:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Thursday, November 19, 2009

akhirnya.. sultan pencen dan eyeNa.. (^_^)


opppss!! assalamualaikum.. sorry kalau entry kali ni agak mengejutkan kamu semua.. hehe actually aku dah lama bagi hint kat kamu kan kisah pasal sultan pencen ni..heee

aku takde masa nak design cantik2 jemputan walimatulurus sultan pencen dan ratu pasembor.. so kepada kamu yang nak datang silakanlah.. bulan 12 ni.. sengaja aku blurkan nama kampung aku.. huhu

coz aku gerun jugak nak kasi alamat secara umum ni kat blog. maklum laa sesapa jew baca.. and aku tak bgtau tarikh dengan jelas sebab aku risau nanti benda tak di ingini berlaku plak.. haa faham2 jaa laa... ada yang suka kita ada yang tak suka.. wisau aku tau.. heee

eh saper nak datang tu silakan email aku eh ni email aku: eina_nana87@yahoo.com

baiklah semua kawan2.. diumumkan bahawa eyeNa akan melangsungkan perkahwinan juga akhirnya bersama sultannye. heee.. ok2 mari aku ceritakan sikit2 pasal mereka ni..

mereka telah berkenalan tanggal...???.. **tak tahu tarikh.. haha yang penting bulan 8 tahun 2006 yang lalu.. kira tahun ni adalah tahun ke 4 mereka berkawan..ewah2..

gambar kat atas tu gambar 1st yang mereka ambik bersama. sebelum tu ada laa 2 or 3 keping gambar kat handset.. tapi aku tak menjumpainya.. huhu tu laa lama dah.. yang gambar kat atas tu zaman mula2 bercintan cintun..awal tahun 2007 tu.. hahaha nak tau sesuatu tak? nak tengok sultan pencen 3 tahun lalu tak??!!


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

=
=
=
=
=
=
=
=

=
=
=
=

=
=

=
=
=
==
=

SUPRISE!!!!
Hahaha apa yang suprise? isk2 takkan kamu tak perasan beliau begitu macho dan kurus.. hee kan kan kan.. tapi sekarang dah tak kurus dah.. sekarang beliau cubby!!! hahaha... tu laa bahagia makan pasembor hari2 kot.. hee..

takde laa si eyeNa pernah cakap camni kat beliau:

"makan banyak2 tau bagi gemok pon takpe..comel.."

sebab eyeNa sajer2 jer.. tau2 sultan pencen bebetul makan banyak2 setiap hari sehinggalah...

=
=
=
=
=
=
=
==
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

==
=
==

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
JENG JENG JENG...!!

Makin comel pula! hee apa salahnya puji bakal suami kan..hahaii mintak maaf buat sesapa yang tak suka berita ni..

aku tau dulu masa aku letak cbox kat blog ni.. ada yang datang n komen aku macam2.. kutuk aku ngan aslam.. huuu siap doakan jodoh kami takkan kesampailan laa pa laa.. hmm tah laa..

aku pon takleh nak kata apa kan.. tapi takdir Tuhan, apa jadi pon tak dapat kita menghalang.. sultan pencen telah mengisytiharkan keputusan beliau sejak 3 tahun dulu lagi.. kini, alhamdulillah.. semoga hasrat ini tercapai juga.. yang penting dapat restu mak dan ayah.. doakan laa yang terbaik..

dia insan pertama dalam hidup.. insan pertama bertahta dihati.. hendaknya dia juga terakhir!..!! aku harapkan segalanya berjalan lancar dan ALLAH membuka rahmatNYA dalam ikatan ini. insyaALLAH.. aku dan dia ingin hubungan yang bakal terjalin biarlah kerana ALLAH.. lillahita'ala..


dan di akhir kalimah.. aku dah nak balik kampung ni. mybe lama takkan buka blog ni.. sebab di kampung takde wireless free cam kat kolej ni..hahaii tapi akan aku luangkan sedikit masa menjenguk kamu jika aku berkesempatan.

maafkan segala salah silap aku selama ni. aku nak mulakan hidup baru dah ni.. ahaii cam tak caya pon adeww... doakan tau.. semoga doa2 kamu semua bakal memudahkan segalanya..

bila dah settle semua nanti aku upload pic disini eh.. (^_^) nantikan.. hee selamat tinggal my blog tersayang.. jarang2 sekali aku pasti datang lagi kat blog ni.. salam..

tanda tanya (?) : Kamu nak datang tak majlis walimah tu? bawak hadiah besau taw.. ngeee~~

Tuesday, November 17, 2009

ku semadikan potretku di sini lagi..

salam sejahtera semua saudara saudari muslimin muslimat,para bloggers, dan sape2 yang baca ni dari segala bangsa, agama serta negara..! hahaha **amboii melampau2 sampai giteww.. menyampah!! hehe..

ok2 disini aku nak bgtau ni..esok aku exam.. err jab tgk jam sekarang ni pukul 12:04 minit malam..bermakna sudah 18hb..uwaaa aku exam pagi nanti jam 8:30 taww.. aduiiii.. begaimanakah?






eh eh.. sempat menyempat lagi tu aku upload gambar2 yang bermacam2 ni..isk2.. bukan apa aku tekanan sebab baca buku jew..hahaha.. tu yg aku rest ni..**chewaaah.. rest laa sgt kan.. hihi..

