:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Sunday, March 29, 2009

POSTER SERAM SELASA NANTI

huhuhu.. tak tau laa elok ke tak..sakit kepala buat poster.. tak reti..huhuu.. ni poster bawah ni laa.. hahahai..

Friday, March 27, 2009

FAMILY ANGKATKU YG GITU-GITU

hehehe takot kan bunyi tajuk yg gitu-gitu tu apa?? yang gitu2 laa.. kan Mila kan.. yang begitu baik laa.. hahai.. aku ni malam tadi baru lega sikit sebab dah settle pon aku bg Mila slide untuk di uploadkan lam youtube.. haa adik2 kat kampung tu laa mintak2.. canggih tu kampung tu siap ada internet sampai malam tau.hahai.. kampung aku lagi kampung dari kampung angkat aku tau. tp sekampung2 kampung aku tu pon ada gak internet, pustakaan, tadika, balai raya n mcm2 laa..hee lain kali aku citer pasal kampungku yg permai. ni aku nak citer pasal kuarga angkat aku laa.. maklum laa aku tak pernah ada kuarga angkat. tu yg aku excited tu.hihi..

actually kehidupan keluarga angkat aku amatlah berbeza dgn kuarga aku dikampung. haa mungkin faktor kawasan n umur org tua kot.kawasan kg angkat tu dipinggir bandar. aku plak anak seorg org sederhana di desa.so aku tak terdedah sangat dgn hiburan ni(maksud aku kuar malam2 n g shoping complax daa).cuma peralihan masa dan waktu meletakkan aku disini sekarang dan aku takkan berubah dari terus mengawal diriku dari terjebak dalam GS yg melanda masyarakat kita walaupun aku da terdedah dgn semua tu. didikan mak ayah aku utk jaga tatasusila takkan aku abaikan.ewah ceramah lak dah..haha.. aku mmg sporting tp aku rasa laa kan sporting aku ni masih tak sporting melampau2,heee.. walaupun aku bukanlah baik sgt.tp pengalaman bersama keluarga angkat aku buat aku terfikir2 jugak laa..heee.. baik ke aku?? hahaii aku bertuah sbb aku ada keluarga yg sangat2 pentingkan agama..hahai

hee dikesempatan ni aku nak laa ucapkan byk2 terima kasih pada kuarga angkat yg sudi terima aku. layan aku dan Mila dengan tersangat istimewa. nape aku cakap gitu? haa tunggu aku nak citer ni. tau tak sebelum diagihkan keluarga angkat kat semua pelajar UM yg 22 org tu kan. aku ada laa bercakap2 dgn seorang makcik yg pada mulanye aku panggil akak je. sbb aku rasa muda je dia. mak aku dah 66 tahun pon. kakak aku yg sulung (kak Balkis) mungkin lagi tua dari beliau.hee cakap punya cakap mmg mesra. beliau tanya aku "suka main bowling tak?" haa aku dgn spontan jwab laa "suka sangat2.. teringin nak main bowling. tp baru pernah main sekali jer. tu pon masa sekolah dulu dgn kawan. tak reti sbb pijak line sampai bunyi2.dah tu bola masuk longkang jugak.. hahaa.." aku bercerita dgn penuh gaya dan memek muka n tergelak2.. tak lawak pon citer aku tp beliau gelak n suka sgt dgr aku bersembang. mungkin sbb aku ni mmg laa kalau bercerita mau2 kalah Shah Rukh Khan gaya aku..hahaha perasan! haha then aku berbual2 dgn makcik tu dgn panjang lebarnye dan beliau sgt suka dgr aku cakap2.hahaha
ok nak di jadikan kisahnye tetiba tgh2 khusyuk aku jaga sound system masa acara penyerahan anak angkat tu. namaku dan mila di umumkan dgn keluarga Rohana.. aku relaks je then g depan tu utk sematkan ala ala mcm keronsang ada lambang UM. aku tak tau laa apa nama benda tu.haha then datang laa ibu angkat aku.. hah..? mcm pernah tgk ke makcik ni.. arrr...?? tau2 ibu tepuk bahu aku "bowling2.." bila ibu cakap gitu.. arr..! ibu ke yg cakap byk dgn aku td..ahai bertuahnyee aku dapat ibu sbb ibu nampak penyayang sgt2..hahaii rasa lega n terharu sgt2.. huhuu.. aku pon nak laa salam ibu. maklum laa excited..lupa lak aku ngah pakai cap..huh mujur cap aku tak jatuh.haha tau2 dgr org da gelak2 dah. agaknye klakar laa kot sbb keexcitedan aku tu..hehee malu laa plak.haha
past settle majlis perasmian kan ibu tarik tangan aku tunjukkan anak ibu. lelaki..ahai ingatkan adik2 je.tau2 sebaya aku.pian namanye..aku pon cakap laa "selamat berkenalan kembar.." pasal kami sebaya..hee tadi je aku panggil ibu tu kak.. sekarang baru aku tak segan nak panggil ibu pasal anak ibu sebaya aku.hee then ibu bwk aku jumpa ayah. ayah hulurkan tangan. mula2 aku agak kaku laa.. nak salam ke tak?? terfikir jgk. tp oleh kerana hormatnya aku pada seorang ayah, aku bersalaman dgn ayah. sedih aku tgk ayah sebab ayah sakit. kata ayah sebelum ni lebih dekat beberapa tahun ke rape lama tah ayah terlantar kat hospital tak dapat jalan. sakit tulang ayah kata. ayah lupa istilah tu. ostreoporosis kata ibu.. oh.. sebak juga tgk ayah jalan guna tongkat.. hmm terus aku terfikirkan bapa aku di kampung yg jauh diri mataku..huuuu

