:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Tuesday, April 20, 2010

:: aku rela terus di uji..::

assalamuaikum.. aku datang lagi menebarkan tinta.. rasanya tiada apa yang hendak aku ceritakan.. aku mahu diam sahaja kerna diam itu lebih baik dari berbicara.. benarkah? yaa sebab makin banyak kita cakap nanti makin banyak terzahir sesuatu kesilapan.. hmm

aku jenis yang berterus terang. aku anggap sifat berterus terang adalah yang terbaik sebab mudah orang nak faham kita. tapi tanggapan aku tu salah juga, sebab makin kita berterus terang makin orang salah sangka pada kita. jadi? nak berterus terang ke tak? haa ini yang kita tak tahu ni..

tapi aku tetap akan terangkan jika aku pasti dengan berterus terang sesuatu masalah itu dapat selesai. namun hakikatnya banyak perkara yang tanpa aku sedari aku rahsiakan jauh di sanubari ini.. biarlah Allah sahaja tahu kerna yang tak molek tak semestinya molek kita nyatakan..

haa sekarang ni ombak lam hidup aku macam makin bergelombang. terumbang ambing aku menahan, alhamdulillah.. Allah masih memeliharaku, insyaAllah.. aku akan terus lalui dan aku tidak gentar dengan perjalanan ini.. doakan aku supaya terus tabah.. biarlah sakit yang aku rasa di dunia ini menjadi penawar aku di sana nanti.. ya rob.. teruskan aku dengan kekuatan yang kau anugerahkan padaku sehingga aku berjaya mengharungi hidup yang penuh liku..

************

eh lupakan saja apa yang melukakan hati.. teruskan sesuatu yang buat kita bahagia.. Allah itu sengaja menguji kita supaya kita sentiasa dekat denganNYA.. alhamdulillah.. aku gembira dengan onak duri yang aku rasa.. lebih selesa kiranya aku di uji dengan kesusahan daripada aku di uji dengan kesenangan..

mudah untuk kita hadapi ujian yang susah berbanding ujian yang senang.. sebab? kalau kita dapat kesenangan kita rasa yakin kita dapat tempuh, dalam kesenangan itu kita lama2 mungkin kita akan tergoda dan terleka dengan nikmat yang kita rasa.. akhirnya kita tertewas dengan ujian kesenangan tanpa kita sedari..

maka bersyukurlah apabila kita lalui duka dalam pasrah dan nestapa.. apabila kita diuji dengan kesusahan yang menindas.. biarkan ujian itu datang dan tempuhilah ia dengan penuh kekuatan.. kita akan makin dekat dengan Tuhan, insyaAllah.. kita mesti cuba insafi diri dan ujian ini akan membentuk diri kita supaya menjadi mukmin yang sejati.. insyaAllah..

"jadilah seperti wanita di zaman rasulullah, jadilah seperti rabiatul adawiyah, jadilah seperti saidatina khadijah.."

tuntutan tersebut terlalu tinggi untukku gapai.. kerna aku hanyalah wanita biasa di akhir zaman.. namun aku sudah menjadikan wanita2 yang agung itu sebagai teladan. siapa yang tidak mahu kesempurnaan.. hanya usaha yang kita lakukan, hanya tawakkal yang kita serahkan..tapi tidak dapat selamaya aku menandingi wanita2 suci yang Allah sayangi itu..aku sedar..

ya Allah, aku adalah hambaMu yang serba kekurangan.. hanya padaMu aku menumpang kekuatan.. seharum kasturi di syurgaMu sejauh langkahku dari kasturi itu.. ya robul izzati.. janganlah kau pesongkan hati hambaMu setelah kau beri hidayah. ya Allah..

aku ingin sekali menikmati rahmatMu di sana nanti ya Allah.. aku pasrah atas ujian2 yang kau beri padaku.. aku mahu menjadi salah seorang daripada wanita2 yang kau kasihi ya Allah.. sungguhpun aku tidak layak untuk itu, akanku pertahankan garis imanku yang kau anugerahkan ini ya Allah.. semoga aku terus di landasanMu ya rob..

***************

entahlah, saat ini aku begitu malu untuk berbicara.. tambahan untuk menasihati orang lain tentang perilaku dan adap dalam perbualan..aku sendiri banyak melakukan kesilapan, masakan aku mampu menasihati sedangkan aku lemah sendiri..

apapon peringatan yang aku tintakan ini banyaknya pada diriku.. aku tujukan pada diriku supaya aku terpandu dengan kata2ku sendiri.. sungguhpun dengan sesiapa sahaja kita bercakap, memelihara pertuturan amatlah penting.. kerana setiap kalimah yang kita tuturkan itu melambangkan adab dan budi kita..

Surah Al Ahzab (Ayat 70-71). Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu.”

Surah Al Baqarah (Ayat 83). Maksudnya:

“Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati).”

islam memberi kebebasan kepada umatnya berbicara, berfikir dan mengutarakan pendapat asalkan tidak bercanggah dengan nilai dan peraturan yang ditetapkan, misalnya percakapan yang tidak sopan dan tidak manis didengar.

Hadis Riwayat Muslim:

“Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi.”

Hadis Riwayat Al Tirmidzi:

“Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersifat buruk.”

Hadis Riwayat At Tabarani:

“Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan.”

************

eheh ini bukan sesi ceramah tau.. sekadar merenungi dan muhasabah diri.. tak indah hidup ini kalau takda suka duka kan.. semoga Allah akan terus menebarkan rahmatnya pada kita semua.. semoga kita lebih pandai menggunakan nikmat lisan yang Allah beri ini untuk bercakap sesuatu yang menyenangkan..

pasti kita akan rasa senang apabila kita boleh menyenangkan orang lain. pasti kita akan lebih tenang apabila kita mampu menenangkan orang lain.. dan ikhlaskan hati untuk membantu supaya orang yang di bantu rasa terbantu..  ikhlaskan hati untuk menerima dan menyayangi supaya orang yang kita terima dan sayang rasa di disayangi.. (^_^)

***********

aku suka luah kat hubby dan berbincang ngan hubby bab bahasa..ucapan dan perkataan.. alhamdulillah kami boleh berkomunikasi dengan baik bila ada masalah. walaupon kadang2 aku yang gelabah.. haha biasalah aku pon manusia biasa.. hee

kesimpulannya aku tenang biarpun seringkali ketenangan ini di ragut dengan ujian2, biasalah tu, hidup kan.. hahaii ok2 aku takmo ceramah lagi dah.. ada yang tak baca sampai habis pon entry ni.. hehe eh pada yang baca sampai habis tu alhamdulillah kamu benar2 tabah menerima apa yang aku tintakan.. ececeee..

ok laa.. nak study ni.. exam oh exam.. aku fobia dengan exam.. haha.. cepat laa habis exam oii.. eheh ni pon ujian yang berat ni.. ujian + exam.= fobia..itu dulu tapi saat ni.. ujian + exam = ujixam.. haha..oklah.. berapa banyak ok daa.. salam...

tanda tanya(?): apakah kita mampu menjaga tutur kata? renung2kan dan selamat beramal..

2 comments:

white rose said...

salam dikna...

adey, penat membacanya...

mu ni kalo dapat bercakap, punya laa panjang lebar...

hahaha...

semoga Allah perkenankan doamu itu ya dik...

:: eyeNa :: said...

salam kak.. uwaaa.. rindunyeeeee kat kak.. hehe.. masih ada rupanya kak menjenggah kat sini.. thanks kak.. lap u..!!