Top Commentators

Widget by Blogger Tutorials

they're THE BEST..!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسۡخَرۡ قَومٌ مِّن قَوۡمٍ عَسَي أَن يَكُونُوا خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَي أَن يَكُنَّ خَيۡرًا مِّنۡهُنَّ وَلَا تَلۡمِزُوا أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا بِالۡأَلۡقَابِ بِئۡسَ الاِسۡمُ الۡفُسُوقُ بَعۡدَ الۡإِيمَانِ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوۡلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ -11

hai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

tersampai juga hasrat beliau..

>> Thursday, November 12, 2009

gambar : khas untuk tatapan kamu semua.. ececeee... :)

aduhai.. assalamualaikum semua kawan2.. huu maaf laa dah lama aku tak update.. ramai yang bertanyakan sambungan cerita aku yang merapu itu.. dan ada yang dah rindu2 aku, supaya g komen dan merapu kat blog kamu..hehe.. **ada kew..??. anggap je ada..hihihi

sory sebab aku tak sempat berbuat yang demikian.. aku exam daa.. 3 paper berturut2.. tu yang aku tumpu pada study tak sempat nak buat kecoh sangat..now ada lagi 2 paper lagi ni.. doakan aku yuk.. hahai.. lagi 5 hari nampaknya aku akan habis final exam.. huu... **rasa cam setahun lamaya!

sebenarnya aku dok sedih and macam2 laa.. hmm payah nak citer.. aku menci perasaan ni..!!!!

tapi takpe aku tetap akan merapu untuk melepaskan tension yang membelenggu diriku ini. baik aku reka lagi cerita kan.

perhatian:
cerita aku hanyalah khayalan otak aku semata2.. jangan kamu percaya! hehe..

haa.. jom layan citer sultan pencen dan ratu pasembor jom..


****************************

alkisah.. tersebutlah sebuah kisah, (taaaiiibb) sang kancil datang beramai2.. **err ini dah silap skrip ngeee~~..

aduhai.. alkisah... **kali ni citer betul2 ni..

haa ratu pasembor telah menukarkan semula sultan pencen menjadi dirinya sendiri.. kerana ratu pasembor sangatlah kesiankan sultan itew.. namun...

selepas sultan pencen tidak dapat meluahkan hasrat beliau terhadap ratunya, beliau mahu mencuba sekali lagi.. dan beliau telah megajak ratu tersebut berjumpa dengan burung2 peliharaannya.. sebab burung2 tersebut iteww boleh bercakap.. jadi sultan pencen berharap hasrat murni beliau dapat disuarakan oleh burung2 iteww... **ceh romantikkah ini? aku tak puas hatie.. ekk

si eyeNa sangatlah suka apabila berjumpa burung2 yang manje tersebut.. dan burung iteww pandai berkata2... adakian dengan iteww..

"oh ratu pasembor.. sultan kami mahu luahkan hasratnya pada kamu.."

kata burung bewarna merah.. yang hinggap di lengan sultan pencen dengan tiba2.

eyeNa hanya tersenyum tanpa menjawab apa2, eyeNa mula berfikir dalam hati. tentu sultan pencen nak luahkan perasaan betul2 kali ni..

"sultan kami mahu kamu.. err...?..."

si burung menyambung kata2 setelah melihat eyeNa hanya berdiam diri sahaja.. namun tiba2 burung2 tersebut kelihatan gementar dan terbang meninggalkan sultan pencen dan eyeNa dalam keadaan terpinga2.. ** huh apa dah jadi ni.. haa ini yang kita tak tahu ni..

rupa2nya ayahanda eyeNa telah datang dan mahu membawa eyeNa balik ke dunia eyeNa.. sesungguhnya ayahanda ratu iteww sangatlah penyanyang.. umurnya sudah 86 tahun.. namun masih sihat dan sangat2 memahami eyeNa..

lihat sahaja wajahnya sentiasa tersenyum.. petua mengekalkan awet muda.. **huhu tiba2 aku rindu kat ayah aku.. huuuu aku edit2.. syok2 nak tengok cane laa kalau muka ayah aku masa muda2 dulu.. ok2 sambung citer..

ahai.. eyeNa pun pulang ke kayangan bersama ayahandanya.. meninggalkan sultan pencen yang masih belum meluahkan hasrat yang sekian lama terpendam.. **uihh suspen dah ni.. terpendam sejak dari pinjam duit seringgit 50 cen iteww taww..

selepas iteww sultan pencen telah merayu kepada ayahanda ratu pasembor supaya menerima dirinya.. dan sultan pencen meminta kebenaran untuk bercakap sebentar dengan ratu pasembor.. akan tetapi permintaan itu ditolak..

"kalau kamu inginkan anak beta. maka buatlah dengan cara yang sebaiknya. beta tunggu kamu anakanda sultan pencen.. kamu pergi sahaja ke mahligai kami dan sampaikan hasrat kamu yang sebetulnya didepan kaum kerabat beta.."

begitulah tegas ayahanda ratu pasembor lalu membawa ratu iteww pulang ke negara mereka..** haishh sungguh merapu pon kamu layan..hahaha..!!!

sultan pencen tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.. dan sultan pencen menggunakan kuasanya untuk terbang mengejar ratu pasembor yang di sayanginya iteww.. lihat sahaja gambar di atas, betapa perkasanya sultan pencen yang boleh terbang tinggi.. **mungkin beliau belajar terbang dari burung2 peliharaan beliau kot.. betul atau tidak? haa ini yang kita tak tahu ni. haish!!!

si eyeNa atau ratu pasembor **bukan ratu rojak k..! telah sampai ke kayangan.. dan beliau sedang memandang wajah sultan pencen yang sedang terbang..

"mcm orang sakit perut jer muka dia!"

ujar eyeNa dalam hati tatkala terpandang jawah (eh silap eja.. 'wajah' daa) sultan itew.. namun semakin dekat sultan iteww menuju kearah eyeNa, sultan pencen seakan semakin hilang. (cuma nampak gigi sahaja.. gigi tetap nampak sebab gigi putih..hee).

kemudian ghaib ditenggelami pekat malam (gigi pon dah tak nampak dah). **apekah sultan tersebut terlalu hitam sehingga ditenggelami pekat malam? atau malam yg terlalu pekat..? apekah..? haha ini yang kita musykilkan ni.. hee

haa kemudian sultan pencen muncul didepan eyeNa tiba2.. **asyik2 tiba2.. aduhaii..

dan sultan pencen memandang mata eyeNa.. lalu beliau berkata..

"oh ratuku.. aku dah lama nak luahkan ni. banyak betul dugaan dan halangan yang terpaksa aku tempuhi. sungguh sukar untuk mendapatkan kamu.."

"ermm apa yang kamu nak luahkan?"

tanya eyeNa masih tidak memahami..

"sebenarnya.. aku nak kamu.. kamu..."

"kamu apa?"

"kamu la.."

"yerla..kamu2..kamu apa?"

"lah kamu la"

"apa?"

"kamu"

"apa"

"kamu"

"haish!!!!!! aku tak paham lah! ni yang aku marah ni.. debush2....!!!!"

eyeNa telah memukul sultan itew sampai pengsan kerana geram akan hal yang telah terjadi..
tetapi sultan iteww tidak pengsan betul2 (pengsan pesen baru kot) lalu bangun dan berkata kepada eyeNa..

"aku mahu kamu.."

"maksud kau..?"

"aku mahu kamu jadi permaisuri hatiku.."

akhirnya sultan pencen meluahkan hasrat beliau.. **huh selamat.. haa punya laa lambat nak bgitau tu jew pon!!

eyeNa masih tercengang2 dan tidak percaya.. dan maka dengan itew ayahanda eyeNa telah memerintahkan agar sultan pencen mengambil kursus kahwin terlebih dahulu.. kui kui..**tu laa nak anak org bukan senang taww..hee

ahaii.. nak tau tak ape terjadi past tu? mereka berkahwin ke tidak? haa nantikan sambungannya di episod akan datang.. hehe.. tapi ada satu surat cinta yang sultan pencen bagi kat eyeNa yang buat eyeNa tergelak2 sampai terbatuk2 apabila membacanya.. **aku share ngan kamu surat tersebut.. baca eh..

mungkin sultan pencen tulis ni masa beliau berumur 8 tahun.. **konon nak tulis surat cinta!!

gambar : tak tu sumber yang sah

hahaha hantu pon takot kat beliau. hahaha.. **ini aku jelas2 dah tak tahu nape boleh terjadi.. haha

tanda tanya (?) : biar betul, mereka nak kahwin kah? kahwin yang macam mana? haa ini yang kita tak tahu ni..ekkkk

Read more...

sultan pencen: andainya aku dapat...

>> Sunday, November 1, 2009

assalamualaikum... haa di sini kita bertemu lagi nampaknya.. ewah2.. maaf eh kawan2 blogger yg di sayangi sekalian.. aku sekarang ni dalam "minggu ulangkaji" so tak dapat laa aku update hari2 seperti selalu.. ewah2.. tapi dalam sibuk2 study aku masih lagi sempat mengintai2 kamu dan blog.. ngee~~ rindu woooo...

ok2 aku takmau banyak cakap intro.. hehe.. aku nak teruskan dengan topik aku hari ni.. andainya aku dapat.. **dapat apa? haa ini yg kita tak tahu ni.. ekekekeeee

********************

"kan indah andai aku dapat kembalikan dedaunan yang kering itu menjadi dedaunan yang hijau dan segar semula..."


hehe agak berfalsafah kan.. hee.. sebenarnya kita tak mampu nak ubah apa yang dah berlaku.. kalau dedaunan yang kering tu dah gugur dari pohonnya, maka ianya sudah tidak boleh lagi kembali menjadi dedaunan yg hijau.. **kawan aku kata dapat, dengan cara mengecatnya..!

secara realiti, kehidupan kita pon sama.. macam daun jugak.. cuba menyegarkan keadaan dan suasana,daun cuba menghidupkan pokok dengan menerima cahaya mentari biarpun hidupnya sendiri sudah pasti diganti.. ya, daun.. tiba masa luruh juga.. terpaksa menerima kenyataan bahawa tak selamanya akan bersama sang pepohon itu..

kita manusia, ingin menyayangi dan disayangi.. dah pasti ada hubungan dengan orang lain.. ibu, anak, bapa, adik, kakak, abg, suami, kekasih, isteri, sahabat... err **bla bla bla. guru, murid..bla bla... moyang, nenek.. bla bla.. haish.. banyak sgt ar..!!!

sebab apa? lumrah.. macam daun dengan pokok.. **err kalau pokok yg takde daun tu tak termasuk lam antologi ni..ngeee~~

namun segala yang di takdirkan mempunyai hikmah dan ingatlah ianya tidak sia2..

dedaunan yang layu dan sudah tidak bermaya akhirnya berpisah dari dahan dan ranting pokok.. mungkin daun tersebut pergi jauh akibat di tiup sang angin, atau menggugurkan dirinya dikaki pokok itu.. mengelilingi pohon yang selama ini menerima baktinya.. seakan tidak mahu berpisah..

macam kita laa kan.. dalam banyak situasi, kadang2 kita berundur.. kadang2 kita terpaksa meninggalkan.. atau akhirnya memang kita akan berpisah sebab ajal menjemput kita kembali.. tak selamanya kita kekal di sini.. itu memang pasti.. kita akan mati..!!

kita sama macam dedaunan yang kian kering... semakin lama makin tidak bermaya, semakin lemah dan menunggu masa untuk gugur.. setelah itu kita akan hilang juga dari dunia..

Daun kering plak.. hari ni kita tengok ada, esok mungkin dah takde. kalau ada pon mungkin bukan lagi daun kering yang semalam kan.. samada reput dengan sendiri atau di bakar oleh tukang kebun.. dan lenyaplah daun itu.. buat selama-lamanya... **agak2 paham tak eh ayat aku ni? rasa cam dah terbelit2 dah ni.. cane nak bgtau eh..paham2 laa sendiri.. ekekeee

itulah kehidupan.. hidup.. nak bincang pasal kehidupan, terlalu luas topik ni.. aku kena ubah tajuk kot.. hehehehe

*********************
sebenarnya tujuan aku buat entry ni nak bagitau kisah sultan pencen ngan ratu pasembor jer. heeeh... tetiba aku terbagi motivasi plak kat kamu.. hehehe sowie2.. ok.. begini...

sultan pencen telah memanggil ratunya kerana beliau ingin menyatakan hasrat beliau.. ** hasrat tentang apa? haa ini yg kita tak tahu ni.. hehee

sultan pencen menunggu ratunya sambil tersenyum.. kemudian sultan pencen menyanyikan sebuah lagu kerana bosan menunggu..

"seiring dan sejalan.. seindah bunga ditaman.. lalalala...lalaa"

**sah2 sultan pencen lupa lirik..! haish..!!

seperti biasa.. dengan tiba-tiba.. jeng jeng jeng....

ratu pasembor sudah sampai.. tapi beliau tak suka orang panggil beliau ratu pasembor. sebab beliau rasa macam dah tua jer..dan sebab kawan beliau bernama ct-k pernah mengejek beliau.. bahawa ratu pesembor boleh bertukar status jadi ratu rojak!

**so aku cerita guna nama beliau laa yer.. eyeNa.. hihi bukan aku tawww!!

dan mereka berdua bertemu.. lalu ingin berbincang tentang hasrat si sultan..

mereka sempat mengukur siapa lagi tinggi seperti gambar di atas.. namun sudah pasti sultan pencen tarpaksa merendahkan dirinya apabila berhadapan dengan eyeNa.. hehe sebab eyeNa tak pencen lagi.. hihihi

namun setelah itu sultan pencen masih berfikir-fikir tentang hasratnya..

"bolehkan aku memberitahu ratu pasembur tentang hasratku ini?"

haa begitulah.. sehingga sultan pencen ternampak kerengga dan beliau mendapat idea bagimana ingin meluahkan hasrat tersebut dengan sebaiknya.. **takkan sultan pencen nak jadi kerengga! biar betul kan.. kuruskah sultan iteww? haa ini yg kita tak tahu ni.. haish.!!

eyeNa pula ternanti-nanti luahan hasrat sultan pencen yang sebenarnya.. hahaii..

"oii sultan pencen.. jikalau engkau memanggilku tanpa mahu memberitahu hasratmu, aku ingin pulang sekarang..! ramai yang mintak aku ajarkan cara-cara buat pasembor.. aku sibuk ni..kau jangan nak berdolak dalih.. cakap cepat!"

eyeNa menjadi tidak sabar dan memaksa sultan pencen memberitahu hasratnya.. adeeeh **apahal pulak laa kisah dua orang ni kali ni.. adoii penat aku nak fikir..

kemudian sultan pencen berkata

"aku mahu.. aku.. errr..."

sultan pencen tergagap-gagap.. **lah gagap rupanya.. kui kui. gagap yang macam mana ini yang kita tak tahu ni.. hehehe...

