byk kali..tp 'peluang yg baik' mungkin dtg sekali aje..lgpun pegi dgn niat nak blaja, insyaallah akan dipermudahkan semuanya..

salam manis.

:: eyeNa :: said...

huhu.. terima kasih yaa.. kata2 tu sgt bg semangat.. tak tau nak cakap ape lg.. terima kasih semuanya.. hahai