:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Wednesday, March 31, 2010

baby adikku..

salam semua.. lama tol tak menyibuk lam blog kan.. huhu biasalah angin.. bila bertiup ke timur, maka ketimurlah dedaun itu beterbangan.. jika angin itu bertiup ke barat, maka kebarat pula dedaun itu mengikut.. hehe dalam kan maknanya..

yerlaa.. aku pon ada angin juga.. bila angin nak menaip kat blog datang.. semegah-megah aku taip panjang-panjang.. haha.. bila da takde angin tu.. diam je laa aku.. eheh.. haa aku tau ramai kawan-kawan aku suka dok terjah blog ni.. ngee macih banyak2 weh.. tapi kekadang aku jadi malu lor bila aku tau apa yang aku merapu ni korang baca.. haha

well dah lama tak menaip ni macam-macam laa ceritera yang berlaku.. hee masa sungguh cepat berlalu.. adik aku dah jadi seorang ayah pon taw.. hahaii.. cam tak caya je aku..

 

ni laa baby yang baru berusia 1 hari waktu gambar di ambil.. eheh.. tido je kejenye.. hee aku sangat2 suka lor sebab adik aku dah jadi ayah dah.. is is is melawan aku tol adik aku ni.. dia awal2 lagi dah dapat baby.. is is is.. jeles je aku.. hehe.. teringin juga nak ada baby weh..

sekali aku tilik2 muka baby adik aku tu.. rasanya sebijik cam adik aku masa adik aku kecik-kecik dulu.. haish! mesti adik aku gumbira sangat2 kan.. aku tengok adik aku asyik senyum jew past dapat baby ni.. gambo atas tu adik aku MMS kat aku.. alahaii.. sajer nak bagi aku terlompat-lompat tengok baby dia! mentang-mentang laa aku duduk jauh!

haa.. begitulah.. hal ini membuatkan aku rasa nak balik kg sgt2.. akan tetapi adik ipar  aku (adik hubby aku) telah datang menziarahi aku di kolej. jadi aku membatalkan niat untuk balik kampung.. lagipon aku nak join Malam Anugerah Kinabalu.. heee nanti aku story pasal Diiner tu yek..

itulah adik ipar aku.. hahaii aku bawak beliau sertai Dinner tempoh hari.. best wooo.. dapat makan macam2.. hihi aku rasa adik ipar aku yang sorang ni enjoy datang kat kolej aku.. yeey!! "datang lagi taww cik lina!"

seterusnya pelbagai cabaran rintangan dan cobaan telah aku alami bersama adik ipar aku ni.. haha cabaran yang macam mana? haa ini yang kita tak tahu ni.. haish!! kelak aku ceritakan yep sebab entry ni lebih untuk cakap pasal baby jer... hihih.. tunggu entry suka duka aku dan adik iparku pada post akan datang.. wink wink.

kesimpulannya aku dan adik ipar aku telah balik ke kampung akhirnya.. yer laa  aku nak tengok baby and jumpa hubby.. ngeee

sepertinya pernah lihat selendang itu? haha.. syhhhh... ni nak tunjuk gambar hubby pulak.. hee aku selalu rasa muka hubby aku cam adik beliau.. cik lina.. hahaha.. aik jangan salah faham.. hubby aku lelaki sejati taw.. haa aku taw laa.. haha

ok2.. jangan merepek lagi.. mari kita tengok gambo baby jom.. lah..!! aku ada bgtau tak baby adik aku nama apa? cam belum jer.. ok2 nama baby itu ialah..:


haa 3.4 kg taw.. besar kan.. is is is.. rindu nak golek-golek baby Farhana tu. hee.. demikianlah kisahnyaa.. eeee takleh tengok budak kecik lama2.. karang aku aura kan susah...

gambar atas ni masa hari ke 9 taw.. mak aih.. pipi dia ni.. aku gigit jugak! nak cium nanti.. fuuuuh sabar gigiku sabar...

alalalaaa.. pakai tudung dah yer baby Farhana ni.. haha.. aku memang suka mengacau Farhana tido.. tapi yang bestnye beliau diam je.. dah tu aku golek-golek macam mana pon Farhana ni cuma merenggek manje je.. is is is.. aku cuim2 dia.. ish rasa aura tol.. hujung minggu ni mak nak buat kenduri cukur rambut baby Farhana.. so aku balik kg lagi lor esok...yiiiihhhaaaa

eh eh.. balik jumpa baby taw.. jumpa hubby jugak.. ngeee

tanda tanya (?) : camne laa rasa kalau dah ada anak kan? jawapan : aku tak tahu..

1 comment:

Nanami said...

Helo,salam ziarah tuan blog.Nak tahu info dan tutorial best tak ? sila ke sini http://merdayka.blogspot.com/ ,ok babai