:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Friday, June 12, 2009

kan ku Pahatkan ia di hatiku..

Ahaiii, bertemu lagi nampaknye kita dalam entry terbaru ni.. tapi entry ni mungkin akan jadi terlama dalam tahun2 akan datang..kalau aku terus jadi blogger laa.. hee tapi syok pulak rasanya kan dapat buat corat coret kat sini.. and ada kawan2 baru..tak kenal tapi kenal..waa mcm mana tu??? Aduss.. tanpa melengahkan masa.. aku nak ceritakan laa sebuah hikayat…
"wahid.. isnain.. salasah… ibtisam..!"

dan terakamlah gambar di atas..hee


Ahaii.. itu maknanye gini : "satu.. dua.. tiga.. senyum..!" hehe.. agak2 kenapa bilang2 gitu sebelum ambik gambar? Haa..mesti jawapannya "entah" kan..? tapi bagi aku laaa sebab dah memang turun temurun kot.. ahaii.. dan akan tersenyumlah sesape yang berada di hadapan camera tersebut setelah disuruh mensenyumkan (err istilah yang entah ada entah tak lam kamus ni..huhu.. sambung2).. mensenyumkan diri tadi.. is is..
Dan aku ingin memulakan tintaku.. dimulakan dengan "bismillah.."


************

Seperti selalunya.. aku begitu asyik memerhatikan gunung2 yang tiada tumbuhan padanya.. namun gunung2 tersebut, kelihatan teguh berdiri tanpa ada tanda akan goyah..begitulah.. acap kalinya aku tatkala di dalam kenderaan yang menyusuri jalan2 di Negara Oman ini..dan kini kisahku sepanjang perjalanan ke daerah "sour" wilayah bahriyah (kawasan perkampungan nelayan).. aku sedang di jendela kenderaan bernama bas..

Sepanjang tayar bas itu berputar dan berpusing (ewah2..) , ianya melalui kawasan baru dan meninggalkan pemandangan yang sebelumnya..aku suka menjadi pemerhati setia.. melihat beberapa pekerja berbaju biru.. sedang membina rumah di awal pagi.. aku sudah arif, mereka bekerja sehingga malam.. di waktu tengah hari yang membahang, mereka masih berusaha menyiapkan saki baki pekerjaan seharian.. tak kurang juga pekerja2 yang membuat jalan.. "subhanallah.. sanggup berpanas terik demi mencari rezeki yang halal.. kalau aku ditempat mereka.. mcm mana agaknya.. ya Allah.. semoga rezeki mereka yang halal itu padanya ada keberkatanMu.." doaku sendirian.. sehingga bas meluncur laju.. mengubah pemandangan yang baru..
Sebentar kemudian terkilas pula unta2 sedang berehat di teduhan pokok2 tidak berdaun..

"kesiannya.. mesti panas unta tu kat kawasan suhara mcm ni.." keluhku didalam hati.. dan setelah bas berlalu dari pemandangan unta2 tersebut.. mataku tertumpu pula pada sekumpulan kambing2 yang berkelompok..

"apa laa yang kambing2 tu bualkan agaknya? Mcm tengah bermesyuarat nak cari calon ketua je.." aku bermonolong lagi.. tapi kali ini aku tersenyum sendirian.. tiba2 teringatkan kambing dalam kisah "Ahmad Albab" cerita p.ramli tuuu.. dan aku teringatkan sebuah kisah kambing yang kelakar.. tapi…. Belum sempat aku mengingati kisahnya.. aku.. zzZZZ terlelap.. tapi tak pula aku ingat samada aku bermimpikan kambing atau tidak.. (emm kenapa tetiba cakap pasal kambing ni.. huhu musykil2.. ngee..)

dan aku terjaga setelah terdengar suara riuh rendah..

"al bahri… al bahri.." (laut..laut..)

Fikirku bahwa aku sudah di dasar lautan bersama ikan2.. namun.. "oh.. pemandangan laut rupanya.." aku bercakap sendirian lagi..tapi masih di dalam hati.. namun mataku segar memerhatikan gelagat kawan2 yang bermacam ragam.. ada yang sekadar memerhati pemandangan lautan itu dengan muka mamainya kerana baru tersedar dari lena, ada yang kelam kabut mencari2 camera, ada yang masih tidur walaupun suasana seperti guruh.. ada yang mengangakan mulut.. sebab mereka terpegun dengan lautan, tak kurang juga yang mengangakan mulut kerana menguap..(ngeee ngeee aku laa tu..) hahaii dah pukul 7 pagi rupanya.. bertolak lepas subuh.. sini subuh pukul 4 tau..huhu

Dan 4 jam berlalu di dalam bas.. setelah aku melalui jalan bergunung, suhara, sehinggalah ke kawasan nelayan.. sampailah aku ke "kuliyah al ulum" yang terletak di Bandar Sour..bertemu dengan pelajar2 disana yang mesra, dan berkenalan dengan sejarah Sour..

Destinasi diteruskan ke tempat "as sina’ah as sufun" (pembuatan kapal).. dan "ma'rut turas" seterusnya ke"muthaf nadi urubba" kemudian ke "suq" Dan kemudian makan tengah hari disebuah hotel tepi pantai "ras al-jinz". mewah.. namun semuanya percuma..dan makan minumku disini tak pernah berbayar.. ahaii
gambar di restoran tu laa..
ni plak kat "muthaf nadi urubba" (muzium kelab eropah)
ni tetiba aku di pantai..ayaiii
Dan setelah makan2 kami ke pantai untuk melihat sendiri penyu2 bertelur.. namun.. penyu bertelur di malam hari.. dan kerana itu penyunya tidak aku temui.. telur penyu banyak, tapi kita terpaksa meluangkan masa untuk melihat tanda2 dimana telur2 itu berada.. tapi aku lebih tertarik untuk bergambar dari mencari telur penyu..hehehe

bergambar beramai2..

ewah2.. konon2 nak jadi model batu..hee


Dan akhirnya.. malam menjelma tiba.. aku masih sempat memerhatikan pemandangan mentari terbenam.. sehingga senja berlalu.. berganti malam.. usai solat jamaq dan qasar.. kami berangkat pulang.. pulang bersama gambaran kenangan yang terlalu manis.. mustahil lukisan itu seindah potret yang aku pamerkan disini.. lantaran aku melihat keindahannya dengan mataku sendiri.. kerana itu ianya bermakna.. bukan sia2 dan bukanlah potret tanpa sebarang harga..

Dan aku mentafsirkan lukisan yang mataku lihat ini, dengan mata yang lagi satu yakni mata hati..barulah ianya bernada.. sesungguhnya ilmu yang aku timba disini bukan sebaldi dua.. ianya tidak dapat aku ukur.. lantaran, tika aku di sini, banyak perkara yang aku pelajari.. antaranya aku merasakan kelainan dan kesyukuran atas nikmat yang telah aku rasai sepanjang di Malaysia sana.. tunggu kepulanganku wahai Negara tempat tumpah darahku.. wah patriotik pulak..

4 comments:

ustazah dyLLa said...

ni akak nk tgur ckit...awat posee maut mcm tuh???xde pose lain ke yg leh wat???.....

~akak jeles ni...hahaha...
perrggghh...mentang2 dia keding...nseb angin x terbangkan ekau...kalo x, jenuh jugak pak arab nk menangkapnye...

~best laaa...akak nk g sngt...bertuah ekau dpt g...

Monkey D Luffy said...

errr

ko belajar mcm jalan2 je

hehehe

aslam said...

amboi....banyaknyer monolog..hahhaha.dialog la ngn i.
heheehe

kambing tu tgh cari mn ketua dia..ilang..duk kat tepi tgkap lam bus rupanyer.
hehhehe

ayamoooo!!!

cantik arr kat tepi pantai..minat2.

eyena said...

meh laa kak dylla..hee

oh kepten..
beklajar sambil berjalan
emcik aslam.. mieow