:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Monday, June 8, 2009

Kisah-Kisah sebagai KENANGAN...

hehee rindu betul nak berPhotoshop ni kan.. aku dah lama tak melibatkan diri dalam Photoshop. hari ni past lacture kuar, aku terus menyelidiki program apa laa lam kamputer kat lab ni.. hehe.. dan terhasillah gambar di sebelah.. wink2 syok sendiri lak aku kan..ngeee..

petang nanti dah takde program atau "munaqasyah" (perbincangan), so aku nak melama-lamakan diriku kat kelas ni.. aku dok download Ulead Vid Studio, coz aku ditugaskan buat vid tentang perjalanan kami sepanjang program kursus Bahasa Arab dan Ziarah ni.. di bawah pertukaran pelajar Universiti Malaya dengan kementerian Pengajian Tinggi Oman.. dan kena tayangkan hari last nanti..uwaa.. jadi, bukan setakat kat kolej je aku memerah otak untuk vid, kat sini pon kena buat vid jugak.. uwaaaa.. terpaksanyeeee...

gambar sekadar suka2 jd pinky gurl bersama t.Bear.. hee

sorry yaa aku lock cBox coz aku tak selalu buka blog.. nanti ada yang datang2 membuat dosa di Cbox blog aku, tak manis laa kan..ahaii..

sebenarnya aku nak cerita yang aku dapat teddy bear dari Dekan.. haha.. dari dulu lagi aku nak cerita ni sebenarnya.. huhu.. pada hari ke dua aku kat Oman ni kan.. telah berlaku laa kejadian yang aku tak sangka2.. huu yang menimpa diri ini.. jeng.. jENGGG...

**********************

" aku pening pala laa weh" aku mengadu kepada makndak suraya dan kak Tie, rakan sebilikku..

"badan aku pon panas ni. aku takut nanti duduk lam ekon nanti aku ketaq nak wat gena (mcm mana) wei.." aku menyambung aduanku..hehe

"emm ni aku ada wak pnadol, mu makan laa.." makndak suraya dengan simpatinya memberi aku ubat.. past solat subuh pagi hari ke 2 ketibaan aku di Oman ni.. dalam pukul 4.30, aku pon tido laa sementara nak tunggu kuliah pukul 8 pagi nanti.. *kat oman ni pukul 4 dah subuh tau.. huhu..

dalam kelas...

"kenapa hang nampak macam pucat ja" tanya salah seorang kawan yang duduk dekat sebelah aku..

"aku sejuk laa.. trrr grrr.." aku menjawab dalam kepayahan.. sebab aku menggigil.. dah laa sakit tekak, selesema lagi.. hmm antibody aku tak kuat laa nak melawan cuaca yang tak pernah aku rasa ni.. *panas kering..

aku dah tak berdaya lagi.. nak buka mata pon aku dah rasa pinau2 je.. lalu aku memberitahu prof Mahmood yang sedang mengajar "madah istimaq".. tumpuan dah tak dapat aku bagi.. badan aku rasa lemah sangat2..

then aku di bawak ke bilik ustazah Mahfuzah.. pegawai HEP.. aku hanya diam dan terasa begitu longlai.. setelah 10 minit, ustazah nak bawak aku ke hospital.. aku gagahi langkah kakiku yang kian tak bermaya. keluar dari bilik berhawa dingin ke tempat parking kereta yang sangat panas.. ya Allah.. cuaca apakah ini.. menggigil lututku.. dan.. dan.. aku tak tahu apa yang terjadi...

sedar2 aku kat hospital.. baju pon baju hospital.. adus.. dan ada bantuan oksigen jugak menutupi hidungku.. dan kat tangan aku ada wayar yang tentu sekali sebab kena tambah air.. teruknya aku eh..

"kat mana saya sekarang?" aku tanya laa kat "mumarridhoh"(jururawat) berbangsa Oman tu.. yang peliknya dia pakai macam orang kat angkasa lepas.. huhu

"kat ICU.. awak dah tak sedar dalam 5 jam.. sekarang saya nak ambik smpel darah awak, past tu nak tambah air lagi 2 botol dan nak ambik smpel selesema awak, kami suspek awak mungkin kena H1N1.. sebab tu kami quarantine awak..".. lancar dia berbahasa inggeris dengan aku...

"hah???! H1N1??!" aku menjerit dalam hati.. sebab aku tak da tenaga laa nak jerit kuat2, dah laa aku mcm bertopeng je dengan oksigen tu. huhu.. hanya terkebil2 mataku menahan suntikkan demi suntikkan.. hmmm nasib.. nasib...

dan aku melihat sendiri jarum yang tajam tu menusuki urat lenganku.. perlahan darahku di ambil.. dan aku... aku mahu menangis.. uwaaa.. kenapa aku??.. aku demam je laa wahai jururawat, huhu.. dan sebentar kemudian datang pulak seorang doktor lelaki.. juga seperti angkasawan.. dan memasukkan wayar ke dalam hidungku.. kedua2 belah.. huuu sakitnyaaa.. nape tak bius aku je biar aku tak sedar. ni tunggu aku sedar baru nak buat semua tu.. uwaaa aku menahan air mata yang kini sudah bertakung.. bukan apa.. sakit woo..

dan sebentar kemudian, tekakku pulak yang diperiksa. kaedah yang sama.. terasa seperti wayar itu menusuk sehingga kedalam kerongkongku.. sehingga aku termuntah.. hmm.. peningnyaa.. aku menoleh memandang kadar denyutan nadiku dan mendengar bunyi.. tuut..tuttt..(lebih kurang laa..hee) dan aku terlelap setelah selesai smpel kahak dan mukus di ambil.. hmm..

"saya nak balik.." aku merayu kepada jururawat yang setia disisiku dan menjagaku..

"lewat malam nanti kalau keputusan dah keluar,dan kalau awak sihat esok boleh laa balik.. sekarang kena kuatkan semangat.. insyaAllah semoga awak tak apa2.. barokallahufik.."

"kenapa tak kuarkan keputusan sekarang? saya cuma demam.." aku tak puas hati dengan kelambatan tu aku terpaksa berkurung dalam bilik ICU.. huhu

"kami hantar smpel tu ke Muscat, awak sekarang di Rustaq.. jadi, bila Hospital Muscat dah keluarkan keputusan baru awak boleh balik.. awak dari "mustashfa" kecik sebelum ni.. dan awak dipindahkan ke hospital Rustaq ni masa awak pengsan pagi tadi"..

huhu rupanya mcm tu.. hmm makan pon dah bersuap tau.. aku ada tenaga tapi jururawat sini tak sama macam kat Malaysia.. baik sangat2 dan lembut serta layan terbaik 1st class punya.. dan aku asyik bersembang dengan jururawat tu sepanjang kat quarantine room.. tentang Malaysia.. baru 2 hari datang dah rindu Malaysia..huhu

dan Ustaz Hassan buat panggilan.. aku cakap dari phone je.. sedangkan ustaz ada kat luar bilik tu.. huhu dan ustaz bg aku semangat dan dorongan.. hmm aku nak balik.. huhu

dan elokkan paginya keputusan dah keluar.. dan aku di sahkan sihat, hmm.. alhamdulillah.. *kan aku dah kata, aku demam je.. ahaii.. mentang2 laa aku internasional student kat Oman ni.. fuuh tersiksa betul.
past tu aku dipindahkan pulak kat wad biasa.. haha.. rasa kelakar pulak.. siap duduk atas kerusi roda lagi.. adoii malunyaa.. sepanjang perjalanan berpindah ke wad biasa tu semua mata memandang aku.. maklum laa muka orang asing (bukan orang Oman).. haha tp bukan makhluk asing.. aduss

dan datanglah ramai pelajar2 dari fakulti perubatan Oman. melawat aku.. waktu tu aku letih dan tengah tido.. sedar2.. "apasal ramai ni doktor datang ni.." aku dah mula tertanya2 lam hati.. rupanya lecture diaorang nak tunjukkan apa sakit aku sebenarnya.. huu.. dan nak buktinya ciri2 H1N1 tak ada pada aku.. saat tu aku mcm patung dan bahan eksperimen je.. huuuu sabar aina sabar..

tapi yang seronoknya semua warga hospital tu ambik berat kat aku, dan selalu datang melawat aku.. dekan pon datang, ustazah2 dari kuliah Rustaq pon ramai datang, termasuk ust Hassan Basri jugak.. dan aku belum mengenali mereka waktu tu.. ahaii.. dan dah hari ke 2 kat sana.. aku pon boleh balik.. yes!!

*************************

huhu ubat besar2..huhu.. sabar jaa laa...

"hal akalti ad dawak..?" (dah makan ubat ke?)



hahaii.. akui mmg laa malas nak makan ubat.. tapi dah semua kawan2 rakan taulan yang 14 orang kat sini memaksa aku.. huhu termasuk ustazah Fatimah.. dia akan selalu tanya aku "hal akalti ad dawak?" huhu.. sampai sekarang ubat dah lama habis pon, masih lagi soalannya "hal akalti ad dawak?" huhu.. dan itulah treadmark aku kat sini.. uwaa.. ape laa.. is is..

dan sebab aku dah sihat serta kuat dan bersemangat untuk belajar, aku telah di hadiahi teddy bear yang comel.. oleh "amid" (dekan) di Kuliah Rustaq ni.. hahaii.. ianya adalah kenangan yang terpahit waktu kejadian berlaku. tapi sekarang aku rasa ianya indah dan mungkin terindah untuk 10 tahun akan datang.. hahahaha...

2 comments:

aslam said...

hehehehe.hal akalti ad dawak?
hehhehehe..mana ubat lagi...bagi kat dia bnyak2..mknan rutin kot..hehhehe

suspect h1n1 yer..mmg sadis la..ciannyer ia..

sabaq eh..tapi cam tu masih bley jadi duta malysia jugak yer..heeebat la..

cayook cayook!!puluuun.tau dah...hahhaha

Monkey D Luffy said...

waaaaaaa


bahan kajian made in Malaysia

hahaha