:: mereka Terhebat ::

Wednesday, July 1, 2009

budak REMPiT v/s aku DRiFT

Ahai.. hari ni aku taip ni 29 jun 2009.. maklum laa hari birthday aku.. tapi aku postkan lewat laa pasal aku kena bersusah payah g library dulu (cari internet)..hehe ni aku baru balik dari sekolah (ada program sikit)..waa sangat letih..is is is..

so aku nak ceritakan laa apa yang terjadi hari ni (29 JUN 2009).. walaupun aku post entry ni bukan pada 29 jun.. tapi aku tetap nak bagitau.. actually..

aku drive hari ni dari rumah, antar kak su dan anak2.. hee aku memang suka drift.. eh drive..hehe.. dan dalam perjalanan tu kan.. tetiba kan ada laa seketul (sorry bukan seketul kot, sebuah) motosikal memotong kereta aku.. haa dan kemudian membuat "willy" dan "wekang.." tah betul tah tidak istilah tu..yang aku tau diaorg angkat tayar depan past tu tayar belakang plak.. berani betul buat aksi tu depan aku. Mujur la aku ni sabar.. aku drive je buat2 tak tahu…

“acu, cek benci laa tengok budak2 tu mcm monyet.. potong jaa depa..” alia menunjukkan ketidakpuasan hati..

“haa.. bukan tak mo potong, satgi depa ni melampau ingat acu nak lumba dengan depa..”

“lumba ja.. rempit v/s drift.. haha..” asyraf cuba membakar semangat aku..

Dan aku semakin memperlahankan kereta.. risau nanti budak2 lelaki yang baru setahun jagung nak rempit tu jatuh moto.. aku langgar pulak kang keluar masuk mahkamah.. bukan takat mahkamah, kalau cedera parah kuar masuk hospital pulak.. kalau mati terus tu masuk kubur memang laa tak kuar dah.. huh.. menyampah betul laa aku..

“acu tengok tu dia pandang acu tu. Nak cabar acu laa tu.. cepat potong dia acu..” asyraf sekali lagi membakar semangat aku.. eee aku dah panas dah.. dapat plak penghangus semangat dari anak buah aku ni…eee aku tekan minyak kuat2 dari tadi..

“Na tak payah layan budak2 tu..” kak su pulak mencurahkan ais ke atas semangatku.. dan aku pon slowkan kereta.. alahaii

“acu malas jaa nak race dengan budak2 tu.. depa baru reti bawak moto sebab tu depa jadi macam tu.. acu ni dari darjah 3 dah bawak moto depa tak tau.. kalau acu nak rempit, acu dah hebat dari depa.. ari ni kan 29 hb 6 ni acu dah umuq 22.. kira 13 tahun dah bawak moto.. budak2 tu umuq dalam 14 ka 15 ja. tak boleh lawan acu aih.. “ aku cuba membesarkan diriku di hadapan anak2 buah aku (hello2.. aku slim k..hahah).. tak mo laa nanti depa cakap aku lekeh kan.. tapi mmg reality pon aku hebat, ngeee..

“fuiyoo.. acu ada lessen dak? Cikgu kata bawak moto takdak lessen tu salah.. past tu tak pakai topi pon salah..” alia membentangkan pendapatnya..

“betul tu.. acu mesti laa ada lessen.. keta moto dua2 ada tau.. budak2 rempit depan kita ni saheh takdak lessen sebab muda lagi.. dah tu tak pakai helmet.. jatuh moto nanti free2 jaa pecah kepala..” haa geram betul aku dengan tindakkan kurang ajar budak2 tadi.. dan aku drive dengan berhati2.. akn tetapi..

“grummm…!”

Moto yang di tunggang degan aksi rempit mereka itu terjatuh kedalam semak samun.. dan aku membuat break kecemasan.. huh.. mujur laa aku bawak perlahan.. dan kemudian aku berhentikan kereta di tepi jalan.. keluar melihat keadaan si rempit muda di kampung tu..

haa “masinnya mulut aku.. kecian budak2 ni. Astaghfirullah..” aku agak kesal kerana terlepas cakap semasa memandu tadi.. walaupun kejadian tersebuat bukanlah kerana kataku namun aku rasa bersalah..

Budak2 rempit yang berdua tu bangun dan memeriksa siku serta lengan mereka.. nasib baik jatuh dalam semak..klau atas tart, entah2 dah luka2 teruk dah..

“hangpa ada luka2 teruk ka?” kak su bertanya dalam nada kerisauan.. sambil mahu menghulurkan bantuan..

“takpa2..” kemudian mereka mengangkat moto mereka yang jatuh.. dan meninggalkan kami di situ terpinga2..

“eee dah laa kurang ajaq past tu jatuh moto orang mai nak tolong p lari mcm tu ja.. kurang ajaq sungguh tak padan dok kampong nak jadi samseng..” bebel alia..

Aku hanya tersenyum melihat telatah alia.. baru darjah 5 dah pandai berfikir matang.. haa
“depa malu laa tu.. tadi eksyen sangat..” aku menjawab selamba…

“esok2 bila hangpa dah besaq jangan jadi mcm tu ya.. alia, kalau hang nak cari pakwe jangan yang rempit2, asyraf pon jangan jadi rempit.. sya2 pon.. haha.. sya2 rempit..haha..” aku menasihati anak2 buah aku pulak..dan sempat mengejek alisa yang blur2.. budak umur 4 tahun la katakan..

“mak engok acu ni, ia ejek kat cek..mak..” ops! Alisa dah mengadu kat kak su laa pulak.. ayaiii… kak su hanya tersenyum dan kami meneruskan perjalanan.. hahai…

p/s: jangan jadi rempit, ingatlah orang tersayang….ngeeee
jangan merempit waktu birthday aku dan depan2 aku buruk padahnya..
dan jangan belagak hebat sebab orang lain lagi hebat..hihihi..

5 comments:

Kapten Luffy said...

masin gak mulut ko ni

takuttttttt

uchiha ct-k said...

hahahahahahhahaa
lawak seyh bace entri yag ni...
padan muke diorang...
kalo kite jadi ko...
mau nye kite stop kan kete pastu ketawa kuat2 depan diorang...
pastu blah....
HUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHUA.....

aslam said...

hahahhahaha...
alia punyer ayat mmg kaw...
duk kat kampung nk jadi samseng..
hahhahahhaha

mmg cerdik

hahahahhaha

Guru said...

salam perkenalan..

..... nasib baik tak jadi apa2 bebudak tu ya.

:: eyeNa :: said...

haa mujur laa sgt2..hee