"oh buat pengetahuan gambar2 kali ni semua masa aku ke Oman dulu.. ada yang di Muscat, Rustaq, Nizwa dan sohar.. heee so layan jeww laa.. hee.."

cam happy lak entry aku eh..padahal hari ni amatlah tertekan dan tekanan perasaan..!! jiwa kacau..!!.. dan aku jadi pening2 lalat ni taww.. baca buku tak masuk! **yerlaa buku tak masuk, ilmu ja masuk..kui kui.. ayat semegah megah..!

actually nak bermadah pujangga ni.. kamu yg baca ni jangan laa memuntahkan diri lak.. mentang2 selama ni aku tak rajin buat ayat jiwang.. heeee mari2 layan..hee


******************************************

ku semadikan potretku di sini lagi..



tatkala aku resah sendiri
mengenangkan nasib yang menimpa diri..
ku tatapi potret yang bersemadi
lantas terlakar senyuman tanpa disedari..

sungguh hatiku terhibur kembali...


pernah aku merenung ke alam..
menikmati indahnya ciptaan Tuhan
tersenyum lagi hatiku yang dalam
tatkala ujiannya dapatku tahan..


di dunia ini aku berjalan hari demi hari..
terkadang lesu menguasai diri

namunku rempuh apa terjadi

inginku berusaha sebelum mati..


tidakku bisa menyangka..

aku pernah memegang kurma di pohonnya
aku pernah menghidu harum baunya
aku pernah merasai keaslian manisnya..


alangkah bahagianya aku dapat melihat semua ini..

melihat ujian-NYA sebagai penguat diri
melihat ciptaan-NYA sebagai pengubat hati
melihat segalanya kerana ilahi..

aku bertuah..


Aku diberi kekuatan sesudah aku ditimpa kemurungan
aku diberi cahaya setelah gelap itu dihidangkan
aku diberi peluang sesudah kecewa segala impian

aku diberi tabah setelah aku menerima musibah..


persahabatan..

hari yang paling manis untuk dikenang
apabila sahabat itu datang
segala kelesuan terus hilang

angin lalu membawaku terbang
di awan itu aku membilang
kabus-kabusnya semakin terang..

hari malam berganti siang..
takdir yang esa, tak siapa dapat menghalang..!


kini aku merindui detik2 yang pernah aku lalui

susah senang ranjau berduri
lumrah kehidupan hari demi hari
bertambah usia bertambah matanglah diri..


semalam bahagia hari ini berduka..
esok sejahtera tak siapa menduga

teruskan perjalanan yang masih terbuka
langkahlah tangga demi tangga

biarlah senyuman menghiasi muka
berjayalah hidup dengan bangga..

oh rindu nak ke Oman semula!!!




*************************

hihihi aku tak tau laa pantun ke syair ke puisi ke sajak ke apa ke kategori madah pujangga aku kat atas tu. nak kata karangan pon bukan..hihi dulu bahasa Melayu aku dapat A+++++.. tu yang susah tu kalau pandai sangat..heheh **buat dah..

kepada cikgu2 jangan marah eh anak murid baru nak try cipta madah pujangga..heee memang tak sempurna mana..ewah2.. start dah nak berpujangga lagi..syyhh.. stop2.. hee ulagkaji2..ada lagi 2 paper ni..

"doakan aku taww rakan2 taww..sory kalau aku tak p lepak kat blog kamu2..aku ngah sibuk baca buku.. ececeee sowiee taww..ok2.. nak sambung study.. take care!!"


tanda tanya (?) : mampukah aku hadapi ujian esok? ujian yang pasti..aduii

Sunday, November 15, 2009

"A PICTURE TELLS A THOUSAND WORDS"

ASSALAMUALAIKUM.... ehem2.. aku datang lagi ni..dah tak emosi dah.. chewah.. ni aku upload gambaq2 ni special kat kamu2 yg suka tengok aku senyum..hihihi.. **ada org suka ke? takde pon aku nak perasan jugak..kui kui..

selain untuk tatapan beserta cerita rekaan yang merapu2.. aku sebenarnya puas edit2 gambo aku ni sebab nak join contest "cik bulan itu aku.." haa bukan aku bulan.. cik bulan laa bulan..adoii.. ok2 mari aku tunjukkan gambar2 yang aku da siapkan untuk beliau.. hihi

******************************
pencarian gambar terbaik antara blogger kini bermula....

syarat2:

1) pic tu mesti korang tangkap sendiri (jgn guna profesional photographer kalau adik ke akak ke yang tangkap kan hah.. itu buleh dan sila pastikan adik dan kakak korang bukan nya profesional photographer)

2) gambar tu mesti gmbr korang means. korang yang menjadi model dalam pic tu.
ok... gambar si peserta. no view. no building. nak gambar korang je yang menjadi objek utama dalam gambar tu. kalau latar belakang pemandangan atau building tak pe.

3) tak kisah la korang pakai camera apa2 pun.. kamera handfon pun tak pe..
yang penting konsep gambar itu menarik dan membuatkan aku berfikir..

4) pic tu boleh edit...

5) sila letak 3,4 buah gambar di blog korang.. nanti akan di pilih cik bulan...

