:: mereka Terhebat ::

Saturday, January 31, 2009

PERCUTIAN YG MENARIK


hai hari ni nak laa i ceritakan pengalaman menarik.. hehe.. bersama kawan2 yg best2 lagi berbakat dalam lakonan tau.. hahai...
well, me and my club g BERCUTI..
best sangat2..


rasa mcm g luar negara.. hehee..
naik cable car.. tu makndak suraya.. adik beradik i from kampung tau.. kiteorang dah laa adik beradik, belajar sesama 1 jurusan lagi.. hahaii best..









ala2 mcm kat LONDON kan..
umai yang kesejukkan..



Posing maut tu.. haha konon2 nak jadi artis.. tp bukan artis kot tapi artus.. hihii




bersama member2.. suraya, Syuhada, lina and me..


Banyak permainan yg kami main, termasuk roller coster gak. huh mcm tercabut perut.. dari yg sempoi smp advanture. huh


masa balik i kena bersila atas Bus coz nape tah org bus tu jual tiket lebih. kesian kat kiteorang. haha...

I tak cakap lagi eh mana kiteorang bercuti?? haha.. mana lagi kalau bukan GENTING HIGHLAND.. Ahaii suprise laa sikit.. hehe.. jom wat gaya poyo..? haha


peace..!! bye2 GENTING.. lain kali g lagi.. hehe.. tanks kawan2 coz i happy sangat2 dengan percutian ni.. mmg menarik kan..

Friday, January 30, 2009

ok la tu kan?

Salam semua..
hahaii da dekat seminggu tak layan blog ni. Actually I baru balik dari kampung. Best kan kalau asyik cuti jer. Hehe.. I balik kampung kali ni sangat2 sibuk sebab adik I da nak nikah bulan depan. So I laa yg uruskan rumah tu. Dengan tirai baru dengan hiasan bilik and semua2 berkaitan rumah. I gak uruskan baju pengantin untuk adik i. hehe bila lagi nak berbakti kan. I yg design baju pengantin tu. Ahak tapi tak tau laa orang yg jahit tu mampu ke tak memenuhi rekaan I tu. Hehe.. I kesian kat my dad coz banyak wang terpaksa digunakan untuk kenduri ni. Adik I lelaki, so terpaksa laa kuarkan banyak belanja. Simpanan adik pon cukup2 untuk mas kawin dan hantaran, jadi terpaksa laa my dad support untuk walimatul urus. So disebabkan tu I fikir I mesti buat sesuatu untuk ringankan beban. Hee tapi bukan dengan rancangan bersamamu tau, hak hak..

I teringat kata2 My profesor, ustaz Zawawi, katanya…:
“islam tu adalah seseorang yang ambik berat pada orang lain. Orang yang berjiwa islam adalah orang yang jiwanya lembut.. hidup ni menarik kalau bentuknya dalam karomah, maka jika sekiranya kita ada sesuatu tak salah kiranya kita kongsi dengan orang lain. Kan kita diseru supaya dengan nikmat yang Allah bagi kita mesti ceritakan. Ini bermaksud kesenangan yg kita dapat mestilah kita share..ianya bukan milik kita seorang, ianya dari Allah. Semua yang kita ada itu bukan hak kita yang mutlak. Sungguhpun wang manusia yang cari, manusia yang bagi tapi semuanya atas kehendak Allah. Sebagai seorang muslim kita kena bantu orang2 yang dalam kesusahan, terutama ibu bapa kita, saudara2 kita orang2 yang rapat dengan kita dan sebagainya yang seagama dengan kita. Sekali kita bantu orang tua kita, seribu kali Allah bantu kita, kalau bantuan Allah tu kita tak rasa sekarang satu hari kita akan sedar apa bentuk pertolongan Allah bagi pada kita.. jadi setiap kali kita bersedekah, atau hibbah sesuatu sebagai hadiah buat keluarga kita insyaALLAH pada setiap nilai tu Allah balas berlipat ganda.. sekarang orang susah kita bantu, esok2 kita susah orang tak segan nak bantu kita pulak..”

Dengan tu I buat keputusan untuk keluarkan seribu lebih untuk adik i. untuk bantu mak ayah i.. kalau tak I yang mulakan siapa lagi.. hahai tapi tujuan I cerita ni bukan laa nak bangga diri, tambah2 nak menunjuk2 kata I ada duit. Sebenarnya duit I tu pon duit biasiswa untuk I belajar semester ni. Alhamdulillah laa dapat biasiswa kan, I bersyukur sangat, sebagai tanda kesyukuran elok kiranya biasiswa semester pertama ni I kongsi dengan kuarga. Selama ni mak ayah kita yang sara kita. Makan minum pakai semua mak ayah kita yang usahakan. Biarpun terpaksa bekerja di saat mentari tegak di atas kepala, sampai keringat membasahi baju yang lusuh sebab nak cari sesuap rezeki untuk kita, mak ayah kita tak pernah mengeluh, apa lagi mengungkit. Sekarang tiba masa kita, tengok mak ayah kita yang semakin membilang usia masih lagi berusaha demi seorang anak, bantuan yang kita hulurkan sikit ni rasanya mampu melegakan mak ayah kita. Walaupun kita tak tolong sepenuhnya, tapi bantuan yang sedikit dari kita ni insyaALLAH disebaliknya ada terselindung segunung rahmat dari Tuhan. Ewah berceramah pulak.. hehe..



I da tanam azam dan tekad nak bantu kuarga I, kalaupun I xda I sen pun xpe asalkan mak ayah I tenang. Tu je harapan i. hah sebab tu gak I belikan mak sebiji handphone.. sebiji ke? Haha.. yer laa sebuah ke seketul ke se apa pon kira 1 je I beli.Hehe and I buat nombor mak tu guna plan executive celcom. So I pon tukar nombor gak bersama2 dengan Aslam my laling. Hehe so dapat laa col mak or ayah free.. best sangat. I gak g beli camra digital semata2 nak ambik gambo adik I nanti. I nak jadi juru camra coz I minat laa edit2 gambo n buat vid. Hehe I nak wat yg exclusive nanti. i gak belikan sepasang kain untuk setiap adik beradik i.. jumlah semua 20 pasang, termasuk untuk ipar2.. hehe nak tengok semua pakai sama jer time kenduri nanti. tp i beli kain biase2 je. sebab i pon xkeje lagi. hehe "maaf yaa kakak n abang2 sekalian kalau kain tak elok, nanti 1 hari cek ada rezeki lebih,cek hadiahkan yg lagi best2 tau. " harap2 semua adik beradik i suka kain tu.. heee



aii.. rasa senang hati sangat tak tau nape. Mungkin ni laa nikmat Tuhan nak bagi pada kita bila kita boleh buat baik kat orang tua kan.

Doakan kita semua sentiasa diberkati dan tertanam dihati rasa keimanan yang tak berbelah bahagi tehadap nikmat2 yang ALLAH berikan.. amin..

Thursday, January 22, 2009

KISAH HIDUPKU PART 1 ( tentang bapaku )

Aku seorang anak desa yang tinggal agak jauh dari kota. Tinggal di kampung yang permai dengan keindahan sawah padi yang sering menguning tatkala tiba musim menuai. Sudah tentunya desaku punya nama yang istimewa dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kampung bendang raja, disitulah teratak rumahku berdiri. Kampung yang seringkali diceritakan kononnya pernah bertahta Raja Bersiung di situ. Menurut cerita bapaku, suatu masa dahulu terdapat sebuah istana di kampung kami, istana yang terletak di anak bukit itu kepunyaan seorang Raja yang amat gemar makan bayam, khabarnya raja tersebut memiliki sawah2 di kampung kami. Kerana itu kampung itu dinamakan bendang raja. Bendang kan maknanya sawah padi..

Tp mitos raja yang termakan sayur bayam bercampur darah tukang masak tidaklah dapat dipastikan samada benar atau dongeng sahaja. Namun itulah yang berlaku sehingga akhirnya raja tersebut mempunyai siung akibat suka makan darah manusia. Menurut cerita lagi, raja bersiung kemudiannya dibenci oleh rakyat kerana terlalu zalim sehingga setiap hari ada sahaja yang akan dikorbankan, dan akhirnya raja tersebut ditentang habis habisan sehingga baginda lari keserata tempat di negeri Darul aman hingga banyak tempat lain di kedah mempunyai susur galur yang berkaitan raja bersiung.. begitulah yang sering bapaku ceritakan..

Jadinya aku bangga sebagai seorang anak desa walaupun terkadang ramai yang menyindirku, maklum saja aku orang kampung. Pada mereka yang hidup senang di Bandar sudah pastinya orang kampung seperti aku di pandang kolot. Tp aku tak kisah sebab aku adalah aku.. kampungku tempat aku membesar dan di sana punya banyak kisah yang tak mampuku tintakan dalam catatan tangan semata-mata kerana setiap yang aku alami adalah kehidupanku sehingga kini mungkin selepas ini dan hari berikutnya..

Satu-satunya pekan di daerah Padang Terap, hanyalah kuala Nerang. Agak jauh.. tapi mungkin jarak nak ke Kuala Nerang dah tak sejauh yang bapaku rasa sebelum aku di lahirkan.. ya laa sebelum 1940an tu kan jalan nak ke Kuala Nerang melalui air. Bapak cerita laa.. masa bapak muda2 dulu. Aku? Tak tahu apa langsung la sebabnya aku dilahirkan pun dah tahun 1987. So beza 47 tahun sebelum aku lahir sudah pasti sekarang banyak perubahannya.. aku bertuah sebab waktu zaman aku kecik2 dulu elektrik dah ada. Air pun da berpaip. Kalau zaman bapak dulu2 lagi teruk semua guna air sungai je. Atau air dalam tanah yang dipam.. mana aku tahu? Dah tentu laa bapak yang cerita.. Aku suka dengar kisah2 bapak sebab banyak sangat pengajaran yang aku dapat. Susah payah orang dulu2 aku tahu walaupun aku ni tak alami sesusahnya yang bapak alami, tapi aku mengerti.. lagipun masa aku dilahirkan tu hidup kami sekeluarga tak laa senang mana. Sekarang alhamdulillah semua dah berubah. Walaupun kami sekeluarga bukan la orang kaya tapi hidup bahagia dan senang hati. Sederhana je..

Rasanya untuk pertamanya nak cerita kisah hidupku molek kiranya aku mulakan dari zaman bapaku. Aku nak kisah hidup bapak tertinta di ruangan ini sebab ianya selalu tersemat di hatiku sebagai pengajaran yang menjadi guru buatku. Mungkin dengan cara aku berkongsi kisah ini bakal memberi iktbar atau pengajaran baru buat kalian yang membaca. Pengalaman tu kan penting untuk mendewasakan kita.

Bermula kisah kehidupan bapaku, pada tanggal 12 MARCH 1923 (aku tak pasti benar atau tak sebab dalam kad pengenalan bapak ada simbul * mungkin tak dapat dipastikan tarikh sebenar) bapaku dilahirkan didesa yang telah aku khabarkan tadi. Di kampung Bendang Raja Kuala Nerang Kedah.. waktu tu keadaan kampung masih daif. Tak ada elektrik, terpaksa guna damar untuk dijadikan api bagi menerangi segenap malam. Zaman tu rumah macam pondok yang hanya ada tiang2 dari dahan2 pokok.. beratapkan rumbia dan tidak berdinding. Nyamuk? Usah laa disoalkan lagi.. tapi memang macam tu yang semua orang kampung alami.. bapaku seorang yang rajin.. dari kecik dah ringan tulang buat sawah padi. Bapa cakap arwah atok garang sangat.. (aku pun tak pernah kenal arwah atok dan nenek sebab masa aku dilahirkan tu umur bapak dah 64 tahun, arwah atok dan nenek dah takda masa tu, al-fatihah untuk mereka...) begitulah, garangnya hingga bapak terasuh jadi rajin dan tak pernah merungut untuk buat kerja. Bapak selalu cerita dulu masa zaman bapak muda2 macam2 kepercayaan ada. ada orang kampung yang selalu korbankan lembu atau kerbau setiap tahun dan hanyutkan kat sungai. Bapak cakap orang dulu2 percaya kalau buat amalan tu nanti kampung jadi aman dan tak diganggu makhluk halus. Mungkin masa tu masih diawal kedatangan islam dan ramai yang belum menghayati islam dalam kehidupan. Lagipun kampung tu kira macam dalam hutan jugak, tapi semua rakyat kedah waktu tu sangat2 taatkan raja. Bapa cakap orang dulu percaya daulat raja. Macam2 kisah bapa cerita tapi tak laa aku ingat semua.. nanti aku cerita lagi..



so sambung lagi part 2 eh.. i da penat taip.. heee

PADAMU YA ALLAH AKU BERSERAH..

Ya ALLAH kau tunjukilah padaku jalan yang kau redhai.. ya Allah aku adalah hambamu yg lemah. Aku tidak terdaya menghadapi dugaan Mu yg berat ya Allah. Kau bukakan hatiku untuk aku membuat keputusan yg sukar ini ya Allah. Aku sedar aku punya banyak kelemahan, aku lemah dan aku tidak sekuat mereka yang Engkau kasihi. Tidak sekental Siti Khadijah, Tidak selembut Siti Aisyah,tidak setabah Sumaiyah, tidak seayu Fatimah.. aku hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan, apa lagi kekurangan..

Ya robbul izzati, hari ini Engkau berikan aku ujian dan aku anggapnya hidayah buatku. Aku terlalu kerdil ibarat sepohan pokok yang renek.. tunjangnya juga lemah. Akarnya tidak kukuh, aku punyai dahan dan ranting yang rapuh, tiada daun yang menghijau yang ada hanya yang daun yang seakan sampah kering dan akan terbang bila dibawa angin. Aku lemah ya Allah. Tidak teguh berdiri apabila angin datang meniup kencang, seakan dahanku mahu patah. Rantingku goyah dan akan musnah begitu sahaja..

Ya Allah sesungguhnya ujian ini tidaklah sehebat ujian yang engkau berikan kepada para Rasulmu atau pada hambamu yang engkau pilih dari ummatmu yang terdahulu. Namun bagiku ujian ini seakan aku dihempap sesuatu yang amat besar dan berat. Seperti hancur seluruh tulang2ku ini, isi2ku bersepah sana sini. Aku kesakitan.. adakah ajalku sudah di hujung rongga? Ya Allah aku tidak mahu pergi dari dunia ini dalam keadaanku yang terumbang ambing sendirian. Aku pasrah padamu ya Allah. Cuma ku pohon agar aku diberikan peluang untuk hidup sehari lagi, agar aku dapat bertaubat padamu atas segala dosa2ku yang lalu..

ya Allah aku bukanlah manusia sempurna sesempurna wanita2 solehah yang aku idamkan. Ya aku pernah mahu menjadi bidadari yang mendiami taman2 syurgamu. Namun siapalah aku.. aku tidak sedikitpun punya ciri2 wanita yang layak ke sana. Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan ya Allah, supaya aku mampu berubah menjadi yang terbaik, supaya aku kembalikan apa yang aku hilagkan. Supaya aku pulang ke jalan yang telah jauh aku tersasar..

ya Allah aku tidak rela untuk menempuh nerakamu, yang terdiri dari bara2 api yang panas yang dibakar selama 70 000 tahun.. ya Allah aku tidak sanggup ya Allah mendiami neraka yang terdiri dari air2 nanah sebagai minuman, ya Allah aku tidak rela duduk di neraka yang padanya beribu-ribu ekor naga yang jika sekali naga itu menghembuskan apinya ke dunia nescaya tidak akan ada sepohon pokok pon yang akan hidup sehingga 7 petala langit dan bumi. Ya Allah dasyatnya balasanmu kepada orang2 yang fasik, munafik, kafir dan kepada hambamu yang islamya hanya pada nama.

Ya Allah aku insaf seketika kini, namun adakah keinsafanku akan kau tarik kembali sehingga aku leka lagi? Ya Allah atas keagunganmu aku pohonkan agar terimalah daku dan peliharalah aku dari dosa2.. ya Allah aku tidak mahu Rasulullah itu menangis melihat ummatnya yang sepertiku.. kerana aku selalu abai, leka, malahan selalu terlupa. Lupa untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba, perananku sebagai anak yang soleh dan solehah, lupa menjadi penuntut ilmu yang terbaik.. juga lupa menjaga diriku, emosiku tutur kataku dan aku kadang2 lupa segalanya..

Ya Allah, aku seorang wanita, Engkau ciptakan aku sempurna tanpa cacat cela. Engkau berikan aku paras dan rupa, engkau kurniakan aku bakat dan akal yang baik.. tapi aku sering lagi terlupa. Tidak mengenang jasamu Tuhan. Aku leka dalam keindahan duniaku yang aku lakarkan sendiri. padahal dunia ini milikmu...Aku gunakan kelebihan yang engkau beri ke jalan yang salah. Aku mencintai manusia lebih dari aku mencintaimu. Aku melayani perasaan hatiku lebih dari aku mengingati mati.

Ya Allah tika ini aku mahu bersujud padamu. Mengenang dosa2 yang lalu.. Oh Tuhan yang maha berkuasa terimalah taubat hambamu yang berdosa ini.. ya Allah aku kesal atas kejahilan diriku. Sesungguhnya engkau maha mengetahui lagi maha memberi keampunan. Kini aku bertekad lagi, seperti dahulu, aku pernah bertekad mahu berubah. Tapi aku ingkari tekadku. Tapi aku sedar engkau tidak pula menjauh dariku ya Allah. Malah Engkaulah pendengar terbaikku. Engkau menerima aku lagi, engkau membawaku kembali.. dengan ujian ini Ya Allah, aku benar2 bersyukur. Biarlah air mata keinsafan yang menglir disepi ini menjadi tanda cintaku milikmu ya Allah. Bukan sahaja perasaan ini malah keseluruhan jiwa ini, diri ini hanya untukmu ya Allah.

Tatkala aku sunyi sendirian, aku mula terkenangkan betapa sudah lama aku tidak membaca surat cinta.. walaupun rasanya baru satu jam lalu aku membuka surat cinta itu.. namun aku sudah merasakan seperti lamanya sudah aku tinggalkan.. apa lagi untuk mengafal.. mengafal surat cintamu yaa Allah, yang Engkau utuskan buat hambamu supaya kami membacanya.. aku lebih leka melayan keseronokkan duniawi sehingga kadang2 aku terjerat sendiri. Lantas terjatuh dari berdiri, dan rebah tersungkur menunduk di bumi.

Ya Allah kurniakan aku kekuatan ya Allah, kerana ujian ini perlu aku tempuhi. Dan aku mula sedari ujianmu ini layak pada diriku. walaupun sekali sekala aku pernah merungut.. namun aku pasti..Takkan engkau mendugaku jika aku tidak mampu, kerana itu janjimu buat hambamu.. ya Allah sungguh besar kasih sayangmu dan rahmatmu buat hamba2mu.. aku bersyukur kerana dilahirkan dalam islam.. dalam agama yang mulia ini. Kalaupun aku terleka seketika seakan ada tali yang menarikku kembali ke pangkal.

Ya Allah besarnya keagunganmu.. aku pasrah padamu ya Robbi andai kiranya nyawaku sebagai galang ganti untuk kau terima taubatku, maka aku bersedia untuk itu. Malah aku tidak sabar lagi mahu bertemuMu walaupun aku takut akan kelemahanku membuat engkau murka lagi. Ya Allah, aku akan mengasihimu, Nabi2mu dan kemudian aku akan mengasihi kedua orang tuaku.. aku berjanji ya Allah.. semoga perjanjian ini aku kotakan. Kerna aku tidak sanggup lagi di lembah penuh duri. Aku ingin melalui jalan yang tenang dan mudah untukku bangun semula walaupun aku kemudian akan rebah lagi..

ya Allah hanya padamu aku memohon.. kau terangi hidupku dengan cahayamu.. dengan kasihmu, dengan hidayahmu.. andai takdirnya aku pergi dulu bertemumu sebelum ibu bapaku, sebelum saudara2ku, sebelum sahabat2ku, sebelum sesiapa sahaja yang mengenaliku, maka ya Allah bukakan hati mereka supaya memaafkan kesilapanku, menghalalkan makan minumku dan menghalalkan hutang2ku jika ada.. ya Allah aku berdoa kepadamu semoga dikurniakan keluargaku keberkatanmu, semoga engkau merahmati ibu bapaku yang menjagaku sejak dari kecilku.. sesungguhnya tidak dapat ku balas jasa mereka sampai akhir usia. Ya Allah akanku kotakan janjiku ini.. kerana aku mahu melihat orang2 di sekelilingku bahagia bersamaku juga turut bahagia tanpaku lagi nanti..

ya Allah janganlah engkau pesongkan hatiku juga hati seluruh saudara seislamku kerana engkau tahu, jauh dan dalam.. disudut hati ini masih ada keimanan terhadapmu.. ya Allah makbulkan permintaanku ini.. aku ingin mengecap hidup sementara di dunia ini dengan tenang biarpun secebis Cuma. Kerana nikmatmu membuatkan aku berfikir selepas aku kadang2 termungkir.. ya Allah kau ikatkan hatiku hanya padamu. Jauhkan aku dari keseronokkan dunia ini agar aku dapat melangsaikan saki baki hidupku yang tidak lama ini dengan hanya mencintaimu..

jika engkau kurniakan aku seorang teman maka biarlah dia menemaniku keranamu, mengasihiku keranamu mendampingiku keranamu. Jika sekiranya tiada yang merinduiku keranamu maka tiadakan aku teman itu kerana aku tidak kuat untuk menerima sesiapa yang mencintaiku tanpa mencintaimu.. ya Allah setelah aku luahkan padamu, kini aku tahu hanya Engakaulah yaa Allah, kekasih hati yang tak pernah berhenti untuk memujukku kembali.. membawaku ke jalan yang engkau redhai menenangkan aku.. amat asyik sekali kasih sayangmu ya Allah.. aku terpesona dengan Rahmatmu.. semoga Engkau sentiasa membimbingku menuju redhamu… amin amin, amin ya robbal alamin….

Tuesday, January 20, 2009

KERJE APE??

Hahai.. heee hari ni kan I baru teringat nak citer about my job tu. Yg I tetiba ditawarkan keje tu. Huh.. I dah jumpa bakal bos. I g dengan Aisyah kawan sekampung i. kiteorg same2 study kat UM ni.


So nak di pendekkan cerita laa yer, kira ok laa kerje tu. Ala ala mcm kerje sebagai orang yang kumpul data2 kewangan n kick in laa semua data tu. Nak citer pon susah, senang faham I kena jgk jd mcm promoter untuk syarikat tu so that I akan terangkan laa kelebihan menabung then i kena uruskan akaund ahli2 yg menabung tu..Haha. Tah ape2. Gajinye lumayan giler. Seribu lebih gak laa sebulan. I just wat keje hujung minggu jer. But I bgtau orang tu I nak fikir dulu. Takot kang kalau kerja tu walaupun hujung minggu nanti tak dapat nak rehat letih gak. Lgpon I nak check dulu syarikat tu betul2 ok ke halal ke tak semua laa. Huh coz I tak berapa minat sangat nak keje ni. Maklum laa I nak jadi cikgu.

Haha tp I pernah je keje masa cuti2 sem.. nak cari pendapatan laa katakan, so da byk kali gak keje jadi cashier kat pasaraya. Jadi promoter pon pernah tapi tak pernah lak keje hebat ala ala akaunten mcm yg I dapat kali ni.

Haha.. anyway past dapat tawaran tu I n my friend, g laa mid vally. Huh I kena kotakan janji nak belanja Piza kat aisyah coz my scholarship da masuk. Haha. Then kami g beli pokok buluh namanye Lucky bamboo. Heee.. begitu laa kisahnyee tentang keje tu. Hahai.. bila laa I dapat luangkan masa untuk citer sejarah hidup eh. Haha.. lain kali laa.. I sibuk daa.. ahaiii

Monday, January 19, 2009

arr Penatnye..

chak! hahaiii penatnye perah otak untuk fikir tugasan yg dah belambak ni. huhu sory laa x sempat layan blog. hahai mcm2 nak citer tp mcm biasa tak da idea dah. ni pon ngah cari kat internet bahan agsimen kena bentang hari rabu ni. aduii parah jugak. dah laa tajuknye tentang filem seram dan nak kaji dari perspektif islam n gejala sosial. mula2 rasa cam senang, tapi bila nak sediakan kerangka jadi buntu otak ni... naik seram i ni. haha.. atotnyee..

huh lupa lak nak citer hari tu masa hujung minggu tu i g Muzium dgn Summer. hahaha.. ada ke patot kan bawak g Muzium je kan. hahah..tp ok laa tu memperkenalkan Malaysia secara umumnye. ewah wah. i tgk Summer best je g Muzium tu. hehe maklum laa ada jugak sejarah kedatangan kaum China ke Negara kita ni. dapat laa dia belajar n tahu tentang Malaysia dengan lebih banyak. haa tapi kan Summer kena lulus ujian Bahasa Inggeris dulu kalau nak stay sini, kecian i tgk dia tau, bersusah2 nak cakap tu. siap bawak kamus bergerak lagi. kagum laa i. mujur laa i dapat berkomunikasi dalam English language dgn baik sejak masuk UM ni. hihi semua sebab keadaan memaksa i. so leh laa nak speaking hantam kromo tu. haha..

Sunday, January 18, 2009

chak!! hahaii.. so sorry bleh tahan lamanye tak post. (ewah padahal baru sehari dua..) hehe actually mcm selalu i nak cerita mcm2 tp tak tahu nak citer yg mana satu. ahaii.. well i g MUZIUM NEGARA semalam. dengan summer my new roommate tu ler. haha ape laa i ni kan bawak laa g tempat syok2 sikit, ni muzium yg i tuju. haha tp sesungguhnya summer happy giler, tu i syok tu. hah, sekurang2nya i kenalkan kite punya adat resam, and sejarah dengan tunjukkan apa yg ada di MUZIUM tu. haha.. best woOOO.. haha

Friday, January 16, 2009

BLOG BACAT V/S BLOG ABG MIE V/S BLOG KAK IPAR

HAHA.. gerun kan tajuknyee.. tak laa i dok melawat blog2 adik beradik i yang lain.. so terasa nak cerita tentang semua plak.. tp kali ni citer sikit2 laa sebagai pengenalan.. ewah..
Actually I baru past baca my sister n my brother ‘s blog.. I baru baca blog Bacat (nama panggilan manje bagi abang i, nama sebenar beliau.. Abu Bakar, hehe). Abang yang pertama laa walaupun Bacat anak ke 5 tapi Bacat laa anak lelaki sulung dalam keluarga. Tak sangka Bacat sekarang da jadi penceramah dalam unit JPJ. Bangga dengan bacat. Lama dah I tak g umah Bacat. Maklum laa masa memisahkan kita.. mana taknye, I ngan study gini tunggu masa cuti jer boleh jumpa. Tu pun tak jugak coz Bacat busy, jadinya hari2 tertentu je dalam setahun kami jumpa. Terutama hari raya sebab tu bacat tak pernah selang untuk balik kampung. Mungkin sebab bapak masih ada.. (kiteorang paggil ayah bapak.. sebab kami kan orang dulu2, hehe anak bapak.. ) hahaii.. muka Bacat sama macam bapak. Tu yang I manje sangat dengan Bacat, haa Bacat ni penyayang.. sabar dan baik sangat2.. dulu masa I kecik2 selalu jer I g umah Bacat kat Terengganu. I and adik selalunya menghabiskan cuti sekolah di sana. Seronok sangat. Bacat selalu bawak kami g jejalan.
bawah ni gambo Bacat dan Kak Dayah kat atas gunung Jerai.. i copy kat blog Bacat.. hehe.. (sory Bacat, cek tak mintak izin.. tapi nak sangat letak gambo ni lam blog cek.. ahaiii)


Tapi sekarang keterbatasan waktu membuatkan semua berubah. Kadang2 I rindu nak kembali ke zaman tu. Hah terutama waktu bacat kat kampung. Haha.. belakang umah Bacat dulu2 ada sungai, I dan adik aa orang yang selalu mengganggu ketenteraman Bacat dan kak dayah. Kami kan budak lagi masa tu. Baru darjah 1 ke darjah 2 macam tu laa. Hehe. Kami akan ke umah Bacat dan ajak kak dayah mandi sungai. Ingat2 I, kak dayah and Bacat baru2 kahwin kot masa tu. Heee..

I kan selalu kenakan kak Dayah, kakak ipar sulung, ehem.. kak dayah takut lintah, hah, tu yang I and adik suka paksa kak dayah teman kami g sungai tu. Tapi yang bagusnye kak dayah turutkan aje. Nampak lintah je menjerit kuat2. Haha.. nah, sekarang I dah mewarisi sifat kak Dayah tu. Geli sungguh dengan lintah, ekkk.. cakap mcm ni pun naik meremang dah. Ish2.. well.. . syok sangat tau..

oh yaa.. Bacat suka bawak I and adik ronda2. Abg Mie pun sama. Antara abang2 I yang selalu melayan karenah I dan adik. Haha.. I and adik ni nakal sikit, suke gaduh laa sume ada. Tabah jugak yer adik beradik yang lain layan kami. Ahak.. dulu masa mak pak g mekah bacat dan kak dayah laa yang jaga kami. Tak terasa keberangkatan mak pak pun sebab selalu terhibur dan dilayan baik oleh kak dayah. Walupun masa tu umur I baru 7 or 8 tahun, I masih ingat sampai sekarang, masa mak pak g mekah tu I and adik tinggal dengan kak dayah, bacat dan long bedah je di umah. Long Bedah tu kakak mak i. kira mak saudara I laa.. hah, kak dayah laaa orang paling sibuk sediakan pakaian hari raya I dan adik. I ingat lagi baju adik warna hijau muda. Kak Dayah yang pilih. Bacat dan kak dayah suker manjekan I dan adik.


Apa kami nak semua diturutkan. Pernah dulu masa kat Terengganu i nak sangat beli baju kebaya harga RM80 lebih. Tu kira mahal sangat laa time tu. Tapi Bacat turutkan jer. Terima kasih ya Bacat, sampai sekarang baju tu elok lagi. Hahaiii..


hari ni jugak I baca blog abang Mie.. cerita abang mie tentang bapak menyentuh hati ni.. Sebab apa yang abang Mie alami tu pernah I alami Cuma yang pasti waktunya tak sama. Bapak pernah kendong abang mie atas bahu masa abang mie kecik2 kat Mekah dulu.. bapak juga pernah menggendung I atas bahunya.. yaa I setuju dengan kata abag Mie..

‘ Melihat bapak yang semakin dimamah usia sekarang ni, terasa sedih kerana suatu ketika dulu begitu gagah aku di bahunya..’
* ni laa abang Mie..


huhuu tersentuhnyee.. U all leh baca kisah abang Mie kat aries's blog..I nak laa cerita tentang kisah2 hidup I selama 22 tahun ni... tertarik pula dengan penulisan abang Mie.. pastinye ada kisah2 dalam hidup kita yang kita tak pernah lupa kan, jadi I nak share juga.. hehe “sorry ye abang mie.. cek nak tiru..” heee.. ok I akan buat satu category about my history.. eheh.. selamat membaca tau..

Thursday, January 15, 2009

huh sibuknyeee..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera duhai pembaca sekalian.. hehe I baru past tengok citer Niyang Rapit tau.. hahaiii atotnyee actually citer tu laa I minat masa ni. Kalau dok umah mesti I dok tengok dengan mak. Ish2 rindu pulak.. hai I ada berita gumbira ni.. apa yang I tunggu da dapat.. chak!! I dapat biasiswa dah.. hak hak.. tadi i p check dah.. Alhamdulillah.. ehem.. I nak citer yang I banyak aktiviti yang I buat tau sepanjang dua hari ni. Eheh..
sibuk betul i kali ni... dengan uruskan kelab drama lagi.. kiteorang nak g Genting past ni. i sibuk jadi bendahari lak. tukang kutip duit. atoii.. tu gambo geng2 drama.. tp tu gambo sem lepas2 masa ngah belatih belakon. ahaii.. malam ni ada pesta ponggal laa plak, geng2 india wat colam kot.. persembahan seni ada gak.. tapi i malas dah nak g. aduii. ahai..


esok nak teman member i.. Aqilah, kecian dia ada masalah dengan pengesahan subjek. ahaii.. n esok gak nak jumpa orang yang nak bg i keje part time tu, ahak.. sibuknyee rasa..



semalam I g mencanting tau. Tau ke canting tu ape? Ahai buat batik laa. Eheh, tapi I tak pandai, I main hantam kromo jer semua sempena FESKINA yakni fiesta kinabalu. Eheh.. kolej I nama kolej kinabalu laa tu laa pasai. Hahaha.. best gak tau.. budak2 somalia tu laa suruh I melukis sangat, haha mana diaorg kenai i? ahai I kan pernah jadi pembantu Mahasiswa sesi 08/09 batch diaorang. Tu laa pasal masa i uruskan kemasukkan diaorang kat kolej ni i kenal budak2 tu. Haha.. ketaq giler tangan i tau waktu tu.. huh dah laa tak pernah pegang alat untuk canting tu. Huh takot2 i buat dah tu bukan canting lagi i da conteng kot lukisan asli i yg 1st time tu. Haha.. tu sebelah tu yg i canting, tengok laa ada nampak nama AINA kan.. hahaha yg paling serabut.. haha

Hari ni I g kelas ISLAM dan GEJALA SOSIAL.. haha I bincang dengan “lam alif lam”.. aslam laa sape lagi.. my luv tu. Eheh.. so I dapat laa 1 penyelesaian untuk tutorial hari ni. Hehe tanks laa ya lam lam selam tenggelam.. haha (sory abg eh mak kan panggil abg mcm tu..haha) takotnyee dia mareh i. haha tp tak kisah coz dia sporting. Hehe well dia kan belajar syariah so dapat laa ajar I serba sikit bab undang2 n fiqh ni. Dia kan ambik syariah and low. Eheh.. kembang idung aih selam ni. Hahaa.. well banyak nak citer tapi takde idea lak.. ahak..

Tuesday, January 13, 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA

Well hari ni i ada nak kongsi dengan u all.. i terbaca satu kisah laa.. so i hope we can hayati bersama yer.. begini..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu...""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata""Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL.......
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT..

insyaALLAH mudah-mudahan begitulah.. so sama2 laa kita menjaga diri yaa.. i doakan kita sama2 dapat rahmat dan keampunan Tuhan.. kita kan manusia biasa, pasti tak lari dari lali dan alpa.. macam i laa.. aduhaii...
kan indah kalau keputusan yang kita buat kita mampu ubah.. :)

Monday, January 12, 2009

LUAHAN BUAT SENJA

hahaii rasa mcm nak berpuisi lak.tapi nak puisi ape yer. huh.. i dapat idea untuk buat cerita senja. sebab sekarang i terfikirkan untuk melihat keindahan senja. maklum laa bila serabut or ada problem kita pandang ke langit waktu senja, mesti damai tak caya try laa buat.. kalau berani la.. hehehee... oh senja...

senja.. maafkan diri ni myusahkan lagi. mencari dan mengadu tak henti2..tp diri ini hilang bila matahari menjelma dan aku muncul semula bila kamu, wahai senja mendatang..bila dihimpit duka kepada ufuk senja mataku merenung lantas dapat melenyapkan segenap kegusaran, namun bila matahari menjelma semula terasa diri disinari lalu senjaku lupakan lagi. padahal pada senja itu luahan diucap dan kerana senja itu senyuman biasa terukir dibibir sampai matahari muncul semula. matahari sekejab menghiburkan hati dan membuatku lupa pada senja, dimana ketika senja itu aku mengadu bila matahari menyakitiku di siang hari.

cahaya matahari kadang2 terlalu panas sehingga bisa membakar kulitku, aku menangis tidak mahu lagi bersama matahari. dalam mengembirakan, matahari turut menyakitkan. kenapa matahari memperlakukan aku begitu, sedangkan masaku lebih lama bersamamu matahari? sampai hati kau matahari, kau ku anggap penyeri. tapi mengapa aku kau lukai. sungguh tidak adil matahari. begitui baik aku melayanmu begini pula balasan buatku, matahari agkuh.. !!!

tika matahari menyakitiku aku merayu2 senja datang, membaham matahari kerana senja membuatkan diri ini dihargai. terasa lembut belaian senja, membawa diriku seakan di atas awan-awangan. kepadamu senja aku mengadu betapa matahari selalu membuliku. senja hanya tersenyum kerana senja tahu isi hatiku. kerana senja faham apa mahuku. lalu senja memujukku, dengan menunjukkan cahaya ufuknya yang indah sampai aku tersenyum semula. tapi senja hanya datang seketika, membawa malam padaku supaya aku mengadu pada malam itu.

malam, tersimpan sejuta rahsia pada malam, membuatkan aku bangun lantasku sediakan sejadah, malam seakan menyeruku sujud menyembah yang esa.. aku bingkas berwuduk lalu berdiri mengangkat takbir.. semua kerana aku telah melihat senja, aku rasakan senja seolah-olah menasihatiku walaupun senja tidak berkata-kata, supaya aku berdoa agar dapat melihat senja semula dan tabah menghadapi matahari keesokkan harinya.. yaa untuk melihat senja selepas malam, sudah tentu aku terpaksa bersama matahari lagi.. matahari yang susah untukku nyatakan, kadang2 menghibur tapi kadang2 memecahkan buntu sehingga keringat mengalir di dahiku sehingga aku benar2 penat bersama matahari itu..

begitu lah setiap hari. kecian senja, senja hiburkanku diwaktu sunyi tp senja kesepian sendiri dan terpaksa akur untuk berundur.. kerana senja merasa redah diri. senja tahu masa matahari lebih lama disiang hari. masa matahari bersamaku lebih panjang, senja tidak mahu merampas aku dari maatahari itu walaupun aku sering meminta senja supaya jangan tinggalkan aku. senja tahu aku bersama matahari dan senja juga sakit melihatku sakit dek kerana matahari, namun senja sedar pasti ALLAH tidak ciptakan sesuatu yang sia2. senja membari dorongan lagi, supaya aku tabah menghadapi hari2ku nanti.. lantaran senja selalu sepi.. tapi senja tidak mahu menyepikan diriku ini. senja.. siang ini aku rindu padamu.. mahu mengintai keindahanmu, mahu sinarmu yang mempersona diri.. walaupun senja hanya seketika tetapi keindahannya tiada tara. senja.. kamu senjaku.

tanpamu senja aku mungkin lupa bahawa malam akan menjelma. aku tentu bersedih sepanjang masa kerana memikirkan matahari yang pentingkan diri. susah untukku nyatakan, matahariku tak sama macam matahari orang lain agaknya. sebab tu aku tak berharap hanya pada matahari. sebab tu aku mencari senja.. yang hanya seketika, tanpa ku sedar senja itu yang ku nanti.. sampai usia senjaku nanti.. takkanku lupakan kamu senja dan akanku tunggumu senja.. kerana itu aku suka merenungmu senja supaya engkau tahu beratnya rasa melepaskanmu wahai senja.. petang nanti aku akan merajuk lagi dengan matahari, aku akan keluar dan memandang ke dada langit, dengan aman dan selesa, aku mengucapkan selamat datang senja, selamat pergi yaa matahari. bukan aku tidak suka kamu duhai matahari, tapi aku lebih senang bersama senja. kesian senja.. hanya seketika.. tapi aku bahagia..

aaduii i baca balik i pon tak faham, tapi bagi yang memahami tu, tahniah, B.melayu u all memang hebat.. hahaii.. buat citer senja rasa mcm nak g bercuti je dan menikmati keindahan matahari terbenam n nak2 je tunggu senja.. huh

DITAWARKAN KERJA???

Tetiba hari ni kelas FIQH IBADAT dibatalkan. I dengan hampanye start moto yang I parking kat Akademi Pengajian Islam tu dan menuju ke stesen minyak dengan Syuhada rakan sekampung dan sekelas. Hehe.. pinjam laa duit beliau sebab I tak de duit dah. Huhuu sedih2.. I call my baby brother, adik I yg sorang tu laa. N mintak tolong bank in kan RM50 coz nak byar macam2. Hmmm

Actually I dapat 1 panggilan dari sape tah tapi tak jawab coz I ngah bawak moto. So sampai je kolej I sent laa msj “hello, can u call me back?” then I turun ke dewan makan sebab perut pun da berkeroncong.. lapar.. hehe.. tengah2 makan, I dapat lagi 1 panggilan dari nombor yang tak dikenali tadi tu. So I jawab laa.. “hello..” belum sempat I nak sambung cakap orang tu memotong.. ish2.. “hello are u siti noraina right?” ish da call nombor I leh Tanya lagi I saper. Aduii tapi waktu tu I dah suspen habis dah.. “err.. yes.. but who’re u?” I ask laa kat lelaki cina yang call I tu. Then dia jawab.. “I’m from part time agency n I looking for a student leader n I recommended u to take our part time job..” waktu tu I dah terpinga-pinga ni. Dia tawarkan I keje ke? I kurang jelas laa. Speaking pon loghat tu ala2 kecinaan. Mana laa I dapat tangkap sangat.. so I Tanya laa dengan jujur.. “excuse me sir, can u explain again, u nak tawarkan I keje part time ke? Is it true?” ewah member yang makan semeja pon da berkerut muka pandang I, yer laa tetiba I speaking beb. Haha.. “well, u’re one of student leader that we choose to take part of our job. I hope u can meet me this Friday at 10 AM.. I will explain n give u more information about this..?” hah.. I tak puas hati lagi n I pun Tanya laa “sir, is there another person? I means except me laa.. And can I ask my friend to take part of that job?” ewah berterabur ayat I tapi xpe kita kena belagak pandai. Hehe.. then dia pon kata laa “we’re looking for a student leader, but if your friend interest to join us we can talk about that letter, the most important is u meet me at café in Rumah University.. ok?” Huh.. I yang kepelikkan t upon jawab laa dengan penuh pelik dan ragu-ragu.. “arr ok.. we will meet there, but if I have any other problem or something, I will inform u before that day.. ok..” so I pon letak la phone past dia cakap “ok.. tanks..” hehee panjang laa dialog tu eh padahal I cakap tak sampai 2 minit pon.. hahaii..

Biar betul beb.. takkan laa I dapat keje. Ish keje ape tu yang nak pakai student leader tu? I ni student leader ke? Haha.. kalau pasal I jadi Pembantu Mahasiswa sesi 08/09 hari tu. And mybe gak coz I jadi floor reb and JTK kolej. Tapi tu jer laa yang leader pon, tentang projek2 kolej yang I join n jadi MT tu takkan laa orang luar dapat maklumat . memang pelik laa. Huh bimbang n risau pun ada gak. Kang terkena kang susah je. Huhu.. so I nak fikir dulu laa.. sesape ada idea leh tolong I kan. Nak g ke tak? Huhuu.. kerje?? Susah nak pecaya laa selalu kite nak mintak keje pon susah ni tetiba orang tawarkan kite keje. Huhuuu ijazah pon tak dapat lagi ni.. ish2.. kerje?? Biar betul biar betul2.. huhuu I kepeningan n pelik sampai sekarang ni.. arrr pelik2.. tunggu hari jumaat ni I akan bgtau u ll ape laa kerje tu yer.. huh..

I NAK KAHWIN

Dah tamat kusus kahwin. Suprise!! I dah g kursus kahwin 2 hari lepas tu tak sempat nak layan laptop n blog i ni. Hehe.. sebab kursus 2 hari tu, Banyak informasi yang I dapat. Huhuu rasa nak kahwin pulak dan macam ready gak. “hahaii.. gatai..” ish2.. Cuma tu laa persepsi orang kita tak tahu, macam I ni, mesti tak kena gaya kan. Maklum la perangai pon macam budak2. Tu laaa sekali sekala rasa tah, tak tahu.. hahaha.. dah masuk 22 tahun ya I ni. Tapi still tak matang kot but i think my face ni masih mcm bdk tingkatan 4 kot.. sebab tu orang kata i budak2.."maksudnya, awet muda".. ehem.. I sendiri yang rasa I dah matang, tapi orang lain? Tah laa kan, susah nak cakap. Huhuuu..

I g kursus tu member2 yang daftarkan. Harapkan i? mmg tak g kursus tu dah laa, mana taknyer nak daftar tu pon kena bayar RM60. Sekarang ni ngah tunggu bila laa biasiswa nak masuk. Tu yang kemiskinan tu. Bayangkan ada RM1.50 je.. bukan seratus lima puluh, tapi singgit lima puluh sen. Aduii.. so dah member daftarkan I g jak laa. Tak sangka kursus kahwin ni bagi I kesedaran yang besar. I nak jadi isteri solehah pada suami I yang sah satu hari nanti. banyak lagi kekurangan pada diri ni. Hmm I nak kahwin laa rasa. Huhuuu tapi mungkin belum sampai seru lagi kot.. huhuu sedih2..

I nak jaga suami, anak2 dan keluarga. I harap bakal suami I adalah seorang yang boleh bertolak ansur dan memahami i. yer laa I kan tak sempurna mana, I takut nanti I jadi punca dalam masalah dengan suami. I tahu kelemahan diri I, emosional, degil, keras kepala, tak mahu mengalah sumer laa.. haha.. kalau i nak citer modul ape yg i belajar, sure nanti 2 hari laa u all kena baca blog ni.. hahaa..



so i buat kesimpulan keseluruhannya yang kursus kahwin tu mengilhamkan i inspirasi baru. eheh.. I janji pada diri i saat ni, i nak jadi isteri solehah, ibu mithali dan i akan bahagiakan my own family..i means me, my husband n my children.. eheh.. tak lupa laa kuarga i di kampung dan mentua. Ehem.. doa2kan i dipermudahkan segalanya yer.. i ada naluri untuk memiliki ikatan sah yang suci tau. betuah laa yg dah kahwin tu.. hahaiii sape laa tak mau kahwin kan.. rugi2.. uuuiiii tak sabarnyeee.. ops!! Malu.. arrkkk.


.

kawan2 terima kasih bwk g kursus. ekin jasamu dikenang,yana budimu ku julang..i LOVE U all..

Saturday, January 10, 2009

Friday, January 9, 2009

Dia Kakakku... dalam duniaku..

Haiii.. I sekarang ni ngah tak tahu nak buat ape. Padahal sekarang tugasan pun dah bertimbun. I kena ambik 7 subjek, dah 5 subjek dah kena buat tugasan, walaupun minggu add drop belum habis tapi dah start tugas dah. Bagus jugak lecture buat mcm tu, sekurang-kurangnye tak laa kalut sangat. Hai.. I rasa macam nak mengeluh jer. Sebabnya? Entah I pun tak pasti. Macam2 yang bermain kat fikiran..

Haa ape kata I citer tentang my kakak ipar yang paling baik di dunia i.. hehe dunia I laa takkan dunia Anita pulak kan.. well sebelum ni I ada citer dah tentang kak ida, isteri abang mie. Well I tak pernah rasa I ada kakak kadang2.. sebabnya? My sister sumer dah tua..* ampun yaa kakak2 sekalian.. bukan maksud lain tau.. ahaiii.. atotnyeeee...* emm anak2 diaorang pun ada yang lebih tua dari I lagi. Yang sebaya n lebih kurang I pun ada. Kakak sulung I anaknye dah kahwin pun. kak Balkis dah ada tiga orang cucu. Kiranya ayah I dah ada cicit. Hahaii.. begitu laa..

Tak kisah macam mana, I bahagia di samping semua. Cuma biasa laa kadang2 tengok orang lain ada kakak2 yang tak jauh beza umurnye n boleh jadi kawan, I rasa cemburu. Bukan I tak boleh kawan dengan kakak2 I, tapi maklum laa diaorang pun pangkat mak2 dah. Jadi segan..Hehe.. coz kak Balkis umurnya dah 50 lebih, macam tu jagak kakak2 yang lain dan kakak paling muda adalah Kak Jah, umurnye pun dah 44. Hah, I pun segan laa nak kongsi ape2 dengan diaorang. Lagipun diaorang tak ada masa nak duduk berbual dengan i. maklum laa semua bekerja dan ada tanggungjawab masing2. Pon begitu diaorang baik sangat dengan I..

Well dah melalut dah.hehe.. I nak citer tentang kak ida kan. Kak ipar i. masih muda tapi anak dah nak masuk 5. Baru 29 tahun kot, hehe *kak ida jgn marah kalau salah..* hahaii tapi Nampak macam baru 23 tahun tau. Hik hik.. Tu laa boleh jadi geng I coz banyak cakap, suka gelak dan berlimpah ruah dengan idea. Chewah.. kak ida pun kadang2 sensitif I kecian tengok kak ida tentu boring kat rumah. Kalau laa i mampu, i nak je jadi sesuatu yang boleh hiburkan kak ida. Namun, i Cuma manusia biasa yang terkadang ada salah silapnyer.. Tapi I tahu dia amat penyabar dan terlalu sempurna menjadi suri di rumah. Mmg suri pon, atau dengan kata lain penyeri kot. Hehe..



tu gambar kak ida, Dina anak buah i dan Abang Mie ngah guna laptop i untuk online. sekarang abang Mie dah ada laptop sendiri..heee



I jadikan kak ida idola I, dia baik peramah dan tabah dalam menghadapi apa sahaja demi membahagiakan keluarga. Haa mesti melambung2 kak ida kalau dia baca ni. Hehe.. well I ni tak pandai hargai apa yang ada depan mata. Selama ni I selalu anggap I keseorangan tanpa orang yang sanggup melayan karenah I sebagai adik. Yer laa masa I di lahirkan tu semua dah kahwin, Cuma abang Mie dan abang Die jer tak lupa jugak Abang Mat. So kepada abang2 je laa I nak bermanja sebagai adik. Tu laa tengok I ni kadang2 bersifat kelelakian. Ops!! Salah cakap eh.. hehe maksud I agak kasar laa. Ahaii walaupun abang2 I tak kasar, I pulak yang kasar. Ahak..

Masa yang paling buat I tersentuh adalah masa I tak cakap dengan kak ida sebab I rasa dia tak memahami i. I Cuma ada dia selain mak untuk berkongsi masalah, biasa laa kadang2 kita ni kan manusia biasa, I fikir macam2 bila I rasa kak ida tak sokong i. Padahal kak ida nasihat i elok2.. i jer tah ape2.. Yer laa I kan belum macho sepenuhnyer. Walaupun umur I dah 22 tahun. Hahaii.. I ni manje kot haa tu laa pasal I suka sangat merajuk, tak pasal2 I tak ikut family I g beraya sebab I merajuk tu. Mcm selalu, dalam bilik laa tempat I melayan perasaan. Sampai dekat2 kak ida nak balik ke Selangor, baru I berbaik2 dengan kak ida. Tu laa, kak ida tak putus2 mintak maaf, patutnyer I yang kena salam dia dan mohon ampun atas segala kesalahan i..

Tau tak, masa I sunyi sorang2 kat kolej kak ida laa yang datang. Bawak anak2 buah I yang comel, hilang semua keserabutan i. I rasa bersalah sebab dah lama tak tidur kat rumah kak ida. Bukan sebab rumah diaorang kecik, apa lagi kalau I x selesa. Tapi I lebih sibuk dengan aktiviti2 kolej. Bila cuti I nak segera balik kampung sebab I selalu fikir, I nak bersama mak ayah di saat2 ni. Entah bila lagi kan kita nak bersama dengan orang2 yang kita sayang.. huhuuu.. sekarang kak ida sedang pregnant. I risau tau pada kak ida, I kecian kalau kak ida penat. I takot kak ida lemah, I nak kak ida kuat dan dapat bersalin dengan selamat. I nak sangat jaga kak ida. Huhuu I terfikirkan kisah2 mak, I Nampak kak ida pon macam tu.. aduh.. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, betapa dalamnya kasih sayang dan naluri keibuan yang ada pada mereka..

I tak pasti I mampu jadi setabah dan sekuat mereka atau tak. Hmm.. kak ida, maaf yaa sebab cek banyak menyusahkan..” hahaii baiknye kak ida layan I, i sakat dan buat kak ida sakit hati pun kak ida senyum je dan selalu mengalah dengan i, hari ni I baca blog kak ida. Waktu tu tah kenapa air mata I mengalir jer. i baru tahu perasaan sayang kak ida pada i.. sebagai adik.. huhuu.. I sebak dan terharu, tak sangka sangat ada orang yang caring dan ambik berat pada I, selama ni I je rasa I sesorang n takde sape yang faham. Tapi I tau, walaupun tak diungkap, kasih sayang tu kita dapat rasa kat hati kan.. terima kasih kak ida, juga abang Mie, bertuah dapat isteri macam kak ida. Bersyukur sangat2 pada TUHAN sebab ada kakak ipar macam kak ida. dia bukan lagi kakak ipar bagiku, tp seakan kakak kandung yang darahnye turut mengalir dalam tubuhku.. hahaiii..




* YA ALLAH terima lah rasa syukurku ini, kerana KAU telah mengurniakan daku saudara yang paling baik dalam dunia malah aku berdoa ianya sampai ke alam sana, alam tiada mati, harapanku YA ALLAH, agar ENGKAU kekalkan hubungan kami sekeluarga sampai akhir usia, dan semoga ia lebih jauh dari tu. Amin.....*….


p/s : baru2 ni Birthday kak ida.. Selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki..

Wednesday, January 7, 2009

MY NEW ROOMMATE..



Hahai bersua lagi kita dalam sesi post mengepost. Haha orang dulu2 tunggu2 nak post surat, tapi kita di zaman yang serba moden ni kita post lak citer kat blog. Anyway I bukan nak citer skema lagi. Hehe tentang pelajaran ke ape. Sajer laa dah xder kerje I pon berminat laa nak share story sikit, I baru past meeting Projek Menggapai Kinabalu. Kira kiteorang akan mendaki gunung Kinabalu laa. Kalau ada rezeki panjang umo jadi laa program tu. N I incharge bahagian jualan T-shirt. So I dah antar design baju tu kat orang yang akan buat printing. I kena wat poster lak pastni. tu sebelah tu gambo design baju yang i tempah..