sambung ceritanye.. then kami tunggu Mila yg masih sibuk uruskan bdk2 UM ni.maklum laa Mila jadi ketua sketeriat, hee aku ni pon sketeriat tp up dari mila laa.pemerhati n hnya menjalankan tugas2 multimedia & tknikal.hehe.. past siap semua kami pon balik laa ke rumah. sederhana jer rumah keluarga angkat aku.tp elok laa dari rumah aku di kampung yg masih lagi ada papan dan bila ujan datang kadang2 menitik air ke lantai. bumbung zink yg dah lama laa katakan. bapa dah tak larat nak tukar. tu pon kira hebat laa bapa aku dah tua2 pon masih bertukang. ewah citer pasal sejarah bapa pulak dah.ahaii sambung2 cerita keluarga angkat eh..hee..
begitulah petang tu berlalu mentari pon tenggelam senja menjelma membawa malam. ewah.. seni lak dah..hee then kami p laa bowling malam tu. dengan adik ke 3, zuan namanye.. sebaya adik aku laa kot tak pon muda lagi. aku dgr 20 ke 21 tah umonye zuan.hehe n anak jiran yakni fuad pon g sekali bawak awek masing2. aku, Mila, adik, ayah n ibu naik satu kete. ayah yg drive. aku risau juga sbb kaki ayah sakit. takut menyusahkan jer, huhu nak2 je aku yg drive tp takkan aku nak mintak bawak kete kot.huu so aku diamkn diri dan selalu tanya "ayah ok ke..kecian ayah mesti penat.." ayah jawab takpe..dah biasa.. bukan selalu nak bawak anak angkat g jalan.. huu terharu lagi laa rasa.. kami g makan2 kat satey Kajang Hj Samuri.. haaa ayah rancak bercerita pasal sejarah mcm mana leh Haji Samuri tu berjaya mcm sekarang. aku n Mila dgr dgn bersungguh2..hee sempat jugak bergambar2.. then g bazar dkat tu..hahai

malam tu g bowling tapi semua tempat full. ke metro Kajang kalau tak silap. then ke Mines kot. eh yer ke? aku pon tak tau..then patah balik g Metro Kajang..huhu atotnyee salah tempat yg aku bgtau ni.haha yg penting tempat tu ada bowling. aku ni bkan tau sgt. kuar malam lak tu mana laa aku biasa. ewah (kuar malam disini dgn kenkwn tu lain laa)..heee then tak ada gak tempat bowling. ibu mcm kecewa je sbb tak dapat bawak kami main bowling. aduhai puas aku dan Mila pujuk cakap takpe kami tak kisah laa ibu.. dapat bersma ibu pun dah menggembirakan kami.. ahaii kami pon main laa pool n karaoke sesama. frust laa katakan tak dapat bowling.. nah byk gambar malam tu tgk laa..hee.. "kepada sahabat yg rasa aku ni bersosial minta maaf yaa.. aku sekadar bersama ibu dan ayah n nak cerita pengalaman jer..aduhaii.."







seterusnye kami balik dah pukul 12 dah kot. g makan sup power Ali.. katanye sup tu yg femes kat situ. haa tp mak aii mahal sungguh laa.. dekat RM60 jgk laa hidangan kami beramai2.. aduss keciannyeee.. ni laa kelemahan aku. aku senang rasa bersalah..huhuu.. then balik umah baru jumpa dgn sorang lagi anak ayah dan ibu.. Abg fiq umo 23 ke 24 tah..laa ada yg lagi tua dari aku dan Mila rupanya.haa abg fiq ni sulung laa. semua 4 beradik.. abg fiq, pian, zuan n adik ika.. haa segan jugak sbb ramai lelaki kat situ. aku dan Mila yg tak biasa ni cuba laa biasakan diri. mujur semua bagi kerjasama n senang je nak rasa selesa..hahai
nanti aku cerita hari kedua bersama keluarga angkat lak eh..hehehe.. zaaaaaaazzzz

Wednesday, March 25, 2009

PROGRAM MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT

hahai.. meh aku nak citer pasal aktiviti yg membuatkan aku demam lantas tak melawat blog aku ni minggu lepas.. huhu.. actually aku lupa nak cakap awal2.. aku ada program anak angkat kat Kg Sungai Machang kat Hulu Langat.. jalan ke Semenyih dah kot. kira dekat Negeri sembilan dah.. sebab org kampung tu dah cakap ala ala Negori dah pon. hahai.. program tu anjuran KPT.. hehe kementerian pengajian tinggi daa.. so setiap university dapat kampung angkat. haa 1 kampung yang jauh dari university yakni kat arau dan 2 lagi dekat dengan university yakni Kg yg aku g tu dgn kuala selangor. kalau tak salah laa.. ekekeke..

(tu gambar bawah ni dgn adik2 kolej 6 bakal doktor belaka laa tu.. haa)

ok ada 3 hari 2 malam jugak laa aku dan 9 org wakil UM from kolej 8 ni g sana. yg lelain budak2 kolej 6 iaitu geng2 doktor2 yg p..haha yg PUSMAL pon ada. 2 org je kolej 9 kot. haa.. kami dalam 22 org laa pelajar UM tercinta ni yg p jadi anak angkat kat kampung tu. sesungguhnya ni laa pengalaman pertama aku ada ibu dan ayah angkat serta adik beradik angkat. hihii.. kes angkat2 ni dulu sekolah menengah ramai adik2 yg nak ambik aku jadi kak angkat. haha.. aku pon tak tau nape. mungkin sebab aku muka kekakakkan kot..hihiii tu yg aku ramai adik2 angkat.. ekkk geli lak kan..hahaha tp tu zaman sekolah daa.. yg program ni mmg first time laa lam hidupku.. isk2.. aku panggil mak angkat aku "ibu" dan bapa angkat aku tu "ayah".
(gambar atas kanan tu dengan ibu, ayah, adik n pian.. aku n Mila sesama dapat family tu..hehe)

Muda lagi parents angkat aku tau. tak sampai umo 50 lagi. bila aku bgtau yg ayah aku dah 86 semua org tak caya. ish2.. sempat laa aku call mak dan bapa tersayang di kampung untuk cakap dengan ibu dan ayah angkat aku.. hee mak dah suruh2 ibu datang kedah laa pulak.. hahaha.. bagus laa mak aku ni.. hihi.. so aku nak kongsi gambar2 masa program tu. byk aktiviti kami buat, yg doktor2 buat pemeriksaan kesihatan masa hari kedua, yg aku ni buat slide je n dah ambik adik2 tu belakon dah lam aku punya slide nak tunjuk kat TNC masa majlis penutupan. so peranan aku jadi juru camera je laa ngan multimedia n teknikal. mcm biasa laa tu jer keje aku sepanjang kat UM ni. kang aku terer kalah editor kat TV kang..heee

(amboii.. mesranye aku dan Mila. kira mila jadi adik aku laa kat sana. sbb aku tua 4 bulan dari Mila. hahaha meh dik Mila kita suap menyuap..hahaha)
program tu best hari ke 2 ada kenduri tau.. haha siap ada karaoke lagi geram je aku nak sumbangkan suara yg merdu aku ni. tp fikir balik, kang "masuk blog!" kang..hahaha so aku batalkan laa niat murni aku tu.. haha permintaan keluarga angkat aku tak tunaikan laa. tp nyanyi lam Box masa karaoke aku ok jer. heee.. nanti entry seterusnye aku citer eh. pasal byk nak share. yg ni aku citer keseluruhan program laa yer.. heee so tunggu aku citer pasal kuarga angkat aku tau. hihii...
(ni gambar yang kiri ni aku ngan adik..) ika namanye.baru darjah 6.. tp ganas sungguh dia..hehe.. mujur laa aku ada ramai anak buah dah n biasa dah. kalau tak, mau tercabut kepala aku. haha.. tunggu yaa entry berikutnye menceritakan suka duka aku & Mila di sana.. hahaha.. LAYAAAAN...

SENYUM SOKMO DEH..!

Tuesday, March 24, 2009

ARTIKEL : MCM MANA NAK TUKAR LAYOUT & TEMPLATE??

hehe salam sejahtera kepada semua yg membaca.. terima kasih kerana sudi membaca. ewah2.. sebenarnye ni atas permintaan yg datang chat2 kat blog ni laa.. so artikel ni aku postkan.. nama apa tah ex-UM?? aku pon tak kenal..
kepada ex-um, takde blog ker? kalau nak tahu mcm mana nak cantikkan blog mesti ada blog kan kan??.. hee link2 laa kita..
hee ok2.. mula2 kalau nak kasi cantik2 kat blog kena laa ada blog dulu. cara buat blog tu just register n follow je arahan kat blogger.com kan.. then dah siap blog nak tamplate and layout yang syok2 plak kan.. pon senang jer.. rahsianye?? dah tak jadi rahsia pon.. yg penting rajin explore. sebab aku pon explore sendiri je tau2 jumpa. tipsnye kan kalau laa u all minat nak ada tamplate mcm aku laa katakan, masuk blog aku, click je kanan then "view source" haa tgk laa theme url. then masuk je alamat tu. jumpa laa dengan adik beradik theme dalam adress tu.. banyak n mcm2 jenis dan corak serta bentuk.. haa faham ke eh apa aku cakap ni? ahai. ok2 aku tunjuk gambar jugak eh..
ok mula2 masuk je blog org yg korang suka templatenye and view source.. cara ni senang daripada u all nak search kat yahoo ke google ke laman2 web tentang template.. haa.. kalau rajin tu leh laa cari sendiri laman webnye eh.. then..
dah "view source" tu u terpampang laa notepad tentang blog yg u all nak tau mana dia dapat template tu.. cth: template aku from infocreek.com.. so u all just copy je adress, paste kat adress barr u all and enter laa dalam laman template tu.. hahaii.. faham ka.. compius aku ni..ish2

dah masuk kat laman web yg ada template tu u all kena laa download plak templatenye.. haa jangan main copy paste je code ke ape kang tak menjadi hilang laa semua karya seni u all sebelum ni.. rugi kan..

so download laa.. jangan pilih yg "open" tp pilih laa yg "save". and save laa kat lam laptop or computer u all ok??.. coz..

step seterusnye u all kena masuk kat lam u all punya "layout" tau ambik kat "edit HTML".

