:: mereka Terhebat ::

Monday, February 23, 2009

GERAM LAA BILA DGR FITNAH TU..!!

salam.. hahai.. malam td i ada buka laa web mahasiswakini.com n banyak laa komen2 berkenaan ladies day kat kk8 ni. sebagai salah sorg MT i mmg agak terkilan laa dgn kenyataan pihak yg buat berita tak sahih tu. cuma syg, i tak sempat baca berita tu. sebab dah dibuang dari web tu coz berita tu sah2 laa salah fakta. cuma yg pasti mereka menyatakan pengarah dari API, AJK pon dari API,model pon ramai yg API tapi masih anjurkan fashion show separuh bogel.. ya Allah.. apa nak jadi dgn org kita sekarang ni. mereka senang mengeluarkan fakta.tanpa selidik.tak siasat situasi sebenar. yg tak puas hati,kenapa budak API disalahkan??

org yg pandai berkata2 tu tak keluar lagi ke dunia sebenar, mereka masih belum memahami. mereka dikalangan baik2, soleh solehah kan. mereka tak pernah buat salah, mereka takda kawan dari bangsa lain, mereka pandang hina pd org yg tak "sedarjat" dgn mereka. mmg tak dinafikan ada silap lam ladies day. malam tu tanpa disangka2 model yg kami pilih dari China nampaknya berpakaian agak menjolok mata. sungguh keadaan tu tak dapat diselamatkan. aku sendiri tak sangka. tapi apakan daya, sebelum sempat untuk menjelaskan, rupanya dah ada isu tu lam web mahasiswakini. aku terkejut dan nak baca sendiri.tp dah takda coz berita tu dah dibuang,sebab?? sebab salah fakta. sebab dah jadi mcm fitnah!

walaupun aku ni budak API, ramai kawanku dari pelbagai bangsa.aku boleh masuk dgn semua org dari mana2 fakulti pun, aku suka jd matang, memahami n ikut keadaan. kalau tak mcm mana aku boleh nak nasihat org or ubah seseorg kalau aku tak tahu mcm mana keadaan org tu. aku tak suka main tegur je. kutuk je org tu kalaupun dia betul2 salah. aku lebih suka siasat kenapa jadi mcm tu? mcm mana nak perbaiki keadaan tu? aku takkan cakap dia tu gitu dia ni gini, sebab buat tambah dosa je. mengata org belakang2 kalau jd fitnah?? kan ke lebih buruk dari membunuh, aku sedar aku bukan laa dikalangan yg terbaik utk cakap benda2 ni. tp aku nak mempertahankan diri.nak pertahankan pengarah n AJK lain yg turut jadi mangsa fitnah.

salah model ke sbb, yg make up model tu adalah seorang yang pakai tudung tapi nampak rambut?? habis?? nak cari yg pakai jubah utk makeup? boleh.. tapi dimana?? siapa? sanggup ke dia datang makeup kita ni? berapa upahnya? senang ke nak berhubung. nak ke dia? semua persoalan ni mesti kena ada jawapan dulu sebelum kita nak komen nak kata itu ini tak kena. apa yg kena? salah kita ke pasal dewan makan. padahal kita dah ttp pintu. mmg ladies day utk perempuan. tp dwan kk8 kan atasnya terbuka. jd kenapa kita buat kat kk8?? tanya dulu kenapa. ingat senang2 ke leh sewa dewan kat tempat lain? kos tinggi. pengangkutan lagi? so?? yg nak datang join pon belum tentu lagi ramai. kalau buat kat luar, so sape nak datang? fikir laa sikit kan. betul2 kecewa laa. sesetengah yang memahami tu takpe. ni yg tak memahami siap g sebar2 kat web lagi apa cerita kan..

pasttu bercakap pasal tanda2 kiamat. katanya ladies day ni topup tanda2 kiamat. ya Allah.. yg mengata org, fitnah2 tu sesama islam sampai pecah belah tu bukan tanda kiamat ke.?? haa susah kan nak bagi org faham kan. aku yakin laa yg baca ni ada dikalangan yg sama pendapat dgn aku dan mungkin ada yg tak sependapat langsung malah tak setuju langsung kan, aku tak kisah terpulanglah. yg pasti setiap org ada pendirian sendiri kita takleh nak paksa2 je. tp aku yakin laa semua yg melawat blog aku ni pastinya jugak terkilan dgn berita yg ada kat web tu kan. kita ni susah2 diaorg main hantam je. bersemuka taknak. nak2 ckp kat web je smua org pun boleh. haha seriusnya aku. hahai..

tp tu laa kenyataannya aku dah rasa boring laa dgn situasi ni.aku pon dah hadapi benda gini byk kali dah, siap ada laa surat2 layang cakap aku mcm2. haha tak tahan bila kata aku ni suka lalai laa tak kuat iman laa tak cinta Allah laa. Nauzubillah.. kita ni kan berpada2 laa kan. sampai dah boleh ukur2 iman org lagi. tu baru aku. kalau org lain yg tak sehala dgn diaorg agaknya mcm2 lagi laa kan yg kuar. apa yg penting bg aku laa secara peribadi, aku tgk sesape pon yg ada masalah, aku akan fikir dalam2 kenapa jadi mcm tu. n bila dah dapat punca baru leh settlekan. tp semua perlu masa kita takleh nak harap hari ni kita nasihat esok org tu berubah. bukan mcm tu tp berterusan laa. selesaikan yg kecik2 dulu baru selesaikan yang sebesar2 masalah. n aku selalu fikir kalau aku ni dah terbaik, org yg aku fikir tak baik tu kalau laa dia Allah bg hidayah mesti dia lebih baik dari aku. tu je.. sebab tu aku tak memilih. asalkan aku tak terpengaruh n kuat.. nak dakwah org bukan setakat nak tegur itu ini tak kena. tp mesti dari hati n followup setiap hari. dari hati? ya laa kena faham dulu mcm mana bakal mad'u (org yg akan didakwah) kita..

situasi kita sekarang ni mmg laa kan diambang yg masing2 keliru.. haa tah laa aku malas laa nak pot pet pot pet pagi2 ni. baik aku g makan dulu sebelum dewan tutup. hai mcm2 sungguh laa org zaman sekarang. ada yg fikir mereka terlalu baik, sempurna n tak buat salah. susah kan.. bila masalah gini terpaksa diaorg hadapi baru diaorg tahu, baru faham baru agaknya terasa bersalah sebab hari ni dioarang tuduh kita itu ini.. huhuu.. penat2.. patut laa org2 fakulti lain tak suka budak API yang segolongan gitu. eee geramnye aku.. hahaii mujur laa dapat sabar lagi ni.. isk2.. letih2..

4 comments:

Hananeechan said...

sabar2..
tarik nafas....
hehehe

tu aa, terkejut gak dgr..
tambah2 perkataan yg diorg guna "separuh bogel" tu mcm melampau jek.
lain la klo wat fashion show bikini kan.
lagipun mmg untuk perempuan je.

susah la klo sume bnda nak dipolitikkan.
tapi dah nmpk sape yg fitnah sbnrnye kan, sbb terang2 diorg da delete.
just tak mintak maaf secara terbuka je lg.
sabo jela~

piNky LuCiA said...

hm.. aduhai.. ni laa ragam2 manusia..

:: eyeNa :: said...

hahai betul tu kawan2.. hahai sabar jaa laa kan. nak2 je i siku diaorg tu. ish2

aslam said...

alaa sabar sayang sabar..