:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Wednesday, January 6, 2010

kenapa aku kahwin...

"aku terima nikahnya siti Noraina binti haji Ahmad dengan mas kahwinnya 284 ringgit tunai.."

aaamin.. selesai jugak.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, diberikan halal pada kami yang ajnabi sebelum aqad dilafazkan.. tanggungjawab sebagai suami isteri telah tergalas dibahu.. tangan ditadah ke langit.. wajah di tunduk penuh kepatuhan..

suasana sunyi tatkala doa dibaca.. masing2 yang hadir di masjid itu mengucapkan syukur kehadirat ilahi..

syaitan pula menangis tertekan kerana sepasang lagi pasangan anak Adam as telah mendirikan syariat ALLAH sedangkan syaitan itu belum puas menggoda kita supaya berbuat dosa.. dan syaitan itu marah kerana pasangan ini menuju jalan ALLAH..

alhamdulillah.. aku dan suami telah selesai menunaikan salah satu perintah ALLAH kepada hambaNYA.. aku bersyukur ya ALLAH..

dan aku memohon kehadirat ilahi... semoga pasangan yang juga berniat untuk berjihad di jalan ALLAH, selamat dari godaan syaitan.. selamat mengucapkan aqad ijab dan qabul seperti kami..

semoga kita semua mampu membuat syaitan itu menangis kerana kepatuhan kita terhadap ALLAH.. dan tidak melakukan kemaksiatan sehingga mengembirakan makhluk bernama syaitan yang telah bersumpah mahu membawa kita ke Neraka jahannam.. nauzubillah...

***************************

hee panjang ceramah aku eh..hee bukan apa nak kongsi laa perasaan kan..bila dah kahwin ni terasa nak bawak kawan2 yang berpacaran turut kegerbang perkahwinan.. ececeee

"bila dah tekad nak lakukan benda baik, benda yang ALLAH redha, jangan patah balik.. jangan teragak2.. teruskan dengan yakin.. insyaALLAH di hadapan kamu ada kebahagiaan menunggu asalkan niat kamu ni lillahitaala.."

begitulah pesan imam qariah suami aku sewaktu kami meminta bantuan beliau untuk mengesahkan borang nikah tempoh hari.. kata2 tersebut membuatkan aku semakin percaya dan yakin dengan keputusan ini..

dan kini aku sudah mendirikan mahligai yang telah dihalalkan oleh ALLAH.. Alhamdulillah.. betapa bersyukurnya aku..

eh.. lupa nak bagitau kenapa aku kahwin eh? agak2 kamu dapat jawapan tak bila dah baca aku membebel tadi??

tak? is is is...

sebab..

  • dah sampai seru **ekekeee sengal..!
  • dah bersedia kot..
  • dah ada pasangan yang diidamkan..
  • ingin dibimbing, berubah jadi lebih baik, nak jadi isteri solehah.. **amin..
  • nak cahayamata.. **eh eh mcm mana laa muka baby aku nanti..hihihihi
  • elak dari godaan syaitan
  • nak buat pahala **uikss.. solat jemaah tetiap waktu.. aduii rindu tol..
  • jihad ke jalan ALLAH.. **ni paling penting...

actually banyak lagi ar.. tak perlu aku senaraikan semuanya..aku pasti semua orang ada harapan yang sama jika mereka ingin berkahwin.. eheh..

dan TERIMA KASIH buat kawan2, rakan taulan, sahabat2 yang tak putus2 bagi ucapan kat aku.. sejak aku umumkan hal perkahwinan ni sampai sekarang tak menang tangan aku nak reply msj2.. di blog, facebook, yang call, yang sms yang bagi surat, yang datang ucap depan2.. terima kasih sangat2.. aku rasa dihargai.. **huuu terharu biru dah ni...

dari kawan2 sekolah rendah, menengah, sampai laa kawan2 di universiti.. tak kurang juga rakan2 bloggers.. sungguh bertuah.. ramai yang mendampingiku susah dan senang... (^_^)

tak pernah rasa bahagia sebahagia ni taww...

ok2 aku taw kawan2 yg baca blog ni, tak kira laa yg suka komen yg tak suka yang jadi silent readers, mst kamu nak tengok gambar time kenduri plak kan.. yang dah ada facebook tu mst da pernah tengok..takpe laa aku nak share kat sini lak.. nanti boleh anak2 cucu cicit aku baca..ekekeeee tunggu aku nak upload ni..heee

tanda tanya (?) : kenapa aku kahwin? kamu lak kenapa kamu kahwin? kenapa tak kahwin lagi? eh eh..


12 comments:

nza said...

ok, pas ni cpt2 dpt baby lak ye....kak nza pn xsabar ni nk tgk muka ank buah...mesti comel...

eyena said...

heheh ahak jgn kak jgn.. bahaya.. hehehe insyaALLAH.. ada rezeki tak kemana.. ewah2 dulu ayat "ada jodoh tak kemana" kan..

hee doakan yg terbaik yek..

a kl citizen said...

alhamdulillah dah selamat..
lepas ni tengok gambar membusung pulak ya...

A.B.U said...

pertanyaan kenapa x kawen lagi tu agak sensitip la eyena..huhu...

eyena said...

a kl citizen:

rancang dekat2 sem last laa.. isk2

eyena said...

pak ABU:

hehe adusss tersensitip lak pak abu ni.. hehe sabar2 tak lama lagi pembakar roti juga hadiah utk pak abu taww..hehe

lynn-the gudigudigurl said...

hye puan eyena.
im happy for u =)

sy tak kawen lagi sebab tak de jodoh lagi. ehehe

white rose said...

ciss...hampehnye ayat last tuh...KENAPA TAK KAWIN LAGI?

cpt aaaa...akak nk ikut jejak langkah mu...

sI tEDI said...

alhamdulillah.

kamu telah jumpa jodoh yg sesuai.

Jaga rymahtangga baik2

eyena said...

lynn :

hehe kamu ni sama mcm kawan2 yg lain suka panggil puan... eeekkk

oo tak lama lagi sampai laa jodoh tu kan..

eyena said...

white rose:

heheheeewee cam paham2 ja kak ni..heee takpe2 penantian itukan indah..eheh

eyena said...

si tedi :

insyaALLAH tedi... hehe (^_^)