then "browse" template yg u all save as zip file tu tadi..haaa baru upload template tu.. setkat ni ok kan..?
INGAT..!!! sebelum upload tu kan u all kena laa baca dlu notepad or arahan yg disediakan untuk u all bagi memastikan semua yg u all buat ni tak sia2 dan menjadi. sebab apa kan, kekadang kalau u all tak dengar arahan yg diaorg mintak so memacam masalah tau. kang hilang wedget laa apa laa.. hehe so berhati2 dan pandai2 laa baca arahan yer.. lagi satu jangan mudah putus asa.. hee yg penting berani.. aku pon tak pandai bab2 ni.. aku pon explore sendiri. sungguh..! aku cari sendiri template tu mcm yg aku bgtau ni laa aku buat. akhirnye blog aku jadi gini.. haha tp bukan laa lawa mana pon. aku bukan belajar bab2 ni.. yg aku tau g fakulti pendidikan dengan Akademi Islam.. tp tu laa kita ni kena laa serba boleh kan kawan2 kan.. heee so semoga berjaya tukar template yer..heheheh...

MALAM ANUGERAH KINABALU FASA 2

hahaha.. ni antara gambar2 yg aku ambik.. yg bawah ni gambar reramai.. huh..penat..! apa lagi kalau bukan penat posing, penat makan dan gelak2..hahaha
heee oleh kerana demam dah kira agak kebah sikit. seperti yg aku janjikan terimalah ceritaku tentang Malam Anugerah Kinabalu (MAK 08/09).. huh punya laa best kan sebab temanya black red and Mask.. cuih.. mask aku takda laa.. cuma pakaian black n selendang red je aku ada.. huhu yg fasa 1 tu aku tak g coz balik kampung. adik kawin. lagipenting dari Anugerah tu. tp yg aku tak sangka aku dapat anugerah separuh bintang seni n floorrep terbaik laa kot.. hihihii.. perasan eh.. nanti aku mintak kat Ajk MAK tu. asal sampai hari ni tak bagi aku pon trofilnyee kan? ish2 boikot aku ke ape eh diaorg ni.. hihihi... ok kira aku semeja dengan geng2 dulu gak laa yg masa MAK taun lepas. nanti aku ada masa, aku citer yg taun lepas gak eh.. hehehe..
tengok gambar bawah ni asal aku je duduk?? tak larat berdiri laa pakai kasut 2 inci dah.. aduii sakit kaki woooOO

CONTROL AYU..walaupun namaku bukanlah AYU.. tp tetap mahu Ayu..hahaha

tu gambar kanan masa lam bus n sebelah kiri tu gambar dengan rakan2 sebaya yg naik satu bus.. hehehe.. semuanye bergaya dengan baju baru masing2.. aku pon beli baju baru tau. tp discounnye sampai 70% kira ok laa tu..hihihi murah kan..hihi kalau harganye RM1 jd 30sen je..hihi..


cuba teka sape lagi putih..? hehehe tak baik betul aku kan..hahaha gurau2 jer eh.. heee

kang kecik hati rakan2 dari somalia kita kan..hihii sajer laa.. hahahai.. berseri tau ada diaorg kat kolej.. bertambah laa mahir aku berskiping.. eh speaking..hehe.. apasal eh Bashir yg gambar sebelah kiri tu dengan kiteorg tu, asal beliau tak pakai baju Black or Red kan?? pelik2.. hehehe pelik kan.. kan..hehe

aduiiyaiii comel laa pulak teman2 baikku ni.. YANA & EKIN.. uwaa jelesnyee aku je black semua.. tengok laa diaorg ada reben2 red lagi.. jelesnyee aku..huhuu aku je lain dari depa.. tak aci betul kan.. memang nak kena budak 2 org ni.. isk2..
geng2 semeja makan yg makan tak banyak pon.. hahai "aku pon malu ah nak makan banyak.."

hee.. cari2 saper lagi cantik?? hehe aduii aku tenggelam laa malam tu. dah laa aku pakai baju itam dah malam lak tu.. aduyaii.. aku kalah laa.. huhu sadis betul. tp aku menang bila lawan sape gelak paling kuat.. hahaHAHAHAHA

gambar saper tu?? aku.. emm en rahsia dan umaii?? umai dan en Rahsia?? haha gossip2..!
yummy..! bestnyee Nurul suap aku makan.. tp sekadar posing je..cis..hahaha aku terpedaya..haha so tgk gambo makan2 ni lapo lak rasa. aku stop dulu.. satgi aku citer kisah lain lak eh..hehehe ok set.. semoga best tgk gambar..hahaii sekadar kenangan terindah..

