:: mereka Terhebat ::

Tuesday, January 5, 2010

majlis nikah..



ok2.. aku edit gambar tersebut sebagai banner untuk kenduri.. actually gambar tersebut iteww adalah gambar selepas majlis akad nikah..

meh aku ceritakan...

*****************

aku balik ke kampung pada 20 hb 11 2009.. aku tak buat persediaan pape pon.. maklum laa aku baru past exam.. than mak cakap nak buat kenduri 23 hb 11.. huu amatlah terkejut aku mendengarnye.. biar benar ni..

aku hanya menurut sahaja kata orang tua dan segala persediaan telah diatarkan dengan rapi oleh mereka.. aku hanya menguruskan soal borang nikah dan menanti hari dengan penuh debaran..


tanggal 23 NOVEMBER 2009.. sesudah solat asar bertempat di masjid kampung Bendang raja, aku dan Muhammad aslam selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz pertama dan dikukuhkan dengan akad kedua...

meriah kat rumah kaum ibu sibuk sediakan juadah untuk majlis akad nikah.. hanya jiran2 terdekat dan saudara mara sahaja jadi undangan.. itupun hampir 500 orang.. tapi yang kenduri besar nanti 3000 tetamu juga diundang..


memasak dengan dapur kayu.. kebiasaan orang2 di kampung sekitar kawasan aku..



makan berhidang untuk majlis akad nikah kerana jemputan yang sederhana dan makan berhidang lebih menyelerakan.. itu kata orang laa.. hehe


dan akhirnya aku menjadi isteri Muhammad aslam.. akan aku setia menjunjung kasih yang diamanahkan oleh ilahi ini.. dan aku akan terus menyayangi suamiku.. selama hayatku dikandung badan..

tatkala resah menanti saat kami di ijabkan.. degupan jantungku mengalun onak.. berbaur pelbagai perasaan.. aku mendengar jelas lafaz suamiku dan aku menghayati takliknya..

"aku Muhammad Aslam dengan ini bertaklik akan memberi nafkah kepada isteriku Siti Noraina, memberikan perlindungan kepadanya, makan dan pakaian.. dan tidak akan meninggalkannya lebih dari 40 hari berturut-turut....."

janji demi janji dilafazkan oleh suamiku dengan tegas dihadapan saksi-saksi dan imam.. semua orang di masjid itu diam dan mendengar dengan teliti..

sementara aku... pipiku sudah basah disirami air mata yang entah bila mengalir.. tanggungjawab besar sudah tergalas di bahuku.. doakan aku untuk lakukan yg terbaik...!

tunggu aku upload gambar2 lagi nanti..hehe

tanda tanya (?) : antara percaya dan tidak..??


12 comments:

ieda Aida said...

aina..tahniah..jd istri jgk hg ek...hee..
neway...moga hg bahagia ngn aslam eh..
take care!

NzA said...

wah, mcm pic dlmfilem hindi lak..brkejar2an kt atas bukit ttp eyena kt tepi sawah...hi...suka tgk.

Tukang cerita said...

Tahniah eina.....
semoga menjadi isteri solehah yang terbaik...

doa buatmu.....
Alhamdulillah.....
:)

white rose said...

alhamdulillah...syukur...slmt dh jdi isteri org ye...akak tel, nk ckp ngn dikna, skali tuh aslam yg jwb...isk...isk...rindunye akak kt dikna...cantek2 gamba dikna...manisnye org berkahwin ni ye...

:: eyeNa :: said...

sweetpinky:

thanks atas ucapan..hehe

:: eyeNa :: said...

kak nza:

haha mujur tak terjatuh kak.. kalau tak dah buat bendang dah..ekekee

:: eyeNa :: said...

tukang cerita:

syukran2..

:: eyeNa :: said...

white rose:

heee patut laa hari tu beliau pegang tepon tu and takde ngan dikna coz beliau dan rombongan beliau buat persediaan utk dtg esoknye kat umah dikna.. cian tak dpt ckp.. windu akak tau..

Dunia Mommy Comel said...

wah wendu eyena..lame xder latest story dari u..hahahha...so now how life happy new year

myQza said...

aina!!!!

aduhai.. sorry lama x jenguk sini..

dahjadi isteri org rupanya..

Selamat pengantin baru aina.

semoga bahagia dengan aslam!!

Tahniah!!

:: eyeNa :: said...

comel:

rindu kamu juga..

ni nak buat astory byk2 past ni comel jgn boring baca eh..ekekeee

:: eyeNa :: said...

tedi:

hehee thanks tedi..