:: mereka Terhebat ::

Saturday, June 13, 2009

"Biar betul aku ni.."

bawah ni adalah keratan akhbar tempatan di Oman.. haa kali ni akademiah eh..hehe asyik cite g jejalan je kan.. alahaii pertukaran pelajar ni adalah program pertama di Oman, malah pertama oleh kementerian pengajian tinggi Malaysia jugak.. so ianya mendapat liputan dan perhatian kat Oman ni.. tengok gambar ke 2 dalam paper tu yg tengah picit kepala tu aku laa tu..ngeee.. coz tengah jawab test..huhu.. payah.. tapi kena jawab elok2 buktikan Malaysia boleh..hee jangan memalukan UM..chewah..





ahaii.. mmg banyak tempat kami ber 15 ni ziarah.. tapi setiap hari Khamis je ada lawatan..dan ianya sehari suntuk ke merata tempat. dan di Oman ada 9 "mantiqah" (kawasan) yang setiap satunya ada sejarah tersendiri dan pelajaran "adab wa turas saqafiyah omaniyah wa arabiyah" (err kebudayaan arab gitu laa).. dan belajar bahasa arab bermakna belajar sejarah dan budayanya.. kerana itu ada ziarah. dan sebulan aku di sini.. aku dah melawat 3 kawasan.. yakni "mantiqah dakhiliyah" ( kawasan pedalaman), "mantiqah bathiniyah" (kawasan tengah), "mantiqah bahriyah" (kawasan laut). dan "mantiqah suhar" (kawasan nelyan)..ahaii.. kalau kat Malaysia tu mcm pantai timur, pantai barat, utara, selatan.. gitu laa.. ahaii.. dan sekarang lam kelas laa ni..hehe.. jadual padat dari pukul 8 pagi sampai 9 malam.. ada perbincangan, kuliah, debat, kuiz and exam jugak.. gambo ustaz yusuf from mesir tu aku snap tu.. trrr grrr mujur dia sporting..huh..!


dan banyak pelajaran yang aku ketahui di sini.. tentang "biah" (suasana) arobiyah..mengenali negara yang tak ada seorang pon pencuri.. nak tau nape?? entry berikutnya aku cite akademik and dinamik, and segala2 mik lagi..haha..


Hari ini aku nak kongsi laa sikit. "biar betul aku ni.." eheh.. Pasal betapa terkenalnya kami 15 pelajar dari Malaysia ni kat Oman.. ngee.. ahaii dan muka ada di akhbar2 tempatan Oman.. haa dok kat Malaysia pon aku tak terkenal mcm ni.. chewah.. "biar betul aku ni.."..ngee
Cuma sekali aku pernah masuk paper harian Metro.. sebab apa?? Huu waaa malunya bila aku ingat balik.. "biar betul aku ni.." aku sangat maluuuuu..!!! lupakan aina lupakan.... aduss


*************

"weh aina..tengok tu ada Zamarul Hisyam kat booth Jabar root..!"

teriak awatif setelah matanya tertumpu kepada pelakon lelaki yang diminatinya.. aku?? Eeee tak minat laa.. chewah! Tapi tah kenapa ada jugak perasaan nak g bergambar dengan beliau.. "biar betul aku ni.."

"ramainya orang weii.. sebijik macam kat lam tV tu laa.. aku lemaih aih.." keluhku kepada awatif setelah bosan menunggu giliran untuk bergambar dengan Zamarul Hisyam.. huhu dan tiba2 beliau memanggil aku dan awatif.. "biar betul aku ni.." tak sangka pulak nak bergambar2 ni..huhu

"beb! Dah turn kita ni.." kata awatif lantas menarikku mendekati pelakon yang diminatinya.. aku hanya menurut..

Maka telah bergambarlah aku dan awatif dengan Zamarul Hisyam.. huhu bila teringat balik, uweeekk!! Mcm budak2nyee aku.. masa tu kalau tak salah tahun 2006.. umur aku baru 18 kot, hehe..