*********************

ok dan aku kat sini dah letak bukan takat 3, 4 tapi 3+4 taww.. hehe sory cik bulan susah2 kamu nak kena pilih.. haha **entah dipilih entah x.. kui kui..


hehe aku tak tau camne nak bagi cik bulan tertanya2 pasal gambo2 aku.. haa sebab beliau cakap ciri2 gambar yang boleh menang adalah bila boleh buat beliau tertanya2.. hee

kamu tertanya2 tak kenapa aku bergambo mcm yang atas ni? actually saja aku nak tanya2 camni:

  • aku pakai purdah sebab da jadi budak baik ke? insaf.. sob sob..
  • aku dah takde keje nak buat? gedik2 perasan muka cam org arab.. huh..
  • aku selsema? takut orang nampak hingus! ekkk
  • aku nak tutup jerawat laa tu!! **eheh mcm kamu tau2 jew..
  • aku buang tabiat..!! **jgn tuduh aku buang angin keh!!!
haa ni gambar seterusnya.. aku pon tak tau apa kelebihan gambar ni yang aku nak buat masuk contest sgt ni.. tapi aku still nak buat tanda tanya jugak.. hehe pasal gambar ni kan:

  • aku ngah tido ke time tu?
  • kenapa aku tido sambil senyum? **mimpi indah eh..hehe
  • aku ngah malu2 nak bawak bot ke? **biar benar kan aku bawak bot.. mmg sah2 aku tak bawak!
  • aku? kenapa ngan aku? **uwaa aku blur..

yang gambo atas ni aku tak tau nak buat tanda tanya kenapa aku upload kat sini..haha yang pasti sultan pencen yang tolong snap gambo tersebut. sebab aku rindu beliau aku upload juga..

maklum la kali ni entry aku takde citer pasal sultan pencen tue.. hihih.. ** rasa nak bodek sultan pencen belanja pizza!!

eheh.. atas ni gambar aku ngan sultan pencen kat taman pertanian putrajaya..hee.. (^_^) ***mana sultan pencen? tukang ambik gambo laa apa lagi..haha

dimata cik bulan tak tau laa ok ke tak untuk contest beliau.. heee aku rasa habis adobe photoshop and photoscape tu aku explore demi nak buat gambo kat atas tu..haha.. ape pon persoalan yang timbul adalah:


haish..!!! bila aku dah start posing. bumi bergegar pon aku stay jer kedudukan gitew.. tu time gambar kat atas ni aku dok tahan senyum tau. sultan pencen dok main2 ngan aku!! beliau kira..

"1... 2... 3....4..5.. 6 ..7.."

past tu tak ambik gambar aku pon..nak tunggu aku marah2 dulu laa tu! haha aku tak terpedaya beb! beliau bilang sampai 20..aku still duduk camtu.. heheee

"tabah..tabah..dugaan.. aku takkan terpedaya dengan sultan pencen yg sengaja nak bagi aku marah.. tabah2.. sob2..menangis aku lam hati taww.. "

hee akhirnya dapat gak gambo mcm kat atas..

"menci tol aku ngan sultan pencen sorang ni!!" **tapi aku sayang juga..hee

past selesai beliau snap gambar yersebut iteww.. aku buat2 merajuk..hehe kisah ni aku akan cerita pada episod akan dtg..eheh dah lari topik lak aku..sory2..

next...
hahaa ni mesti ada tanda tanya ni:

  • kenapa kedudukan tangan aku camtu?
  • gambar canditkah ini? **konon tertanya2..
  • atau aku sedang menari ketika iteww?? **fuiiyooo pepandai jeww teka!!
  • atau aku takde idea sgt dah nak posing cane? **boleh jadi kot..hak hak
macam mana nak jawab persoalan tu? haa ini yang kita tak tahu ni..hehee

ewah2.. atas ni gambar aku kat sawah padi di kampung aku..anak buah aku ar sibuk main camera aku..candit sana sini.. time tu aku dok cari2 buah padi?

padi berbuah? hehe.. tu laa sah2 laa pokok padi tu baru je nak tumbuh rendang kan.. rendang? .. pohon (tak menahan ayat ni) padi tu mana laa ada buah, eh mana ada beras lagi..eh nasik..err.. mcm tu laa citernya.. wink wink..

saja aku nak peningkan kepala.. heee cik bulan tertanya2 tak pasal gambar di atas ni? ini yang aku tak tahu ni.. ekk **aku plak yg tertanya2..haish!!

hehe dah lebih2 dah gambar aku ni bukan 3+4 dah ni jadi 3x4 kot..banyak eh..hee bila mood aku ni dah datang..habis semua gambar aku nak edit.. hee

ok2 ni last!! hehe.. tau laa kamu dah tak larat tengok gambo2 aku yang banyak tersebut..hee jgn mareh eh..

tu atas ni ada citer misteri berkenaan gambar tersebut.. gambar tu diambik pada wktu tengah hari.. haa tengah2 dok posing tiba2 mcm kena belit ngan akar2 tu taww.. mcm mana akar belit aku? selamatkah aku dari keganasan akar itu? pasttu apa jadi??!!

haa aku pon apa lagi.. meronta2..tapi kerana nak bergambar aku gagahkan senyuman.. walaupun dibelit akar? yer laa.. tu yang muka aku sememeh semacam jew tu..

hehe ni pon sultan pencen yang ambik guna handphone beliau waktu jalan2 cari makan kat KLCC..hehe..

eheh asyik2 sultan pencen jeww di jariku. **haa sebab aku menaip nama beliau waktu buat entry ni guna jariku lor.. (jari tangan bukan kaki keh! ngee~~)

sekian dulu laa entry pasal contest tu..panjang plak eh.. harap2 "cik bulan" dapat laa terima penyertaan aku ni..

ngee eh 1 lagi..

