:: mereka Terhebat ::

Tuesday, April 6, 2010

susah itu kadang2 indah..

heeh.. salam.. hahaii jumpa lagi dalam siri ceramah aku kat blog ni..haha. takde laa aku nak bagi ceramah. aku nak share story jeww.. heh aku nak bagitau khabar aku kat sini.. walaupun takde orang nak tahu khabar aku, aku nak cakap jugak! hehe gigih kan..

aku sekarang ni asyik balik kampung je tetiap minggu.. haish!! dulu aku pernah laa cakap gini :

"laa kawin ke tak kawin ke sama je aku, aku balik kampung sebulan sekali jeww kot"

dan kawan2 aku mesti balas gini :

"hek eleh, boleh caya ke ko ni aina, entah2 balik tetiap minggu.."

ermm setelah kahwin 2 bulan.. memang aku balik setiap minggu pon. bukan salah aku, ni kawan2 aku la ni rajin sangat usik2 aku, cakap aku mesti balik tetiap minggu punya.. kan aku da bebetul balik tetiap minggu.. korang laa yang salah ni.. suka doakan aku balik tetiap minggu.. haha

well aku bukan laa nak citer pasal kes balik tetiap munggu eh minggu..haa eja pon da start salah2 ni..isk2.. aku nak kongsi pasal anak buah aku taw.. yang mana satu eh aku nak cerita? ramai sangat lor anak2 buah aku.. hurmm.. kali ni tentang anak2 abang aku yang bernama abang mat..

aku tau laa abang mat confirm tak baca.. anak2 beliau pon mybe tak baca entry ni. tapi aku tetap nak tulis. sebab aku tau satu hari nanti kalau aku da takda kat dunia ni mesti ada antara mereka tersesat dan baca entry aku ni.. yang aku nak luahkan aku sayang kat mereka..heee

abang mat ada 4 orang anak.. kesemuanya amatlah rapat ngan aku.. mybe sebab dari kecik budak2 ni duduk kat kampung ngan aku. haa jadinya aku selalu laa buli budak2 ni.. aku marah2 depa, aku sayang2 depa.. aku usik2 depa.. haha aku jadi hantu weh sampai budak2 ni nangis2..heeeh serba salah pulak sebab aku nakal sangat ngan anak2 abang mat..hihi

tu bukan apa, cuma balas dendam sikit je.. dulu aku kecik2 abang mat boleh buli aku, haha.. sekarang aku buli anak2 dia..heee yang bestnye anak2 abang mat dah bgtau aku gini:

"sekarang acu buli kami, nanti kami buli anak acu.."

ekkk buli balik laa pulak ye..hihi.. well pape pon best sangat ada budak2 ni kat umah.. bising dan riuh laa..4 orang pon cam 40 orang je aku rasa.. heeeeh.. tapi aku bebetul respect anak2 buah aku yang 4 orang ni.. walaupun diaorang masih budak2.. tapi diaorang dah terlatih dengan pelbagai kesusahan dan cabaran dalam hidup..

yang paling sulung namanya wan mohd aidil afzan, nombor 2 tu wan saidatul alia, yang ke 3 wan mohd asyraf dan yang paling kecik wan saidatul aleesa.. hehe..

afzan aku panggil "adi kejan" or "abang" sebab dia yang sulung. umo baru 13 tahun. 

yang ke dua aku panggil "aton yaya" haha nama manje tuu.. baru darjah 6.. 

yang ke 3 aku panggil "ah kelop" haha.. darjah 4.. 

dan yang kecik tu baru tadika. umo 5 tahun aku panggil "sya sya".. haha..

semuanya sporting2.. aku ada buat filem pendek hari tu.. budak2 ni laa pelakon..heeeh.. berbakat cam aku lor..hihi.. ok2 aku nak share tentang afzan dan asyraf hari ni..

*********************

satu hari aku balik kampung.. hubby ajak aku gi alor star sebab nak jumpa ngan adik beliau.. cik lina.. haa sebab nak p bagi nasik kenduri.. yummy!!.. tapi waktu tu asyraf ngan afzan ada sama.. mereka sibuk nak ikut aku dan hubby p alor star..

"hangpa toksah p laa.. nak jumpa aunty lina jaa.. nak bagi nasik ni bukan nak p jalan2.. asyraf tu satgi nek keta muntah lak.."

bentak aku sebab aku malas nak bawak mereka.. aku takde duit nak belanja mereka..

"takpa laa.. kami nak ikut jaa.. nak duduk kat belakang diam2..kami lama dah tak p loq staq. acu lama dah tak bawak kami jalan. hari tu acu bawak aleesa.. boleh laa acu.. nak ikut.."

mereka cuba memujukku.. nada mereka merayu-rayu.. kecian pulak aku ngan mereka ni..

"jom laa p..tak pa aih.."

tetiba hubby aku menyampuk.. hmm aku bukan tak bagi diaorang ikut.. tapi aku kecian nanti budak2 ni lapar ke apa ke.. aku dah laa ada 3 ringgit je ni..huhu.. kalau aku ada duit banyak dah lama aku bawak tau.. dan memang aku selalu bawak mereka jalan2.. cuma.. kali ni.. hmm

enjin kereta di start oleh hubby.. dan kami berempat pergi ke alor star..adik hubby aku pesan supaya pergi ke stesen bus shahab untuk ambik barang.. dan setelah hampir 1 jam lam kete sampai jugak a.star, destinasi pertama kami ke stesen bus tersebut.. dan kami berempat turun sekejab di situ..

hubby aku sibuk mencari barang yang di pesan oleh adik beliau.. aku pulak dengan anak2 buah aku tu.. tiba2..

"acu cek daharga laa.."

asyraf bersuara.. kecian tol..aku pon bawak laa mereka ke kedai untuk beli air.. punya laa mahal kat kedai tu.. air kotak aje dah dekat 2 ringgit..

aku ambik 2 kotak.. satu untuk asyraf, satu untuk afzan.. tapi.. time nak bayar tu aku tak cukup 30 sen.. aduhai.. kelam kabut aku suruh afzan cari pakcu mereka.. (hubby aku).. then orang yg jual tu tgk aku cam kecian kot, dia cakap takpe2 halal je 30 sen tu.. uwaaa malu siot..

past tu hubby aku pon tiba dengan muka gelabah..mybe ingat kenapa sangat kot..hehe.. dan peniaga tu still cakap.. takpa2 halal dah.. huhu

dan kami beredar dari kedai tu.. hubby agak marah kat aku..

"nape tak cakap nak beli air? hmm lain kali bagitau abang dulu.."

eeekkk.. kan dah kena.. huh.. aku tunjal kepala anak2 buah aku..lepas geram..haha tapi puas hati dapat bagi diaorang minum..

"acu takdak duit dah.. minum yang tu jaa tau.. satgi past hantaq makanan kat aunty lina kita balik.."

kata aku nada memujuk sebab aku tengok muka budak2 ni da macam lapo je.. sebak aku tau.. rasa tak best tak dapat belanja mereka cam selalu.. dan kami pon beredar meninggalkan stesen bus untuk pergi ke asrama adik ipar aku tu.. dah settle bagi nasik kami berempat singgah sekejab di Tesco.. hubby aku laa nak beli barang dapur lak.. isk2..

sampai di tesco asyraf  terjatuh waktu keluar dari kereta.. selipar asyraf putus.. aduhaii.. tapi dia still pakai je selipar tu.. then jalan sambil seret2 selipar buruk dia.. huhu aku sedih laa tengok asyraf.. aku pimpin asyraf.. nak2 je aku dukung budak asyraf ni.. mujur laa dia darjah 4 dah.. aku tak larat dukung beb walaupon dia kecik..haha.. 

then hubby cakap:

"haha.. kita beli kasut baru ye.."

huhu.. aku pon kecian kat hubby sebab aku tau hubby pon tak banyak wang.. heeeh.. tapi hubby ni pandai berjimat. tapi bab membeli belah or makan hubby laa selalu belanja.. hua hua.. tang mana yang jimat? haa ini yang kita tak tahu ni.. ekekekekeee

then macam2 jugak laa yang hubby aku beli. dengan ayam laa daging, sayur2 semua barang dapur.. isk2.. past tu kami pon gi cari kasut untuk asyraf..

huuu ni part yang menyentuh perasaan ni.. asyraf dah pilih2 kasut tu dia bekenan laa satu kasut ni.. aku dan hubby cuma ikut je mana pon takpe.. time tu aku tengok afzan dok nasihat kat asyraf.. katanya:

"ambik laa selipar yang harga RM2.50 jaa ni.. tak payah ambik yang tu mahal.."

aku tengok muka asyraf cam agak kecewa tak dapat kasut yang dia nak.. budak2 laa katakan.. then aku cakap laa:

"ambik jaa yang mana pon takpa"

"ambik laa pakcu belanja"

hubby pula menambah.. tapi asyraf pilih selipar yang harga RM2.50 je.. then senyum2 dan macam suka sangat2 selipar murah tu.. padahal aku faham, dia menyembunyikan perasaan dia.. huhu aku rasa cam terharu.. sebab anak kecil tu mampu memahami kesusahan..

then asyraf bawak selipar baru tu untuk dibayar.. sambil peluk plak tu.. aku rasa cam nak nangis je.. aku dah pujuk ambik aje yang mahal tu aku tak kisah tapi asyraf taknak.. afzan pulak penyokong dan afzan cakap:

"takpa acu, kasut ni laa yang kami dok pakai pon. mana ada yang mahal dari ni.. bayaq jaa acu, kasut nak pakai kat kaki takyah mahal2 pon takpa"

huhuu kata2 tu memang nak sedapkan hati aku dan hubby.. tapi sungguh aku rasa anak2 ni boleh aku tumpang satu hari nanti.. aku terfikir-fikir masa tu.. macam mana laa mereka di didik sampai pandai berfikir macam orang dewasa.. dan bila aku dapat jawapan.. 

aku tahu, mereka alami pengalaman yang sama macam aku.. belajar menerima kesusahan.. belajar menghargai apa yang ada. aku tersenyum sendiri bila terkenangkan, dulu aku dan adik juga sama. pernah di situasi seperti mereka. 

**********************

aku bagitau hubby, kalau kita da ada anak nanti kita ajar depa jadi cam anak2 abang mat taw.. hehe kalau boleh anak2 ni kita takleh nak manjakan dengan kesenangan sangat.. haa biar kita susah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian.. baru laa nikmatnya lebih lam hidup kita ni..

yang penting kita mencari redha Allah dalam kehidupan.. barulah aman dan tenang perjalanan kita di depan.. insyaAllah..

renung-renungkan dan selamat beramal..

1 comment:

NzA said...

bestkn ada ank2 buah..kak nza dpt ankk buah setelah dh dpt anak sndiri...hu.hu.hu...xmerasa nk buli2 depa..skrg ank2 buah pn pnggil ibu gak...ikut cousin depa tu...