:: mereka Terhebat ::

Thursday, January 22, 2009

PADAMU YA ALLAH AKU BERSERAH..

Ya ALLAH kau tunjukilah padaku jalan yang kau redhai.. ya Allah aku adalah hambamu yg lemah. Aku tidak terdaya menghadapi dugaan Mu yg berat ya Allah. Kau bukakan hatiku untuk aku membuat keputusan yg sukar ini ya Allah. Aku sedar aku punya banyak kelemahan, aku lemah dan aku tidak sekuat mereka yang Engkau kasihi. Tidak sekental Siti Khadijah, Tidak selembut Siti Aisyah,tidak setabah Sumaiyah, tidak seayu Fatimah.. aku hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan, apa lagi kekurangan..

Ya robbul izzati, hari ini Engkau berikan aku ujian dan aku anggapnya hidayah buatku. Aku terlalu kerdil ibarat sepohan pokok yang renek.. tunjangnya juga lemah. Akarnya tidak kukuh, aku punyai dahan dan ranting yang rapuh, tiada daun yang menghijau yang ada hanya yang daun yang seakan sampah kering dan akan terbang bila dibawa angin. Aku lemah ya Allah. Tidak teguh berdiri apabila angin datang meniup kencang, seakan dahanku mahu patah. Rantingku goyah dan akan musnah begitu sahaja..

Ya Allah sesungguhnya ujian ini tidaklah sehebat ujian yang engkau berikan kepada para Rasulmu atau pada hambamu yang engkau pilih dari ummatmu yang terdahulu. Namun bagiku ujian ini seakan aku dihempap sesuatu yang amat besar dan berat. Seperti hancur seluruh tulang2ku ini, isi2ku bersepah sana sini. Aku kesakitan.. adakah ajalku sudah di hujung rongga? Ya Allah aku tidak mahu pergi dari dunia ini dalam keadaanku yang terumbang ambing sendirian. Aku pasrah padamu ya Allah. Cuma ku pohon agar aku diberikan peluang untuk hidup sehari lagi, agar aku dapat bertaubat padamu atas segala dosa2ku yang lalu..

ya Allah aku bukanlah manusia sempurna sesempurna wanita2 solehah yang aku idamkan. Ya aku pernah mahu menjadi bidadari yang mendiami taman2 syurgamu. Namun siapalah aku.. aku tidak sedikitpun punya ciri2 wanita yang layak ke sana. Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan ya Allah, supaya aku mampu berubah menjadi yang terbaik, supaya aku kembalikan apa yang aku hilagkan. Supaya aku pulang ke jalan yang telah jauh aku tersasar..

ya Allah aku tidak rela untuk menempuh nerakamu, yang terdiri dari bara2 api yang panas yang dibakar selama 70 000 tahun.. ya Allah aku tidak sanggup ya Allah mendiami neraka yang terdiri dari air2 nanah sebagai minuman, ya Allah aku tidak rela duduk di neraka yang padanya beribu-ribu ekor naga yang jika sekali naga itu menghembuskan apinya ke dunia nescaya tidak akan ada sepohon pokok pon yang akan hidup sehingga 7 petala langit dan bumi. Ya Allah dasyatnya balasanmu kepada orang2 yang fasik, munafik, kafir dan kepada hambamu yang islamya hanya pada nama.

Ya Allah aku insaf seketika kini, namun adakah keinsafanku akan kau tarik kembali sehingga aku leka lagi? Ya Allah atas keagunganmu aku pohonkan agar terimalah daku dan peliharalah aku dari dosa2.. ya Allah aku tidak mahu Rasulullah itu menangis melihat ummatnya yang sepertiku.. kerana aku selalu abai, leka, malahan selalu terlupa. Lupa untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba, perananku sebagai anak yang soleh dan solehah, lupa menjadi penuntut ilmu yang terbaik.. juga lupa menjaga diriku, emosiku tutur kataku dan aku kadang2 lupa segalanya..

Ya Allah, aku seorang wanita, Engkau ciptakan aku sempurna tanpa cacat cela. Engkau berikan aku paras dan rupa, engkau kurniakan aku bakat dan akal yang baik.. tapi aku sering lagi terlupa. Tidak mengenang jasamu Tuhan. Aku leka dalam keindahan duniaku yang aku lakarkan sendiri. padahal dunia ini milikmu...Aku gunakan kelebihan yang engkau beri ke jalan yang salah. Aku mencintai manusia lebih dari aku mencintaimu. Aku melayani perasaan hatiku lebih dari aku mengingati mati.

Ya Allah tika ini aku mahu bersujud padamu. Mengenang dosa2 yang lalu.. Oh Tuhan yang maha berkuasa terimalah taubat hambamu yang berdosa ini.. ya Allah aku kesal atas kejahilan diriku. Sesungguhnya engkau maha mengetahui lagi maha memberi keampunan. Kini aku bertekad lagi, seperti dahulu, aku pernah bertekad mahu berubah. Tapi aku ingkari tekadku. Tapi aku sedar engkau tidak pula menjauh dariku ya Allah. Malah Engkaulah pendengar terbaikku. Engkau menerima aku lagi, engkau membawaku kembali.. dengan ujian ini Ya Allah, aku benar2 bersyukur. Biarlah air mata keinsafan yang menglir disepi ini menjadi tanda cintaku milikmu ya Allah. Bukan sahaja perasaan ini malah keseluruhan jiwa ini, diri ini hanya untukmu ya Allah.

Tatkala aku sunyi sendirian, aku mula terkenangkan betapa sudah lama aku tidak membaca surat cinta.. walaupun rasanya baru satu jam lalu aku membuka surat cinta itu.. namun aku sudah merasakan seperti lamanya sudah aku tinggalkan.. apa lagi untuk mengafal.. mengafal surat cintamu yaa Allah, yang Engkau utuskan buat hambamu supaya kami membacanya.. aku lebih leka melayan keseronokkan duniawi sehingga kadang2 aku terjerat sendiri. Lantas terjatuh dari berdiri, dan rebah tersungkur menunduk di bumi.

Ya Allah kurniakan aku kekuatan ya Allah, kerana ujian ini perlu aku tempuhi. Dan aku mula sedari ujianmu ini layak pada diriku. walaupun sekali sekala aku pernah merungut.. namun aku pasti..Takkan engkau mendugaku jika aku tidak mampu, kerana itu janjimu buat hambamu.. ya Allah sungguh besar kasih sayangmu dan rahmatmu buat hamba2mu.. aku bersyukur kerana dilahirkan dalam islam.. dalam agama yang mulia ini. Kalaupun aku terleka seketika seakan ada tali yang menarikku kembali ke pangkal.

Ya Allah besarnya keagunganmu.. aku pasrah padamu ya Robbi andai kiranya nyawaku sebagai galang ganti untuk kau terima taubatku, maka aku bersedia untuk itu. Malah aku tidak sabar lagi mahu bertemuMu walaupun aku takut akan kelemahanku membuat engkau murka lagi. Ya Allah, aku akan mengasihimu, Nabi2mu dan kemudian aku akan mengasihi kedua orang tuaku.. aku berjanji ya Allah.. semoga perjanjian ini aku kotakan. Kerna aku tidak sanggup lagi di lembah penuh duri. Aku ingin melalui jalan yang tenang dan mudah untukku bangun semula walaupun aku kemudian akan rebah lagi..

ya Allah hanya padamu aku memohon.. kau terangi hidupku dengan cahayamu.. dengan kasihmu, dengan hidayahmu.. andai takdirnya aku pergi dulu bertemumu sebelum ibu bapaku, sebelum saudara2ku, sebelum sahabat2ku, sebelum sesiapa sahaja yang mengenaliku, maka ya Allah bukakan hati mereka supaya memaafkan kesilapanku, menghalalkan makan minumku dan menghalalkan hutang2ku jika ada.. ya Allah aku berdoa kepadamu semoga dikurniakan keluargaku keberkatanmu, semoga engkau merahmati ibu bapaku yang menjagaku sejak dari kecilku.. sesungguhnya tidak dapat ku balas jasa mereka sampai akhir usia. Ya Allah akanku kotakan janjiku ini.. kerana aku mahu melihat orang2 di sekelilingku bahagia bersamaku juga turut bahagia tanpaku lagi nanti..

ya Allah janganlah engkau pesongkan hatiku juga hati seluruh saudara seislamku kerana engkau tahu, jauh dan dalam.. disudut hati ini masih ada keimanan terhadapmu.. ya Allah makbulkan permintaanku ini.. aku ingin mengecap hidup sementara di dunia ini dengan tenang biarpun secebis Cuma. Kerana nikmatmu membuatkan aku berfikir selepas aku kadang2 termungkir.. ya Allah kau ikatkan hatiku hanya padamu. Jauhkan aku dari keseronokkan dunia ini agar aku dapat melangsaikan saki baki hidupku yang tidak lama ini dengan hanya mencintaimu..

jika engkau kurniakan aku seorang teman maka biarlah dia menemaniku keranamu, mengasihiku keranamu mendampingiku keranamu. Jika sekiranya tiada yang merinduiku keranamu maka tiadakan aku teman itu kerana aku tidak kuat untuk menerima sesiapa yang mencintaiku tanpa mencintaimu.. ya Allah setelah aku luahkan padamu, kini aku tahu hanya Engakaulah yaa Allah, kekasih hati yang tak pernah berhenti untuk memujukku kembali.. membawaku ke jalan yang engkau redhai menenangkan aku.. amat asyik sekali kasih sayangmu ya Allah.. aku terpesona dengan Rahmatmu.. semoga Engkau sentiasa membimbingku menuju redhamu… amin amin, amin ya robbal alamin….

No comments: