:: mereka Terhebat ::

Thursday, November 7, 2013

zaman belajar paling best

assalamualaikum.. tiba-tiba malam ni rasa rindu sangat zaman study dulu.. sebab apa eh? mungkin terlalu banyak kenangan yang sukar untuk aku lupakan ketika aku masih pelajar.. antara zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampai universiti, aku lebih rindu zaman masa study kat universiti.. mungkin sebab kat universiti aku baru kenal makna kehidupan.. cheeeewah..


ni gambar kenangan dengan geng2 asrama SMK Raja Tun Uda.. heh.. nampak cam sebaya depa tak? ahak..

*************

tadi petang, aku kena ganti kelas PJK.. entah apa aktiviti yang hendak aku lakukan bersama murid-murid tingkatan 2 Bestari dan 2 Jaya. tiada semangat pula hari ini. setelah cuti 4 hari, beginilah jadinya.. kena ambik mood balik ni..

ketika aku turun, pelajar-pelajar sudah menungguku.. kami kemudian berborak di pondok rehat. mereka tidak mahu bermain. kata mereka, padang basah, hujan.. aku hanya mengikut permintaan mereka.. sekali sekala bagi peluang pada pelajar untuk tentukan aktiviti apa yang  mereka mahu apa salahnya kan..

Mendengar mereka berborak-borak, menimbulkan rasa terhibur di hati ini..macam-macam seloroh dan telatah mereka yang mencuit hatiku.. kadang-kadang aku kalah juga.. rasa mahu ketawa dengan lawak-lawak mereka..( amboii budak-bidak ni saja nak tengok cikgu depa gelak, sabaq jaa laa )

" hahahha.. ustazah dah gelak..hahaha.."

aku kembali buat muka relaks.. huh.. aku jegilkan mata.. oop.. mereka semua menutup mulut masing-masing menahan ketawa..arrr tau pon takut..

"ustazah, hari tu saya dengar ustazah masuk kelas 2 Tabah ustazah ajar depa nasyid.. ajar laa kami juga.. nyanyilah ustazah.."

"hah.." aku buat muka pelik.. "ada-ada jaa kamu ni.. sekarang kita kat padang yg indah lagi permai ni, mana boleh  nyanyi nanti hujan pulak.."

"alaaaa ustazah, takpa hujan pon takpa, asalkan dapat dengar ustazah nyanyi.. nyanyi laaa.."

mereka mula memujuk.. tiba-tiba rasa malu pulak.. sedangkan masa dalam kelas aku tak rasa apa-apa pon.. mungkin situasi tu tak sesuai kot..eheh.. aku mula tukar topik.. aku ajak mereka buat kumpulan dan main bOOM boooM.. haa subjek PJK laa katakan.. boleh laa nak bermain-main untuk rehatkan minda kan..  aaa

"ok ustazah, kami geng zimbabwei"

" kami korea.."

"hah? korea.. ada  rupa ka? mcm bangladash jaa.." pekik seorang sahabat mereka.. pecah sekali lagi derai ketawa menghingarkan pondok rehat itu.

kemudian bising pula mereka bergaduh-gaduh tentang nama kumpulan masing-masing.. indon laa india, afrika laaa.. aduhai.. kanak-kanak riang ria..hmm aku hanya memerhati karenah mereka.. dan aku membiarkan mereka menyelesaikan plihan nama kumpulan masing-masing.. seronok melihat keakraban mereka.. teringat dan terimbau kembali ketika aku pernah berada di usia sebaya mereka..

selesai main bOOOm booM.. Mereka mula kepenatan. mana tak penat, sambil jerit bom tu sambil gelak-gelak,kacau kumpulan lain.. ada saja..ahai..

********************

begitu menjadi guru membuatkan aku terasa bahawa aku seakan masih di bangku sekolah.. mana taknya, kalau dah join budak-budak.. kita pon boleh jadi budak-budak.. haa itulah rahsia kejelitaan..haha.. jelita laa sangat, kalau main teka-teka dengan budak-budak pasal umur, macam-macam nombor naik.. paling sedih depa teka umur 35 tahun! arrrrrr... tapi paling best depa teka 19  tahun..ekekekeeee cam perli jew..haha biarlah.. janji bahagia..haha..

eh mana cerita pasal zaman belajar paling best ni? emm lain kali laa.. lupa dah..teringat cerita anak2 sekolah jaa..ahai..