"errrr.. aku.. nak kamu.. aku.. emm... payah laa nak luahkan hasrat ni kat kamu. aku err aku..."

peristiwa ini membuatkan eyeNa berasa geram kerana sultan pencen terlalu tidak yakin dalam hal meluahkan perasaan.. lalu eyeNa pon membaca jampinya dan menghembuskan ke arah sultan pencen iteww..

dengan tidak di sangka-sangkakan...sultan pencen bertukar menjadi ratu pasembor.. **oh no..!! apa dah jadi..!!?

gambar atas ni kira gambar sultan pencen selepas bertukar laa ni.. huhuhu.. ending citer ni sgt sedih kan.. huhu... *tisu please.. nak lap hingus..

sultan pencen merayu pada eyeNa supaya menjadi sultan pencen semula. dan sultan pencen berkata..

"oh ratuku maafkan aku kerana gagap tadi. kembalikan aku menjadi diri asalku.. sebenarnya aku nak bagitau sesuatu.. oh ratuku.. andainya aku dapat..."

cerita akan bersambung selepas berita terkini.. **sory kawan2 aku tak dapat nak menyelamatkan keadaan.. adeeh... tetiba ada berita terkini.. macam mana boleh ada berita terkini dengan tiba2.. haa ini yang kita tak tahu ni.. haish..!!

tanda tanya (?) : apekah hasrat sultan pencen iteww?
**nak tukar daun kering jadi hijau ke? ke ape? haa ini yang kita tak tahu ni..haish..!

Read more...

berakhirlah KO-KE silat cekak hanafi

>> Thursday, October 29, 2009


persatuan seni silat cekak Hanafi Um..

haa maka dengan ini aku dah lama dah nak post berita ni.. tapi tak terpost.. sory kepada kawan2 yg menyertai silat ni..pasti tertunggu2 kedatangan gambo2 ni lam blog aku.. hehe **takde org nanti pon aku anggap ada jugak! hehe

oh yaa sebelum aku sampaikan berita dengan lebih lanjut, aku nak mintak maap kat kawan2 blogger semua kalau aku dah tak lalu lalang kat blog u all.. or aku biarkan sawang memenuhi blog aku ni.. sebab aku dah nak exam!! **doakan daku semua..

ok teruskan berita.. TAHNIAH kepada semua yg terlibat lam persembahan pesta kokurikulum tu.. kita menang tempat pertama bahagian persembahan demonstrasi seni mempertahankan diri.. **tahniah jugak kat aku yg turut serta.. dah laa ketaq2 jer aku bersilat kat atas stage tu.. haha

atas ni gambar masa pagi2 tu berkumpul.. haa awal aku kuar pukul 8.15 dah sampai kat dewan DTC.. heee **semangat laa katakan..


kamu dah tengok kan gambar atas ni? siapakah itu? org mahu mengamuk ke? apekah? hee tu laa pensyarah kami.. eh jurulatih silat cekak hanafi. sporting orangnye..

err dulu aku tak tau lak jurulatih bukan tok guru dan tok guru tu lain.. haa aku jahil sikit bab2 ni.. ahaii sensitifnye.. mintak maaf kalau lam entry aku sebelum ni aku salah2 guna istilah ni eh.. ampunkan daku.. uwaaa...!! **opss jangan silap2 istilah lain kali.. bahaya.. adeeh.. sory eh aku tak tau.. huuu muka tak bersalah..


dah tamat dah. haa aku ada laa berniat nak sambung lagi sem depan.. alang2 menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan! cuma tak tau laa kalau tahun depan ni, status aku berubah.. tu sukar sikit laa kot nak join semua ni.. ahaii..


tanda tanya (?) : status aku berubah? ekekeeee **dari pelajar, jadi pensyarah kot.. ke ape eh??!

Read more...

TAG dari mawar_berduri

salam semua.. kali ni aku masih wujud lagi ni.. haha baru je nak buka buku aku teringat janji2 manis aku nak jawab tag mawar_berduri. **bukan main lagi tu nama beliau berduri2 tu.. hehe kamu rajin2 leh laa melawat blog beliau.. mawar_berduri

ni tag yg aku perlu buat.. senang jak.. ahai lama sudah aku tak main tag2 ni.. isk..

ARAHAN

1. Upload gambar Candid anda

-sEkEping, dua kEping atau bErapa jE yang anda sukE
-tak kisah la sorang2 atau bErorang2 bEramai2..
-pastikan Ianya candid..tak mO yang kontrol posE2 ni..


ok2 aku dah upload bawah ni.. confirm aku tak pose2.. haa puas jugak nak cari gambo candit sebab aku selalunya bila org nak candit jer aku sempat posing.. haa tapi gambo bawah ni serious candit!! tolong laa percaya! hee


haa lokasi kejadian kat kampung aku. kat belakang umah aku bersama anak buah aku.. ngee

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


2.Nyatakan apa yang sEdang anda lakukan sEbEnarnya pada waktu tu?

