:: mereka Terhebat ::

Tuesday, April 28, 2009

i am So TIRED

aku melangkah sayu hari ini.. usai solat subuh tadi, aku berdiri di jendela..aku memerhati dedaunan yang masih di basahi embun, ia bewarna kehijau hijauan, dan mula bersinar apabila mentari mula menyinarinya.. aku masih di jendela.. seketika merenung kosong tanpa kata. diam dan terus membisu. cuba mencari kekuatan untuk melebarkan senyuman.. namun berat sekali pagi ini.. aku melangkah lesu menyiapkan diri.. lambat.. aku hanya mengikut kakiku berlalu dari jendela itu...

langkahku menuju lemah ke dewan makan.. jam sudah 7.30 pagi.. lagi 1 jam aku akan berperang di dewan peperiksaan. cuma terasa tiada semangat untuk itu. walaupun senjata telahku asah malam tadi bersama rakanku. aku masih bermuram...

"aina awat hang ni.. senyum laa sikit"

aku di tegur oleh Syuhada.. mungkin dia perasan aku tak seperti biasa.. aku tidak berkata apa.. hanya cuba mengukir senyuman walaupun payah untukku lakukan... perlahan suapan demi suapan.. makan pagi dijamah penuh keletihan..namun aku cuba untuk senyum, cuba berborak seperti selalu.. cuma berat.. sangat berat...

aku menghidupkan enjin motor kesayanganku.. motor tu bayak berjasa.. aku berdikari sendiri. kemana-mana motor tu yang menemani. aku tak mahu menyusahkan sesiapa. aku tak suka melibatkan diri dengan sape2.. aku suka bersendiri walaupun hakikatnya aku punya ramai teman.. kenapa? sebab aku takut aku menyakiti dan disakiti.. maklum laa bila dah rapat, mesti begaduh kan?

aku mempelawa seorang rakan bersamaku. membonceng untuk ke dewan exam.. motor itu perlahan menyusuri perjalanan.. entah kenapa.. aku lesu.. sayu...

"aina, awak ok? saye rasa moto awak takde semangat laa pagi ni.. nape eh..?"

"owh moto ni mcm tuan dia kot.." kataku ringkas..

hari ni aku ada test fiqh ibadat. subjek yang mungkin akanku repeat semester depan.. kenapa?? sebab dalam dewan exam tadi, aku jadi kosong lagi.. entah apa yang mengganggu fikiran. berkali-kali nafasku hela.. mengeluh panjang tatkala soalan exam itu aku tatapi.. payahkah? yaa agak sukar soalan tu. bertambah sukar bila fikiranku tak dapat tertumpu padanya..

************************************

"aina.. kenapa awak menenagis? awak ok ke.. saye risau tengok awak..."

roomateku, Aqilah datang menghampiriku dikatil.. aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan padanya.. aku semangat sangat nak mengafal sebelum tu. nak baca nota fiqh ibadat. pukul 1 tu baru settle study dengan Ani. aku lega.. cuma aku nak mengafal pulak.. aku risau kalau kena repeat.. aku lemah bahasa Arab.. (sbb aku budak sekolah aliran je)

"takde ape2.. sedih sebab baca tak masuk ni.. sedih laa.. tengok kat blog ni... nape dia cakap saye mcm ni??"

aku menunjukkan kandungan cBox blog aku ni pada Aqilah. entah kenapa aku mengadu padanya. mungkin hanya dia di sini. yang ada dekat dengan aku..

"saya kecewa.beginikah bakal pendidik yg akan mengajar pendidikan Islam? Fikirlah sendiri ye... kerana ramai yang Islam kerana suasana sahaja. Seperti kamu ketika di nilam puri.apabila berada di kl, luntur semua.lihatlah pada pakaian kamu.dan jgn sesekali memberikan alasan saya tidak sempurna, jgn nilai org dari luaran dsbnya...kerana itu alasan2 yg tak masuk akal berubahlah.....rosaklah imej agama jika yg ingin mendidik mengajar pendidkan islam seperti ini.... saya kecewa!!"

aqilah hanya terdiam apabila membaca msj tersebut.. entah kenapa makin parah pula perasaanku.. sememangnya aku sangat sensitif. seorang yang cepat terasa. sangat2 tak dapat terima orang tegur aku tanpa aku tahu siapa dia.. and aku tak kenal dia.. aku tak boleh orang ckap aku itu ini tanpa jumpa aku sendiri. tanpa kenal aku dengan dekat.. tanpa tengok mcm mana hidup aku. dari kecik dari aku lahir.. tanpa tahu pengalaman apa yang pernah aku lalui. tanpa merasa berada di tempatku seketika..

aku tak dapat baca nota2 yang tadi aku tulis.. hanya air mata yang bergenang. terasa diri bagai dihina.. tarasa sangat2 sebab aku mmg nak berubah.. aku sedar aku tak layak dengan apa yang aku miliki sekarang, semuanya tak layak bagi aku.. aku tahu orang tak dapat terima aku sebab aku ada di tempat yang tak layak bagi aku.. bukan aku tak mencuba.. aku dah berjanji dengan diriku, aku mahu berubah.. cuma aku perlu kekuatan.. aku perlu bimbingan. aku perlu sokongan.. sebab bukan senang kita nak ubah diri kita secara tiba2.. aku mcm ni, diri aku yg hina ni.. kenapa kamu tak datang pada aku.. kenapa tak dekati aku.. kenapa kamu merahsiakan dirimu.. kenapa tak bagitau aku sendiri.. kenapa kamu buat aku mcm ni.. saat aku tengah ada masalah lain yang terpaksa aku hadapi. saat diriku tak diterima oleh sesiapa.. kamu tambah lagi. deritanya..

"ya Allah tabahkan hatiku yaa Allah, dengan apa yang engkau takdirkan padaku.. tidak mampu aku laluinya ya Allah.. sembuhkan luka dihatiku.. sembuhkan pilu yang kini bersarang di benakku ya Allah.. aku terasa bagai di hina.. aku sedar ya Allah.. ini adalah ujianmu.. tapi kau kuatkanlah hatiku untuk aku menempuhinya.."

aku tak dapat berbuat apa2.. dulu aku mampu tabah.. tapi sejak aku masuk nilam puri, macam2 masalah yang aku tempuhi.. pernah orang bagi aku surat layang. pon waktu exam mcm ni.. katanya aku tak kuat iman, suka perkara lagho (dengar muzik), cintakan manusia lebih dari cintakan Allah, tak sedar diri, menggoda lelaki, pakaian menarik perhatian lelaki, cara cakap yang tak sopan, jalan tak macam wanita muslim, sanggul tinggi (nak tunjuk rambut panjang), tak jaga adap, tak itu tak ini.. mcm2.. bila ingat tu sakit je yang aku rasa.. tapi last2 aku jumpa dengan org yg terlibat dengan surat tu.. aku cerita semua pasal hidup aku... dia dapat terima.. dan rasa simpati sebab aku macam ni.."kalau sayang aku dekati aku dengan kasih sayang yaa.."
aku pesan kat sahabat tu.. bukan mengada-ngada.. tapi itulah aku siti Noraina..

mungkin aku tak bertuah mcm kamu yang di lahirkan dengan suasana yg bi'ahnye solehah.. mungkin aku tak ada di sekeliling orang2 yg baik mcm kamu, mungkin aku bersekolah di kampung yang daif..mungkin aku punya pengalaman yang tak pernah kamu hadapi sehingga aku jadi begini.. ingatlah aku tak pinta ku begini.. tak pinta aku dilahirkan begini.. aku tahu dan sedar kecatatan diriku.. bagi aku masa untuk mencuba.. jangan di paksa aku.. aku takkan mampu buat kalau aku dipaksa..
sedarkah kamu, kalau laa orang yang mungkin asasnya rendah, bila kamu dekati dengan mcm ni, main sergah je nak tegur.. org tu akan rasa nak jauhi kamu.. akan rasa nak memberontak. tercabar nak buat benda yang lagi dasyat.. sebab apa?? tekanan.. bila orang tak memahami.. dan anggap sesuatu yang mcm menghina dirinya.. mujur laa aku di sini.. aku dapat kawal walaupun itulah yang aku fikir mulanya.. aku tak jadikan kesempurnaan alasan.. aku tak kata nilai kamu pada luaran sahaja.. cuma jika niatmu itu suci sesuci embun pagi tadi, alangkah baiknya kamu datang hampir denganku.. menarik tanganku tatkala aku tersungkur rebah ke bumi.. kamu yang sedar.. kamu boleh datang memegang bahuku ketika aku teresak2 dilambung badai yang bergelora.. hidup kita tak sama.. aku tak mampu jadi macam kamu..

aku tahu kamu islam.. aku juga islam.. tapi satu yang ku pinta, jangan kamu menghukumku.. menilai keislamanku dan melafazkan kata nista bahawa aku tidak cintakan Allah..islamku hanya di bumi tarbiah nilam puri sahaja... ya Allah.. beratnya tuduhanmu.. aku masih saudaramu.. darahku yang mengalir kini turut mengalir dalam tubuhmu.. kita sama.. cuma aku sedar, betapa tidak layaknya aku berbanding kamu.. tidak layaknya aku berada di sini.. aku mahu pergi.. dan pernah aku menjauh dari sini.. tapi inilah takdir yang Maha Esa buatku..aku kemudian kembali... mungkin aku akan hanyut terus jika aku tidak di sini..

ingin sekali aku menjadi pendidik.. itulah yang aku impikan sejak kecilku.. berbekalkan semangat orang tuaku, semangat adik beradik yang lain, aku sangat mengimpikan aku menjadi seorang guru. tapi hari ini aku sedar.. aku bukan siapa2 untuk mendukung impian semulia itu.. sebab aku punya kecatatan.. tahukah kamu aku sedang mencuba? aku juga manusia biasa, bila kamu lemparkan aku tuduhan mcm tu..aku jadi geram.. aku ada perasaan.. bukan aku melatah.. aku dah banyak kali rasa.. lali pon ada.. sebab tu aku balas msj kamu..

"sape ko ni?? kalau nak tegur boleh tak berhikmah sikit?? dtg jumpa aku slow talk takleh ke?? ak nak exam f.ibadat!! sekarang da takde mood! weh.mai jumpa aku sendiri..!!! jgn ckp je tak mgaku sape ko."

agaknya kalau kamu jadi aku laa apa kamu nak buat yaa, buat tak tau je ke yer bila orang kata kita mcm2..? tak mungkin kan? aku bukan marah kamu.. tapi aku nak kamu tahu.. aku perlukan kamu.. datanglah padaku.. jangan disiksa aku mcm ni.. kenapa kamu tak mengaku siapa kamu.. sekadar menyamar jadi "wahai dunia". siapa yang hipokrit sebenarnya... bila aku suruh cara berhikmah, kamu balas...

"hikmah? dapatkah kamu menerima teguran? baru dicuit melatah menyinga. beginikah bakal pendidik? saya tidak menggunakan kata2 kesat. cubalah berfikir dalam ruang yg paling dalam.cermin diri"

nampaknya kamu yang terasa bila aku cakap kasar kan.. dan kamu pon bengang kan.. takpe2 aku faham..kamu ada perasaan juga.. aku jaga hatimu..biar hatiku sakit aku pujuk sendiri.. yaa aku bukan bakal pendidik yang baik.. aku sedar tu..cuma aku nak kamu tahu.. satu hari kalau aku lebih baik dari kamu? macam mana..??
aku tahu, Allah maha berkuasa.. dengan pengalaman yang aku ada, aku akan jadi pendidik yang sebenar-benarnya.. sebab aku tahu macam mana nak bagi pelajar2 aku supaya tak jadi macam aku.. sebab pengalaman tu guru aku.. dan aku yakin dengan kebolehan aku.. tengok laa satu hari.. kamu akan tahu siapa aku.. dan aku takkan maafkan kamu selagi kamu tak berdepan denganku setelah hati ini kamu sakiti.. setelah aku tak dapat jawab exam.. terima kasih sebab sudi jenguk blog aku.. aku syorkan jangan lagi kamu masuk page ni.. sebab kamu akan sakit mcm aku sakit ni.. maaf laa.. aku tak pandai pendam perasaan..
***************************************
tiba2 aku memandang jam di dinding dewan peperiksaan... ya Allah, lagi 30 minit..!! sempat ke aku jawab ni.. kenapa aku ni.. cepat2 aku jawab soalan fiqh ibadat tu.. aku hantam semua. :(
aku keluar dari dewan.. balik menunggang motosikalku mendaki bukit cinta pula.. lemah.. dan makin perlahan apabila gear tidakku tukar.. biarkan aja.. sampai di bilik.. aku menangis lagi..sudah bengkak mataku.. nak turun makan? ermm nanti orang tegur.. lagipun aku takde mood.. so aku nak tidur sekejab... zzZZZ
P/S: oh yaa, kawan2 yang aku sayangi.. maafkan aku.. aku emosi lagi.. sebenarnya bayak masalah yang menimbuni diriku lantas aku kurang kekuatan untuk bertahan.. maafkan aku kawan2 aku pasrah dengan semua ni.. aku nak luahkan kat orang yang sergah aku.. dengan tohmahan mcm tu.. aku takleh terkejut.. nanti aku melatah. mcm ni laa diriku wahai kawan2.. aku tahu kawan2 dah pon faham aku.. aku tak tau nak luah kat sapa.. hanya di blog ni.. maafkan aku yaa kawan2.. huhuhu..

11 comments:

nurul nahdzah said...

salam aina...
sabaq byk2 ye..
sedih btol aku bila ada org yg kata mcm2 kat ang..napa diorg ni x bleh nak berlaku adil sesama mnusia?sdgkan kita ni umat islam semua bersaudara..kalo nak btol2 niat nak bt baik nak menegur org silakanla tp dgn cara yg berhikmah..jmpa n tegur depan2..kalo brani n kalo btol2 nak menegur..nyampah la aku..x sggup aku tngok aina yg selama aku knal ni bgitu baik dgn kwn2, seorg yg ceria tetiba sedih..aku pun terasa sbb ang kwn aku..kalo ada apa2 jgn segan2 share dgn aku..masalah x bleh smpan sorg2..ang kena luahkan kat org yg ang percaya..be strong aina!!jgn tnjuk yg ang lemah..aku sntiasa sokong apa yg bt slagi bnda tu x melggar ajaran islam n sunnah rasulullah saw..insyaallah aku sntiasa jdi kwn, rakan, sahabat n teman utk ang 4ever..
senyum ckit aina..:-)

Anonymous said...

salam, aina,
saya kawan abduh, dan saya dapat link ke blog kamu pun dari abduh.
salam perkenalan dari saya.. =)

perkara ini perkara biasa. manusia memang terkenal dengan sikap suka menghukum membuta tuli. manusia lebih senang menghukum dari membimbing.
kamu perlu kuat, tabah dan pekakkan telinga.
sekurang2nya kamu tidak hipokrit, tidak berselindung dan berani menjadi diri sendiri. yang berhak menilai kamu cuma Allah. Bukan sesiapa. Yang penting kamu tahu siapa kamu dan kamu punya ilmu yang sgt berharga.. =)

Tapi sungguh, nak baca posting kamu penat.punya la panjang.. =p tapi takpe, kita bersaudara walaupun jauh. saya pun pernah merasakan apa yang kamu rasa tatkala orang menghukum saya membuta tuli.sakitnya itu pernah saya rasakan...

kuatlah kamu Aina.... =)

Unknown said...

ko buat style ak..
kalu ade pe2 org umpat n mngata
jus cakap
"ade aku kesah?"
kompem depa senyap
haha..
dh..kalu kite buat benda betul pon org ttp anggap kite ni jahat
depa je betul
x gitu?
hihiks..

joegrimjow said...

ku pon slalu camni
idup xbes je
upe2nye
kite yg kene best kan idup kite

dzul fahmie said...

aina sabar tau..biarle die nk kata ape..ak ilmu pun xseberapa..lagikan nk tgur org...aku leh bg nasihat yg hg jgn lemah smngat...biar ape org ckap...diri hg tetap diri hg...ape pun hg buat xde kena mngena ngan die..bila org dah dengki mcam2 leh buat...biarkn je...jgn smpai bawak masa nk jwap exam..exam ttp exam..sabar ye!!doa byk2

:: eyeNa :: said...

takpe nurul.. ak ok je..hahai.. cuma biasa laa ak pon terkadang emosi juga kan, huhuhu.. sory nurul..ak tak sengaja..hmm

lynodehearty said...

sabar aina..kita xbleh nak senangkan hati semua org..be urself..yg pnting kita xhipokrit..teruskan perjuangan mu d jalan ini..
jgn patah semangat ya..

piNky LuCiA said...

sabar aina.. be urself.. jgn hipokrit.. jnji awk wat pe yang awk suka.. mulut orang mana ley nak tutup.. len laa mulut tempayan. ley laa aku ley tlg tutup kan.. ni mulut manusia..

tabahkan hati.. kuat kan smngt.. kitorg ade ngn kamu.. :)

:: eyeNa :: said...

terima kasih yaa kawan2.. sangat2 terharu.. dan kalian semua laa pembakar semangat ak.. yg memahami ak..yg buat ak tenang selalu.. terima kasih kawan2.. sory ak menyusahkan lagi.. terima kasih sudi baca luahanku.. ak sayang kamu semua.. waaa terharunyeeee..

Kapten Luffy said...

tabah...

dia menasihati kamu ke arah yg baik

cuma caranya kasar

:: eyeNa :: said...

tu laa pasal.. nasihat2 jugak... tp biar laa bertemapat kan. huhu