:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Sunday, June 28, 2009

hari ini ke ESOK?? 29 JUN dah..!

Aku taip ni pada tarikh 28 jun 2009.. bermakna esok hari lahir aku yang ke 22.. dah 22 tahun rupanya aku hidup kat dunia ni.. hari2 terasa cepat berlalu..rasanya baru semalam aku masuk darjah satu.. baru 3jam aku di sekolah menengah.. dan baru satu jam aku berada di menara gading ni.. sedar tak sedar.. cepatnya masa berlalu.. aku kini sedang menghabiskan degree dan bakal bergelar guru tak lama lagi.. memang cepat.. namun, semakin bertambah usia bukan bermakna semakin panjang masa kita hidup, tetapi semakin pendek jaraknya hidup ini. Entah ada waktu untuk kita sambut ulang tahun kelahiran yang seterusnya atau entah sudah tidak berkesempatan lagi.. aku teringatkan sambutan2 hari lahirku tahun2 yang lalu.. meriah..


*************

Di sekolah rendah:

Tiap2 tahun aku akan dapat hadiah dari kawan2.. 29 jun selalunya adalah antara hari2 persekolahan..bila sampai je sekolah, kawan2 akan menyanyikan beramai2.. dan mereka menghadiahi aku.. gula2, pensel, pemadam, atau belanja aku air sirap 10sen.. dulu 10 sen tu standart la kan.. seronok bila birthday..rasa macam di hargai sangat2.. paling terharu..

::::::::::::::

Waktu tu dah tamat waktu pembelajaran.. aku tengah tunggu ayah aku datang ambik dari sekolah..

“aina, happy birthday..” siti Hajar menghulurkan hadiah yang dibalut kemas.. dalam kotak berbentuk segi empat sama.. ringan..

“wei.. buat susah2 jaa bagi ni… thank u wei..”

aku menerima namun sedikit sebak.. siti Hajar bukanlah orang berada.. hidupnya membuatkan aku insaf dan sedar.. bahwa kesusahan bukan penghalang untuk kita menunjukkan penghargaan kepada seorang teman.. baju siti Hajar compang camping.. ada koyak yang bertampal.. kesian dia.. kasutnya hampir terkeluar tapak dan terkoyak dek di pakai setahun dua.... namun masih bersih dan putih..

“kenapa tengok kasut aku ni” siti Hajar bersuara..

“err takda apa laa.. putih macam guna kapur kasut yang baru..”

“oh kapur kasut ja baru, kasut ni dah buruk. Nak beli tak mampu. nampak jari kaki aku ni..”

siti Hajar menggerakkan jari kakinya keluar dari hujung kasutnya yang terkoyak.. dan dia ketawa sendiri melihat aksinya itu.. dan aku pon.. hahahaha turut join ketawa..

“kenapa bagi aku hadiah ni weh.. buat susah ja.. kesian kat hang..” setelah derail ketawa itu reda aku bertanya pula..

“takdak apa pon.. aku tak bagi hadiah mahal2 mcm orang lain.. aku malu nak bagi..tapi dari kemarin aku balut ni. Aku bagi jugak laa..hang janji buka kat rumah tau..” siti Hajar tersenyum.. dan kemudian kami bersalaman.. setelah bapa aku datang menjemput..

balik rumah, aku buka hadiah siti Hajar, hanya sehelai tisu yang diletakkan bedak padanya.. wangi jugak..! patut laa ringan.. aku tersenyum sendirian.. dan aku simpan sampai sekarang ni hadiah tu.. walaupun hanya tisu tapi cukup menyentuh jiwaku.. ewah.. terima kasih siti Hajar dan semua kawan2 sekolah rendah yang sudi sambut birthday aku dulu2..


*****************
di sekolah menengah :


sambutan birthday kat sekolah menengah agak canggih laa kalau nak dibandingkan dengan waktu di sekolah rendah.. maklum laa aku dah jadi remaja.. ramai pulak peminat kan..hehe.. tetiap tahun mesti ada hadiah bawah meja.. siap ada surat2 cinta lagi tu..haha.. sungguh lucu.. tapi aku ni pengawas sekolah yang garang, tu pon masih ada yang berani nak suka2 kat aku..eececeee..
yang best kat sekolah menengah ni ramai sangat kawan2 aku.. and aku pulak duduk asrama.. huu sampai je malam birthday aku telah dianiayai..waa kek, telur dan tepung yang aku dapat..ceh.. habis kotor katil aku.. tekanan perasaan jugak time kawan2 baling kek (kalau makan pon bagus..hihihihi) then baling2 telur sampai pecah past tu tabur tepung pulak kat aku sambil jerit2.. oleh yang demikian, warden datang tengah malam 29 JUN tu sebab kami bising, aku laa orang yang paling hodoh.. dan macam zombi dah..waa mujur sebab aku jadi birthday gurl cikgu azmi tu lepaskan aku.. fuuh..
waktu kat sekolah menengah tu setiap tahun, mcm2 jenis sambutan laa.. yang best masa form 5.. sweet 17 laa katakan.. kawan2 ramai datang rumah aku sehingga mak aku membuat keputusan untuk adakan kenduri makan2..haha.. kak Nab (kakak nombor 2) bagi aku seketul kek yang besar sangat2..dan kenduri tu meriah sangat2.. aku pakai gaun tau..ceee.. ahaii seronoknyeee..!! mcm budak2..ngeeee



**************


Dan masa zaman terkini :




aku sekarang ni takde laa sambut birthday lagi..huhu maklum laa birthday aku ni time cuti semester.. mana laa ada ramai kawan2 nak sambut2 ni.. tapi still line bz laa detik 12 malam 29 JUN ni..heee..


"weh aku orang ke berapa?" banyak jugak antara rakanku bertanya dalam sms malam tadi..


"orang pertama.." aku menjawab.. walupun bukanlah yang pertama bebetul.. kecian kawan2 aku semua bersungguh2 nak jd org first aku cakap org last pulak, kecik hati mereka.. nanti taun depan beliau2 semua insaf nanti dah takmo ucap kat aku x best laa.. sape lagi nak membuzykan line celcom aku tu.. hihi
ucapan demi ucapan yang aku terima.. ok laa tu.. nak2 je aku mintak hadiah..haha.. bagi aku tisu pon jadi laa kan..hiii.. kecian betul kat aku kan.. tak dapat hadiah ape2 pon sejak kat UM ni dah 4 tahun ni..waaa
tahun lepas aku jadi "pembantu Mahasiswa" kat kolej aku.. yer laa adik2 junior nak masuk UM, aku dan PM2 lain laa orang paling kalut, kebetulan tarikh daftarnye diaorang tu pon 29 JUN.. maka malam tu aku sambut birthday lam bilik meeting laa.. syok jugak bila ramai2 nyanyi kat aku, terharu biru aku dibuatnya.. ingat jugak birthday aku eh walaupun sibuk..ahak.. suke2..hee




*************


dan hari ni dah 29 JUN 2009.. or 29.6.2009.. cantik jugak nombor tu, chewah.. ada2 je kan.. aku ada banyak kad2 ucapan birthday dari kawan2 since sekolah rendah aku simpan sampai sekarang.. ayat yang aku ingat laa kan..


"di hari kelahiranmu.. jangan kamu bersedih jika tidak dihargai.. tapi bersedihlah jika kamu sudah tidak beharga lagi..."
mendalam betul kan.. ahaii.. kesimpulannya, harga diri tu penting, bila kita hargai diri kita, terima diri kita, jaga diri kita sendiri baik2.. baru orang lain dapat hargai kita seadanya.. dan kita boleh hargai mereka yang bagi penghargaan buat kita..err.. mcm mana nak cakap eh.. kira lebih kurang gitu2 laa..ngee..


aku dah kat malaysia dah.. nanti aku postkan detik2 kepulangan dari oman eh,
heet thank u cik umai da ucap birthday i to kawan2 semua yg ingat, macih2..
and to aslam, ingat birthday jugak awek kamu ni..hehe nak hadiah..!!

7 comments:

aslam said...

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to siti nooraina
happy birthday to you

hehehhehe

aslam ingat birthday awek dia...
hahahhha

slamat datang malysia lagi sekali!!

lynodehearty said...

ainaaa...
happy bezday!!

<< s| tED| >> said...

selamat hari lahir.. semoga kematangan seiring usia! :D

ladymiaka86 said...

HAPPY BIRTHDAY..Semoga pjg umur & dimurahkan rezeki...

Monkey D Luffy said...

bestnya harijadi

aku kadang2 lupa harijadi sendiri

eyena said...

ahak.. macih semua.. sukenyeeee..!! kamu semua org pertama..hehe

tazz said...

happy belated birthday :D