"Thanks kamu2 yang bagi aku nasihat dan penghangus semangat sehingga semangat aku terbakar dan terhangus begini.. kamu semua bukan setakat pembakar semangat. tapi kamu turut menghanguskannya!!! makasih!!!! mmmmuah!! opss! terlebey sudah..hee ok2..."

wabillahi taufik wal hidayah wassalamualikum.. sekian terima kasih.. (^_^)..zzzZZ tido..!!

tanda tanya (?) : macam banyak dah jew aku tertanya2 tadi kan.. inikah soalan? hahaha layan jeww..

Friday, November 13, 2009

entry penuh emosi..!

assalamualaikum...

tak kisah laa ada orang baca ke tak entry ni.. maaf sebab ianya penuh dengan emosi.. takda plak aku nak buat lawak kali ni.. sungguh takda mood.. kalau tak suka jangan laa baca..aku sekadar nak luahkan disini agar dapat sedikit kekuatan dan ketenangan..


**********************************************************************************

Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehi
ngga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

***********************************

hmm.. susah laa nak terangkan.. susah nak nyatakan.. kadang2 kita luahkan masalah kat kawan baik kita sebab apa ya?

  • mungkin untuk dia dengar jer, past tu dengar telinga kiri kuar telinga kanan pon takpe?
  • mungkin supaya dia dapat bantu, nasihat sebab masalah kita masih tak settle?
  • mungkin untuk dapat sokongan dan motivasi, sebab kita dah buat keputusan dan taknak ubah?
  • atau mungkin untuk dipandang serong, anggap kita macam2 plak past kita cerita masalah?
semuanya betul. cuma yang ke 4, takkan laa kita luahkan masalah supaya kawan kita anggap kita tak baik kan? selalunya kita luah supaya dia memahami dan sudi membela kita.. menyokong kita.. kalau jadi yang sebaliknya macam mana?

haa ini yang aku sedang fikir.. sedang muhasabah.. mungkin cara aku ceritakan masalah aku seolah2 cerita tu mcm cerita lucu, yang aku anggap mcm main2..

mybe cara aku yang salah.. salah meluahkan.. aku sebenarnya taknak keadaan tegang.. biarlah aku ceritakan satu persatu dengan suasana yang bersahaja.. ada jenaka yang aku selitkan.. cuba sembunyikan perasaan yang berbaur pelbagai ini..

tapi kenapa last2 aku plak yang bersalah.. padahal benda dah settle.. aku terpaksa terbeban lagi untuk fikirkan semula.. terpaksa tanggung lagi macam2 perasaan.. padahal aku luahkan untuk dapatkan sokongan atas keputusan yang aku lakukan!!!


********************

di blog? memang laa banyak cerita-cerita bahagia, ada gambar2 aku yang sentiasa tersenyum manja.. tapi tak bermakna di dunia realiti ni aku selalu begitu! aku juga insan biasa.. kadang2 sedih kadang2 gembira..

siapa kamu untuk menyatakan aku ni takda masalah dengan membaca blog ni.. siapa kamu untuk menganggap aku itu dan aku ini, dengan hanya membaca tulisan aku disini?? siapa???

jangan nak tafsir orang dengan tengok luaran saja.. cuba laa dekati, fahami.. hmm susah laa hidup... mati pon susah.. jadi apa nak buat ek.. **kata2 orang yang dah bengang sangat2!

********************

tak berhikmah laa kalau kita fikir nak menyalahkan orang saja kan.. tak logik laa kalau asyik diri kita saja yang betul.. itu aku akui.. cuma aku harap bila aku dah cerita masalah aku tu terima laa ia.. bawak dan letakkan diri sebentar kat tempat aku. dan satu lagi..

kalau aku kata jangan bagitau sapa2 so simpan laa.. ini tidak, masalah aku dibincangkan pulak.. dimintak pendapat laa kononnya dari orang lain.. **macam laa masalah aku ni isu terhangat didunia nak kena mesyuarat sana sini..!

kalau camtu baik aku tak payah cerita. terus aku bincang dengan orang lain untuk luahkan.. masalahnya aku tak perlu penyelesaian atas masalah aku sebab aku dah ada jalannya.. **aku just nak kamu dengar je!

nak dibincang apa lagi?? weh.. soal diri aku, aku cerita pon kira bersyukur laa.. bertuah sebab kamu aku percaya! tapi jangan laa buat aku tak percaya kamu lagi.. satu hari kamu luahkan masalah kat orang yang kamu percaya tiba2 lain jadinya apa kamu rasa? fikir2 laa...


***************************




"aku bukan nak marah.. aku tahu, kamu ambik berat kat aku. kamu cuba nak selesaikan masalah aku. tapi cara kamu tu.. aku tak suka.. hmm aku ni dah puas tanggung macam2 beban. kamu tak fikir pun nak tenangkan diri aku. kamu parahkan lagi luka kat hati aku tau tak?" **mungkin kamu tak sengaja takpe laa.. hmm silap aku juga dah luahkan..

kalau laa kamu betul2 sayangkan aku, so datang dan bincang face to face.. bukan hanya hantar pesanan ringkas.. sms.. belum tentu aku dapat faham sepenuhnya apa yang nak kamu sampaikan..

aku bercerita dengan kamu masalah aku face to face.. kenapa kamu taknak bagitau aku face to face juga apa yang kamu tak puas hati?


hmm sudah laa malas aku nak melalut lagi.. nanti kamu terasa pulak. sungguh laa aku kecewa bila kamu kata kamu dah bagitau orang lain masalah yang aku cerita..

yup orang lain itu juga kawan baik aku!!!! kenapa tak biar aku luahkan sendiri pada dia? kenapa?

"aku tak beranggapan tak baik pada kamu.. aku fahami setiap langkah dan tutur bicaramu.. cuma itulah.. aku sensitif.. mungkin sebab aku dah penat tanggung masalah ni.. bila isu tu timbul lagi aku jadi letih dan otak aku cepat naik bengang!"

hmm dah laa pagi2 lagi tu. bangun tidur ingatkan nak senyum sambil study. baru je pegang pen.. mesej kamu datang dan jiwa aku jadi kacau..

tu laa susah kan.. orang macam aku, kalau tak marah takpe laa, kalau tak terasa takpe.. tapi kalau dah start emosi ni.. haa gini laa jadinya.. weh aku juga ada perasaan k!

***********************
pengajaran di sini..

  • kalau kita nak cadangkan sesuatu pada kawan kita atas masalahnya, kita selidik dulu keputusan yang dia buat. dan jangan hanya fikir 1 pihak saja. fikir secara keseluruhan. memang dalam dunia ni susah nak puaskan hati semua orang.. cuma itulah.. bila kita diberi kepercayaan jaga ia elok2.. jangan sampai dah tak dipercayai lagi..
  • bila kawan kamu cakap jangan bagitau sapa2 masalah tu, maka simpan laa ia.. anggap saja tu penghargaan yang kawan kamu bagi kat kamu, bertuah tu kamu ja tahu masalahnya. jangan laa di cerita kat orang lain sungguhpun orang itu dekat dengan kamu dan dia!
  • letakkan diri kita kat tempat orang yang ceritakan masalahnya pada kita. jangan bertindak ikut emosi!!! nanti masalah lama tak selesai masalah baru pulak yang timbul. seharusnya kita diam kalau kita tak mampu tolong apa2.. kita bagi cadangan kalau orang tu perlukan.
  • jangan sesekali membangkang apa yang dah diputuskan. mungkin orang yang luahkan masalah pada kamu tu dah tahu rasional keputusan yang dia dah buat. kamu patutnya tanya dan sokong jika dia benar.. jangan fikir yang singkat dan kepentingan diri kamu..masalah tu dia yang hadapi bukan kamu..dia bukan kamu..!!!

******************************

huh banyak lagi laa.. malas nak hurai panjang2..nanti entry ni jadi kertas kerja pasal kaunseling pulak. huhu, aku mintak maaf kalau ada perkataan yang kasar atau tak sedap didengar.

panjang2 entry ni aku nak bagitau 1 jer, aku tekanan bila aku luahkan perasaan (sekadar untuk didengar) tiba2 aku jadi pesalah dalam masalah. masalah aku sendiri!!! huh..

"apapon aku tak salahkan kamu yang terasa dengan entry ni. aku tulis kat sini, nak kamu faham aku jer. aku anggap kamu sahabat aku. maka amanah laa kamu sebagai sahabat aku. kalau kamu betul2 ambik berat pasal aku jangan laa siksa aku dengan semua ni.. keciankan laa aku.. plez my fren.. plez.."

dah2.. ok laa bye2... sory sgt2 sebab emosi mungkin nak datang bulan kot!! ok laa.. salam..

tanda tanya (?) : malas nak tanya banyak2.. huhu

Thursday, November 12, 2009

tersampai juga hasrat beliau..

gambar : khas untuk tatapan kamu semua.. ececeee... :)

aduhai.. assalamualaikum semua kawan2.. huu maaf laa dah lama aku tak update.. ramai yang bertanyakan sambungan cerita aku yang merapu itu.. dan ada yang dah rindu2 aku, supaya g komen dan merapu kat blog kamu..hehe.. **ada kew..??. anggap je ada..hihihi

sory sebab aku tak sempat berbuat yang demikian.. aku exam daa.. 3 paper berturut2.. tu yang aku tumpu pada study tak sempat nak buat kecoh sangat..now ada lagi 2 paper lagi ni.. doakan aku yuk.. hahai.. lagi 5 hari nampaknya aku akan habis final exam.. huu... **rasa cam setahun lamaya!

sebenarnya aku dok sedih and macam2 laa.. hmm payah nak citer.. aku menci perasaan ni..!!!!

tapi takpe aku tetap akan merapu untuk melepaskan tension yang membelenggu diriku ini. baik aku reka lagi cerita kan.

perhatian:
cerita aku hanyalah khayalan otak aku semata2.. jangan kamu percaya! hehe..

haa.. jom layan citer sultan pencen dan ratu pasembor jom..


****************************

alkisah.. tersebutlah sebuah kisah, (taaaiiibb) sang kancil datang beramai2.. **err ini dah silap skrip ngeee~~..

aduhai.. alkisah... **kali ni citer betul2 ni..

haa ratu pasembor telah menukarkan semula sultan pencen menjadi dirinya sendiri.. kerana ratu pasembor sangatlah kesiankan sultan itew.. namun...

selepas sultan pencen tidak dapat meluahkan hasrat beliau terhadap ratunya, beliau mahu mencuba sekali lagi.. dan beliau telah megajak ratu tersebut berjumpa dengan burung2 peliharaannya.. sebab burung2 tersebut iteww boleh bercakap.. jadi sultan pencen berharap hasrat murni beliau dapat disuarakan oleh burung2 iteww... **ceh romantikkah ini? aku tak puas hatie.. ekk

si eyeNa sangatlah suka apabila berjumpa burung2 yang manje tersebut.. dan burung iteww pandai berkata2... adakian dengan iteww..

