:: mereka Terhebat ::

Thursday, January 22, 2009

KISAH HIDUPKU PART 1 ( tentang bapaku )

Aku seorang anak desa yang tinggal agak jauh dari kota. Tinggal di kampung yang permai dengan keindahan sawah padi yang sering menguning tatkala tiba musim menuai. Sudah tentunya desaku punya nama yang istimewa dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kampung bendang raja, disitulah teratak rumahku berdiri. Kampung yang seringkali diceritakan kononnya pernah bertahta Raja Bersiung di situ. Menurut cerita bapaku, suatu masa dahulu terdapat sebuah istana di kampung kami, istana yang terletak di anak bukit itu kepunyaan seorang Raja yang amat gemar makan bayam, khabarnya raja tersebut memiliki sawah2 di kampung kami. Kerana itu kampung itu dinamakan bendang raja. Bendang kan maknanya sawah padi..

Tp mitos raja yang termakan sayur bayam bercampur darah tukang masak tidaklah dapat dipastikan samada benar atau dongeng sahaja. Namun itulah yang berlaku sehingga akhirnya raja tersebut mempunyai siung akibat suka makan darah manusia. Menurut cerita lagi, raja bersiung kemudiannya dibenci oleh rakyat kerana terlalu zalim sehingga setiap hari ada sahaja yang akan dikorbankan, dan akhirnya raja tersebut ditentang habis habisan sehingga baginda lari keserata tempat di negeri Darul aman hingga banyak tempat lain di kedah mempunyai susur galur yang berkaitan raja bersiung.. begitulah yang sering bapaku ceritakan..

Jadinya aku bangga sebagai seorang anak desa walaupun terkadang ramai yang menyindirku, maklum saja aku orang kampung. Pada mereka yang hidup senang di Bandar sudah pastinya orang kampung seperti aku di pandang kolot. Tp aku tak kisah sebab aku adalah aku.. kampungku tempat aku membesar dan di sana punya banyak kisah yang tak mampuku tintakan dalam catatan tangan semata-mata kerana setiap yang aku alami adalah kehidupanku sehingga kini mungkin selepas ini dan hari berikutnya..

Satu-satunya pekan di daerah Padang Terap, hanyalah kuala Nerang. Agak jauh.. tapi mungkin jarak nak ke Kuala Nerang dah tak sejauh yang bapaku rasa sebelum aku di lahirkan.. ya laa sebelum 1940an tu kan jalan nak ke Kuala Nerang melalui air. Bapak cerita laa.. masa bapak muda2 dulu. Aku? Tak tahu apa langsung la sebabnya aku dilahirkan pun dah tahun 1987. So beza 47 tahun sebelum aku lahir sudah pasti sekarang banyak perubahannya.. aku bertuah sebab waktu zaman aku kecik2 dulu elektrik dah ada. Air pun da berpaip. Kalau zaman bapak dulu2 lagi teruk semua guna air sungai je. Atau air dalam tanah yang dipam.. mana aku tahu? Dah tentu laa bapak yang cerita.. Aku suka dengar kisah2 bapak sebab banyak sangat pengajaran yang aku dapat. Susah payah orang dulu2 aku tahu walaupun aku ni tak alami sesusahnya yang bapak alami, tapi aku mengerti.. lagipun masa aku dilahirkan tu hidup kami sekeluarga tak laa senang mana. Sekarang alhamdulillah semua dah berubah. Walaupun kami sekeluarga bukan la orang kaya tapi hidup bahagia dan senang hati. Sederhana je..

Rasanya untuk pertamanya nak cerita kisah hidupku molek kiranya aku mulakan dari zaman bapaku. Aku nak kisah hidup bapak tertinta di ruangan ini sebab ianya selalu tersemat di hatiku sebagai pengajaran yang menjadi guru buatku. Mungkin dengan cara aku berkongsi kisah ini bakal memberi iktbar atau pengajaran baru buat kalian yang membaca. Pengalaman tu kan penting untuk mendewasakan kita.

Bermula kisah kehidupan bapaku, pada tanggal 12 MARCH 1923 (aku tak pasti benar atau tak sebab dalam kad pengenalan bapak ada simbul * mungkin tak dapat dipastikan tarikh sebenar) bapaku dilahirkan didesa yang telah aku khabarkan tadi. Di kampung Bendang Raja Kuala Nerang Kedah.. waktu tu keadaan kampung masih daif. Tak ada elektrik, terpaksa guna damar untuk dijadikan api bagi menerangi segenap malam. Zaman tu rumah macam pondok yang hanya ada tiang2 dari dahan2 pokok.. beratapkan rumbia dan tidak berdinding. Nyamuk? Usah laa disoalkan lagi.. tapi memang macam tu yang semua orang kampung alami.. bapaku seorang yang rajin.. dari kecik dah ringan tulang buat sawah padi. Bapa cakap arwah atok garang sangat.. (aku pun tak pernah kenal arwah atok dan nenek sebab masa aku dilahirkan tu umur bapak dah 64 tahun, arwah atok dan nenek dah takda masa tu, al-fatihah untuk mereka...) begitulah, garangnya hingga bapak terasuh jadi rajin dan tak pernah merungut untuk buat kerja. Bapak selalu cerita dulu masa zaman bapak muda2 macam2 kepercayaan ada. ada orang kampung yang selalu korbankan lembu atau kerbau setiap tahun dan hanyutkan kat sungai. Bapak cakap orang dulu2 percaya kalau buat amalan tu nanti kampung jadi aman dan tak diganggu makhluk halus. Mungkin masa tu masih diawal kedatangan islam dan ramai yang belum menghayati islam dalam kehidupan. Lagipun kampung tu kira macam dalam hutan jugak, tapi semua rakyat kedah waktu tu sangat2 taatkan raja. Bapa cakap orang dulu percaya daulat raja. Macam2 kisah bapa cerita tapi tak laa aku ingat semua.. nanti aku cerita lagi..



so sambung lagi part 2 eh.. i da penat taip.. heee

2 comments:

Unknown said...

Kg bendang raja tak pernah aku lupa tempat lwn bola padang yg penuh berbatu ramai kwn dan sahabat aku ada di sana tp setelah 34 di tinggal entah masih d situ atau merantau kuala nerang tetap dlm ingatan ku.

Unknown said...

Saya tahu apa yg saudara ceritakan semuanya benar walaupun saya org merantau bukan semua org kg ketinggalan ,bg aku org kg lebih hebat dari org bandar syabas pada saudara saya amat tertarik aku nukilan ini terbaikkkk