:: mereka Terhebat ::

Saturday, January 3, 2009

duhai bonda duhai ayahanda...

Mak, kadang-kadang kan, tanpa akak sedar,
perangai akak buat mak sedih.. akak balik cuti ni sebab nak jumpa mak dengan ayah..bukan nak sakiti hati mak.. akak tau mak dah usaha demi akak mak sanggup menoreh walaupun umur mak dah tua.semua untuk sara akak yang masih belajar. akak sorang je belajar kat universiti. jadi mahu tak mahu mak terpaksa bekerja..mak bertahan walaupun akak ni pemalas. mak akan masak past balik dari menoreh sedangkan akak tidur membuta sampai waktu tengah hari. mak penyabar. akak kagum sangat.. mak balik dari kerja mesti panggil nama akak banyak2 kali sampai akak bangun. tapi kecian mak, kadang2 bila di kejutkan macam tu, akak merungut. pernah, akak tinggi suara pada mak sebab suara mak kacau akak dari mimpi. maafkan akak tak sengaja. tak tahu kenapa kadang2 akak suka ikut perasaan. tapi mak selalu cakap perangai akak mcm mak muda2 dulu. pasttu mak tak kisah akak macam ni. mak kata satu hari bila akak jadi ibu, baru akak faham semua. akak suka merajuk. akak pantang kalau kena tegur sikit je panjang la rajuk akak nanti. akak rasa bersalah sangat sebab tak pandang wajah mak satu hari ni semata2 sebab ego akak ni. akak rindu sangat kat mak. 1 hari tak berbual atau melawak dengan mak akak rasa sunyi. selalunya waktu ni kita mesti tengok tv sama2 kan mak kan. tapi sebab akak merajuk dan terperap dalam bilik mak pun tido awal. gelap je kat luar. mak layan akak baik sangat. cuma akak yang tak pandai hargai. bila cuti semester mak mesti tunggu akak balik. akak selalu buat suprise kat mak dengan balik tanpa pengetahuan mak. akak suka tengok riak wajah mak ceria sambut akak. akak bersyukur dapat ibu macam mak. mak baik sangat2 mak memahami akak. akak je rasa mak x faham akak. akak je rasa mak tak boleh jadi kawan akak sebab mak dah tua.
sampai di rumah, setiap kali cuti, mak mesti masak sedap2. tiap pagi ada ja sarapan. nasik lemak, nasik goreng, mak pandai masak. akak sebut je lapar itu ini, mak akan cuba sediakan. betapa istimewanya akak ada mak. tapi akak selalu terlepas cakap pada mak,akak gurau kasar kadang2. akak ejek kekurangan mak, tapi mak senyum je. akak ingat lagi masa kat produa waktu mak teman akak g servis kereta, mak berkenan ambik sudu plastik yang orang sediakan untuk tetamu pusat servis tu buat air, akak marah mak, akak kata mak ni memalukan orang. nampak sangat macam orang kampung. akak tak tahu mak terasa atau tak, tapi mak senyum dan gelak je. mak memang penyabar layan karenah anak mak yang sorang ni... akak rasa bersalah sangat kat mak.. mak xpernah tersinggung.. mak selalu ajak akak berbual bila tengok akak senyap mcm ada masalah. Mak kata mak kan selalu ada dengan akak. Akak memang manja dengan mak. Akak suka dapat tidur kat riba mak. Mak mesti usap rambut akak. Mak penyanyang, mak tunjukkan akak sifat keibuan. Selalu jugak mak nasihat akak supaya jadi macam mak bila dah ada anak nanti. Mak suruh akak jadi lebih baik dari mak. Padahal mak dah yang terbaik.. jasa mak terlalu banyak. Tak terbilang.. walau sebesar dunia ni akak miliki timbunan emas permata takan mampu akak bayar segala pengorbanan mak. Nak melahirkan akak cukup perit. Mak pernah cerita kat akak dulu..
Mak mengandungkan akak di usia tua. Umur mak dah 45 tahun masa tu. Doctor suruh mak gugurkan kandungan sebab bimbang risiko yang akan mak hadapi. Takut mak tak kuat untuk lahirkan akak. Tapi mak tetap berkeras dan buat keputusan untuk teruskan kandungan tu. Tambahan pula ayah sentiasa menyokong mak. Akak tahu, mak banyak pengalaman duka sebelum lahirnya akak ke muka bumi ini. Banyak kisah2 dan cerita hidup mak yang mak kongsi dengan akak. Mak anggap akak dah dewasa, mak bagi pengalaman mak sebagai guru akak. Akak kagum sangat dengan mak. Mak mampu hadapi semua rintangan semata-mata untuk menjadi ibu yang bertanggungjawab dan isteri solehah. Memang mak dapat gelaran tu malah bagi akak lebih besar dari tu lagi. Kalau ada perkataan lain yang boleh mengalahkah perkataan mithali, itulah gelaran yang sempurna untuk mak. Setelah 9 bulan mengandungkan akak, mak dimasukkan ke Hospital Besar Alor Setar sebab doctor kata mak tak dapat melahirkan akak secara normal. Waktu tu mak berdebar-debar, mak cerita lagi mak salam ayah sebelum masuk ke bilik pembedahan mak mintak ayah doakan mak dan bayi dalam kandungan mak selamat. Setelah hampir 7jam, ayah diberitakan mak selamat melahirkan akak. Cuma mak koma. Waktu tu akak pulak kekurangan oksigen dan terpaksa dirawat di wad berasingan. Mak kata akak xdapat bernafas dengan baik sebab lemas dalam kandungan. Waktu tu kita sama-sama bertarung nyawa. Ayah laa orang yang paling bimbang. Tak henti-henti alunan surah Yaasin ayah bacakan di telinga mak. Lepas tu ayah bergegas naik ke tingkat 10 untuk melihat keadaan akak yang baru dilahirkan. Ada banyak wayar kat tubuh kecil akak. Menitis air mata ayah tengok akak mcm tu. Dalam syahdu ayah memohon agar mak dan akak selamat. Sebab ayah nak kedu-duanya di samping ayah.. setelah seminggu berlalu, akhirnya doctor membenarkan ayah membawa akak pulang dahulu kerana akak sudah kembali sihat. Sedangkan mak masih tidak sedarkan diri dan terbujur kaku di wad kecemasan. Tiada khabar yang baru. Hanya nadi masih berdenyut, sedangkan tubuh tak dapat bergerak sedangkan mulut tak dapat bertutur. Oleh kerana akak sudah sihat, ayah meminta kak balkis, kakak sulung dalam adik beradik ni untuk membawa akak pulang. Ayah menaiki motosikal buruknya perlahan menjelajahi jalan yang belum berturap. Sesekali terjerumus ke lecak tapi kemudian kembali elok perjalanannya. Kisah 22 tahun lalu. Begitu la yang terjadi. Mak sedar selepas beberapa hari setelah akak sihat. Dan tiga hari selepas keadaan mak kembali normal, mak juga dibenarkan pulang. Ayah tak ada kereta, mujur ada pak ngah Mat, abang sepupu mak. Jadi kepada Pak Ngah itulah ayah tak putus-putus mengucapkan terima kasih. Akhirnya mak di rumah dan dapat menjaga akak, mak cakap mak selalu cium pipi akak waktu akak kecik2 dulu. Kata mak, akak Nampak comel sangat. Sedangkan bagi akak, tak ada apa yg istimewa pun. Tah laa mungkin itu dinamakan naluri keibuan.
Mak asuh dan didik akak bagai tatang minyak yang penuh. Tu laa mak, akak saying kat mak. Akak taknak sakiti mak. Mak terlalu banyak bekorban demi akak. Dari sebelum lahir, takkan akak sanggup lagi mak bekorban setelah akak lahir. Tapi itulah yang mak lakukan.. Akak bersyukur sangat. Cuma akak selalu buat mak sedih. Akak tak sedar dan tak tahu kenapa dengan akak. Mak tentu kecewa kan, tapi kenapa mak selalu tabah dan senyum walaupun hati mak sakit? Akak terlalu kerdil,tak pandai menghargai.
Kali ni akak keseorangan, hanya cengkerik yang kedengaran menyanyi di luar membuaikan keindahan malam. Syahdu kian terasa bila wajah mak belum akak runung hari ni. Akak buat keputusan untuk keluar dari bilik. Tak mahu berkurung lagi. Akak tahu walaupun mak di biilik tapi mak belum tidur. Sebab mak tegur akak jangan boros je akak dah buat mak mcm ni. Maafkan akak mak.. selagi mak ada, akak nak tengok mak senyum. Sebab akak fikir nyawa ni antara qada dan qadar ilahi, akak bingkas bangun, buka lampu dan ke dapur. Masih ada laksa yang mak masak petang tadi. Mak ajak akak makan tapi tadi akak ego. Walaupun adik datang pujuk, adik kata mak menangis. Akak gagahi jugak, Cuma duduk semeja maktu makan, jamahnya tak. Dan waktu ni akak dah rasa nak makan sebab akak tak nak terlepas dari merasa air tangan mak. Akak selalu rindu nak makan masakan mak masa akak di university. Waktu jauh dari mak akak rindu sangat. Dan akak takkan lepas peluang ni. Akak panggil mak… “mak.. ooo mak..” tapi mak senyap je. “mak… mak…” kenapa mak tak menyahut. Dah tidur agaknya mak ni. Akak nak minta maaf dan nak tidur dengan mak depan tv sambil tengok cerita Niyang Rapik. “mak.. tido dah ka?” akak tak putus asa sebab akak tahu, mak belum lena. Dalam sayup2 terdengar mak bersuara.. “uit.. tak tido lagi..” ceria je suara mak. Akak tahu mak baru bersedih sebab akak. tapi mak bertahan.. mak memang tabah. Mak buka pintu biliknya dan mak terus ke tV. Macam tahu-tahu aja akak nak ajak mak menonton sama2. Akak peluk mak erat2 masa tu. Akak nak nangis sangat tapi akak tahan. Akak tak mahu mak sedih tengok akak nangis. Mak macam perasan je. Tapi mak membiarkan akak peluk mak sebab akak memang macam tu. Mak cium dahi akak dan dalam kehangatan pelukkan mak tu akak akhirnya menagis juga. Mak sapu air mata akak dan kita menonton sama2. Tanpa akak sedar mak terlelap di situ. Akak renung wajah mak, kerutan yang tak dapat dibilang, uban hampir memenuhi keseluruhan rambut, tidur mak dalam senyuman. Tenang dan begitu manis walaupun usia mak sekarang menjangkau 66 tahun.. akak cuim pipi mak dan dengan perlahan akak kejutkan mak. Mak bangun senyum dan masih sempat menghantar akak ke kamar. Mak selimutkan akak dan lampu di padam. Derap kaki mak makin berlalu dan mak beradu di kamarnya.
Tika itu akak berdoa,

“robbanaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama robbayana soghiro..”

Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan rahmati mereka seperti mana mereka mengasihi kami sejak kami keci lagi..

3 comments:

Pedro said...

I can't just read it, ehehehh. I don't understand your language, but your blog is really good fashion.

Nati said...

Greetings from Argentina!!

:: eyeNa :: said...

tanks for the comment.. i'll try to improve my blog.. happy with your comment.. tanks..