Sunday, November 3, 2013

lama kiranya...

assalamualaikum wahai blog.. lama kiranya aku menyepi.. hampir 3 tahun juga aku tinggalkan blog ini.. blog yang penuh dengan cerita suka duka hidupku.. aku rindu untuk menaip lagi.. namun kesibukan membuatkan aku lupa seketika bahawa aku pernah mempunyai blog. aku seorang blogger.. haha

kini aku bukan pelajar lagi.. aku sudah konvo! aku adalah graduan ijazah sarjana muda pendidikan islam Universiti Malaya.. 

 akhirnya tercapai juga cita-citaku untuk menjadi guru.. sungguhpun pekerjaan guru bukanlah pekerjaan yang akan membuatkan aku menjadi orang kaya di dunia, aku yakin, jika kita ikhlas mengajar, mendidik dan menyebarkan ilmu Allah, insyaAllah kita sudah menempah diri untuk menjadi jutawan akhirat.

dalam hampir 3 tahun ini, sudah pasti pelbagai ceritera yang terjadi.. hampir aku mahu melupakan apa  yang ada di belakang,  tetapi apa yang telah berlalu itulah pengalaman, kenangan dan pedoman.. bayak iktibar yang kita perolehi jika kita pandang ke belakang dan melihat semula bagaimana diri kita sebelum ini. melihat kembali bukan beerti menyesali masa yang sudah, tetapi mengambil masa-masa yang sudah itu sebagai guru untuk masa-masa yang akan datang.. hidup perlu diteruskan!


** gambar babah, yayah, atok, ibu ngan adik apicah.. di Bayan Lepas Pulau Pinang

*********
Usai solat zohor, aku tidurkan anak-anak ku yang masih kecil. penat bermain pantai agaknya, nyenyak mereka terlelap dalam buaian masing-masing.. terlelap sambil mendengar lagu zikrullah yang aku alunkan penuh khusyuk..aduhai..

apa yang membuatkan aku mahu menaip kembali adalah kerana sedang sibuk menyemak email dalam inbox yang sudah lama tidak dibuka, ada banyak pula comment yang sedang menunggu untuk di publish.. comment pembaca-pembaca baru dalam post-post lama yang pernah aku tintakan dulu. nampaknya blog ini masih dikunjungi. aku lihat kembali jejak-jejak pembaca yang pernah datang ke sini sepanjang aku menyepikan diri, ya Allah.. ramai! macam tak percaya, 11654 orang pernah bertandang ke sini.. datang samada secara sengaja atau tidak..hmm

tersentuh pula hatiku apabila ada comment ke entry cerita tentang bapaku.. dulu aku pernah bersemangat untuk menaip semua cerita-cerita bapa dalam blog ini.. aku mahu semadikan semua cerita yang selalu memujuk hatiku itu di sini.. tetapi setiap kali aku teringatkan kisah-kisah bapa, wajahnya terbayang diminda, marahnya, tawanya, senyumnya, terbayangkan kedutan-kedutan yang jelas di wajah itu membuatkan air mataku jatuh seakan-akan hujan yang turun tanpa ada angin dan ribut..


aku rindu bapaku.. mahu rasanya kembali ke zaman kanak-kanak.. ketika bapa menggendong aku di bahunya..sungguh gagah bapa ketika itu. menggendong aku mencari durian. buah kesukaanku. setiap pagi pada musim buah, bapak akan kejutkan aku dan kami akan kutip durian bersama-sama. setiap kali aku nampak durian yang sudah luruh, aku akan menjerit-jerit keriangan.. memanggil bapa yang sedang mengumpul durian-durian lain ke dalam kereta tolak.alangkah bahagianya ketika itu..

Tapi kini, segalanya sudah berlalu.. 5 April 2012, hari khamis.. aku menerima panggilan phone daripada adik.. panggilan yang paling menyedihkan aku. rasanya jantung ini seakan terhenti seketika apabila adik mengkhabarkan bahawa bapa sudah kembali ke rahmatullah.. deru air mata mengalir tidak keruan. rasanya kelmarin saja aku baru memeluk bapa yang berada di wad, dan aku katakan supaya bapa kuat dan cepat sembuh. aku bisikkan ke telinga bapa bahawa bila bapa sihat nanti kami akan ke Mekah bersama.

aku pandang dan renung wajah bapa yang tidak bermaya. bapa hanya mengukirkan senyuman yang lemah sambil mengangguk-angguk perlahan. hatiku senang melihat reaksi bapa yang masih bercita-cita untuk ke Mekah bersama aku, anaknya yang paling manja. Hasrat untuk ke Mekah bersama adalah azam bapa dan mak tatkala aku dan adikku lahir ke muka bumi. namun, azam itu tidak tercapai bersamaku. hanya bapa, mak dan adik sahaja ditakdirkan untuk ke Mekah bersama. aku?? tidak dapat pergi kerana kekangan masa. aku ada peperiksaan ketka itu. Alangkah ruginya. Itulah, Perancangan Allah adalah perancangn yang terbaik berbanding rancangan manusia.

sesungguhnya ingatan bersama bapa tidak pernah pudar dan padam. malah kenangan-kenangan bersama masih segar dan baru.. ketika ini aku rasakan bapa seperti sedang menunggu aku pulang seperti biasa. walaupun setiap kali tiba di kampung di teratak usang yang sunyi tanpa bapa, tiada kelibat bapa lagi, darahnya yang mengalir dalam darahku adalah aliran yang menjadi nadi-nadi yang belum pernah mati..begitulah perasaanku yang masih terkenang bapa seperti selalu.

 *******************

sekarang hanya ada mak, anak-anak dan suami di sisi. mak yang masih kuat mendukung cucu-cucunya.. kadang-kadang timbul perasaan bersalah kerana membiarkan mak mengasuh anak-anakku yang masih kecil. tapi itulah permintaan mak. mak sendiri yang mahu mengasuh dan tidak mahu aku tinggalkan cucu-cucunya di rumah pengasuh. mak sering risau keselamatan anak-anakku. aku bersyukur kerana mak perihatin dengan keadaanku. mak masih bersamaku. siang dan malam aku menatap wajah mak. bagai tidak mahu mata ini terpajam dari memandang wajah suci mak.. mak yang setia bersamaku susah dan senang.

aku sudah berjanji sejak dahulu lagi, aku akan menjaga mak seperti mak menjaga aku ketika aku kecil, seperti mak menjaga anak-anakku yang masih kecil.. penuh kasih.. aku mahu realisasikan hasrat mereka untuk bersama denganku ke Mekah. mak masih ada untuk capai azam bapa, semoga Allah juga akan berkati arwah bapaku atas niatnya itu.. semoga rohnya sentiasa dalam rahmat Allah.. semoga doa-doaku mengalir kepada bapa dan menjadi doa anak yang soleh.

"ya Allah, sesungguhnya jika ada kebaikan dan pahala atas segala perbuatanku, maka alirkan pahala-pahala itu kepada kedua ibu bapaku kerana tanpa mereka tiadalah aku, tanpa asuhan mereka tidaklah aku menjadi seperti sekarang ini. ya Allah, kabulkanlah permintaanku.. permudahkan urusanku. murahkan rezekiku, panjangkan usiaku, usia ibuku, suamiku dan anak-anakku supaya kami sempat menjadi hambaMu yang beriman. matikanlah kami dalam iradahMu. masukkanlah kami bersama hambaMu yang soleh.."


:: seseorang itu bukan dinilai bagaimana hidupnya bermula, tetapi dia dinilai bagaimana hidupnya berakhir..::
:: terima kasih kak Yam yang banyak tolong kami..bila tengok muka kak, teringat kat pak.. sikap dan wajah yang seakan-akan sama.. hati dan budi yang selalu memahami.. terasa jadi manja.. macam bermanja dengan pak..terima kasih sebab ganti diri jadi bapak.. tima kasih tak berkira duit..hehe nanti kami belanja KFC..hehe::


:: seronok ada keluarga.. ada anak2.. penghibur hati..::

(tengah2 feeling gini hubby kentot kuat2 pulak.. ceeeh..! hahahaha sory cik hubby, kentutmu adalah hiburan untukku.. hahahaha..)