:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Sunday, April 12, 2009

GITU-GITU KUARGA ANGKATKU LAGI

sebelum ni kan aku ada kan cerita pasal kuarga angkatku yg gitu2 tu..ehe hari ni aku nak cerita lagi hari kedua masa aku kat umah mereka. sbb apa aku nak cite? sbb aku baru je g umah kuarga angkat aku semalam. jabgi aku post citer semlam. tp ni kena bg citer yg sebelum ni dulu.hehe.. walaupon aku sekarang ni sgtlah sibuk. dgn test2 dan bakal final exam.. mmg mencabar laa..huhu pening kepala tau..hurmm..




ok2 sambung nak citer pasal kuarga angkat dah melalut dah..aduss.. mcm ni hari kedua kan kami g Kfc and Pasar Malam petang tu. aku ibu, abg Fiq, Pian n mila laa yg p. nak p reramai tak muat kete daa..

then malam tu ada pertandingan karaoke. aku? mcm yg aku da bgtau laa aku tak masuk. nanti kalah lak semua org kan.is is is.. hehe.. so aku mcm biasa laa jurugambo profesional.hehe

next yg paling aku tak caya, ada satu kuarga lagi tu takda anak angkat, and nak ambik salah seorang antara aku atau mila yg akan pindah ke umah beliau. aku tak kisah, tp aku takmo berpisah dgn mila, maklum laa nak duduk umah org takda kawan ni rasa pelik juga.hahai, diringkaskan sepadatnya, tak jadi laa tukar keluarga angkat, sbb ibu dan ayah pon tak sanggup nak pisah dgn kami. ahai.. adik beradik pon semua dah selesa dgn kami. so kami teruskan laa malam terakhir tu dengan kuarga angkat kami..ahaii...

yg syoknye malam tu kami ke pantai tau.. jauh jugak laa.. dekat 1 jam lebih perjalanan. dari Hulu Langat ke jalan nak g KLIA kot..haa pemandangan malam tu aa pertama kalinye aku rasa. jam dah pukul 12 lebih waktu tamatnye pertandingan karaoke..ahaii.. aku dengan kelam kabut sebab slide tak siap lagi, baru 60% bayangkanlah.. video malam tu aku belum transfer lagi. pinjam laptop Dzul je coz entah mana hilang card reader aku. is is is cobaan.. tau2 malam tu kena g pantai..ahaii tapi aku ikotkan aje. sbb aku nak kuarga angkat bahagia je bersama aku dan Mila. so kami pon teruskan perjalanan ke pantai malam tu tanpa aku fikir lagi pasal video slide aku. aduss..

agak kalut bila kami yg p semua 1 kete je. ada 7 orang..haha bayangkan betapa sardinnye laa kami.aduhaii tp takpe perjalanan mst diteruskan, sampai laa pantai dah pukul 2 kot.."alamak mengantuknye rasa.." then kami pon berjalan-jalan dipesisir pantai.. tapi tak nampak ape2 dah. coz malam laa katakan. aku pon kuarkan handset canggih aku..hihi.. ada laa flashlight, "laa asal tak cakap awal2 ada henset gini" pian dah mula memerli aku. cis.. takpe2 berfaedah tu..kiki ibu dah tak larat nak jalan. so tinggal aku mila, pian and abg fiq je masih mencari2 kot2 ada ketam ke siput ke, kerang ke udang ke.. errr udang,,? haha begitulah aku yg mamai..hehee.. tu gambo aku n mila yg keletihan.. (tp masih control ayu..hehe)
then tetiba dari jauh nampak ada org berlari2 dgn riangnye dgn 2 org kanak2 jugak..hehe lah, kuarga angkat lain pon datang situ upenye..apa lagi operasi besar2an laa sampai pian jumpa sibut..hehe bangga laa kan jumpa jugak sesuatu untuk di jadikan bahan gelak ketawa..and aku dah mula fresh.. past bergambo2 tu kami main "sifir ketayap" tgh2 pagi nan semakin dingin. hehe tak sedar ape sampai laa.. "mila, aina.. jom balik jom..!" ibu dah bagi arahan tu. hehe.. kami pon balik laa..

hahai tu laa pemandangan malam yg aku tak pernah rasa. tepi pantai dah samapai 3 pagi, on da way tu ada pulak mat rempit laa apa laa.. kemalangan laa..is is is dasyat kan. haa semuanya pengalaman buat aku. waktu perjalanan balik tu dah penat sgt. maklum laa batry pon leh empaty kan..hehe aku pon terlelap laa walaupon sebagai sardin je. Mila, Pian, ibu and adik pon ido jugak. abg Fiq dan ayah je yg tak ido agaknye.
then sesampanye kat umah kan aku tak ido pon... siapkan slide.. sampai pukul 6.30 pagi dah.. aku kejut Mila solat..then aku tertewas juga..terlena sampai pukul 8 mila dah kalut2..aku yg mmg kalut jugak ni besiap cepat2..n sambung buat vid aktiviti sepanjang kat sana. sape nak tgk, just click je kat ataa page blong ni ada tulis "VID AKTIVITIKU"..hehe..aduhaii...

tu gambo sebelah ni aku tgh nangis sbb masa tu dah last day dah.. tgh2 menghayati lirik lagu 'doa perpisahan' bergenang pula air mataku ni.. bukan apa, aku terfikirkan kenangan bersama kuarga angkatku tu. dengan kesungguhan ibu dan ayah yg ambik berat pasal aku, dengan kenangan di bowling, pantai, aku takkan lupa sampai bila2 dan byk benda yg baru aku tahu.. ia mengajar aku erti kehidupan dan aku akan pastikan aku memilih yg terbaik buat kehidupanku kelak, sbb aku tahu realiti org di luar sana.. kita semua sama tp sebenarnya berbeza..ahaii...

2 comments:

MuNiR said...

pe barang control2 he he
lepaskan je

eyena said...

haha.. control ayu ape salahnye..hehe kang lepaskan nanti terlebih ayu lak..huhu