:: mereka Terhebat ::

Friday, January 9, 2009

Dia Kakakku... dalam duniaku..

Haiii.. I sekarang ni ngah tak tahu nak buat ape. Padahal sekarang tugasan pun dah bertimbun. I kena ambik 7 subjek, dah 5 subjek dah kena buat tugasan, walaupun minggu add drop belum habis tapi dah start tugas dah. Bagus jugak lecture buat mcm tu, sekurang-kurangnye tak laa kalut sangat. Hai.. I rasa macam nak mengeluh jer. Sebabnya? Entah I pun tak pasti. Macam2 yang bermain kat fikiran..

Haa ape kata I citer tentang my kakak ipar yang paling baik di dunia i.. hehe dunia I laa takkan dunia Anita pulak kan.. well sebelum ni I ada citer dah tentang kak ida, isteri abang mie. Well I tak pernah rasa I ada kakak kadang2.. sebabnya? My sister sumer dah tua..* ampun yaa kakak2 sekalian.. bukan maksud lain tau.. ahaiii.. atotnyeeee...* emm anak2 diaorang pun ada yang lebih tua dari I lagi. Yang sebaya n lebih kurang I pun ada. Kakak sulung I anaknye dah kahwin pun. kak Balkis dah ada tiga orang cucu. Kiranya ayah I dah ada cicit. Hahaii.. begitu laa..

Tak kisah macam mana, I bahagia di samping semua. Cuma biasa laa kadang2 tengok orang lain ada kakak2 yang tak jauh beza umurnye n boleh jadi kawan, I rasa cemburu. Bukan I tak boleh kawan dengan kakak2 I, tapi maklum laa diaorang pun pangkat mak2 dah. Jadi segan..Hehe.. coz kak Balkis umurnya dah 50 lebih, macam tu jagak kakak2 yang lain dan kakak paling muda adalah Kak Jah, umurnye pun dah 44. Hah, I pun segan laa nak kongsi ape2 dengan diaorang. Lagipun diaorang tak ada masa nak duduk berbual dengan i. maklum laa semua bekerja dan ada tanggungjawab masing2. Pon begitu diaorang baik sangat dengan I..

Well dah melalut dah.hehe.. I nak citer tentang kak ida kan. Kak ipar i. masih muda tapi anak dah nak masuk 5. Baru 29 tahun kot, hehe *kak ida jgn marah kalau salah..* hahaii tapi Nampak macam baru 23 tahun tau. Hik hik.. Tu laa boleh jadi geng I coz banyak cakap, suka gelak dan berlimpah ruah dengan idea. Chewah.. kak ida pun kadang2 sensitif I kecian tengok kak ida tentu boring kat rumah. Kalau laa i mampu, i nak je jadi sesuatu yang boleh hiburkan kak ida. Namun, i Cuma manusia biasa yang terkadang ada salah silapnyer.. Tapi I tahu dia amat penyabar dan terlalu sempurna menjadi suri di rumah. Mmg suri pon, atau dengan kata lain penyeri kot. Hehe..



tu gambar kak ida, Dina anak buah i dan Abang Mie ngah guna laptop i untuk online. sekarang abang Mie dah ada laptop sendiri..heee



I jadikan kak ida idola I, dia baik peramah dan tabah dalam menghadapi apa sahaja demi membahagiakan keluarga. Haa mesti melambung2 kak ida kalau dia baca ni. Hehe.. well I ni tak pandai hargai apa yang ada depan mata. Selama ni I selalu anggap I keseorangan tanpa orang yang sanggup melayan karenah I sebagai adik. Yer laa masa I di lahirkan tu semua dah kahwin, Cuma abang Mie dan abang Die jer tak lupa jugak Abang Mat. So kepada abang2 je laa I nak bermanja sebagai adik. Tu laa tengok I ni kadang2 bersifat kelelakian. Ops!! Salah cakap eh.. hehe maksud I agak kasar laa. Ahaii walaupun abang2 I tak kasar, I pulak yang kasar. Ahak..

Masa yang paling buat I tersentuh adalah masa I tak cakap dengan kak ida sebab I rasa dia tak memahami i. I Cuma ada dia selain mak untuk berkongsi masalah, biasa laa kadang2 kita ni kan manusia biasa, I fikir macam2 bila I rasa kak ida tak sokong i. Padahal kak ida nasihat i elok2.. i jer tah ape2.. Yer laa I kan belum macho sepenuhnyer. Walaupun umur I dah 22 tahun. Hahaii.. I ni manje kot haa tu laa pasal I suka sangat merajuk, tak pasal2 I tak ikut family I g beraya sebab I merajuk tu. Mcm selalu, dalam bilik laa tempat I melayan perasaan. Sampai dekat2 kak ida nak balik ke Selangor, baru I berbaik2 dengan kak ida. Tu laa, kak ida tak putus2 mintak maaf, patutnyer I yang kena salam dia dan mohon ampun atas segala kesalahan i..

Tau tak, masa I sunyi sorang2 kat kolej kak ida laa yang datang. Bawak anak2 buah I yang comel, hilang semua keserabutan i. I rasa bersalah sebab dah lama tak tidur kat rumah kak ida. Bukan sebab rumah diaorang kecik, apa lagi kalau I x selesa. Tapi I lebih sibuk dengan aktiviti2 kolej. Bila cuti I nak segera balik kampung sebab I selalu fikir, I nak bersama mak ayah di saat2 ni. Entah bila lagi kan kita nak bersama dengan orang2 yang kita sayang.. huhuuu.. sekarang kak ida sedang pregnant. I risau tau pada kak ida, I kecian kalau kak ida penat. I takot kak ida lemah, I nak kak ida kuat dan dapat bersalin dengan selamat. I nak sangat jaga kak ida. Huhuu I terfikirkan kisah2 mak, I Nampak kak ida pon macam tu.. aduh.. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, betapa dalamnya kasih sayang dan naluri keibuan yang ada pada mereka..

I tak pasti I mampu jadi setabah dan sekuat mereka atau tak. Hmm.. kak ida, maaf yaa sebab cek banyak menyusahkan..” hahaii baiknye kak ida layan I, i sakat dan buat kak ida sakit hati pun kak ida senyum je dan selalu mengalah dengan i, hari ni I baca blog kak ida. Waktu tu tah kenapa air mata I mengalir jer. i baru tahu perasaan sayang kak ida pada i.. sebagai adik.. huhuu.. I sebak dan terharu, tak sangka sangat ada orang yang caring dan ambik berat pada I, selama ni I je rasa I sesorang n takde sape yang faham. Tapi I tau, walaupun tak diungkap, kasih sayang tu kita dapat rasa kat hati kan.. terima kasih kak ida, juga abang Mie, bertuah dapat isteri macam kak ida. Bersyukur sangat2 pada TUHAN sebab ada kakak ipar macam kak ida. dia bukan lagi kakak ipar bagiku, tp seakan kakak kandung yang darahnye turut mengalir dalam tubuhku.. hahaiii..




* YA ALLAH terima lah rasa syukurku ini, kerana KAU telah mengurniakan daku saudara yang paling baik dalam dunia malah aku berdoa ianya sampai ke alam sana, alam tiada mati, harapanku YA ALLAH, agar ENGKAU kekalkan hubungan kami sekeluarga sampai akhir usia, dan semoga ia lebih jauh dari tu. Amin.....*….


p/s : baru2 ni Birthday kak ida.. Selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki..

No comments: