:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Friday, March 27, 2009

FAMILY ANGKATKU YG GITU-GITU

hehehe takot kan bunyi tajuk yg gitu-gitu tu apa?? yang gitu2 laa.. kan Mila kan.. yang begitu baik laa.. hahai.. aku ni malam tadi baru lega sikit sebab dah settle pon aku bg Mila slide untuk di uploadkan lam youtube.. haa adik2 kat kampung tu laa mintak2.. canggih tu kampung tu siap ada internet sampai malam tau.hahai.. kampung aku lagi kampung dari kampung angkat aku tau. tp sekampung2 kampung aku tu pon ada gak internet, pustakaan, tadika, balai raya n mcm2 laa..hee lain kali aku citer pasal kampungku yg permai. ni aku nak citer pasal kuarga angkat aku laa.. maklum laa aku tak pernah ada kuarga angkat. tu yg aku excited tu.hihi..

actually kehidupan keluarga angkat aku amatlah berbeza dgn kuarga aku dikampung. haa mungkin faktor kawasan n umur org tua kot.kawasan kg angkat tu dipinggir bandar. aku plak anak seorg org sederhana di desa.so aku tak terdedah sangat dgn hiburan ni(maksud aku kuar malam2 n g shoping complax daa).cuma peralihan masa dan waktu meletakkan aku disini sekarang dan aku takkan berubah dari terus mengawal diriku dari terjebak dalam GS yg melanda masyarakat kita walaupun aku da terdedah dgn semua tu. didikan mak ayah aku utk jaga tatasusila takkan aku abaikan.ewah ceramah lak dah..haha.. aku mmg sporting tp aku rasa laa kan sporting aku ni masih tak sporting melampau2,heee.. walaupun aku bukanlah baik sgt.tp pengalaman bersama keluarga angkat aku buat aku terfikir2 jugak laa..heee.. baik ke aku?? hahaii aku bertuah sbb aku ada keluarga yg sangat2 pentingkan agama..hahai

hee dikesempatan ni aku nak laa ucapkan byk2 terima kasih pada kuarga angkat yg sudi terima aku. layan aku dan Mila dengan tersangat istimewa. nape aku cakap gitu? haa tunggu aku nak citer ni. tau tak sebelum diagihkan keluarga angkat kat semua pelajar UM yg 22 org tu kan. aku ada laa bercakap2 dgn seorang makcik yg pada mulanye aku panggil akak je. sbb aku rasa muda je dia. mak aku dah 66 tahun pon. kakak aku yg sulung (kak Balkis) mungkin lagi tua dari beliau.hee cakap punya cakap mmg mesra. beliau tanya aku "suka main bowling tak?" haa aku dgn spontan jwab laa "suka sangat2.. teringin nak main bowling. tp baru pernah main sekali jer. tu pon masa sekolah dulu dgn kawan. tak reti sbb pijak line sampai bunyi2.dah tu bola masuk longkang jugak.. hahaa.." aku bercerita dgn penuh gaya dan memek muka n tergelak2.. tak lawak pon citer aku tp beliau gelak n suka sgt dgr aku bersembang. mungkin sbb aku ni mmg laa kalau bercerita mau2 kalah Shah Rukh Khan gaya aku..hahaha perasan! haha then aku berbual2 dgn makcik tu dgn panjang lebarnye dan beliau sgt suka dgr aku cakap2.hahaha
ok nak di jadikan kisahnye tetiba tgh2 khusyuk aku jaga sound system masa acara penyerahan anak angkat tu. namaku dan mila di umumkan dgn keluarga Rohana.. aku relaks je then g depan tu utk sematkan ala ala mcm keronsang ada lambang UM. aku tak tau laa apa nama benda tu.haha then datang laa ibu angkat aku.. hah..? mcm pernah tgk ke makcik ni.. arrr...?? tau2 ibu tepuk bahu aku "bowling2.." bila ibu cakap gitu.. arr..! ibu ke yg cakap byk dgn aku td..ahai bertuahnyee aku dapat ibu sbb ibu nampak penyayang sgt2..hahaii rasa lega n terharu sgt2.. huhuu.. aku pon nak laa salam ibu. maklum laa excited..lupa lak aku ngah pakai cap..huh mujur cap aku tak jatuh.haha tau2 dgr org da gelak2 dah. agaknye klakar laa kot sbb keexcitedan aku tu..hehee malu laa plak.haha
past settle majlis perasmian kan ibu tarik tangan aku tunjukkan anak ibu. lelaki..ahai ingatkan adik2 je.tau2 sebaya aku.pian namanye..aku pon cakap laa "selamat berkenalan kembar.." pasal kami sebaya..hee tadi je aku panggil ibu tu kak.. sekarang baru aku tak segan nak panggil ibu pasal anak ibu sebaya aku.hee then ibu bwk aku jumpa ayah. ayah hulurkan tangan. mula2 aku agak kaku laa.. nak salam ke tak?? terfikir jgk. tp oleh kerana hormatnya aku pada seorang ayah, aku bersalaman dgn ayah. sedih aku tgk ayah sebab ayah sakit. kata ayah sebelum ni lebih dekat beberapa tahun ke rape lama tah ayah terlantar kat hospital tak dapat jalan. sakit tulang ayah kata. ayah lupa istilah tu. ostreoporosis kata ibu.. oh.. sebak juga tgk ayah jalan guna tongkat.. hmm terus aku terfikirkan bapa aku di kampung yg jauh diri mataku..huuuu

