:: mereka Terhebat ::

Wednesday, April 15, 2009

ADUHAI AKU DAPAT TAG LAGI.. AYO YOO

aduhaii tag apakah lagi yg aku dapat kali ni.. aduyaii kawan2 sejatiku.. is is is.. memula cik ct-k laa yg tag aku..tetiba mr Madie jugak suruh aku buat tag ni..cik lino tak ketinggalan nak tag aku jugak. haha jadinye aku pon jawab laa yer..sory lambat..aku dok bz study.. chewah... err nak mula dari apa yer..ok2.. memula tgk laa ape syaratnye...

ATTENTION
Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things,

* facts, habits or goals about you.
* At the end, choose 16 people to be tagged.
* You have to tag the person who tagged you
* If I tagged you, it's because I want to know more about you..!
aduhai berat dah.. kena citer pasal diri laa pulak. mcm baru2 nak berkenalan gitu ar..hehe.. ok2 16 tu byk jugak yo.. dah laa fakta2 belaka..hee aku kalau bab mereka-reka tu terer laa..hehe tp demi kawan2 aku ni, umai, madie dan lino..aku fikir jugak laa fakta2 tantang aku..hahaha.. semoga kalian tak rasa ngeri, seram atau mahu apa aja laa sampai terfikir2 je apa yg akan kalian tahu tentang aku pastnii.hehe suspen ni.. nak tau ape dia.. teruskan membaca...hahha..

1. Aku sekarang berusia 21 tahun dan bakal masuk 22 tahun bulan 6 ni.. chewah.. mst kalian fikir aku bakal kawin kan? dah semestinya.. hehe tp..? teruskan membaca yer..hee.. aku anak ke 8 daripada 9 adik beradik.. hahai.. ramai tak..? aku pon nak ada anak ramai laa kira2 lam 9 org jugak..hehehe malu2..kikiki.. kan aku da kata entry ni seram..haha..ok2.. aku di lahirkan kat Hospital Besar Alor Star, dan waktu tu usia mak aku dah 44 tahun. jadinye aku dilahirkan secara operation. mujur laa aku selamat dilahirkan ke dunia. dan mak aku pon sihat je..ahaii.. kecian mak.. 'maaf yaa mak' eheh.. di sebabkan aku baby yg kira mcm lemas lam kandungan laa.. aku pon di tahan laa kat wad selama 10 hari tak jumpa mak aku. aduhaii n ayah aku cakap byk laa wayar2 kat badan aku masa tu.kira sadis laa jugak..haa.. past 10 hari barulah aku selamat sihat sejahtera.. dan menjadi bayi yg sangat2 comel..haha..

2. masa aku budak2 dulu.. masyaAllah.. sangat2 laa nakal dan buas org kata.. aku tak kata laa.. hehe pasal aku kena laa control ayu.hehe.. ok2 dulu2 masa kecik2 aku kan duduk kat kampung, aku suke g bendang (sawah padi) dan bekelah (makan2) kat situ dengan kawan2 laa.. then sauk(kira cam tangkap laa) udang..hehe then akan masak udang halus2 tu, buat nasik goreng..haa jgn memain, kecik2 da pandai masak ni. sekarang? lagi laa terer.. oder je ape, kalau aku tak reti aku buat jugak.. p kedai laa buat kat kedai (beli n tapaukan)..hahaha.. faktanye kat sini kenakalan aku sgtlah dasyat sampaikan aku pernah baling batu kat sorg kawan aku ni sampai berdarah kepala beliau. then beliau g report kat mak aku. bukan report polis tau.. fuuuh mujur..hee.. then mak aku akan sound aku habis2an.. aduyaii aku pernah panjat pokok jugak. pehtu tak reti turun. aku menyusahkan abg2 aku laa. terutama abg Mat.haha.

3. fakta yang paling aku tak percaya laa, tp aku still ingat sampai sekarang walaupun kejadian ni berlaku da dekat rape belas tahun dah.. kira2 aku waktu tu lam darjah 3 kot.. aku pernah kena ikat kat pokok cempedak yang ada kerengga. sbb ape? sbb aku buli adik aku. bapak aku da marah sgt bila aku ni nakal. hehe then diikatnye aku kat pokok tu. yg tak bestnye pokok tu sebelah umah jiran aku yg anaknye (ain & ilah) pon sebaya aku. dan aku telah diejek2 oleh mereka.. cis "laa eNa awat dok kat pokok tu ada kerengga tak? laa comey jugak hang kena ikat tu, mcm filem dera2 ja. padan muka hang buaih sangat.." lah.. aku ingatkan depa simpati nak tolong aku. suke lak depa yer.. jaga laa aku dah target dah ain & ilah pastni giliran aku dera depa.. n mmg aku buat pon. sbb mak ayah aku buka kedai runcit, bila diaorg datang je aku g dekat2, masa depa nak byr tu cubit kuat2.. depa tahan je.. takkan nak marah aku kan sbb mak aku ada time tu.. tp mujur mak aku tak perasan aku buat pe.kalau tak..grrrr trrr.. sejarah mungkin berulang..hehe

4. kalau kat sekolah pulak, aku jd budak baik laa sikit dari kat kampung.hehe pasal nanti cikgu marah, aku cukup takut..hahai cuma masa Tadika tu je aku tak rape takut dgn cikgu. sbb tu kalau time makan je aku leh tumpah2kan.. kecian laa cikgu tadika aku dulu kan.. "maaf yaa cikgu jamilah" hee.. nama yg takkan ku lupo sbb aku pernah lari dari kelas balik umah. sbb aku majok dgn adik aku.kira adik aku ni mcm musuh aku laa.haha.. ops..! aku nak cite pasal sekolah kan, aku selalu je kena denda, jalan itik, ketuk ketampi, kena tarik telinga, kena cubit perut, kena cuci tandas, semua2 laa.. sbb aku.. budak baik.haha.. tapi yg takleh luponye aku pernah gaduh dgn sorg budak lelaki kelas aku. masa aku darjah 6. coz budak tu buli adik aku.haha adik aku tu lembik sgt laa. aku ni walaupon suke buli adik, tp bila org lain yg buat adik aku, aku jd marah. aku panggil budak lelaki tu jumpa ku. aku tnya dia asal buat adik aku (padahal dia jentik je adik aku tu) haha aku terus tendang dia.kikii.. mujur dia tak tendang balik, dia lak nangis..ni yg aku lemah ni..terus aku ketaq lutut..hahaha memujuk laa beliau..cis.. tak gengster sgt laa aku. tp aku ketaq bila beliau kata "jaga laa hang, aku p habaq kat pak aku. aku suruh pak aku penampaq hang. uwaaa" sambil nagis2.. tp sampai laa ni takde pon laa ayah dia cari aku.hehehe

5. err baru 5 ke fakta ni.. mak aii ada lagi 11.. ok2 dengan cepatnye aku nak ringkaskan laa eh.. aku suke makan ape2 je yg halal dab bleh di makan, takde yg pantang laa setakat ni. tp satu hari.. ehem2.. kena laa pantang jugak ye..hehe gatainyee aku eh? haha.. mcm org lain, aku pon suke makan masakan mak aku, ape2 je mak aku masak semua aku bedal. tp sekarang mak aku lak suke makan masakan aku. chewah.. buat dah..hehe..


6. cita2 aku masa sekolah rendah aku nak masuk UM (sbb abg aku yakni abg Mie pon masuk UM, dan aku pernah datang UM masa abg aku tu konvo aku darjah 5 ke 6 kot).. cita2 aku masa sekolah menengah aku nak jadi cikgu.(sbb 7 org termasuk yg ipar2 lam adik beradik aku jd pendidik). dan setakat ni aku da dapat masuk UM, Alhamduliiah lam bidang pendidikan juga, err cuma aku bakal "ustazah" ahaii.. jgn sekali2 kata aku "ustazah rock" aku tak rock pon. aku da lembut laa ni..chewah2..sbb pengalaman aku kot aku jd gini.. haha.. harap bersabar nanti keayuanku teserlah nanti kan payah..hehe..
7. kat umah aku dulu2 ada kucing, hehe.. banyak tau.. aku sgt2 suke kucing. dan aku selalu menangis bila kucing2 aku mati..uwaa siap kuburkan lagi. then aku suke bela ayam yg kecik2 tu. ape eh ayam serama n ayam katik kot. nak tunjuk gambo tp belum scan..haha zaman dulu mana laa ada cmra dgital2 ni kan..hehe dan fakta jugak aku suka laa mengecat rumah. dan suke mengemas serta merenovate umah aku. jangan tak caya kalau aku kata aku boleh buat papan yg berbunga2 tu yg org letak kat perabung (bumbung). hehe.. sbb ayah aku tukang buat rumah dulu2 mungkin aku da terwarisi kot.hee sungguh aku suke tolong ayah aku renovate umah aku. hee cuma aku tak bertenaga nak buat keje gitu. kuderat tak mengizinkan aku.. sbb aku seorang gadis yg ayu. chewah.. sempat..!

8. aku suke benda2 yang seni, kreatif and menarik. aku suke laptop aku. sbb dengan laptop ni laa aku explore sendiri2 semua benda yg aku minat. aku suke wat vid n movie sbb aku minat drama.hahaii and aku suke grafik2 jugak.aku suke main photoshop and aku mula2 reti semua ni sejak aku beli laptop aku yg mahal ni. RM3000 lebih tau. aku beli 4 tahun lepas, sekarang?murah yaa amat. ahaii tp takpe barang lama tahan lama kan..hehe aku pon suke gak bab2 nak format ke ape ke. sbb bg aku sgt menarik dan aku sukeeee laa lam hal2 komputer.. walaupon aku tak terer lagi dan tak ambik sains komputer ke ape, aku nak explore jugak laa bab2 komputer2 ni.lagipon aku syg org yg sygkn laptop aku.. sape..? ada laa..hahaha.. aku gak suke melukis mungkin benda ni 1 pakej kot,hehe.. sbb tu dulu2 kat sekolah aku asyik masuk pertandingan melukis je, lg 1 pertandingan buat benda dgn plastesin..(betul ke aku eja?..hantam jee) hehe.. aku menang tau..haha aku buat buaya makan bunga ros.kikiki

9. aku seorang yang sensitif, sangat2 pentingkan perasaan dan berjiwa kira mcm lembut hati laa kot. chewah.. aku tak leh tgk org susah aku lak jd susah hati..hahaii.. aku sangat tak pandai nak cakap "tidak". sbb tu kekadang aku mcm terpaksa buat sesuatu yg aku tak minat. tp takpe laa aku akan cuba jugak tolong mana yg termampu. hatta aku pernah pinjamkan kawan aku 1 ribu lebih sampai aku sendiri tak makan. hehe syyy jgn cakap kuat2. ini adalah rahsia..haha takde laa bukan ape aku nak bgtau yg aku tak berkira. aku harap sgt kan org ingat ape aku buat masa tolong waktu susah. tp tu laa.. kadang2 bila da senang tak ingat da kat kita..is is is teremosi lak..haha baik kalian jgn tiru sifat ku ni. nanti org aniayai kalian. dan aku sekarang tgh ada yg membantu aku utk aku jd lebih tegas laa..chewah.. tp apa pon aku tetap suke tgk org lain gumbira. dan aku suke org lain boleh tersenyum disebabkan senyuman aku. ewah.. takde laa maksud aku bila aku buat org senang hati, hati aku pon senang..kikik

10. ahai.. banyaknye fakta2 pasal diri aku ni.. kalian tak bosan ke baca..hehe.. aku da tak larat nak taip pon.ahaii ape lagi eh? ok2 dulu kat sekolah rendah aku pernah jadi pengawas pusat sumber sekolah. masa sekolah menengah lak jd pengawas sekolah. seorang yang garang ni.hehe "singa" tu laa gelaran aku dapat masa aku form 1 n form 2. pasal aku pulun sgt.haha.. tp masa form 3 aku duduk asrama. da slow sikit laa kenakalan aku dan kebudak2kan aku tu. nak jadi gadis ayu laa katakan.hehe aku dilantik jd "pengawas kanan" masa form 5. dan aku dah nak jadi penolong ketua pengawas asrama pon. tp.. heee.. next fakta aku bgtau. yg penting kira leh tahan laa aku kat sekolah dulu otai2 juga.haha


