
kini tiba masanya aku lakarkan kembali kenangan yang terimbau suatu masa dahulu yang pastinya tak terluput dalam ingatan bapaku walaupun kini usianya menjangkau 85 tahun.. seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, bapaku seorang yang rajin.. waktu muda tak pernah terbazir dengan hiburan apatah lagi pekerjaan yang tidak berfaedah. Sejak kecil bapa sudah diajar membuat kerja, dan begitulah yang bapaku lakukan padaku, supaya aku juga rajin bekerja. tapi rasanya kalau diberi peratusan mungkin hanya 15% saja sikap bapa itu aku turuti. Mungkin kerna perubahan zaman dan peralihan masa membuatkan aku agak terleka dan sudah merasa senang dengan apa yang ada. Maklum saja elektrik dah ada beras dah boleh beli kat kedai, lauk pauk semua dah ada yang jual. Tinggal cari duit dan beli.
tpi zaman bapak lain sangat, orang dulu2 nak makan kena tanam padi sendiri,




Setelah bapa berusia 18 tahun (1941), tiba masanya untuk bersunat pula. Orang dulu2 mana laa arif sangat perihal agama. Walaupon islam dah bertapak di tanah melayu sejak abad ke 13 Masihi lagi, kehadiran kuasa barat pada abad ke 16 menyekat pengaruh islam. Tatkala cahaya islam menyinari Tanah melayu ada pula halangan tika islam telah diamalkan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat.. tambahan pada penduduk yang tinggal jauh di desa. Jauh dari sumber untuk menimba pengetahuan yang luasnya melebihi segenap lautan.. Tapi atas pengetahuan datukku maka bapa dididik secara islam dengan sempurna. Sebab tu aku bersyukur sangat2.. walaupun bersunat dah kira tua masa tu tapi ianya suatu yang normal malah satu kebiasaan. Menurut cerita bapa, masa dalam pantang sebab bersunat tu bapa bertemu jodoh pertamanya. Aku sering tertawa mendengar cerita bapa. Ya laa waktu tu gadis jelita yang jaga makan minum bapa.. malunya kan.. hihi..
Namun beberapa tahun selepas itu agaknya tiba pula zaman penjajahan jepun di tanah melayu. Sungguh perit zaman itu, bapa sering dipaksa supaya memanjat kelapa dan memetik buahnya. Askar mengacukan


Zaman komunis laa yang paling seksa, pemberontakan komunis memberi impak mendalam pada rakyat tanah Melayu ketika itu termasuk bapaku.. dengan semangat juang yang ada bapa dan beberapa orang rakannya membuat keputusan untuk turut menentang komunis. Bapa menjadi Home guard atau pasukan yang menjaga kampung. Bapa dibekalkan senap
ang dan sentiasa berkawal siang malam. Pernah seorang kawan bapa meninggal kerana ditembak. Bapa juga pernah terkena pedang akibat berlawan dan kesannya ada sampai sekarang, dibahu kanan.. mujur bapa selamat. Alhamdulillah.. ketika mengawal kampung yang dikelilingi hutan ketika itu bermacam2 pengalaman yang bapa dapat. Tak kurang juga dengan terdengar bunyi harimau mengaum. Tapi semuanya tak memutuskan semangat bapak untuk berjuang.. demi menuntut kemerdekan
bapa sanggup bekorban nyawanya. Sungguh bapaku seorang pejuang walaupun bukan dicatatkan namanya dalam buku sejarah, tapi bapaku tetap salah seorang pejuang yang bermati-matian menentang musuh. Untuk Negara yang menjadi tempat tumpah darah, orang dahulu sanggup menuntut kemerdekaan mengapa kita selalu memandang remah kemerdekaan itu?? Aku begitu hampa melihat bangsa sendiri yang terlalu asyik dibuai keseronokkan tanpa berfikir kalau laa kita kembali dijajah??


Masa zaman bapaku dulu2 ada yang diseksa dengan kejam, anak dibunuh harta dirampas dan isteri dirogol.. . Ada juga yang dibunuh begitu saja dan telah disediakan oleh pemberontak itu lubang2 kubur, lalu mangsa diarah berdiri ber
hampiran lubang tersebut. Dan kemudian mereka ditembak beramai2 dan masing2 rebah tersunngkur jatuh dalam kubur masing2.. kejamnya..! mendengar cerita itu aku jadi benci pada keganasan. Aku tak sanggup hadapi saat genting begitu apatah lagi jika ianya melibatkan orang2 yang aku sayang.. namun aku syukuri nikmat ini, bapaku telah berbakti pada nusa bangsa. Aku yakin perjuangan bapaku itu takkan aku sia2kan malah akanku didik anak bangsa yang akan menjadi generasi mendatang supaya menghargai nilai sebuah kemerdekaan, merdeka segalanya.. rohani mahupun jasmani.. aku nak jadi guru yang membentuk manusia, bukan hanya mengajar apa yang sedia ada, tapi membawa pelajar tahu apa yang telah ada, sudah ada mahupun apa yang bakal ada. insyaallah.

Sambung part 3 nanti I cerita kisah2 bersejarah lagi eh..
p/s: gambo2 hasil my imaginasi n i edit..
No comments:
Post a Comment