"oh ratu pasembor.. sultan kami mahu luahkan hasratnya pada kamu.."

kata burung bewarna merah.. yang hinggap di lengan sultan pencen dengan tiba2.

eyeNa hanya tersenyum tanpa menjawab apa2, eyeNa mula berfikir dalam hati. tentu sultan pencen nak luahkan perasaan betul2 kali ni..

"sultan kami mahu kamu.. err...?..."

si burung menyambung kata2 setelah melihat eyeNa hanya berdiam diri sahaja.. namun tiba2 burung2 tersebut kelihatan gementar dan terbang meninggalkan sultan pencen dan eyeNa dalam keadaan terpinga2.. ** huh apa dah jadi ni.. haa ini yang kita tak tahu ni..

rupa2nya ayahanda eyeNa telah datang dan mahu membawa eyeNa balik ke dunia eyeNa.. sesungguhnya ayahanda ratu iteww sangatlah penyanyang.. umurnya sudah 86 tahun.. namun masih sihat dan sangat2 memahami eyeNa..

lihat sahaja wajahnya sentiasa tersenyum.. petua mengekalkan awet muda.. **huhu tiba2 aku rindu kat ayah aku.. huuuu aku edit2.. syok2 nak tengok cane laa kalau muka ayah aku masa muda2 dulu.. ok2 sambung citer..

ahai.. eyeNa pun pulang ke kayangan bersama ayahandanya.. meninggalkan sultan pencen yang masih belum meluahkan hasrat yang sekian lama terpendam.. **uihh suspen dah ni.. terpendam sejak dari pinjam duit seringgit 50 cen iteww taww..

selepas iteww sultan pencen telah merayu kepada ayahanda ratu pasembor supaya menerima dirinya.. dan sultan pencen meminta kebenaran untuk bercakap sebentar dengan ratu pasembor.. akan tetapi permintaan itu ditolak..

"kalau kamu inginkan anak beta. maka buatlah dengan cara yang sebaiknya. beta tunggu kamu anakanda sultan pencen.. kamu pergi sahaja ke mahligai kami dan sampaikan hasrat kamu yang sebetulnya didepan kaum kerabat beta.."

begitulah tegas ayahanda ratu pasembor lalu membawa ratu iteww pulang ke negara mereka..** haishh sungguh merapu pon kamu layan..hahaha..!!!

sultan pencen tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.. dan sultan pencen menggunakan kuasanya untuk terbang mengejar ratu pasembor yang di sayanginya iteww.. lihat sahaja gambar di atas, betapa perkasanya sultan pencen yang boleh terbang tinggi.. **mungkin beliau belajar terbang dari burung2 peliharaan beliau kot.. betul atau tidak? haa ini yang kita tak tahu ni. haish!!!

si eyeNa atau ratu pasembor **bukan ratu rojak k..! telah sampai ke kayangan.. dan beliau sedang memandang wajah sultan pencen yang sedang terbang..

"mcm orang sakit perut jer muka dia!"

ujar eyeNa dalam hati tatkala terpandang jawah (eh silap eja.. 'wajah' daa) sultan itew.. namun semakin dekat sultan iteww menuju kearah eyeNa, sultan pencen seakan semakin hilang. (cuma nampak gigi sahaja.. gigi tetap nampak sebab gigi putih..hee).

kemudian ghaib ditenggelami pekat malam (gigi pon dah tak nampak dah). **apekah sultan tersebut terlalu hitam sehingga ditenggelami pekat malam? atau malam yg terlalu pekat..? apekah..? haha ini yang kita musykilkan ni.. hee

haa kemudian sultan pencen muncul didepan eyeNa tiba2.. **asyik2 tiba2.. aduhaii..

dan sultan pencen memandang mata eyeNa.. lalu beliau berkata..

"oh ratuku.. aku dah lama nak luahkan ni. banyak betul dugaan dan halangan yang terpaksa aku tempuhi. sungguh sukar untuk mendapatkan kamu.."

"ermm apa yang kamu nak luahkan?"

tanya eyeNa masih tidak memahami..

"sebenarnya.. aku nak kamu.. kamu..."

"kamu apa?"

"kamu la.."

"yerla..kamu2..kamu apa?"

"lah kamu la"

"apa?"

"kamu"

"apa"

"kamu"

"haish!!!!!! aku tak paham lah! ni yang aku marah ni.. debush2....!!!!"

eyeNa telah memukul sultan itew sampai pengsan kerana geram akan hal yang telah terjadi..
tetapi sultan iteww tidak pengsan betul2 (pengsan pesen baru kot) lalu bangun dan berkata kepada eyeNa..

"aku mahu kamu.."

"maksud kau..?"

"aku mahu kamu jadi permaisuri hatiku.."

akhirnya sultan pencen meluahkan hasrat beliau.. **huh selamat.. haa punya laa lambat nak bgitau tu jew pon!!

eyeNa masih tercengang2 dan tidak percaya.. dan maka dengan itew ayahanda eyeNa telah memerintahkan agar sultan pencen mengambil kursus kahwin terlebih dahulu.. kui kui..**tu laa nak anak org bukan senang taww..hee

ahaii.. nak tau tak ape terjadi past tu? mereka berkahwin ke tidak? haa nantikan sambungannya di episod akan datang.. hehe.. tapi ada satu surat cinta yang sultan pencen bagi kat eyeNa yang buat eyeNa tergelak2 sampai terbatuk2 apabila membacanya.. **aku share ngan kamu surat tersebut.. baca eh..

mungkin sultan pencen tulis ni masa beliau berumur 8 tahun.. **konon nak tulis surat cinta!!

gambar : tak tu sumber yang sah

hahaha hantu pon takot kat beliau. hahaha.. **ini aku jelas2 dah tak tahu nape boleh terjadi.. haha

tanda tanya (?) : biar betul, mereka nak kahwin kah? kahwin yang macam mana? haa ini yang kita tak tahu ni..ekkkk

Sunday, November 1, 2009

sultan pencen: andainya aku dapat...

assalamualaikum... haa di sini kita bertemu lagi nampaknya.. ewah2.. maaf eh kawan2 blogger yg di sayangi sekalian.. aku sekarang ni dalam "minggu ulangkaji" so tak dapat laa aku update hari2 seperti selalu.. ewah2.. tapi dalam sibuk2 study aku masih lagi sempat mengintai2 kamu dan blog.. ngee~~ rindu woooo...

ok2 aku takmau banyak cakap intro.. hehe.. aku nak teruskan dengan topik aku hari ni.. andainya aku dapat.. **dapat apa? haa ini yg kita tak tahu ni.. ekekekeeee

********************

"kan indah andai aku dapat kembalikan dedaunan yang kering itu menjadi dedaunan yang hijau dan segar semula..."


hehe agak berfalsafah kan.. hee.. sebenarnya kita tak mampu nak ubah apa yang dah berlaku.. kalau dedaunan yang kering tu dah gugur dari pohonnya, maka ianya sudah tidak boleh lagi kembali menjadi dedaunan yg hijau.. **kawan aku kata dapat, dengan cara mengecatnya..!

secara realiti, kehidupan kita pon sama.. macam daun jugak.. cuba menyegarkan keadaan dan suasana,daun cuba menghidupkan pokok dengan menerima cahaya mentari biarpun hidupnya sendiri sudah pasti diganti.. ya, daun.. tiba masa luruh juga.. terpaksa menerima kenyataan bahawa tak selamanya akan bersama sang pepohon itu..

kita manusia, ingin menyayangi dan disayangi.. dah pasti ada hubungan dengan orang lain.. ibu, anak, bapa, adik, kakak, abg, suami, kekasih, isteri, sahabat... err **bla bla bla. guru, murid..bla bla... moyang, nenek.. bla bla.. haish.. banyak sgt ar..!!!

sebab apa? lumrah.. macam daun dengan pokok.. **err kalau pokok yg takde daun tu tak termasuk lam antologi ni..ngeee~~

namun segala yang di takdirkan mempunyai hikmah dan ingatlah ianya tidak sia2..

dedaunan yang layu dan sudah tidak bermaya akhirnya berpisah dari dahan dan ranting pokok.. mungkin daun tersebut pergi jauh akibat di tiup sang angin, atau menggugurkan dirinya dikaki pokok itu.. mengelilingi pohon yang selama ini menerima baktinya.. seakan tidak mahu berpisah..

macam kita laa kan.. dalam banyak situasi, kadang2 kita berundur.. kadang2 kita terpaksa meninggalkan.. atau akhirnya memang kita akan berpisah sebab ajal menjemput kita kembali.. tak selamanya kita kekal di sini.. itu memang pasti.. kita akan mati..!!

kita sama macam dedaunan yang kian kering... semakin lama makin tidak bermaya, semakin lemah dan menunggu masa untuk gugur.. setelah itu kita akan hilang juga dari dunia..

Daun kering plak.. hari ni kita tengok ada, esok mungkin dah takde. kalau ada pon mungkin bukan lagi daun kering yang semalam kan.. samada reput dengan sendiri atau di bakar oleh tukang kebun.. dan lenyaplah daun itu.. buat selama-lamanya... **agak2 paham tak eh ayat aku ni? rasa cam dah terbelit2 dah ni.. cane nak bgtau eh..paham2 laa sendiri.. ekekeee

itulah kehidupan.. hidup.. nak bincang pasal kehidupan, terlalu luas topik ni.. aku kena ubah tajuk kot.. hehehehe

*********************
sebenarnya tujuan aku buat entry ni nak bagitau kisah sultan pencen ngan ratu pasembor jer. heeeh... tetiba aku terbagi motivasi plak kat kamu.. hehehe sowie2.. ok.. begini...

sultan pencen telah memanggil ratunya kerana beliau ingin menyatakan hasrat beliau.. ** hasrat tentang apa? haa ini yg kita tak tahu ni.. hehee

sultan pencen menunggu ratunya sambil tersenyum.. kemudian sultan pencen menyanyikan sebuah lagu kerana bosan menunggu..

"seiring dan sejalan.. seindah bunga ditaman.. lalalala...lalaa"

**sah2 sultan pencen lupa lirik..! haish..!!

seperti biasa.. dengan tiba-tiba.. jeng jeng jeng....

ratu pasembor sudah sampai.. tapi beliau tak suka orang panggil beliau ratu pasembor. sebab beliau rasa macam dah tua jer..dan sebab kawan beliau bernama ct-k pernah mengejek beliau.. bahawa ratu pesembor boleh bertukar status jadi ratu rojak!

**so aku cerita guna nama beliau laa yer.. eyeNa.. hihi bukan aku tawww!!

dan mereka berdua bertemu.. lalu ingin berbincang tentang hasrat si sultan..

mereka sempat mengukur siapa lagi tinggi seperti gambar di atas.. namun sudah pasti sultan pencen tarpaksa merendahkan dirinya apabila berhadapan dengan eyeNa.. hehe sebab eyeNa tak pencen lagi.. hihihi

namun setelah itu sultan pencen masih berfikir-fikir tentang hasratnya..

"bolehkan aku memberitahu ratu pasembur tentang hasratku ini?"

haa begitulah.. sehingga sultan pencen ternampak kerengga dan beliau mendapat idea bagimana ingin meluahkan hasrat tersebut dengan sebaiknya.. **takkan sultan pencen nak jadi kerengga! biar betul kan.. kuruskah sultan iteww? haa ini yg kita tak tahu ni.. haish.!!

eyeNa pula ternanti-nanti luahan hasrat sultan pencen yang sebenarnya.. hahaii..

"oii sultan pencen.. jikalau engkau memanggilku tanpa mahu memberitahu hasratmu, aku ingin pulang sekarang..! ramai yang mintak aku ajarkan cara-cara buat pasembor.. aku sibuk ni..kau jangan nak berdolak dalih.. cakap cepat!"

eyeNa menjadi tidak sabar dan memaksa sultan pencen memberitahu hasratnya.. adeeeh **apahal pulak laa kisah dua orang ni kali ni.. adoii penat aku nak fikir..

kemudian sultan pencen berkata

"aku mahu.. aku.. errr..."

sultan pencen tergagap-gagap.. **lah gagap rupanya.. kui kui. gagap yang macam mana ini yang kita tak tahu ni.. hehehe...

"errrr.. aku.. nak kamu.. aku.. emm... payah laa nak luahkan hasrat ni kat kamu. aku err aku..."

peristiwa ini membuatkan eyeNa berasa geram kerana sultan pencen terlalu tidak yakin dalam hal meluahkan perasaan.. lalu eyeNa pon membaca jampinya dan menghembuskan ke arah sultan pencen iteww..

dengan tidak di sangka-sangkakan...sultan pencen bertukar menjadi ratu pasembor.. **oh no..!! apa dah jadi..!!?

gambar atas ni kira gambar sultan pencen selepas bertukar laa ni.. huhuhu.. ending citer ni sgt sedih kan.. huhu... *tisu please.. nak lap hingus..

sultan pencen merayu pada eyeNa supaya menjadi sultan pencen semula. dan sultan pencen berkata..

"oh ratuku maafkan aku kerana gagap tadi. kembalikan aku menjadi diri asalku.. sebenarnya aku nak bagitau sesuatu.. oh ratuku.. andainya aku dapat..."

cerita akan bersambung selepas berita terkini.. **sory kawan2 aku tak dapat nak menyelamatkan keadaan.. adeeh... tetiba ada berita terkini.. macam mana boleh ada berita terkini dengan tiba2.. haa ini yang kita tak tahu ni.. haish..!!

tanda tanya (?) : apekah hasrat sultan pencen iteww?
**nak tukar daun kering jadi hijau ke? ke ape? haa ini yang kita tak tahu ni..haish..!

Thursday, October 29, 2009

berakhirlah KO-KE silat cekak hanafi


persatuan seni silat cekak Hanafi Um..

haa maka dengan ini aku dah lama dah nak post berita ni.. tapi tak terpost.. sory kepada kawan2 yg menyertai silat ni..pasti tertunggu2 kedatangan gambo2 ni lam blog aku.. hehe **takde org nanti pon aku anggap ada jugak! hehe

oh yaa sebelum aku sampaikan berita dengan lebih lanjut, aku nak mintak maap kat kawan2 blogger semua kalau aku dah tak lalu lalang kat blog u all.. or aku biarkan sawang memenuhi blog aku ni.. sebab aku dah nak exam!! **doakan daku semua..

ok teruskan berita.. TAHNIAH kepada semua yg terlibat lam persembahan pesta kokurikulum tu.. kita menang tempat pertama bahagian persembahan demonstrasi seni mempertahankan diri.. **tahniah jugak kat aku yg turut serta.. dah laa ketaq2 jer aku bersilat kat atas stage tu.. haha

atas ni gambar masa pagi2 tu berkumpul.. haa awal aku kuar pukul 8.15 dah sampai kat dewan DTC.. heee **semangat laa katakan..


kamu dah tengok kan gambar atas ni? siapakah itu? org mahu mengamuk ke? apekah? hee tu laa pensyarah kami.. eh jurulatih silat cekak hanafi. sporting orangnye..

err dulu aku tak tau lak jurulatih bukan tok guru dan tok guru tu lain.. haa aku jahil sikit bab2 ni.. ahaii sensitifnye.. mintak maaf kalau lam entry aku sebelum ni aku salah2 guna istilah ni eh.. ampunkan daku.. uwaaa...!! **opss jangan silap2 istilah lain kali.. bahaya.. adeeh.. sory eh aku tak tau.. huuu muka tak bersalah..


dah tamat dah. haa aku ada laa berniat nak sambung lagi sem depan.. alang2 menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan! cuma tak tau laa kalau tahun depan ni, status aku berubah.. tu sukar sikit laa kot nak join semua ni.. ahaii..


tanda tanya (?) : status aku berubah? ekekeeee **dari pelajar, jadi pensyarah kot.. ke ape eh??!