JUMPA AIMIJAR

hehehe sorry eh lama tak post2 ni.. actually terlalu bz laa. ok2 meh2 nak citer sebelum balik kampung sebab kenduri hari tu kan aku jumpa dengan Aimi Jarr artis vateran kot..hihii kira aku letak gambo dah laa eh. pasal tak leh citer banyak2 ni sibuk ni.huh.. ok2.. then pastni aku citer pasal Malam Anugerah Kinabalu kat Sunway Piramid n citer nape aku tak melawat blog minggu lepas?? n kepada Ex-Um yg mintak artikal pasal nak bg blog cantik, aku buat past ni..ok?? so meh2 tgk aku bergambar kat skop production. cari2 maklumat untuk bentangkan agsimen tak lama lagi..huhuu

ni bawah ni buktinyee aku bebetul g skop production. tp bukan nak p jadi pelakon tau.. isk2
kepada Ayahanda Aimi Jarr.. terima kasih sebab banyak bagi maklumat.. ayahanda? yer laa beliau yg suke tau. dah laa mcm ayah2 dah.. tak caya tanya Yana yg jugak g sama hari tu.. hehe.. terima kasih banyak2 yana teman aku..hiiiiii ok..
adios amigos...!!!

Tuesday, March 17, 2009

CABUTAN BERTUAH HARI KENDURI KAHWIN ADIK

hahaii oleh kerana ada permintaan dari Abg Sidi yg hensem mintak gambo2nyee maka aku selaku responden yg baik hati pon mahu mengupload laa gambar2nyee.. hehe dengan syarat "jangan panggil cek raikong lagi tau bang Die tau.." eeee jahat laa abg Die ni suka kenakan aku sejak aku dilahirkan.. hahaha masa mak mengandungkan aku lagi Abg Die dah berniat nak letak namaku Raikong.. cis.. betul ke? ke aku yg mimpi mak bgtau aku gitu tak tau laa. or aku reka cerita kasi hot sikit kan..hehe.. yg penting Abg Die sangat2 banyak rahsia.. hahaha kalau aku cerita nanti student abg Die confirm gelakkan Bang Die.. hahaha tau pon takot..

hahaha tak sangka sekarang jadi pensyarah dah Abg Die yg aku fikir loleh2 tu.. loleh tu ape? tah tanya org kedah laaa..hahahaha ok2 jom tengok2 gambar lagi jom.. sebenarnye aku jd jurukamera hari tu ambik gambar sampai berasap camra tau..hahaha yg aku upload ni kira suku laa yg lagi belambak tu tak larat nak upload dah banyak sangat2..haha.. tengok tu abg Die bagi hadiah kat makcik yg rajin jadi mentara org kedah cakap.. bukan mentera eh.. mentara maksudnye ape eh aku takda idea laa.. kira mcm kalau rewang2 tu yg tolong2 angkat makanan laa kira gitu2 laa kot.. hahaha sengeh2 Bang die sengeh..hahaha..
ooo cabut lagi banyak2 eh..hehe kira semua ahli kuarga kena cabut tu.. abg Die antara yg last2 laa kena buat cabutan pasal Bang Die anak ke 7 dah..hehe tu pon mula2 takmau.. last2 kena paksa dengan aku p jugak.. ewah2... yerke faktor aku Abg Die g buat cabutan? hantam jaa laa.. hehe kasi Hot sikit kan..hehehe

alahaii.. ni bagi hemper lak ni.. hehe.. berapa cabutan eh Bang Die buat? aku agak laa sorang anak bapak 5 or 6 cabutan gak laa coz nak agihkan 75 hamper termasuk hadiah2 and paling special kipas angin yg bisa menggegarkan pandangan org2 kampung untuk memilikinya.. tapi dah di cabut oleh Adik laa.. dapat kat org yg paling banyak berjasa lam kenduri tu yakni paklong yeh.. hehee tahniah... ahaii sambung2 cerita ceriti cabutan bertuah meh2...
tengok laa ayahku yg smart hari tu dengan baju melayunye.. hehe alala gembira laa org2 kampung dapat hadiah..

"baru smangat nak cuci pinggan kan.. "

hehe.. horey..! dapat hadiah.. ewah2.. syok sungguh dia.. hahaha... takpe2 teruskan semangat tu.. yeah.. dapat hadiah..hehehe

lah masih ada gambar Abg Die yg seronok bagi hadiah.. rasa mcm terkenal je eh..hehehe tu nape tu malu2 je muka tu..hahaha lawak laa Abg Die ni..hahaha.. BTKK.. ops..!! rahsiaa.. hehe

sape tu macam anak dara je tu? haha tu kan Mak tu.. pakai sedondon kan warnanye baju dengan ayah.. tudung sape punye? mst laa anak Mak yg cun ni..kih kih.. mak pon tak ketinggalan untuk buat cabutan, DJ umumkan.. " ok sapa pemegang Buah Petai bernombor 146?? " hehe petai?? haha sajer laa aku reka dengan Abg Mat kasi gempak sikit style nombor cabutan tu kan.. hehe riuh laa org kampung tengok kad cabutan masing2 kot2 nama kad diaorg tu petai kan.. buah genuak, jering lengkuas semua aku taruk.. baru best..hihihii

abg Mat Cina.. hehe meh buat cabutan meh.. betul ke kad tu nama buah durian?? tengok2 betul2..hehe teliti laa abg Mat ni.. pakai baju tema..hihii.. bagus2 berbangga aku dengan Abg Mat yg mcm muallaf je..kih kih.. salah cakap eh..? takpe abg kesayangan tak marah aih..hahaha

ni yg kecil dan comel ni abg Bahadun.. suami kak Yam.. abg ipar tersporting ni..hehe.. tu Abg ipar sulung yg pakai baju tema tu Abg Wahab.. chewah dok perhatikan hemper.. ada berapa lagi kan? bila laa nak bg hadiah kipas angin moden tu kan..hehee kak yam pon ada gak buat cabutan.. jom tengok jom.. zaaaazzzz...!

tu dia aih.. gmbira tu kak yam kan.. eheh "makcik tak puas hati tu hadiah kecik? tak boleh tukar ka?" hehehe.. " takpa aih hadiah megi dengan periuk balik leh terus masak megi..hihii" aku pon nak posing gak..clik2.. yes ada jugak muke aku akhirnye part cabutan bertuah tu kan.. jadi pembantu kak Yam bgi hadiah..ewah2 padahal saje nak sibuk2..hehehe
alamak kakak ipar terayu dah nak balik selangor. tak sempat buat cabutan bertuah, hehe tu bgtau kak nab suruh cabut banyak2 kot.. disaksikan oleh kak Balkis, kakak sulung.. patot pon dok gelak2 kan.. hehe yerke? aku pon taktau.. aku reka cerita je taktau nape depa gelak.. betul laa tu pasal cabutan bertuah laa kot..hihihii..
alala.. kompang masih dipukul lagi bertalu talu..hehe adik dok tunggu bilaa laa giliran nak cabut hadiah2 yg termahal ni kan..hehe..
in the end habis gak hadiah2 tu.. hehe gambar2 lain bayak lagi tapi tak terupload laa.. hehe sory yaa.. ni kira last2 dah ni..tgk laa meja dah takda hadiah kan..haha ceria sungguh org kampung kan.. ok laa tu Abg Die syok laa tu gambo masuk blog cek tu..hihiiii ambik2 copy semua..hahaha