:: mereka Terhebat ::

Friday, January 30, 2009

ok la tu kan?

Salam semua..
hahaii da dekat seminggu tak layan blog ni. Actually I baru balik dari kampung. Best kan kalau asyik cuti jer. Hehe.. I balik kampung kali ni sangat2 sibuk sebab adik I da nak nikah bulan depan. So I laa yg uruskan rumah tu. Dengan tirai baru dengan hiasan bilik and semua2 berkaitan rumah. I gak uruskan baju pengantin untuk adik i. hehe bila lagi nak berbakti kan. I yg design baju pengantin tu. Ahak tapi tak tau laa orang yg jahit tu mampu ke tak memenuhi rekaan I tu. Hehe.. I kesian kat my dad coz banyak wang terpaksa digunakan untuk kenduri ni. Adik I lelaki, so terpaksa laa kuarkan banyak belanja. Simpanan adik pon cukup2 untuk mas kawin dan hantaran, jadi terpaksa laa my dad support untuk walimatul urus. So disebabkan tu I fikir I mesti buat sesuatu untuk ringankan beban. Hee tapi bukan dengan rancangan bersamamu tau, hak hak..

I teringat kata2 My profesor, ustaz Zawawi, katanya…:
“islam tu adalah seseorang yang ambik berat pada orang lain. Orang yang berjiwa islam adalah orang yang jiwanya lembut.. hidup ni menarik kalau bentuknya dalam karomah, maka jika sekiranya kita ada sesuatu tak salah kiranya kita kongsi dengan orang lain. Kan kita diseru supaya dengan nikmat yang Allah bagi kita mesti ceritakan. Ini bermaksud kesenangan yg kita dapat mestilah kita share..ianya bukan milik kita seorang, ianya dari Allah. Semua yang kita ada itu bukan hak kita yang mutlak. Sungguhpun wang manusia yang cari, manusia yang bagi tapi semuanya atas kehendak Allah. Sebagai seorang muslim kita kena bantu orang2 yang dalam kesusahan, terutama ibu bapa kita, saudara2 kita orang2 yang rapat dengan kita dan sebagainya yang seagama dengan kita. Sekali kita bantu orang tua kita, seribu kali Allah bantu kita, kalau bantuan Allah tu kita tak rasa sekarang satu hari kita akan sedar apa bentuk pertolongan Allah bagi pada kita.. jadi setiap kali kita bersedekah, atau hibbah sesuatu sebagai hadiah buat keluarga kita insyaALLAH pada setiap nilai tu Allah balas berlipat ganda.. sekarang orang susah kita bantu, esok2 kita susah orang tak segan nak bantu kita pulak..”

Dengan tu I buat keputusan untuk keluarkan seribu lebih untuk adik i. untuk bantu mak ayah i.. kalau tak I yang mulakan siapa lagi.. hahai tapi tujuan I cerita ni bukan laa nak bangga diri, tambah2 nak menunjuk2 kata I ada duit. Sebenarnya duit I tu pon duit biasiswa untuk I belajar semester ni. Alhamdulillah laa dapat biasiswa kan, I bersyukur sangat, sebagai tanda kesyukuran elok kiranya biasiswa semester pertama ni I kongsi dengan kuarga. Selama ni mak ayah kita yang sara kita. Makan minum pakai semua mak ayah kita yang usahakan. Biarpun terpaksa bekerja di saat mentari tegak di atas kepala, sampai keringat membasahi baju yang lusuh sebab nak cari sesuap rezeki untuk kita, mak ayah kita tak pernah mengeluh, apa lagi mengungkit. Sekarang tiba masa kita, tengok mak ayah kita yang semakin membilang usia masih lagi berusaha demi seorang anak, bantuan yang kita hulurkan sikit ni rasanya mampu melegakan mak ayah kita. Walaupun kita tak tolong sepenuhnya, tapi bantuan yang sedikit dari kita ni insyaALLAH disebaliknya ada terselindung segunung rahmat dari Tuhan. Ewah berceramah pulak.. hehe..



I da tanam azam dan tekad nak bantu kuarga I, kalaupun I xda I sen pun xpe asalkan mak ayah I tenang. Tu je harapan i. hah sebab tu gak I belikan mak sebiji handphone.. sebiji ke? Haha.. yer laa sebuah ke seketul ke se apa pon kira 1 je I beli.Hehe and I buat nombor mak tu guna plan executive celcom. So I pon tukar nombor gak bersama2 dengan Aslam my laling. Hehe so dapat laa col mak or ayah free.. best sangat. I gak g beli camra digital semata2 nak ambik gambo adik I nanti. I nak jadi juru camra coz I minat laa edit2 gambo n buat vid. Hehe I nak wat yg exclusive nanti. i gak belikan sepasang kain untuk setiap adik beradik i.. jumlah semua 20 pasang, termasuk untuk ipar2.. hehe nak tengok semua pakai sama jer time kenduri nanti. tp i beli kain biase2 je. sebab i pon xkeje lagi. hehe "maaf yaa kakak n abang2 sekalian kalau kain tak elok, nanti 1 hari cek ada rezeki lebih,cek hadiahkan yg lagi best2 tau. " harap2 semua adik beradik i suka kain tu.. heee



aii.. rasa senang hati sangat tak tau nape. Mungkin ni laa nikmat Tuhan nak bagi pada kita bila kita boleh buat baik kat orang tua kan.

Doakan kita semua sentiasa diberkati dan tertanam dihati rasa keimanan yang tak berbelah bahagi tehadap nikmat2 yang ALLAH berikan.. amin..

No comments: