:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Tuesday, May 5, 2009

Aku dah Takde kat Sini lagi..

tu rumah aku.. tak sabo nak balik umah kat kampung.. syok sgt2 kalau dok kat umah..wawa

ahai.. "aina kami dah nak buat pasport ni.. mu bila nak balik kampung, ustaz mintak nombor pasport 10hb ni.." msj ringkas suraya awal pagi tadi mengejutkan aku dalam tidur yang nyenyak..
"owh ok2 kang aku balik kampung kita g sesama eh aku balik 8hb.." aku membalas lambat.. tiket sudahku beli semalam.. barang2 semua dah simpan dah.. hahai.. kosong je bilik aku.. petang nanti laa aku antar kunci bilik. esok kalut sgt tak sempat lak. ahaii.. sem depan laa aku dtg kolej ni lagi.. waa rindu laa kat kampung...
*********************************************
ni bwh ni alisa (sya2) anak abg Mat.. anak buah aku laa ni.. bg aku comey je telatah dia..hee mata bulat..wawa
"acu.. jom p onda2 uleh dak? acu belanja aish teyim uleh dak.. cek nak aish teyim embu.." sya2 (alisa ank saudara aku) yang baru umo 4 tahun tu mula bersuara dengan manja.. sangat2 manja sampai aku tak sampai hati kalau tak belanja dia makan ais krim.. sya2 panggil aku acu (maksu).. itulah pemintaan sya2 lam diaolgnya yg masih baru pandi2 cakap.. tapi cukup ego..haha
"acu.. amau p onda2 ka..tak paa laa.. cek p alan aki sowang2.. amau awan ngan acu dah.. acu belagak.. " kemudian sya2 menjeling aku.. wah.. mata dah laa bulat.. jeling2 lagi.. sedang aku tgh sibuk melayan sms kawan2 yg bertanyakan kabar.. maklum laa masing2 dah di kampung.. hehe..

"aa jom2.. nak p laa.. sabaq laa.. amboih sya2 ni.. puuk (tampaq) baru tau.." hehe.. sya2 pon suke laa.. aku tampaq pon takpe janji p ronda2.. ahaii.. kampung aku cantik.. ada sawah padi.. tenang sangat2.. pemandangan bukit bukau sedikit sebanyak dapat menenagkan fikiran kalau kita serabut2.. hujung jalan nak ke kampung tu ada laa pusat peranginan.. puncak Janing. haa air terjun kat situ bersih.. tp dah lama aku tak p mandi manda kat sana,sekarang p menenangkan fikiran dgn dgr bunyi air terjun je.. paling last mandi sana pon, masa aku form 1 kot. waa.. tp seronok laa kat kampung. petang2 tak de keje aku g memancing. belakang umah je ada sungai. ada laa ikan keli, ikan lampam, ikan haruan, puyu (yuyu kata sya2), sepat semua tu.. hehe.. chewah promot kampung lak.. ekekeee..

then bila ronda je aku mst belikan ais krim malaysia (ais krim yg buat sendiri tu) haha.. n makan2 tepi parit. parit ni kira air dari tandop (empangan kecik di kampung) yg alirkan air kat sawah2 padi..hee.. anak2 saudara aku suke laa mandi2 situ.. aku just pemerhati n pemarah ke kalau diaorg begaduh..

"oit kegheli (begaduh) paa tu.. acu tinggai hangpa kat sini baru tau.. " then aku buat2 start moto nak tinggal anak2 abg aku tu.. hahaha.. lari2 diaorg kejar aku.. dalam basah2 kuyup tu..hehe.. dengan kejamnye.. aku berhenti dan suruh diaorg naik moto.. (alia *yaya, ashraf, alisa*sya2) hehe.. aku pangil nama samaran gitu.. and aku je panggil budak2 ni nama bukan2..haha.. basah2 tu naik moto aku bawak laju2.. kena laa angin byk.. sejuk2 menggigil.. semua peluk aku.. waa baju aku pon dah basah kes tu.. hee balik umah aku paksa diaorg mandi cepat2.. hee then kami tgk tV mame.. sya2 suke tgk wonderpet.. aku tumpang je laa.. kih kih..

"sapa lapaq? nak makan dak?" aku dah mula menyoal anak2 ni..bila aku pon lapo..wawa

"nak.. nak..." serentak diaorg jwb..

"nak makan apa..?"


"cek nak nasyik moi (bubur nasik)" ujar sya2 dalam nada manje

"eleh.. sya2 ni mcm budak2.. acu.. cek nk makan yg acu suka buat tu.. nama, apa tu kak.?" tanya ashraf kat alia..

"oo yg kek tu hah..? haa.. kek coklat.. cek ngan ashraf nak kek coklat.." kata alia sambil merayu-rayu.

"nak kek coklat ka nasik moi ni?"

"kek.." masih serentak jawapan mereka bertiga..

"aik.. sya2 nak kek pulak ka?"

"hehe.. cek nak dua2.."

"ish2 makan laa byk2 gemok baru tau.. haha sya2 gemok.. haha" aku mula mengusik.

"acu laa emok.. ee acu emok.. kata owg..ee acu laa emok.." sya2 dah marah2 and ejek aku balik..

"amboii garang aih.." hehe aku mmg nak tergelak kalau sya2 marah2.. sbb aku rasa comey je dia..haha..

past tu aku akan buat laa apa2 makanan petang.. and makan sama2 dgn mak ayah anak2 abg Mat yg mmg akan tido kat sana tiap kali aku ada, dan adikku yg sekarang dah ada isteri pon.. ahaii...

**********************************************
aduii.. esok aku dah nak bertolak balik kampung.. so aku tinggalkan blog ni dgn kenangan2 yg sempat aku coretkan. andai ada umurku lagi.. maka aku akan kembali.. sekarang aku dah takde di sini.. aku akan ke Oman 2 minggu lagi.. semoga semuanya selamat laa... duhai warkah bisuku (blog) aku pergi dulu tinggalkanmu.. aku akan merinduimu warkah.. semoga ketemu lagi.. miss u warkah..

6 comments:

Monkey D Luffy said...

uwaaaaaaaaa

aku rindui blog muuuuuuuuu

kirim salam sama anak buah ko yg comel

wink2

MuNiR said...

nie ayat2 mcm dlm novel je. .
mesti kuat bace novel kannn
ha ha papapen gud luck in ur life >:)

aslam said...

selamat bercuti....

bestnyer kat kg...cek pernah rase dah dan rase nak rase lagi ketenangan kmpg...

xsabaqnyer cek rase...es teyim lembu...errrrm.syedapnye esteyimmmm..hehehhe..

The Guy said...

semoga akan ketemu lagi..

eyena said...

hehe.. baru hari ni dapat jawab komen kawan2 semua coz sekarang kat library..hehehee jgn memain kat kg pon ada library n internet tau..heee rindunyeee kat blog ni..waaa..

milimilo said...

selamat berangkat la ye..smoga selamat saje..take care ;)