:: mereka Terhebat ::

Sunday, July 5, 2009

Terkenangkan segala-galanya..

aku sekarang kat kolej.. datang sini kelmarin ditemani adik dan isterinya (adik ipar aku). aku dah bawak kereta ke sini.. semalam aku daftar kolej dan hari ni kuliah dah bermula.. lagi 30 minit start pula kuliah ke dua.. semalam aku dah kemas bilik, susun2 buku.. dah banyak rupanya buku2.. dah 3 tahun aku kumpul buku2 tu di sini.. dan aku memilih tema hijau di kamarku.. agar ianya tenang setenang kehijauan tumbuhan di hutan.. ahaii..

petang nanti ada lagi 2 kelas.. "fiqh muamalat" dan "qawaid tafsir".. subjek bahasa arab.. lagi 10 minit.. namun aku seakan tidak bersemangat untuk meneruskan kuliah2 hari ini.. aku merasakan diriku seperti masih bermimpi.. seakan kaku dan tidak bermaya..


*********************

sebelum ke Oman, mak ada buat kenduri dan bacaan yassin.. maklum lah, aku akan berangkat jauh.. waktu tu semua adik beradik berkumpul.. cuma abang Mie dan abang Die saja yang tak pulang.. mereka duduk jauh dari Kuala Nerang.. lagipun kenduri baca yassin je..


atas ni gambar abang Zain.. tengah sibuk edarkan naskah yassin..


Dan waktu tu aku tengok semua kakak2 dan abang2 begitu gembira bila adiknya akan ke kuar negara untuk menuntut ilmu.. walau hanya sebulan.. dan aku rasa amat dihargai.. abang Zain (abang ipar) dan kak Nab (kakak no 2) memberi nasihat2 padaku sebelum aku pergi meninggalkan Malaysia..dan mereka menghulurkan not RM50 padaku.. hanya ucapan terima kasih yang tidak putus-putus dapat aku ungkapkan menunjukkan syukurnya atas pertolongan mereka..

sehingga berlalulah peristiwa tersebut...


******************************************


setelah sebulan berlalu...

Sebaik sampai di kampung selepas pulang dari Oman, abang Zain dan kak Nab datang menziarahi aku.. aku menunjukkan slide yang aku buat semasa di Oman sana.. dan bercerita pengalaman kepada abang Zain serta Kak Nab. nampak riak gembira di wajah mereka.. adik mereka yang sorang ni dah ikut jejak mereka.. alhamdulillah.. kak Nab seorang ustazah.. abang Zain pula sebelum ini ustaz, tapi kini pengetua di sekolah menengah.. "boleh kata macam semua anak2 haji Ahmad jadi pendidik" itulah yang biasanya terlafaz dibibir penduduk2 kampung apabila menceritakn kejayaan anak2..

"Na, takdak ka ole2 dari Oman untuk Kak Nab dengan Bang Zain?" kak Nab berseloroh..

terasa serba salah pula tak beli banyak buah tangan dari Oman.. lagipun barang mahal2.. hanya tasbih bebatu kristal menjadi hadiah buat kak Nab dan Bang Zain..

"takdak pa pon.. ada tasbih ni jaa.. lawa ni leh letak lam keta" kataku malu2 mahu menghulurkan hadiah yang tak seberapa itu..

abang Zain hanya tersenyum melihat telatahku.. dan aku memperkenalkan "halwa Omani" (kat malaysia ni orang panggil halwa Muscat..) makanan tradisi yang menjadi kebanggaan Oman..

"maksu (panggilan namaku), belajar laa selagi mana boleh.. kalau jadi macam kami ni tah sempat tah dah tak sempat dah nak p jauh2.." kata abang Zain menasihati aku agar belajar bersungguh2.. terima kasih atas pesanan itu... aku akan berusaha.. itulah tekadku di dalam hati.. namun aku sekadar mengangguk kepala dan hanya mengukir senyuman yang manis buat abang Zain dan Kak Nab.. tanda mendengar dan akan mematuhi nasihat mereka..

dan ku lihat wajah abang Zain berseri-seri.. entah kenapa aku rasakan abang Zain lain benar dari sebelumnya.. namun aku biarkan persoalan itu tanpa jawapan sehingga ia hilang dan tergantung sebagai persoalan biasa...



*************************


hampir 2 minggu peristiwa itu berlalu.. pagi tadi aku dikejutkan dengan pemergian abang Zain, pergi meninggalkan dunia ini..pergi yang takkan kembali.. "innalillah.." lafazku lemah... menahan air mata di kelopaknya.. dadaku berombak.. pagi yang sebelumnya di temani bunyi burung2 yang baru keluar dari sarang itu seakan berubah menjadi sunyi.. sepi dan sayu.. aku masih menahan air mata.. masih tidak percaya..

"kak, dia ok ka? " kedengaran suara adikku di talian.. menantikan jawab.. aku hanya diam.. lama..

"kita ok.. adik, betul ka ni.. kita baru jumpa abang Zain hari tu sihat ja, abang Zain kenapa.." setelah kekuatan mengiringiku, aku bersuara namun ianya bernada sayu, sambil menahan sebak..

"kita pon tak tau.. mak yang call kita.. kita dah nak balik dah ni.. ok kak.. dia jangan sedih2.. belajaq elok2.. kita dah beli tiket bas pukul 11.15 pagi ni kat duta.. jaga diri tau kak.. doakan kita ngan ida selamat sampai.. ok.. "

dan talian terputus di situ.. sedangkan aku masih tertanya-tanya.. "apa yang terjadi..? " dan aku berharap adik akan menghubungi aku semula lantas memberitahu bahwa berita tersebut palsu semata-mata.. namun, sebentar kemudian aku menerima panggilan dari mak pula.. mengesahkan pemergian abang Zain.. mak tidak bercakap lama denganku.. suara mak tersekat-sekat.. mungkin terlalu sedih.. dan aku.. sudah tidak dapat menahan air mata dari mengalir..

sebentar kemudian aku teringatkan naim (anak abang Zain dan Kak Nab), anak buahku.. baru kemarin.. aku, adik, dan naim bersama.. kami ke UiA Pj berjumpa Ani, anak buah juga.., (anak kak Yam, sepupu Naim) untuk memberi kiriman buah2 dari kampung..

dan hari ini berita itu tentu sekali lebih meruntun jiwa Naim..

"Naim, jangan sedih2.. kuatkan semangat.."

sebelum punat merah handphone di tekan, aku memberi Naim kata-kata agar dia tidak lemah.. selemah aku, tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat Naim.. lagi sebulan akan konvo.. tapi...

Allah lebih sayangkan abang Zain.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. semua makhluk Allah tak dapat lari dari ketentuan ini.. ajal maut di tangannya..


***************************


dan kini aku sayu..

mengenangkan 2 minggu lalu aku melihat abang Zain tersenyum padaku, dengan tingkah laku dan telatahku.. hari ini senyuman itu terpapar kembali di segenap ruangan fikiranku.. terasa rindukan situasi lalu.. ingin aku pulang menjenguk jenazah arwah sebelum disemadikan dibawah batu nisan, namun apa dayaku..

"cek toksah balik laa.. kak Nab kata takpa.. cek mengaji laa.. baru kemarin cek p kolej.. kalau balik pon 7 jam dah takdan (tak sempat) dah nak tengok.. cek doa laa kat abang Zain.. dia tak sakit apa pon.. pagi tadi lepas subuh abang Zain panggil kak Nab urut dada sebab rasa pedih kat dada.. past tu abang zain p tinggal kita sampai bila2.. Tuhan dah permudahkan dia, jangan bimbang, jangan sedih2 belajar elok2.."

itulah kata mak selepas aku menyatakan hasrat mahu pulang ke kampung.. hatiku di humban kehampaan dan sayu merantai di jiwa.. seolah-olah sesak nafasku.. namun aku taati kata ibuku.. mungkin berada di sini lebih baik untukku..

dan kini aku terkenangkan.. saat2 gelak tawaku bersama arwah.. terkenangkan arwah yang selalu minum teh yang aku buat, terkenangkan guraunya, terkenangkan raut wajahnya, terkenangkan nasihatnya, terkenangkan saat bersamanya dan terkenangkan semuanya.. segala-galanya.. takkan aku lupakan kenangan bersama dalam suka duka yang arwah lalui sepanjang kami sekeluarga, sepanjang aku menjadi adikknya..

abang Zain.. Allah lebih sayangkan abang...


terima kasih atas nasihat yang telah di berikan.. terima kasih atas perhatian atas diri ini.. semoga Allah meredhai abang Zain dan semoga abang Zain di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. al-fatihah..

14 comments:

myQza said...

Al-Fatihah!! Semoga arwah sejahtera di sana.. AMin!

Misshy Innz said...

takziah kak
jgn sedih2 yew :)

tak taw nk ckp cene ...

Guru said...

daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali...

subhanallah, senang sungguh pemergiannya... moga beliau dtempatkan bersama orang2 soleh...

aslam said...

sabaq banyak2..
kuatkan semangat..
kami disini doakan ketenangan arwah bang zain..

:: eyeNa :: said...

ahaii tima kasih yaa semua.. amat memberi semangat..

Kapten Luffy said...

al fatihah

syukur mati dalam iman

Hairi Hassan said...

takziah buat arwah abang Zain...
awk kuatkan semangat k..
Allah lebey sayangkan arwah
dan itu yang terbaik.
sesungguhnya Allah maha mengetahui =)

pit2-bby said...

Al-fatihah..smga arwh ditmpatkan dikalngn orang2 yang soleh dan bahagia disana...Amin..

bwt keluarga arwah,smga dpt menerima ketentuan ini dengan hati yang tenang..

bwt naim,smmgnya ini adalah ujian yang begitu perit bwtmu..smga naim kuat n tabah menghadapinya..

uchiha ct-k said...

aina...
takziah utk korang sekeluarga...
al-fatihah buat arwah...
smoge syurga menanti beliau...
chewah...
huhu...

Belog Cik Peanut said...

takziah..
peanut ucapkan wat cik eyena..
moga roh arwah di cucuri rahmat dari-Nya

:: eyeNa :: said...

terima kasih banyak2 bg sy semangat.. terharu sangat.. huhu macih2

ieda said...

Kak ieda pun teerkejut bila dapat mesej dari naim, terus kami bersiap balik kampung tapi tak sempat.

Sedih dengan pemergian abang zain yang selalu bersikap baik kepada kita semua kan. Hanya kenangan yang tinggal. Semoga roh abang zain dicucuri rahmat.

rosmadi said...

ahaii...sori lama x ikuti pkmbangan blog..mgkin lum terlambat cek nak ucapkan takziah wat hang sekeluarga..cek doakan roh arwah sntiasa dlm rahmat dan perlindungan dari-Nya...

NAIMKN said...

salam...thanx semua...alhamdulillah,arwah abah selamat dikebumikan dgn sempurna..dan syukur kerana byk pihak yg membantu sy sekeluarga ketika hari pengebumian..trima kasih pada semua yg memberi semangat..wasalam!!