Setelah itu kami berdua melewati booth2 lain.. sehingga tiba di booth Harian Metro..

"pendaftaran..! kami memerlukan gadis2 yang berbakat.. kretif, berkeyakinan, berktrampilan, mempunyai pesona tersendiri dan berani. Kepada gadis2 manis.. Sila berdiri di hadapan stage ini dan mengangkat sesuatu menandakan anda berminat untuk menyertai pertandingan ini..." kedengaran ada pengunguman namun aku tidak menghiraukan..

Akan tetapi terhenti langkah awatif betul2 di hadapan stage di booth tersebut.. aku berjalan dan tak sedar masa bila kawan baik aku tu dah tak beriringan dengan aku.. mujur aku tak cakap sorang2..hmm.. dan aku menoleh mencari2 awatif..rupanya dia masih di depan booth Harian Metro.. aku melangkah kaki menuju padanya..

di atas stage sedang sibuk nampaknya pengacara membuka penyertaan untuk pertandingan gadis Metro Jom Heboh..

"aina.. masuk laa weh.. kalau mu dapat nombor 5 pon mu dapat hadiah.. nombor 1 dapat RM300 dengan hadiah tambah barang harian Merto.. nombor 2 RM200 and hadiah2 jugak, and nombor 3 RM300.. kalau nombor 4 and 5 pon dapat bunga ros tu.. aku nak laa.. weh.. masuk laa.."

"err.. takkan aku nak masuk kot ni watif? Mu bia (biar) beto (betul).. dah laa ramai yang kenal aku ni.. geng2 SMKDSA (sekolah aku) pon bersepah tu.. nanti dema (diaorang) gelak ke (kat) ku, wat malu jaa..kalo mu nak, mu laa masuk.." aku cuba menerangkan dan menolak permintaan kawan baikku itu..

"weii mu kesian laa ke (kat) aku.. mu masok jaa..aku sokong mu.. mu mesti menang.. aku tu (tahu) dah mesti mu dapat nombor kalau masuk.. lagipon mu daftar jaa free bukan kena duit, past tu mu ikot laa arahan dema (diaorang).." pujuk awatif separuh merayu..

"aku cabar mu aina.." sambung awatif kali ini agak tegas.. aku serba salah..

"bia beto mu ni.. takmo laa.." aku mula nak menggomel.. dalam keadaan yang panas tu aku pon mencari-cari payung yang aku simpan dalam beg tangan.. dan setelah aku menjumpainya aku mendongak kelangit dengan payung aku talakan ke atas.. dan cuba membuka payung tersebut.. kenapa tiba2 susah pulak nak buka ni..

Dan sebentar kemudian..

"yaa sila cik adik manis, silakan naik ke pentas.. kita berentap siapa gadis pilihan metro kali ini.. sporting betul orang kedah…!"


Aku hairan..kenapa pengacara tu macam cakap dengan aku je.. aku menoleh kiri dan kanan.. dan terkebil-kebil mataku..kehairanan..
"weii aina.. nuu dia panggil mu nek stage..haha akhirnya, ni yang aku suka ni.. aku sokong mu aina.." bisik awatif lalu menolak aku kehadapan.. dan aku kini di tangga stage.. yang dikelilingi ramai orang.. serba salah mahu berpatah balik atau melangkah kedepan..namun..

"wuuu… fiiiwiiittt… chayalah..go go..!" kedengaran suara2 nakal mula mengusik, mula2 seorang dua, kemudian menjadi ramai..dan aku seakan terpaku dengan keadaan tersebut, huhu berdebar laa pulak ni..

Dan pengacara memujukku sehingga akhirnya aku berada di pentas.. ya Allah.. "biar betul aku ni.."


Aku memandang awatif yang berada dibawah..setia menyokongku.. dia tersenyum lantas mengangkat tangan dan ibu jarinya memberi isyarat "best".. dia best laa..aku yang tak best ni.. uwaa.. dan aku memperkenalkan diri dan entah kenapa aku termaklumkan bahawa aku sedang di asasi di University Malaya.. huhu aku menjawab setiap pertanyaan dengan muka tanpa perasaan (selamba)..aduss tapi lam hati..huuu
Dan aku catwalk dengan cermin mata hitam..haha.. macam kelakar pulak..sampai depan tangga aku menggayakan cermin mata tersebut, dan gemuruh tepukan demi tepukkan yang ku dengar.. aku begitu malu.. huh.. dan ada juga tarian tradisional.. adakah aku terpaksa menari?? "biar betul aku ni.." Yaa.. ianya merupakan pengalaman terburuk dalam hidupku.. huhu.. dan sampai saat penyampaian hadiah..

"dipersilakan Siti Noraina pelajar Universiti Malaya kita.. pemenag tempat ke dua pertandingan Gadis Metro Jom Heboh Kedah 2006.."


Gemuruh tepukkan mereka2 di hadapan stage.. diiringi sorakkan.. huu.. "biar betul aku ni.." tak sangka aku menang tempat kedua pulak, buat malu je..dah laa mention nama UM..ciss..!
"haa kan aku dah kata mu mesti menang.." kata awatif dengan wajah ceria..
Cuma aku masih membentak sendirian dan menyalahkan diriku.. aku tidak pernah menyangka kejadian tersebut.. "biar betul aku ni.."


Dan aku kemudian memberi kepada awatif bunga ros segar yang diimpikannya.. sedangkan aku berbaur rasa serba salah.. RM200 aku serahkan kepada mak dan ayah.. dan mak hanya mentertawakan aku atas kejadian yang lucu baginya.. hadiah periuk elektronik pula mengembirakan ayah.. "biar betul aku ni.." masih tidak percaya setelah sehari berlalu..

:::::::

"Na.. gambaq yang Na menang kemarin ada lam surat khabar metro, nama Na pun ada.. tulis Na pelajar UM.." abang Mat menunjukkan akhbar tersebut.. aku hanya memandang kosong tanpa perasaan..dan membiarkan keratan akhbar itu tanpa rasa untuk menguntingnya dan menyimpannya sebagai kenang kenagan.. kerana aku tidak gembira..entah kenapa.. Cuma aku berfikir lagi.. "biar betul aku ni.." (berapa banyak biar betul daa..


*******************

bawah ni keratan akhbar pelajar Malaysia ke University Sultan Qabus..

& berita2 tentang 15 orang kami.. sepanjang program ni..

antara keratan akhbar tentang kami di Oman.. sekadar simpanan untuk kenagan..hee


Sekarang aku berbangga pulak masuk paper.ngeee.. Akhbar yang menceritakan kejayaan dalam keilmuan.. dan akademik..(bukan nak riak tau)..Cuma nak kongsi bahwa… rasanya tak sama dengan perasaan masuk akhbar sebab menang Gadis Metro dulu..hal ini demikian kerana..ewah.. sekarang ni berita dalam bidang ilmu..

so kesimpulannya.. kepuasan yang kita dapat jika jalannya adalah jalan yang kita harapkan dan senangi..tanpa terpaksa, memaksa atau dipaksa, ianya adalah kepuasan yang hakiki.. chewah.. sekarang aku suka membaca akhbar2 tentang 15 pelajar Malaysia yang mengikuti program di Oman ni..sebab salah seorangnya adalah aku..heee tah apa2..heee

5 comments:

Aduka said...

kim salam kat awekz2 arab! wahuuu..~~

=P

aslam said...

perghhhh.

famousyer 15 owang ni..cayalah..
dan..naper plak tutup muka?ugi2..

dan citer pasal kat booth metro mmg xley bayang..hahahha
ap da jadi?!!
hahahaha.keras perut gelak...hhahhahaha

tahniah menaikkan nama Malaysia!!
Malaysia Boleh!!!

Kapten Luffy said...

macam artis ler plak

lalala

piNky LuCiA said...

WAAA.. BUKAN MAIN AINA.. HEHE. TAHNIAH3.. TAK SIA2 PERGI SANA. :)

:: eyeNa :: said...

heheh, biasa2 je..chewah.