:: mereka Terhebat ::

Monday, January 12, 2009

LUAHAN BUAT SENJA

hahaii rasa mcm nak berpuisi lak.tapi nak puisi ape yer. huh.. i dapat idea untuk buat cerita senja. sebab sekarang i terfikirkan untuk melihat keindahan senja. maklum laa bila serabut or ada problem kita pandang ke langit waktu senja, mesti damai tak caya try laa buat.. kalau berani la.. hehehee... oh senja...

senja.. maafkan diri ni myusahkan lagi. mencari dan mengadu tak henti2..tp diri ini hilang bila matahari menjelma dan aku muncul semula bila kamu, wahai senja mendatang..bila dihimpit duka kepada ufuk senja mataku merenung lantas dapat melenyapkan segenap kegusaran, namun bila matahari menjelma semula terasa diri disinari lalu senjaku lupakan lagi. padahal pada senja itu luahan diucap dan kerana senja itu senyuman biasa terukir dibibir sampai matahari muncul semula. matahari sekejab menghiburkan hati dan membuatku lupa pada senja, dimana ketika senja itu aku mengadu bila matahari menyakitiku di siang hari.

cahaya matahari kadang2 terlalu panas sehingga bisa membakar kulitku, aku menangis tidak mahu lagi bersama matahari. dalam mengembirakan, matahari turut menyakitkan. kenapa matahari memperlakukan aku begitu, sedangkan masaku lebih lama bersamamu matahari? sampai hati kau matahari, kau ku anggap penyeri. tapi mengapa aku kau lukai. sungguh tidak adil matahari. begitui baik aku melayanmu begini pula balasan buatku, matahari agkuh.. !!!

tika matahari menyakitiku aku merayu2 senja datang, membaham matahari kerana senja membuatkan diri ini dihargai. terasa lembut belaian senja, membawa diriku seakan di atas awan-awangan. kepadamu senja aku mengadu betapa matahari selalu membuliku. senja hanya tersenyum kerana senja tahu isi hatiku. kerana senja faham apa mahuku. lalu senja memujukku, dengan menunjukkan cahaya ufuknya yang indah sampai aku tersenyum semula. tapi senja hanya datang seketika, membawa malam padaku supaya aku mengadu pada malam itu.

malam, tersimpan sejuta rahsia pada malam, membuatkan aku bangun lantasku sediakan sejadah, malam seakan menyeruku sujud menyembah yang esa.. aku bingkas berwuduk lalu berdiri mengangkat takbir.. semua kerana aku telah melihat senja, aku rasakan senja seolah-olah menasihatiku walaupun senja tidak berkata-kata, supaya aku berdoa agar dapat melihat senja semula dan tabah menghadapi matahari keesokkan harinya.. yaa untuk melihat senja selepas malam, sudah tentu aku terpaksa bersama matahari lagi.. matahari yang susah untukku nyatakan, kadang2 menghibur tapi kadang2 memecahkan buntu sehingga keringat mengalir di dahiku sehingga aku benar2 penat bersama matahari itu..

begitu lah setiap hari. kecian senja, senja hiburkanku diwaktu sunyi tp senja kesepian sendiri dan terpaksa akur untuk berundur.. kerana senja merasa redah diri. senja tahu masa matahari lebih lama disiang hari. masa matahari bersamaku lebih panjang, senja tidak mahu merampas aku dari maatahari itu walaupun aku sering meminta senja supaya jangan tinggalkan aku. senja tahu aku bersama matahari dan senja juga sakit melihatku sakit dek kerana matahari, namun senja sedar pasti ALLAH tidak ciptakan sesuatu yang sia2. senja membari dorongan lagi, supaya aku tabah menghadapi hari2ku nanti.. lantaran senja selalu sepi.. tapi senja tidak mahu menyepikan diriku ini. senja.. siang ini aku rindu padamu.. mahu mengintai keindahanmu, mahu sinarmu yang mempersona diri.. walaupun senja hanya seketika tetapi keindahannya tiada tara. senja.. kamu senjaku.

tanpamu senja aku mungkin lupa bahawa malam akan menjelma. aku tentu bersedih sepanjang masa kerana memikirkan matahari yang pentingkan diri. susah untukku nyatakan, matahariku tak sama macam matahari orang lain agaknya. sebab tu aku tak berharap hanya pada matahari. sebab tu aku mencari senja.. yang hanya seketika, tanpa ku sedar senja itu yang ku nanti.. sampai usia senjaku nanti.. takkanku lupakan kamu senja dan akanku tunggumu senja.. kerana itu aku suka merenungmu senja supaya engkau tahu beratnya rasa melepaskanmu wahai senja.. petang nanti aku akan merajuk lagi dengan matahari, aku akan keluar dan memandang ke dada langit, dengan aman dan selesa, aku mengucapkan selamat datang senja, selamat pergi yaa matahari. bukan aku tidak suka kamu duhai matahari, tapi aku lebih senang bersama senja. kesian senja.. hanya seketika.. tapi aku bahagia..

aaduii i baca balik i pon tak faham, tapi bagi yang memahami tu, tahniah, B.melayu u all memang hebat.. hahaii.. buat citer senja rasa mcm nak g bercuti je dan menikmati keindahan matahari terbenam n nak2 je tunggu senja.. huh

No comments: