:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Monday, January 5, 2009

"awk low ke under archiver ke sederhana or cemerlang?"

Ada perbezaan ke low archiver and under archiver? Dua orang pelajar mendapat keputusan yang tidak cemerlang. Siapakah diantara mereka low archiver atau under archiver?

U all pelik ker dengan ape yang I cakap? Hehe kalau sesape ada ambik pentaksiran dalam pendidikan tentu faham istilah tu. So sebagai bakal guru banyak yang I belajar di university ni. Supaya I bersedia untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Ewah.. tadi I g kuliah kat fakulti pendidikan. I nak citer banyak sebenarnya. Setiap hari I belajar I hayati dan I rasa ilmu tu mematangkan fikiran kita kan. Dari fakulti pendidikan I ke akademi pengajian islam. Macam2 yang I dapat. Kalau nak taip semua yang I belajar, naik berasap laa computer i. hehee so I nak share laa yang menarik2 walaupun semua yang I belajar tu menarik, I terpaksa laa pilih yang paling best for today. Maklum laa sekarang belum bz lagi dengan tugasan. Dah dapat banyak agsiment nanti tah2 tak dapat gini lagi. mybe I miss lak citer2 tentang pelajaran yang I ambik hari demi hari. Ahak cakap banyak pulak ni baru mukaddimah. Eheh..

well I nak story apa yang belajar hari ni, actually this is about student bleh jadi anak, sahabat, suami isteri or saper jer laa kot.. so i cakap pasal pelajar laa yer mudah nak faham.. hah ada pelajar yang dapat markah rendah dalam exam dan ada pulak yang cemerlang. Seseorang yang lemah itu tidak semestinya tidak pandai atau tidak dapat menerima pelajaran dengan baik. Mereka terbahagi kepada dua golongan. Yakni low archiver dan under archiver. Bagi pelajar yang lemah kerana kurang motivasi atau kesilapan dalam teknik pembelajaran mereka sebenarnya adalah dalam kumpulan under archiver. Ini bermaksud mereka tidak salah seratus peratus semasa pembelajaran berlaku. Tetapi cara belajar, factor dalaman seperti tekanan perasaan masalah peribadi atau sebagainya yang menyebabkan mereka sukar menerima input dari guru semasa dalam kelas lantas gagal dalam peperiksaan. Jadinya pelajar mesti didedahkan dengan pemahaman mengenai cara menyelesaikan masalah terlebih dahulu, mereka harus diasuh dilatih dan diberi perhatian. Sebagai guru yang baik, tidak sewajarnya kita bertindak dengan memberi denda kepada pelajar yang selalu gagal. Kerana pelajar tidak bersalah sepenuhnya, mungkin juga berlaku kesilapan dari pihak guru yang salah memilih metod pengajaran. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai perbezaan tersendiri untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Berbeza pula dengan golongan low archiver, pelajar dalam kumpulan ini lebih lambat menerima pembelajaran kerana mereka perlukan masa, ruang atau waktu yang lebih. Mereka lambat untuk memahami sesuatu kerana tahap kognitif mereka lemah. Lantaran itu pelajar perlu dibimbing dengan sabar dan mereka sewajarnya diberi masa untuk memahami sesuatu. Kumpulan pelajar seperti ini tidak boleh dipaksa supaya mereka cemerlang dalam pepekiksaan secara mendadak. Mereka perlu dididik dari masa ke semasa sehingga mereka mencapai kejayaan tersebut. Bagi pelajar low archiver, kegagalan mereka juga bukan kerena mereka itu bodoh atau dungu. Awas yaa bakal guru!! untuk menjadi guru jangan sesekali melebelkan pelajar dengan gelaran yang tidak baik atau tidak senang di dengar, kerana anda dinilai oleh pelajar. Jangan menjadi factor kenapa pelajar gagal. Pelajar juga punya perasaan dan wajib keatas guru untuk membentuk jati diri pelajar dengan kaedah terbaik. Ruang, masa dan waktu perlu dititik beratkan. Jangan sesekali memaksa pelajar untuk menerima maklumat baru sekiranya maklumat lama masih belum jelas baginya.

Seharusnya guru mesti pandai mengenalpasti siapa murid mereka. Low archiver, under archiver , golongan sederhana atau cemerlang. Kerana guru itu umpama lilin yang memberi sinaran dalam kegelapan. Takkan lilin yang menjadi kawan sewaktu tiada cahaya itu sanggup melawan fitrahnya lalu membakar orang lain? Lilin kan membakar diri sendiri untuk orang lain. Walaupun ia mampu membakar apa sahaja, tetapi tergamakkah anda sebagai guru untuk berbuat demikian? Hah.. hebat jugak I berceramah yer. Well I pun belajar tak tahu laa kalau da silap dalam artikal I ni. Sebab ayatnya gaya bahasanya I yang karang sendiri. Hahaii..

Sebenarnya tujuan I cerita tentang low archiver dan under archiver ni supaya kita semua tahu, perkara yang berlaku di sekolah itu sebenarnya kita hadapi dalam setuasi seharian. Dari kuliah yang prof Dr Shahril bagi tu I buat laa rumusan sendiri mengikut yang I faham laa kaedah nak ajar anak-anak, nak bimbing rakan sebaya, nak nasihat adik beradik, suami isteri apa sahaja macam tu laa mesti lah bermula dengan mengenali dulu jenis kategori individu yang macam mana di depan kita. Low ke under ke sederhana ke cemerlang semua ada kaedah yang berlainan. Contoh laa kita ada masalah dengan kawan baik, kita tegur dia then implikasinya kita tak tahu. Ada yang boleh terima jer, ada yang perlu masa untuk terima ada yang tak dapat terima langsung sebab ada masalah tersendiri, ada yang buat tak tahu tapi cuba ubah, ada yang macam2 karenah. Semua kerana ia fitrah semula jadi seorang manusia. Hehe

“Untuk mengajar manusia kita kena kenal sape itu manusia” tu laa my professor ajar, hope artikal ni dapat difahami laa eh. Skema pulak ayatnya tapi jangan geram2 tau. Santai jer.. hehe.. kalau laa masuk exam bab ni, eheh bleh senyum laa i.. hehe.. ok2 lain kali I citer lagi eh, jangan boring untuk membaca.. Ahak..

1 comment:

piNky LuCiA said...

wah.. penat membc khutbah hari ni.. huhu.. skrg rs mcm ngntuk plak.. wakakaka.. hehe..jgn marah.. mmg bakal pendidik la..entry kli ni mmg skima.. wahahaha.. dont worry.. u tetap best.. hahaha..

so best of luck cikgu.. hehe