:: mereka Terhebat ::

Wednesday, July 29, 2009

terkantoikah aku..??

entry ini seperti sedia maklum bertajuk "Terkantoikah aku?".. *tetiba aku TERexplain lak kan.. isk

Hahahah tetiba jugak aku tergolek-golek sendirian.. ahaii habis jugak kelas hari ni.. namun aku hari ni sangat2 tak tau nape aku asyik memain je lam kelas..


*****************


Masa kelas “Prinsip Teknologi dalam pengajaran” pagi tadi…

“kumpulan mana nak jawab? Sapa jawab kami bagi bintang warna purple yang bermakna the strong star”

Lebih kurang gitu laa maksud kata2 pembentang yang membentangkan topic mereka. Sememangnya setiap minggu kami akan mengajar kawan2.. ahaii dan aku dah lepas dah bentang sbb tajuk aku, bab pertama lagi.. hahaha

Dan kami akan buat Rancangan Pengajaran yang detail and laporan jugak. Mengajar dengan kaedah2 dan teknik yang pelbagai juga menggunakan bahan Bantu mengajar yang sesuai..

setiap minggu kena fikir startegi paling berkesan untuk mengajar.. hahai beginilah nasib kalau nak jadi cikgu. Yang dah jadi cikgu mesti dah biasa.. hahaii aku ni bakal jadi.. belum lagi jadi.. ececeeeee termelalut plak.. aduss.. ok2

“yaa silakan kumpulan Telu (bahasa jawa bermakna 3)” sambung Ruzana pembentang pagi tadi..

“weh kumpulan kita laa..” kata dayah kepadaku..

“hah? Sapa nak cakap ni? Nah2 aku tolong tulis jaa.. sapa2 cakap laa..”

aku dah kelam kabut. Aku tak berniat nak cakap pon sbb tetiap minggu aku je dok berceloteh.. adoiii.. selalu aku jadi wakil kumpulan.. hahaha sbb apa eh? Mybe aku sporting kot.. haha

“laa hang laa cakap..”

“err tapi…”

“cepat2..”

“aku ke ni? Arrrr….”

Dan kemudian aku pon memberi hujah2 aku yang bernas namun tah apa2.. yang penting aku suka tengok diaorg gelak.. hahahaha.. *ke sbb aku nampak syok sorang2 tak tau laa.. huh


************************************.


Kini aku dalam kelas "Pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan islam" pula..

Aduh boring dan terasa mengantuk telah melanda diriku.. lalu aku membelek nokia N70 milikku.. dan dengan spontan aku telah mengambil gambar2 aku yang boring.. haha hilang mengantuk juga..

Aku toleh ke kiri.. asma’ dan aqilah tersenyum-senyum padaku.. haha *nak join ambik gambar ke? Aku tidak bertanya mereka.. sekadar senyum balik dalam keadaan malu2.. ngeeee..

Dan sebentar kemudian aku keluarkan earphone dan aku dengar radio pulak.. lalalalala…

“saya mahu kamu yang duduk dibelakang sekali.. sila baca slide ini..”

Pensyarah tiba2 memberi arahan… aku masih slumber.. dan waktu tu semua yang duduk di kerusi depan dah toleh kebelakang..

“kenapa semua org tengok aku ni” aku dah mula gelisah.. dan menundukkan diri cuba bersembunyi.. cepat2 aku matikan radio dan simpan handphone tu..

“aina.. ustaz suruh ko baca laa..” terdengar suara2 berkata2 tapi aku tak pasti siapa..

“err saya ke ustaz..” tanyaku sambil membuat wajah yang sangat2 tenang.. hua hua..

“yaa.. kamu yang dibelakang sekali..”

“emm tak nampak laa ustaz..”
aku menjawab.. sememangnya tulisan sangat2 kecik.. aku dah laa rabun jauh.. huhu x pakai cermin mata sbb aku tak suka.. waaa
"ustaz aina rabun ustaz..." salah seorang memberku cuba mengexplain kat ustaz bahwa aku tak nampak tuisan.. *waaa terasa mcm belokon filem p.ramlee plak... huhu

then ustaz besarkan tulisan tersebut.. pelajar2 lain dah ada yang bercakap2.. mengusik2.. adoii

“semua diminta diam yaa.. kita dengarin bacaan dia..”
kata ustaz berbangsa Indonesia itu meminta pelajar yang ada di dewan menumpukan perhatian..

“err… nak baca ayat ke makna ustaz..?”

“dua2..” salah seorang dari pelajar lelaki memberi jawapan atas soalanku.. *konon2 dia laa ustaz tu.. eee

Aduss malunye aku.. arr terkantoikah aku sbb bermain2 dalam kelas tadi? Waa… dan tiba2…

"LaaaaP..!"

laptop ustaz telah terpadam.. dan aku belum sempat membaca slide tersebut dengan penuh bersemangat.. ngee…

“ngak apa2, ini kerja rumah yaa.. baca di rumah yaa.. masa juga mencemburui kita, oh nampak gayanya sampai disini saja mata kuliah hari ini.. ketemu lagi di minggu hadapan yaa..”

Pensyarah mengakhiri ucapannya.. setelah menyedari kuliah sudah berakhir.. dan aku masih terpinga2.. dengan muka yang memang tidak bersalah..

“haa aina ada tulah ni.. tetiba mati laptop tu.. hahahha..”

Ada segolongan yang tertawakan aku yang bermuka tidak bersalah tersebut.. alangkah tidak bersalahnya aku… hahaha..

waa malu je.. isk… tu laa lain kali main2 sangat.. adoii

hahaha hasil aku bergambo sakan tadi aku dah gabung2 tu.. haha.. kerana aku bergambo ni laa aku terkantoi tadi.. aduss...

**************************.


Pengajarannya jangan bermain lam kelas terutama ambik gambar sendiri pakai handset.. nanti kantoi, kamu akan disuruh membuat sesuatu sehingga kamu menjadi berdebar tiba2.. jantung seakan mahu luruh.. kamu akan tidak mengerti, terpinga2 dan tidak tahu mengapa kamu yang disuruh secara spontan.. hahahahaha namun buatlah muka tidak bersalah.. ngeee

8 comments:

myQza said...

cikgu aina.. ingattu.. jgn men2 dalam kelas.. nanti esok dahjadik cikgu.. murid2 main.. baru tau perasaannye.. ekekekekek

:: eyeNa :: said...

hehe.. tu laa dah insaf dah ni.. ahak

NzA said...

...ha main kt kelas ye..ni nk kena rotan nihh..akak suruh g blajar bkn brangan...hi,hi,hi....

aslam said...

hahaha..buas ka xduk diam?
hahaha..
mmg suka part kna sruh bca..
mjur xsempt..

klu smpat..
hahaha..

nsib badan..
gmbr kenangn la ni..

Kapten Luffy said...

blh jatuh cinta ni tgk pic tu

:: eyeNa :: said...

haha gambar boring tu pengajaran tu jangan memain dalam kelas.. hahai kecian kat ustaz aku.. aku dah mintak maap kat dia..hehehe

aslam said...

gud luck ngn presentation hari ni..

piNky LuCiA said...

hahaa.. len kali wat laa lagi.. :P