:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Monday, February 1, 2010

tika begini...

Justify Full
semalam aku bermimpi.. aku meniti sebuah jambatan berduri, pedih terasa tatkala kakiku melangkah di atas jambatan itu. namun aku bertahan, kerana aku tahu kepedihan itu hanya sementara.. sampailah aku ke penghujung..

sungguh..! di hadapan tiap kesengsaraan ada sinar bahagia yang menanti.. dan kesakitan yang sementara itu sudah berganti..


ketika sakit semakin hilang, sihat mula datang.. dan akan aku jaga ia, supaya waktu itu terus sihat agar aku tidak perlu berubat.. sungguh derita menunggu ubat menyerap dan mengembalikan kesegaran diri ini.. sudah tentu waktu sihat takkan aku persiakan..

akan tetapi lumrahlah manusiawi.. kadang sihat, kadang sakit juga.. bertahanlah wahai nafas-nafas dalam diri...



hidup ibarat roda kata orang.. mana tidaknya, kadang-kadang kita berjaya, namun terkadang tidak juga.. biasalah, hidup itukan indah dengan pelbagai pancaroba.. janji kita mencorakkan ia sebaiknya.. dan hasil lukisan kita itu biarlah memuaskan..

walaupun tiada orang memahami maknanya, aku yakin sebagai pelukis, kita berhak meletakkan apa sahaja nada pada apa yang kita lakarkan.. barulah perjalanan yang sementara ini berentak..


meski kita mahu perasaan kita selalu difahami, dibelai mesra dan dimengerti, kita tidak dapat menolak apa yang telah terjadi.. tidak dapat menghalang tohmahan yang dilontarkan pada diri.. justeru, kita tak perlu gelabah, kita mungkin lebih baik diam menyepi..

bukan bermakna diam itu membiarkan.. bukan juga diam membenarkan.. akan tetapi diam untuk berfikir.. membenamkan akal selayaknya terhadap permasalahan yang berlaku..


setiap manusia punya cita-cita.. harapan dan impian.. kita sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga hubungan antara manusia dengan manusia lain,maka kita mestilah memuliakan tanggungjawab tersebut sebaiknya..

Tuhan itu tahu betapa deritanya hati kita, Dia tahu betapa siksanya perjalanan kita, tapi sebenarnya itulah yang Dia mahu supaya kita mengingatinya.. maka hiasilah kehidupan apa adanya.. pasti satu impian yang tertunda ini akan dimakbulkan juga.. insyaALLAH...

tanda tanya (?): kenapa kita mesti menaggung derita walhal kita mahukan bahagia..?

16 comments:

nza said...

bahagia setelah melalui pnderitaan n sensara setelah mengecapi bahagia...

piNky LuCiA said...

hmmm.. manusia yang dengki dengan kita memang suka melihat kita sakit dan terluka.. huhu

sabarlaa aina.. =)

:: aku diriku :: said...

kak nza:

begitulah kehidupan kak..

:: aku diriku :: said...

pinky lucia:

hee takpe2 berkat nasihat kamu juga kak pinky..heee

piNky LuCiA said...

berkat nasihat aku? aiiisehh.. hehehehehehehe

white rose said...

salam dikna...
ahai...lama sungguh akak nk masuk rumah ko nih...

xpe, sabar itu adalah sebahagian drpd IMAN...

I n n z said...

ececeh..
bhgia nye dy
jelez i
hikhik ;p

akak rindu kite ?
huu ~
rinduu akak gak :p


nk beli perfume ?
weee ;D

ween said...

salam kak Eina,
hari tu drop by ur blog. then xsempat leave comment tiba2 tgk blog dah x available. sobbb T_____T

btw, nak wish congratulations on ur wedding. may Allah bless ur relationship here n after, amin :)

Fakir Andalusia said...

this might be a little weird,
but selamat pengantin baru.
terlambat sebulan setengah untuk wish.
dalam berkeluarga, sabar itu penting.
isteri mesti hormati suami dalam apa situasi sekali pun.
perlu diingati, syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Cik Peanut said...

cik iena..ehem..puan eina..
terasa ati..dah dua bulan kahwin..baru skunk peanut tahu..
:((

tahniah~~
selamat pengatin baru..
cepat2 dapat baby~~

:: aku diriku :: said...

kak pinky:

yer laa kamu laa suruh bukak balik blog ni..ahaii

:: aku diriku :: said...

white rose :

hehe rumah ni terkunci. baru jumpa kunci tu yg baru buka tu. selamat dtg..hehe

:: aku diriku :: said...

i n z z :

alala sempat tu jual perfume tu.. hehe ok2 nanti kamu sembur byk2 kat blog kamu akak nak p bau..heee

mis u..!!!

:: aku diriku :: said...

ween:

thanks.. hee so sorry kes tu.. takpe2 da tak kunci blog dah..

:: aku diriku :: said...

fakir andalusia:

hee so sorry coz agak menyepi.. thanks atas ucapan tu.. insyaALLAH akan cuba jd terbaik.. amin..

:: aku diriku :: said...

cik peanut:

ahak.. cian kamu, kan ke eyeNa da panggil kamu..ekekeee takpe2 nanti lain kali buat kenduri cik peanut nanti panggil eyeNa yer..