sambung ceritanye.. then kami tunggu Mila yg masih sibuk uruskan bdk2 UM ni.maklum laa Mila jadi ketua sketeriat, hee aku ni pon sketeriat tp up dari mila laa.pemerhati n hnya menjalankan tugas2 multimedia & tknikal.hehe.. past siap semua kami pon balik laa ke rumah. sederhana jer rumah keluarga angkat aku.tp elok laa dari rumah aku di kampung yg masih lagi ada papan dan bila ujan datang kadang2 menitik air ke lantai. bumbung zink yg dah lama laa katakan. bapa dah tak larat nak tukar. tu pon kira hebat laa bapa aku dah tua2 pon masih bertukang. ewah citer pasal sejarah bapa pulak dah.ahaii sambung2 cerita keluarga angkat eh..hee..
begitulah petang tu berlalu mentari pon tenggelam senja menjelma membawa malam. ewah.. seni lak dah..hee then kami p laa bowling malam tu. dengan adik ke 3, zuan namanye.. sebaya adik aku laa kot tak pon muda lagi. aku dgr 20 ke 21 tah umonye zuan.hehe n anak jiran yakni fuad pon g sekali bawak awek masing2. aku, Mila, adik, ayah n ibu naik satu kete. ayah yg drive. aku risau juga sbb kaki ayah sakit. takut menyusahkan jer, huhu nak2 je aku yg drive tp takkan aku nak mintak bawak kete kot.huu so aku diamkn diri dan selalu tanya "ayah ok ke..kecian ayah mesti penat.." ayah jawab takpe..dah biasa.. bukan selalu nak bawak anak angkat g jalan.. huu terharu lagi laa rasa.. kami g makan2 kat satey Kajang Hj Samuri.. haaa ayah rancak bercerita pasal sejarah mcm mana leh Haji Samuri tu berjaya mcm sekarang. aku n Mila dgr dgn bersungguh2..hee sempat jugak bergambar2.. then g bazar dkat tu..hahai

malam tu g bowling tapi semua tempat full. ke metro Kajang kalau tak silap. then ke Mines kot. eh yer ke? aku pon tak tau..then patah balik g Metro Kajang..huhu atotnyee salah tempat yg aku bgtau ni.haha yg penting tempat tu ada bowling. aku ni bkan tau sgt. kuar malam lak tu mana laa aku biasa. ewah (kuar malam disini dgn kenkwn tu lain laa)..heee then tak ada gak tempat bowling. ibu mcm kecewa je sbb tak dapat bawak kami main bowling. aduhai puas aku dan Mila pujuk cakap takpe kami tak kisah laa ibu.. dapat bersma ibu pun dah menggembirakan kami.. ahaii kami pon main laa pool n karaoke sesama. frust laa katakan tak dapat bowling.. nah byk gambar malam tu tgk laa..hee.. "kepada sahabat yg rasa aku ni bersosial minta maaf yaa.. aku sekadar bersama ibu dan ayah n nak cerita pengalaman jer..aduhaii.."







seterusnye kami balik dah pukul 12 dah kot. g makan sup power Ali.. katanye sup tu yg femes kat situ. haa tp mak aii mahal sungguh laa.. dekat RM60 jgk laa hidangan kami beramai2.. aduss keciannyeee.. ni laa kelemahan aku. aku senang rasa bersalah..huhuu.. then balik umah baru jumpa dgn sorang lagi anak ayah dan ibu.. Abg fiq umo 23 ke 24 tah..laa ada yg lagi tua dari aku dan Mila rupanya.haa abg fiq ni sulung laa. semua 4 beradik.. abg fiq, pian, zuan n adik ika.. haa segan jugak sbb ramai lelaki kat situ. aku dan Mila yg tak biasa ni cuba laa biasakan diri. mujur semua bagi kerjasama n senang je nak rasa selesa..hahai
nanti aku cerita hari kedua bersama keluarga angkat lak eh..hehehe.. zaaaaaaazzzz

3 comments:

Nur Sharmila said...

Yezza...fmly angkat kita mmg gitu2 cik aina..hehe...hnya yang kita yg tau..tapi layanan mmg FIRST CLASS...

eyena said...

hahaha bahaya laa eh, heee i tak tau laa.nampak gayanye kita kena p sana lagi laa.. ibu n ayah kim salam kat mila..hihihihihihi.. gelak ada makna..hihihi

piNky LuCiA said...

waaaa.. syok ny.. tak ajak sama pun nak men bowling..

family angkat ke? waa.. siap nyanyi karaoke ngn men bowling tu... spoting ny...