:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Monday, July 27, 2009

AKU INGIN MENJERIT..!!

aku nak jerit kuat2 ni.. semua orang sila tutup telinga anda dengan kapas atau apa saja objek dengan segera! heee..

amboii serius je bunyinye kan? aku bukan nak jerit sebab tekanan ke tertekan ke ditekan atau menekan.. tapi sebab aku rasa nak share ni.. pelik kan nak share story pon mau jerit2.. isk..

actually..

******************

"hehehe hello Na, watpa.. hehe?"

suara mak di talian.. seakan sangat riang dan ceria..

"akak baru habis kelas mak.. awat mak.. macam syok ja ni.."

"mak memang saja syok2 pon talipon akak.."

"laa.. mesti ada apa2 ni.. habaq laa mak.. tak sabaq dah nak tau ni..hehe"

"ni haa.. adik..."

"kenapa dengan adik mak?"

pantas aku memotong percakapan ibuku.. tidak sabar2 lagi mahu tahu berita apa yang ingin ibuku sampaikan di petang yang indah ini...

"dak aih.. adik ni haa..."

"adik kenapa?"

"adik ni..."

"isk mak ni habaq laa.. saja nak buat suspen tau.. padia mak? baik ka tak baik ni.."

aku mula tertanya2.. menanti satu kejutan yang pasti membuat aku menjerit.. menjerit gembira atau sebaliknya..

"takdak laa.. ni haa.."

"ni apa.. adoii mak ni kan nak kena cubit dengan akak laa tu.. habaq laa mak.."

kataku dalm nada bergurau manja.. sememangnya aku sangat2 manja dengan ibuku.. dan aku sesekali menganggap ibuku bukanlah hanya emak yang melahirkan aku dari rahimnya.. malah seperi seorang kakak, kawan dan sahabatku.. juga pendengar setia yang sedia berkongsi ceritera kehidupan denganku..ibuku juga guruku.. ewah.. panjang lak.. ok2 sambung perbualan..

"haha.. amboii garang aih anak mak ni.. ni haa adik kan, kan..."

"laa kan kan apa mak.. waaa mak men2 tau..eeeee.."

"haha marah2..haha.. adik dah nak jadi ayah...!"

"hah..!!!!!..."


terjerit dan terlopong seketika.. apa? aku akan dapat ank buah lagi ke?

"betoii kaa ni mak.."

tanyaku seakan tidak percaya.. adikku yang berkahwin 4 bulan lalu kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya...

"betoi laa ni..hee bila nak balik ni.. meh balik makan cucuq cempedak.."

"hahahaha syoknya!! tak aci betul akak tak kahwin lagi ni.. eeee!! hahaha.. syoknya!! haha.. adik nak dapat anak dah noo.. isk akak tak caya laa..hahaha.. nak balik laa minggu depan...haha.."

"hehe.. amboi dia yang syok sangat2.. apa laa..."

"haha.. mesti laa syok, mak nak dapat cucu lagi.. haha suka laa tu mak tu..."

"haa laa.. suka laa..hee.."

ceria perbualan aku dan ibukan.. hanya senyuman yang terukir dibibir kami.. senyuman yang panjang dan lama..

**************************

"ida, rasa takut tak?"

aku bertanya kepada adik iparku yang di sahkan sudah berbadan dua, mengandungkan anak sulungnya..

"takut jugak nanti kena ambik darah laa apa laa.."

"akak tak takut pasal ambik darah.. tapi akak takut waktu bersalin.."

aku berseloroh dalam jenaka.. bahagia rasanya, bangga juga adik2ku bakal menjadi ibu dan ayah..


"tahniah laa ida, jaga diri baik2 jangan buat kerja berat2 tau.. makan yang elok2 tau.. ada apa2 masalah jangan malu bgtau mak.. akak doakan semuanya selamat yaa.. ingat tu, ada apa2 habaq tau.."

aku sudah seperti seorang askar yang memberi nasihat kepada pelatihku.. chewah! *tak sesuai laa.. aku seakan guru menasihati murid.. ewah.. *boleh laa tu kan.. apa yang penting aku adalah seorang kakak yang menasihati adikku.. ahaiii...

"kak bila lagi.."

"hah? bila apa?"

"bila nak kahwin laa.. hehe.."

"isk ke situ plak.. tak mo lagi.. haha.."

"haha.. takpa nanti kak kena jaga ida dalam pantang dulu laa.."

"hehee boleh ja.. hee.. tapi ida pon kena laa jaga akak jugak.."

"boleh jaa.. tapi nak pulun(bersungguh-sungguh) masa akak kahwin nanti.."

"bagus2.. ni yang nak doa bagi dapat baby comey2 ramai2 ni.."

"haha kita tengok anak sapa lagi ramai.."

"isk tak aci betul..!"

"hee kak, jaga diri yaa belajar rerajin tau nanti ajar2 laa anak2 ida.."

"oh mesti laa ajar anak menakan akak. kalau buas akak rotan laa.. ida pon akak rotan jugak..."

"fuuh sgt2 garang.."

"hehe melawak jaa.. hehe ok laa akak nak p mandi manda sat ni.. jaga diri tau. ingat, jangan buat kerja berat2 ida dah berbadan dua tu.."

"hehe ok jangan bimbang ida dok rumah masak nasik ngan kemas2, jadi suri rumah ja ni.."

"bagus2.. jaga mak pak elok2 tau. kim salam kat semua.."

"ok kak.."


*******************************
lalalala.. rajin betul aku ambik gambo adik2 aku ni kan. banyak gambo2 kahwin depa.. sekarang da nak jadi ibu ayah dah.. isk2.. tahniah2...





dan aku plak, sejak petang tadi.. senyuman meleret2 sampai ke malam ni.. ahaii.. tahniah buat adik2ku.. isk mcm tak caya aih.. aku nak dapat anak buah yang lebih kurang ke 32 orang.. fuuuh bertambah laa bilangan cucu cucit kuarga aku.. tahniah dik.. ahaii

11 comments:

Mr Kaibba said...

wah...
bakal2 jd makcik la ni..
agaga..
congrat2

lynn-the gudigudigurl said...

alahai adik eyena umur bape?
mudanya dah nak jadik ayah
hehe

eyena said...

adik umo 21.. haha.. thanks yaa mr kaibba n lyyn.. hahaha i bukan bakal makcik untuk kali pertama, anak buah dah masuk 32 orang dah pon..hahaha

<< s| tED| >> said...

adik 21? wah! kahwin muda.. baguslah... ALhamdulillah. rezeki derang murah.. semogasemuanya selamat. InsyaAllah..

ustazah dyLLa said...

adik akak pun bakal jdi ayah bln 9 ni...dia umo 23...akak pun lom tawin gak...kta slupaa laa dik...ni anakbuah akak yg ke sepuyuh...~hahaha

aslam said...

tahniah!!!adik ke ayah?
syok paggil ayah la no..
practise paggil ayah..

cek?
hahaha..

puluuuuuun.tu pun jangan..
hahaha..sebelum dia kata baik cek kata sendiri..

xkenyang dalam..
hahaha..

tahniah adik, ida.tidak ketinggalan jugak mak pak..dan yg pling cuk ni..hehehe

tahniah..
utk cek?
hahaha

a kl citizen said...

32 orang?...

wah bila berkumpul...
cam pesta jom heboh lah pulak ya..

eyena said...

haha kuarga besar sgt, kumpul semua kena makan nasik kawah tau.. dah mcm kenduri kendara dah..isk

Mr Kaibba said...

wah.. ramai glep..
32??agaga..
ade ym x??
klo ade ..bg yep..
heeec

KhairiL's said...

wow
32 org anak buah...adik beradik berapa ramai dan berapa yg dh kawin

eyena said...

haha semua 11 org.. semua da kahwin.. tingaal i je lom lagi..huhuhu