:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Wednesday, February 3, 2010

LOVE STORY..

Pengertian cinta dari sudut pandang aku?

cinta itu senang dicari, namun ia bukan datang secara sendiri, kecintaan banyak membawa erti.. lantaran cinta itu tidak pernah sunyi, cinta tidaklah berdiri tanpa pemberi.. dan apa yang pasti cinta mendambakan sesuatu untuk dilengkapi..

mencintai Tuhan perlukan keimanan, mencintai islam perlukan keteguhan, mencintai Rasul perlukan kepatuhan, mencintai alam perlukan keindahan, mencintai manusia perlukan kesabaran, dan mencintai diri perlukan kefahaman..


cinta itu lumrah kehidupan ini, ia dicipta pada setiap nafas-nafas, pada setiap jasad-jasad dan pada setiap jisim-jisim yang bernyawa.. cinta itu tidak dapat dilafazkan pengertiaannya tanpa kita merasai hembusannya.. cinta yang berhembus di hati.. cinta yang bertahta disanubari..

cinta, pelengkap hidup manusiawi.. :) **ehem2 macam jiwang plak aku ni.. ekekee


Pengalaman cintaku..

aku pernah jatuh cinta, sama seperti orang lain.. cinta monyet? ah mungkin monyet tak bercinta macam aku kot.. hehe.. dan kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah mengenai cintaku terhadap "seorang lelaki". **yaa sebab aku pempuan tak sanggup nak cintan cintun ngan kaum sejenis..ahaiii


pernah dulu, aku tidak suka berbicara soal cinta, kerana aku percaya cinta tak akan kemana-mana.. namun, segalanya berubah tatkala aku bertemu si dia. pada hari yang terang, mentari bersinar indah, dibawah pepohon ketapang, di situ terdapat khemah-khemah gerai.. ramai juga pelajar yang berniaga.. hari terbuka Kolej laa katakan..

aku menghampiri sebuah khemah yang menjual topup ketika rakanku sibuk membeli di gerai terdekat.. sungguh panas terik mentari sehingga peluh menitis di dahi..

"maaf cik, eh kak, eh adik..errr, ni dekat laa dengan kipas ni.." **nak panggil aku pon tergagap-gagap taww beliau tu..

dia seorang pemuda.. dia telah menyapaku. dan aku menurut sahaja kerana tidak sanggup lagi aku menunggu sahabatku membeli belah di tengah panas itu.. disitulah bermulanya..

namun aku pelik kerana beliau sanggup menahan terik mentari dan membiarkan kipas tersebut menyejukkan aku.. mukanya berkerut-kerut.. dalam hatinya

"kalau laa aku dapat awek ni, aku takkan lepas, aku takkan tinggal sampai bila2.." **ni beliau bgtau aku past kami kawan..haha aku tak reka taww

berbalik kepada cerita, oleh kerana dia menjual topup, aku pon membelinya.. dan waktu itulah nombor handphone aku ditangannya.. entah macam mana, bila bermula.. kadang-kadang si dia menghubungiku.. dan kebetulan, beliau pelajar senior.. maka selalu juga aku bertukar-tukar buku rujukkan dengannya..

dan kami membahasakan diri masing-masing "tuan hamba" dan "beta". kerana itu aku menggelarnya "sultan pencen". beliau pula memanggilku "ratu pasembor" kerana aku berasal dari Kedah katanya, mungkin pasembor antara makanan yang terkenal di Utara sana..haha **sejarah tuu

sehinggalah 4 tahun berkenalan, pelbagai halangan, rintangan, cabaran, ribut petir, ujan panas, siang malam, dan dugaan macam2 yang berlalu.. aku menerima lamarannya.. dan akhirnya pada 23 NOVEMBER 2009 yang lalu aku sudah sah sebagai isterinya..!!


apa..???!!! jangan tak percaya, sultan pencen dah kahwin dengan ratu pasembor beliau..

dan 16 DISEMBER 2009, kenduri besar-besaran telah berlangsung di istana kami.. haha..


"kawin jugak korang ni yer..!"

itulah antara ucapan kawan-kawan aku.. maklum laa dulu aku pernah cakap aku tak suka lelaki orang kelantan, aku takkan bercinta laa apa laa.. haha last2 aku kahwin juga dengan orang kelantan.. sabar jeww laa..

begitulah al kisahnya... ni citer benar ni tiada yang benar selain yang benar-benar belaka.. kalau aku panjangkan lagi mampos laa kamu nak baca. kena wat novel.. hehe just share..

tanda tanya(?): anda bagaimana?

7 comments:

piNky LuCiA said...

kisah yg romantik.. hehehe..

white rose said...

wow...seronoknye ade saat2 manis bercinta ni kan...

alahai bile laaa tiba masa akak ni...

:: eyeNa :: said...

pinky:

haha lagi romantik kisah kamu kot..heee

:: eyeNa :: said...

kak dylla:

takpe2 tak lama dah tu..heee ambik aura dikna ni..

'AQILAH said...

bilala boleh bercerita hal cinta sendiri :)

:: eyeNa :: said...

hehe bila yer? ni g nak tanya balik ni..hehe

piNky LuCiA said...

KISAH KU ROMANTIK KE.. HEHEHEHE.. TAK KOT.. KAMI SELALU BERGADUH DI AWAL PERKENALAN.. HUHU