11. yer laa aku pernah laa bercinta. chewah masa tu aku form 2 sampai laa aku masuk sem 1 kat nilam puri. haha.. lama gak kan. aku seorang yg setia. tp aku cukup takleh terima bila kesetiaan aku ni tak dihargai dan dikhianati. aku juga pentingkan hubungan keluarga dan restu laa. kalau mak ayah aku da cakap"NO" so aku akan stop.. kira kisah cinta 1st tu cinta monyet2 je laa.. mcm kata madie monyet je tak bercinta mcm aku..haha aku pon da tak fikir ape pon. sbb zaman sekolah2 laa katakan. tak matang.hehe sbb tu laa aku takleh jd penolong ketua pengawas asrama, cis sbb dia tu jd ketua. tp takpe di sekolah aku ttp pengawas kanan.. tu dia aih.. mak aii cikgu2 pon tau daa pasal aku bercinta. berat jugak..haha.. buat malu aku je.. is is is.. tp takpe laa pengalaman.. hahai kpd yg masih belajar di sekolah aku nasihatkan takyah serius laa. hahai.. sekarang? haa suspen sikit laa mana leh bgtau. aku cuma nak kawin je tak lama lagi. chewah..kau ada jodoh..? bila? ada laa rahsia...heee

12. takpe2 da nak habis dah ni.haha ok seterusnye pencapaian aku lam koko, aku pernah laa jadi solo nasyid masa kat sekolah dulu sampai peringkat daerah ke negeri..haa negeri laa.. dapat nombor 2.ciss..aku gak pernah jd penyanyi sat. tp ustazah da bg ceramah kat aku. maklum laa aku budak aliran agama.haha tp disebabkan aku dok sekolah menengah biasa ni. cikgu2 lain bgitu mendorong aku laa. sampai aku selalu terlibat lam acara pentas n mcm2 laa aku masuk, choral speaking peringkat negeri dapat nombor 3. aduss.. sajak, syair semua aku bantai, belakon jadi anak penjajah masa zaman british laa, sempena hari kemerdekaan. dan mcm2 lagi aku join. sampai aku pernah nyanyi dgn kumpulan robbani masa diaorg datang sekolah aku wat persembahan.. tak caya lagi?? hehe.. tanya laa geng2 sekolah aku dulu..haha.. habis je SPM aku dapat tawaran ke KISAS. sebulan past tu, dapat plak tawaran UM asasi kat nilam puri, then aku sambung laa bakat aku tu masa di nilam puri. ada pertandingan nasyid aku jd solo. tak caye eh? hehe.. masa kat sana da tertutup da.. hahai aku pon da makin ayu da nak pencen dah.. dan sekarang aku da tak lagi mcm sekolah dulu. sikit2 ada laa.. sbb da jd biasa kan, pelik pulak bila aku pendiam ke tak aktif ke.ahaii.. but i try my best laa utk control laa keaktifan aku ni. hehe

13. then aku nak bgtau laa yg sebenarnye dragon ball ada 7 bijik semuanye..haha aku suke tgk citer kartun, wonderpet pon aku suke, bayangkan laa betapa bebudaknyee aku.hehe siap nyanyi lagi.. "wonderpet2 kami datang.. membantu kawan yg kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat dgn bekerjasama semua jadi mudah.." hehe.. tu laa aktiviti aku bila balik kampung.. selain g meronda2 petang2 tgk sawah2 padi.. kat belakang umah aku je..

14. next aku suke budak2 dan suke melayan budak2.. terutama anak2 buah aku laa yg da ramai sagt2 aku tak tau rape bilangan sebenar. lam 30 org gak le. dgn pelbagai peringkat umo. yg baya2 aku pon ada yg tua dari aku yg da ada anak pon ada. kira ayah aku da ada cicit pon dan ayah aku da umo 86 tahun, mak 66..hee alhamdulillah masih sihat.. doakan mak ayah aku sentiasa sihat tau... matlamat dan azam aku nak mak ayah aku datang tgk aku dapat ijazah nanti. itulah yg paling aku impikan.

15. kalau boleh aku nak ada "seseorang" sebelum aku gred. ehem2 maksud aku dgn ikatan sah laa..hee isu hangat ni kan..haha takpe laa aku pasti setiap org pon impikan nak ada kuarga sendiri. chewah.. cukup matangkah aku? takpe2 aku akan cuba yg terbaik laa.. eheh lam keluarga aku kan, aku sorang je tak tawin2 lagi.. adik aku pon baru je kawin.. ahaii..

16. ape lagi eh.. mcm banyak dah tu u all tahu pasal aku. yg penting semua yg aku alami tu semua adalah pengalaman yg mcm guru bagi aku laa untuk aku tempuhi hari2 seterusnya. mungkin ada yg rasa aku ni tah ape2 tp ketahuilah perbezaan dalam kehidupan kita yg buat kita jd diri kita sekarang. aku tak suka bandingkan diriku dengan orang lain sbb bagi aku, kamu adalah kamu dan aku adalah aku. baik aku bandingkan diriku sendiri, antara yg dulu dan sekarang makin baikkah aku atau sebaliknye. aku cuma ambik org lain sebagai cth utk aku ikut bila aku rasa sewajarnya kamu sebagai org yg dapat aku contohi.. chewah.. dan last sekali aku tak suka laa tekanan2 sgt. n tak suke memandang seseorg dari mata ksar dan secara sempit. aku suka mengenali dan memahami.kalau bg aku ada sesuatu yg perlu aku ubah atau tegur akan aku dekati dgn selembutnya sampai biarlah mcm 'menarik rambut lam tepung'. tak suke main sergah je, n pandang rendah pd sesape pon. sbb setiap org ada kelebihah dan keistimewaan tertentu yg belum tentu ada pada org lain.yg kelemahan tu biasa laa. semua manusia pon ada kelemahan kan.. tak semua sempurna.. kita je yg leh lakukan sesuatu untuk diri kita. orang lain nak kata ape2 je semua leh kata, tapi kita yg hadapinya. kita yg merasainye. lam satu2 hal aku suke berterus terang.. bg aku berterus terang lebih baik dari aku pendam je sorang2. so kepada yg rasa nak tegur aku. face to face. kenal aku dan tahu aku mcm mana. aku tak suke org main cakap ikut suke je without knowing me.. chewah tetiba cakap omputih kan..hehe tu je laa kot... byk lagi lee rasanye.. hehe lain kali aku bgtau..hihihi..

so di sini aku sertakan 16 rakan2 yg aku nak tag.. hehe

the guy yg pakar komputer..(buat 1st post tau)

munir bakal g haji

madie _bagi balik tag ni..hehe

lino_pon aku bg balik juga

umai_pon sama..hehe

kak ida kakak iparku yg sporting '

abg Die my abg yg BTKK

abg Mie kalau ada masa

encik aslam yg tak pernah buke blog..huhu

kak funna cute

mila wazup2..hehe

dzul_rasa cam da pernah jwab je kan..

ikin.._pon mst da buat tag ni..

nurul kawanku yg baik

ieda at suehaz..hehe

kak pinky yg bz..hehe

so jwab laa kalau ada masa eh..hehe aku tak kisah laa. tp ok gak cara ni leh buat kita kenal lebih dekat kan..hahaii..

8 comments:

The Guy said...

ai..
the guy pun kena jgk..

la la laaaa....

:: eyeNa :: said...

kemana menghilangnye komen encik munir. adakah aku tereject? sorry yaa.. ok aku paste komen munir:

"bapak tag die. .
klu tulis atas tisu paper
mmg panjang. .
siap boley pakai sbulan lg

haji bl lak ak nk. .
he he pape pn insyallah hu hu
da la name 1st, kaler merah lak 2
ni psycho secare halus ni
mental ak ngn budak nie. ."

:: eyeNa :: said...

hehe so aku nak jawab laa utk munir: wawawa padan muke.. tak payah laa buat berjela mcm i, adoii.. da nk jd mental ke..keciannyee.. haha

:: eyeNa :: said...

hahai the guy.. terimalah juga..x x x x trrr gee

The Guy said...

baikkkkkk....

:p

:: eyeNa :: said...

bagus2 baik pon the guy ni..hehehe w w w w kan kan kan...

uchiha ct-k said...

huhu....
baru dapat nak komen2....
panjang giler u buat tag....
hahahaha....
xpe2....
memang best bace...
ganas giler ko mase kecik....
patut la skrg ni pun masih rock....oh dan ayu jugak....hehehehe

:: eyeNa :: said...

amboii boii mis "Mr rahsia" ni.. puji ke ape ni. berbaur kutukan ikhlas yo..hehe takpe2 rock tetap rock. jgn jd mental dah laa..kikiki.. dulu2 mmg laa budak2... sekarang ni keayuanku da makin teserlah..hehe