Eheh actually I bukan nak citer about my project kat kolej, I nak citer tentang my new roommate, she’s from china. Haa yang bestnyer dia sangat2 peramah n baik hati. Dia ni x sama mcm kaum cina di Malaysia. Well bukan nak kutuk ke ape orang kiter pon ok tapi mungkin istimewanya dia bukan org kita, dia sangat hormati our culture tau. Hahai roommate I sorang lagi Aqilah kira sama fakulti n jurusan macam I laa. Hah lupa lak nak kenalkan roommate I yang dari china tu namanya Chaili or nama samarannya Summer. Alalaa musim panas gitu. Haha..

Well I terpaksa laa cakap Inggeris dengan dia. Tapi yang jadi problem Chaili pon tak berapa fasih jgk. So kadang2 kiteorang pakai bahasa isyarat jak laa. Haha I n Aqilah selalu berbual dengan Chaili or Summer our new roommate tu but selalunya perbualan kami tergantung dengan gelak ketawa jer. Hah mana taknye dah puas kiteorang explain dia xfaham, dia lak explain dalam bahasa cina. Hahaaii so pakat2 sengeh2 ja laa, haha

The moral of this

story is kiter ni bleh jadi baik dengan orang mana pon even seseorang tu tak sama budaya bahasa atau agama dengan kita, sebab kita belajar benda yang baru setiap hari. Summer or Chaili belajar cara kita dan kita dapat tahu cara dia. Hah, tak jadi masalah kan, janji kita berani. Entah2 kami bertiga leh cipta bahasa baru kot. Hahaha bahasa sambil gelak2 then buat gaya n isyarat, pakat2 terkebil2 mata. Mulut sampai ternganga, then angguk2. Tah ape yang masing2 faham, I pon tak tahu. Haha
well Summer welcome to Malaysia..

Monday, January 5, 2009

"awk low ke under archiver ke sederhana or cemerlang?"

Ada perbezaan ke low archiver and under archiver? Dua orang pelajar mendapat keputusan yang tidak cemerlang. Siapakah diantara mereka low archiver atau under archiver?

U all pelik ker dengan ape yang I cakap? Hehe kalau sesape ada ambik pentaksiran dalam pendidikan tentu faham istilah tu. So sebagai bakal guru banyak yang I belajar di university ni. Supaya I bersedia untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Ewah.. tadi I g kuliah kat fakulti pendidikan. I nak citer banyak sebenarnya. Setiap hari I belajar I hayati dan I rasa ilmu tu mematangkan fikiran kita kan. Dari fakulti pendidikan I ke akademi pengajian islam. Macam2 yang I dapat. Kalau nak taip semua yang I belajar, naik berasap laa computer i. hehee so I nak share laa yang menarik2 walaupun semua yang I belajar tu menarik, I terpaksa laa pilih yang paling best for today. Maklum laa sekarang belum bz lagi dengan tugasan. Dah dapat banyak agsiment nanti tah2 tak dapat gini lagi. mybe I miss lak citer2 tentang pelajaran yang I ambik hari demi hari. Ahak cakap banyak pulak ni baru mukaddimah. Eheh..

well I nak story apa yang belajar hari ni, actually this is about student bleh jadi anak, sahabat, suami isteri or saper jer laa kot.. so i cakap pasal pelajar laa yer mudah nak faham.. hah ada pelajar yang dapat markah rendah dalam exam dan ada pulak yang cemerlang. Seseorang yang lemah itu tidak semestinya tidak pandai atau tidak dapat menerima pelajaran dengan baik. Mereka terbahagi kepada dua golongan. Yakni low archiver dan under archiver. Bagi pelajar yang lemah kerana kurang motivasi atau kesilapan dalam teknik pembelajaran mereka sebenarnya adalah dalam kumpulan under archiver. Ini bermaksud mereka tidak salah seratus peratus semasa pembelajaran berlaku. Tetapi cara belajar, factor dalaman seperti tekanan perasaan masalah peribadi atau sebagainya yang menyebabkan mereka sukar menerima input dari guru semasa dalam kelas lantas gagal dalam peperiksaan. Jadinya pelajar mesti didedahkan dengan pemahaman mengenai cara menyelesaikan masalah terlebih dahulu, mereka harus diasuh dilatih dan diberi perhatian. Sebagai guru yang baik, tidak sewajarnya kita bertindak dengan memberi denda kepada pelajar yang selalu gagal. Kerana pelajar tidak bersalah sepenuhnya, mungkin juga berlaku kesilapan dari pihak guru yang salah memilih metod pengajaran. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai perbezaan tersendiri untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Berbeza pula dengan golongan low archiver, pelajar dalam kumpulan ini lebih lambat menerima pembelajaran kerana mereka perlukan masa, ruang atau waktu yang lebih. Mereka lambat untuk memahami sesuatu kerana tahap kognitif mereka lemah. Lantaran itu pelajar perlu dibimbing dengan sabar dan mereka sewajarnya diberi masa untuk memahami sesuatu. Kumpulan pelajar seperti ini tidak boleh dipaksa supaya mereka cemerlang dalam pepekiksaan secara mendadak. Mereka perlu dididik dari masa ke semasa sehingga mereka mencapai kejayaan tersebut. Bagi pelajar low archiver, kegagalan mereka juga bukan kerena mereka itu bodoh atau dungu. Awas yaa bakal guru!! untuk menjadi guru jangan sesekali melebelkan pelajar dengan gelaran yang tidak baik atau tidak senang di dengar, kerana anda dinilai oleh pelajar. Jangan menjadi factor kenapa pelajar gagal. Pelajar juga punya perasaan dan wajib keatas guru untuk membentuk jati diri pelajar dengan kaedah terbaik. Ruang, masa dan waktu perlu dititik beratkan. Jangan sesekali memaksa pelajar untuk menerima maklumat baru sekiranya maklumat lama masih belum jelas baginya.

Seharusnya guru mesti pandai mengenalpasti siapa murid mereka. Low archiver, under archiver , golongan sederhana atau cemerlang. Kerana guru itu umpama lilin yang memberi sinaran dalam kegelapan. Takkan lilin yang menjadi kawan sewaktu tiada cahaya itu sanggup melawan fitrahnya lalu membakar orang lain? Lilin kan membakar diri sendiri untuk orang lain. Walaupun ia mampu membakar apa sahaja, tetapi tergamakkah anda sebagai guru untuk berbuat demikian? Hah.. hebat jugak I berceramah yer. Well I pun belajar tak tahu laa kalau da silap dalam artikal I ni. Sebab ayatnya gaya bahasanya I yang karang sendiri. Hahaii..

Sebenarnya tujuan I cerita tentang low archiver dan under archiver ni supaya kita semua tahu, perkara yang berlaku di sekolah itu sebenarnya kita hadapi dalam setuasi seharian. Dari kuliah yang prof Dr Shahril bagi tu I buat laa rumusan sendiri mengikut yang I faham laa kaedah nak ajar anak-anak, nak bimbing rakan sebaya, nak nasihat adik beradik, suami isteri apa sahaja macam tu laa mesti lah bermula dengan mengenali dulu jenis kategori individu yang macam mana di depan kita. Low ke under ke sederhana ke cemerlang semua ada kaedah yang berlainan. Contoh laa kita ada masalah dengan kawan baik, kita tegur dia then implikasinya kita tak tahu. Ada yang boleh terima jer, ada yang perlu masa untuk terima ada yang tak dapat terima langsung sebab ada masalah tersendiri, ada yang buat tak tahu tapi cuba ubah, ada yang macam2 karenah. Semua kerana ia fitrah semula jadi seorang manusia. Hehe

“Untuk mengajar manusia kita kena kenal sape itu manusia” tu laa my professor ajar, hope artikal ni dapat difahami laa eh. Skema pulak ayatnya tapi jangan geram2 tau. Santai jer.. hehe.. kalau laa masuk exam bab ni, eheh bleh senyum laa i.. hehe.. ok2 lain kali I citer lagi eh, jangan boring untuk membaca.. Ahak..