  • oh aku pon tak tau nape aku berpelakuan begitu?
  • nak kata aku marah nak tampo anak buah aku tu, muka beliau cam tak bersalah jer! takkan kot..
  • nak kata aku nak mencari kutu ke ape.. gila tengah2 sawah tu! buang tabiat..
  • huu aku pon tak pasti apa yg aku lakukan.. aku tengah musykil sekarang ni..
  • mybe aku ngah nak ikat rambut beliau? ermm tak kot.. tah laa.. ekk nak muntah aku memikirkannye.. **aku tak layak jadi detektif..haha

huhu sory mawar, aku dah lupa apa yg terjadi.. candit laa katakan.. heeek..!


3. apa pErasaan anda apabila mElihat gambar candid tErsEbut?

oh aku memula berfikir2 laa bila tengok.. lama2 aku jadi terkebil2, muka berkerut.. maklum laa tak dapat jawapan apa yg aku lakukan kat budak kecik tersebut.. adeeh bimbang aku ada gaya penjenayah jer.. hak hak.

4.siapakah yang bErtuah mErakamkan gambar candid anda itu?

anak buah aku yang lagi sorang laa kot, alia nama beliau tu. budak darjah 5. haa dia dok main2 camera aku, masa bila tah dok candit gambo tu aku pon tak tau.. aduhaii..


5. tujukan TAG ini kEpada 5 oRang

yang ni yang aku lemah ni.. hehe coz aku rasa nak bagi kat semua orang.. haha ok2 special yer:

kak dylla :
of coz banyak potret2 candit ni..
ekopelancangan : gambo candit binatang2 pon ok!
nakamura kazuki : kome jawab laa yo..
tedi: haa candit laa dak itam ke dak utih ke..tedi bear ke.haha
aslam : kamu kan sultan pencen, blog kamu tak pernah update! isk!

dan para2 hadirin hadirat yang berminat.. hehehe...

tanda tanya (?) : ape eh motif aku dalam gambo tersebut tu? adeeeh..

Read more...

layakkah aku sebagai editor..

>> Saturday, October 24, 2009

intro : ini cerita rekaan semata-mata.. sultan pencen membuat magik.. saksikan...


pada suatu hari, setelah sultan pencen dan ratunya berdamai dari bergaduh **kes baju jeans lavi's beharga singgit 5o cen iteww.. mereka pon bersiar-siar ke taman..

eyeNa : aku rasa macam nak selsema laa..

sultan : oh aku pon sama. ni kesan rawatan resdung kot..

eyeNa : tu laa aku menyesal sebab buat rawatan resdung. kamu laa ni nak belanja aku sangat!

mereka berdua berbicara soal rawatan resdung yang mereka lakukan dan masing2 menyesal sebab mereka kini sudah sama2 selsema.. aduhaii...



akan tetapi eyeNa tiba-bita terpandang sebatang pokok dan beliau pergi ke arah pokok itu lalu memegangnye seperti gambar di atas.. lalu berkata..

"hey sultan pencen kamu teringat tak sejarah pertemuan kita?"

sultan pencen menjawab dengan angkuh

"yaa tentu sekali aku ingat. hahaha kamu telah memanjat pokok dan melnolak aku jatuh ke tanah kerana mahu meminjam duit aku sebanyak seringgit 50 cen untuk membeli air teh ais tapi kamu beli baju jeans pulak akhirnya.. hahahaha. aku tak paham.. hahaha."

*** seperti biasa sultan pencen suka ketawa seperti halilintar dan terjadi gempa bumi sedikit, mujur guruh tidak berdentum dengan kuat tanda bom meletup...!! haish..!! (booom??!..)


eyeNa cuba memberhentikan ketawa sultan pencen dan beliau telah mencabar sultan pencen untuk membuat magik!

"aku telah membuktikan ketereran aku atas cabaran kamu tempoh hari. aku mampu panjat pokok sebab kamu. hari ini aku mahu mencabar kamu pula. jikalau kamu terer, ubah pohoh yang aku pegang ini menjadi dua..!"

eyeNa tanpa segan silu mencabar sultan iteww.. **aku pon tak tau kenapa laa mereka pelik2 sangat..

dan dengan sepantas kilat.. jeng jeng..

sultan pencen berjaya berposing seperti ratu pasemboq yang beliau sayangi iteww.. dan berjaya memegang dua pohon pokok.. lalu sultan pencen berkata..

"lihatlah.. aku mampu membuat magik! hahaha.."

eyeNa hanya senyum sahaja namun dalam hatinya berkata

"eleh2.. aku tau dah dia p cari tempat yang ada 2 pokok past tu posing kat situ.. hak hak. apekah.. magik ke itu?"

sultan pencen berjaya mendengar kata hati ratu pasembor dan beliau menjadi malu lalu berlari2 meninggalkan ratu pasembor dalam keadaan terpinga-pinga.. aduss...!!

*******************

chak..!! ni baru nak start buat entry ni...


waah bukan main lagi mood aku hari ni 3 entry aku buat! pagi, petang ngan malam.. haha.. takpe laa esok2 nak study aku tak layan dah blog ni.. hari ni lepas rindu kat blog banyak2.. hehe aku upload gambar2 yang agak diva ni sebab aku nak sampaikan bahawa aku teringin nak jadi juru kamera..! nak jadi editor.. aku minat giler laa..!!

ewah2 bila aku mula bergaya..


jangan salah paham tau tengok gambar2 aku ni anggap aku dah jadi model ke hape.. takde laa! aku sesuke jer bergambar dengan kawan2 aku hari tu kat taman tasik.. alaa gambar kalau dah edit jadi lawa laa.. hihihi

ada sesape nak tempah aku untuk jadi jurukamera kamu tak? heee tapi aku perlu beli camra mahal2 dulu laa yer.. setakat ni aku dok guna camra digital canon 7.1 megapixel jer ni.. aduii.. kan best ada camra mahal

"sultan pencen, kamu kan banyak duit pencen, hadiahkan laa daku sebuah camera.. heee"

sajer buat muka manje.. hehehe jangan plak kamu tenung2 nak cari jerawat aku!


mereka jugak suke bergambar.. hee kat taman tasik perdana jak tu.. ewah2..
roommate aku yg paling depan ni, aween.. amboii comey aih.. hehe.. tini, aku and fara..


tah laa kan.. apa eh kelebihan sekeping gambar?

bagi aku, senang jer.. gambar merakamkan detik2 yang pernah terjadi dalam hidup kita.. ada detik2 yang tak terakam kat sekeping gambar tapi tetap tergambar dalam ingatan.. so gambar ni luas maknanya jika nak di tafsir..

sekeping gambar mungkin mempunyai seribu makna buat seseorang, tapi mungkin tidak memberi apa-apa makna buat seseorang yang lain..!

disini aku mahu tegaskan, aku letak gambar banyak2 ni just untuk simpanan and tatapan.. takde niat nak menunjuk2 ke memandai2 ke hape.. cuma ini adalah aku waktu ini. tak tau laa esok2 aku bukan macam ni lagi kan, entah2 aku nak duduk depan camera pon tak nak. ape tah lagi rajin nak edit2 gambo cam sekarang... ahaii manusia, bila2 boleh berubah..


walaupon gambar tu tak bergerak, gambar tu bisu dan tak berkata-kata, kita dapat memahami kan nada gambar tu.. gembira ke sedih ke apa2 jer.. haa jadinya sekarang kita bergambar, bila kita dah takde pon orang dapat tau kita macam mana melalui gambar2 kita yang tak bersuara tu.. dan satu hari gambar2 ni mungkin tinggal gambar dan takde makna buat sesiapa lagi.. sekadar menjadi tatapan yang kosong.. ahaii..

tanda tanya (?) : kamu suka bergambar macam aku tak?

Read more...

kenapa aku nampak macam tu..

>> Friday, October 23, 2009

huh.. kali ni entry seram ni.. hua hua.. tapi takde laa seram pon.. pelik ada laa.. hehehe aku kan tengok jam tau hari ni..

tadi pukul 5:55 pagi aku terjaga dari tidur.. dan aku pelik. asal angka elok jer kat jam tu.. haa dan aku pon kemudian tidur laa balik. kira pagi tadi yang pertama aku tengok adalah jam yang menunjukkan 5:55 minit pagi..

oleh kerana masih awal aku pon tido laa lagi.. (maklum laa cuti2 malaysia).. dan terbangun dah pukul 10.10 minit pagi.. aku dok pelik jugak awat mesti pukul 10:10 minit kan.. tadi dah 5:55 minit pagi.. aku mula musykil... tapi wat tak tau jaa lagi.. tak fikir pape pon..

dan aku pon meneruskan laa aktiviti aku di hujung minggu ni.. aku p mandi manda then basuh membasuh dan aku pon siap2 laa nak p makan kat dewan.. lah? pukul 11:11 minit laa pulak?

dan aku teringat teori yang kawan aku cerita bahawa kalau tengok jam 11:11 minit tu maksudnya ada orang rindukan kita.. aku pon tersengeh2 sendirian.. dan aku tak jadi p dewan makan sebab masih awal tu.. aku pon melawat2 laa blog kawan2..

dan aku tengok jam kat laptop. aiiikkk 12:12 minit tengah hari? biar betul ni kali ke 4 dah ni aku tengok jam asal angka lawa2 jer? aku mula rasa pelik dan keliru.. aduhaii.. aku pon p laa makan and aku bergayut lak past tu.. ** sila jangan salah faham.. bukan bergayut kat pokok macam monyet yer!

then last2 ni baru2 ni.. aku dah habis bergayut kan tengok2 pukul 2:22 minit petang!! mak aiii lama tu bergayut tu.. huh.. yang aku nak cerita bukan kes gayut tapi pasal angka jam tu.. waaaa teruja tu..

isk tanda2 apakah ini..? takkan laa orang rindu aku setiap jam kot? isk sapa lak nak rindu2 kan? ker jam2 aku yang rosak? hahahaha tu laa yang aku musykilkan ni..

haaaaaa pelik tapi benar ni.. percayalah..

Pss: mungkin aku terpaksa tukar batry jam aku kot..

Read more...

cinta adalah fitrah yang suci

>> Thursday, October 22, 2009

maaf yer kali ni entry aku tidak lagi seram, jiwang karat, lucu atau merapu-rapu.. hehe tapi aku nak bagitau ni. aku kan.. aku.. nak cakap pasal cinta. kamu pernah bercinta tak? aku PERNAH dan sedang bercinta.. ewah2.. ok2 mari aku senaraikan siapa yang aku cintai

  • Tentulah cintakan ALLAH dan Rasul-NYA
  • cintakan mak ayah aku.. ~~~ rinduuu..~~
  • cintakan keluarga-keluarga aku
  • cintakan suami aku.. err kalau aku dah kahwin laa..hehe
  • cintakan sahabat-sahabat aku
  • dan aku mencintai ilmu yang luas untuk dipelajari
  • lastly... aku akan mencintai sesuatu yang mendatangkan manfaat pada aku laa..cth : dunia ni. udara, air, pokok2, katil, makanan, dan moto aku..ngee byk lagi la!!!

ok2.. tu laa tujuh yang tersenarai.. mybe banyak lagi tapi aku letak tujuh jer sebab afdal kan.. eheh..

yang pertama cintakan Allah dan Rasul-NYA.. sebab apa, sebab kita kan islam.. dan itulh kewajipan kita.. tapi hari ni aku nak bincang pasal cinta aku pada mak ayah aku.. dan cinta aku buat suami aku.. ** huhuuuu~~

agak mencabar tu nak cerita cintakan suami tu.. adeeeh..



****************


"hello mak, mak rindu akak dak?"

tanyaku dalam nada sedikit sebak.. entah kenapa aku rindukan emak, rasa macam nak menangis bila suara mak bergema di talian..

"hello anak mak.. rindu laa kat anak mak ni.. anak manja mak buat apa tu?"

suara mak riang seperti selalu. aku sungguh tenang. rasa hilang segala masalah yang terbuku di jiwa.

"akak ngah makan dengan aslam ni.. mak, akak tak reti nak pujuk dia. dia merajuk ngan kak.."

aku mula mengadu

"laa jangan dok gaduh2 laa.. pakat elok2.. tengok macam mak ngan pak.. merajuk biasa laa.. bergaduh sikit2 pon biasa laa.. tapi jangan sampai terbawak2.. jangan sampai rosak rasa kasih sayang tu.. meh mak cakap ngan dia.."

ujar ibuku setelah aku lama mendiamkan diri. mungkin mak dah rasa bimbang..

"hello mak.. oo ni kami kat kedai makan.. hehehee.. saja mai pujuk dia.. merajuk plak dah ni.. pujuk bawak makan tomyam ja..hehehe.."

aslam bersembang dengan mak.. **amboiii dia yang merajuk tadi tuduh aku lak!! eeee~~~

kemudian lama jugak mereka bersembang.. ** aku agak mesti mak dok bagi ceramah kat dia.. haha padan muka!

aku hanya memandang makanan yang baru sampai.. hambar dan tiada mood mahu makan.. kenapa tah angin aku lain macam hari ni..


*****************


"tadi mak kata apa tau?"

tanya aslam sewaktu aku menjamah makanan

"apa.."

jawabku ringkas.. dan takda mood mahu bercakap

"mak kata sayang sajer nak manja2 dengan abg sebab sayang jauh dari mak. mak suruh abang jaga sayang elok2.. mak tak bagi kita bergaduh.. sayang ok tak?"

aku menjuihkan bibir dan menjawab dengan nada terlalu lemah

"...ok.."

tah kenapa aku masih belum bersemangat mahu bercakap.. huu~~~

"sayang, pada sayang.. siapa abang di mata sayang?"

tanya si dia.. mungkin dia mahu lihat aku bercakap seperti biasa.. yaa, aku suka bercakap. aku suka berceloteh. aku suka ketawa.. aku suka bila kami sama2 ketawa.. cuma hari ini aku bukan begitu..

"hmm.. sebagai bakal suami, jika dah berumahtangga nanti, jika Allah kurniakan rezeki, aina nak lahirkan anak2 untuk abang.."

agak sebak untuk berterus terang.. selalunya aku tak pernah jawab soalan tu baik2.. aku selalu main2.. aku selalu buat lawak.. tapi tadi.. aku terlepas cakap.. aduhaii.. aku dah teremosi..

dan tak sampai dua saat air mata menitis dipipi.. bayangkan kat kedai makan tu aku menangis! *** ooo arr malu kat org..!

dan aku pandang dia.. wajahnya juga menahan sebak.. lelaki laa katakan.. ego tinggi.. dan dia menghulurkan tisu je laa kat aku.. *** huh tak romantik! org tolong laa lapkan ke.. ekekeeee




*********************


apa motif aku cerita ni? haa maknanya disini, aku nak bagitau bahawa aku rindukan mak aku. dalam hal pasangan atau apa jer aku akan tanya mak aku. sebab mak aku adalah motivasi aku. adalah contoh buat aku. mengapa mak dan ayah bahagia sedangkan umur mereka masing2 sudah lanjut. mak aku 67 tahun sudah.. ayah aku 87 tahun.! tapi mereka bahagia...

hanya mak aku jer dapat selesaikan masalah aku.. kalau aku tak col mak aku waktu tu mybe aku dah jadi bisu dah kot sampai last..

huuu aku selalu cakap ngan mak aku macam ni..

"mak doa kat kak tau. akak nak exam tak lama lagi.."

aku selalu suruh mak aku doakan aku..

"yaa mak doa aih dok lam kebun masa dok motong (menoreh) getah pon mak doa.. mak kata kat pokok suruh doa sama kat anak mak.."

dan waktu tu.. aku tahan lagi.. aku tak nak menangis.. tapi kenapa waktu nak mintak tolong saja, mesti ada mak? aku kecian nak luahkan kat mak. aku takot mak risaukan aku.. tapi mak setia mendengar.. kadang2 aku tak nak cakap tapi mak pujuk aku.. mak macam tau kalau hati aku tak senang.. mak macam tau kalau aku ada masalah.. kenapa?? mana mak tau?

yaaa jawapannya mudah, sebab mak yang didik aku, mak mengandungkan aku, mak melahirkan aku.. mak yang menyusukan aku. mak yang mandikan aku masa kau kecik2 dulu, mak yang masak untuk aku, mak yang selalu bagi aku ubat kalau aku sakit, mak yang selalu doakan aku, mak laa segala-galanya... walaupun kami jauh! wlaupon jarak sangat jauh memisahkan kami!!

mak tetap mak.. dan aku tetap anak mak.. aku tetap merindui mak dan mak juga merinduiku..

aku rindu mak..

ayah? kalau aku cakap ngan mak, mesti aku dengar suara ayah sama.. kalau ayah tak betul2 cakap ngan aku, aku dengar suaranya jauh sedang berpesan dan ingin pesanan itu disampaikan oleh emak kepada aku..

tadi juga aku cakap ngan bapaku..

"pak sihat dak?"

tanyaku..

"pak sihat, tapi dok batuk2 sikit.. pak dah tua selalu tak sihat laa cek.."

kata ayah buat aku kemudian risau pula.. sebak yang dari tadi aku tahan kini semakin teserlah.. tapi aku masih bertahan..

"laa pak makan la ubat tau.. pak doakan akak jugak tau.. akak dah nak peksa (exam) tak lama lagi"

"haa ni ambik doa ni pak selalu baca kat anak2.. supaya kita jadi kaya dengan ilmu.. pak dok amal ni tengok anak2 semua dah berjaya.. pak bagi kat akak nak dak?"

"nak.. nak.. macam mana pak, akak ambik buku tulis naa.."


dan bapaku berkongsi doanya kepadaku.. sungguh aku bertuah.. sungguh aku paling bertuah.


aku masih ada mak dan ayah yang ambik berat pada aku.. yang selalu bagi aku dorongan dan semangat.. yang menyembuhkan aku dari segala kelukaan.. yang membuatkan aku asyik terlena dalam buaian..

aku teringin nak jadi budak2.. teringin nak kembali ke satu masa dulu.. andai laa aku dapat putarkan waktu.. hmm tapi apakan daya, usia makin lama bermakna hari makin singkat untuk aku berangkat ke destinasi yang lain...



************************

huhuuuuu~~~ entry ni dah lari tajuk.. sorry.. aku rindu mak ayah laa~~~..




************************

kesimpulannya...



Cinta Adalah Fitrah Yang Suci

Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia.

Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya.

"Sebuah pernikahan dalam islam diharapkan dapat memayungi pasangan itu untuk menikmati kehidupan yang penuh cinta dan kasih sayang dengan mengikat diri dalam sebuah perjanjian suci yang diberikan Allah Subhanallahu wa Ta’ala."

"Kerana itulah rasa cinta dan kasih sayang ini sudah sepatutnya merupakan hal yang harus diperhatikan sebelum kedua pasangan mengikat diri dalam pernikahan. Kerana inilah salah satu kunci kebahagian yang hakiki dalam menghadapi masalah rumahtangga nantinya."

kalu aku dah betul2 bersedia untuk berkahwin... aku nak belajar bagaimana mak dan ayah aku bercinta sehingga aku sayang pada mereka.. aku nak tahu apa rahsia mereka sehingga mereka tidak pernah mahu mengabaikan aku.. dan aku ingin jadi seperti mereka... bercinta sampai ke tua. setia...

aku nak jadi macam mak ayah aku yang tak putus2 mendoakan yang terbaik buat aku.. aku sayang mereka!



*****************

"sayang nak kahwin ngan abang?"

"takmau.."

tapi aku kemudian tunduk dan tersenyum malu.. hahahaha.. biar betul awang ni? hahaha dah jadi sultan pencen pon ada hati nak kahwin ngan aku.. hahahahahaha!!!! **jgn mareh eh.. hihihi

psss: kamu?? dah kahwin lom?!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

a SonG 4 U

nota kaki:

thanks sebab sudi singgah2 sini jalan2 sini..

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP