:: mereka Terhebat ::

Thursday, February 11, 2010

BILA MOOD MAU BALIK KAMPUNG DATANG...

assalamualaikum.. ehem2.. agak lama tak post karangan kat sini.. sibuk? tak jugak.. mybe coz da terbiasa tak merapu kat sini kowt.. tetiba jeww jadi malas nak menaip.. ngee ok2.. aku taknak cerita panjang2.. ** mcm biasa laa ayat kan.. tau2 nanti penuh page ni ngan tulisan aku yang macam cacing ni..

apa? keybord aku takde tulisan cacing? yer tak ye jugak kan.. haha mujur laptop ni bukan manusia cam aku, kalau tak confirm semua org da takleh baca dah tulisan aku yang buruk ni..

sebenarnya yang betulnya akhir2 ni aku dihuni dengan pelbagai kesibukkan, sehingga aku sendiri tak tahu kenapa aku sibuk sgt.. hua hua.. dan minat aku agak berubah sikit sekarang..

aku suka edit gambo2 pemandangan.. wah wah.. tapi still masih suka bergambar juga! heee hubby aku cakap beliau nak beli kat aku camera jenis SLR kalau aku dapat pointer lebih dari 3.5 sem ni..

haha jaga laa dia, aku akan tuntut! hehe...

jom layan pic umah aku.. da byk kali juga pic rumah ni aku upload sini.. tp dgn editing yg berlainan.. hihih rindu nak balik umah laa katakan..

ngeee aku nak baliiiiik....~~~~ tolong2.. aku da rindu sgt2 nak balik kg.. uwaaaa (nangis sambil hentak2 kaki cam mudak2...) **ciss da nak jd mak budak pon mcm budak2!

" sory dengan segala aksi keterlaluan sebentar tadi.. heee"

belakang umah aku ada banyak pokok kelapa.. orang kedah cakap pokok nyoq.. ayaq dia best.. so aku akan berusaha pujuk hubby aku ambilkan aku buah kelapa tersebut.. haha ini adalah antara misi aku balik kg.. kalau tak...???!

aku akan panjat sendiri pokok nyoq tu! haha menunjukkan rasa protes.. ** ciss tak baik tol tauladan yang tak mulia..

"lah, pokok nyok tu tinggi sejengkal jer.. kalau bebetul tinggi aku pon tak reti panjat"

"tapi kalau tetiba ada askar jepun datang and paksa aku panjat, agaknya berjaya laa kot sampai kat atas.. tapi tak reti turun lak.. huh..!"

**kena buat rumah atas pokok nyok lak..huuuu takmo! mintak simpang tiga..!

ahaii aku balik bila? soalan yang bagus.. aku balik malam ni daa.. 11 FEB 2010..! yes!! sebab tu aku letak gambar di atas ni..

gambar apa? lah tgk laa pemandangan waktu aku balik kg tuuu.. tapi kali ni aku bertolok malam mybe tak nampak kowt pemandangan2 indah camtu..eheh.. doakan aku selamat sampai yep.. jumpa mak ayah, jumpa adik2.. jumpa hubby juga.. lama tak jumpa wOOO..! sehari bgaikan setahun lamanya!

da sampai kampung nanti aku nak bawak hubby jalan2.. eh bulan madu tak habis lagi tau.. ekekee lagipon kampung aku kan chantiiiikkkk... haaa nak bergambo.. jangan jeles...

pokok2 getah pon da jadi pemandangan yg cantik bagi aku sekarang ni.. coz aku gila minat photography laa sekarang ni.. huh orang lain mengidam makanan, aku mengidam camera! eeek

aku mengandung kah????! ada isi??! apa!

"ha'ah aku ada isi.. banyak isi aku ni.. da makin gemok laa katakan.. tapi aku tak pula tau aku mengandung ke tidak.. isi ada, mengandung taktau.. cane tu?"

"hehe takde laa aku pon tak tau. no komen buat masa ni.. aku takmo perasan apa2 dulu.. tunggu sampai aku da bebetul baru aku nak cakap, huuu.. doakan ler bebanyak.."

tanda tanya (?) : kamu ada isi ke tidak?
jawapan : Aku ADA..!!

Friday, February 5, 2010

pindah bilik... takde air..

"aduhaii.. penat betul.. dari semalam lagi berangkut.. ni baru selesai.. leganyaa..."

eh asyik membebel jeww kan, actually aku hari ni kan duduk kat bilik baru.. bilik lama dulu renovate lak.. huhuuu so terpaksa lah berpindah randah ni.. syukurlah semuanya da settle..

tapi takleh rest juga, ada tugasan penting buatku.. penyelia kolej aku ni, (dulu member jew dia dah naik pangkat..haha) si o-ne tu mintak tolong aku wat vid research beliau.. hahaii.. mujur aku ni minat bab2 ni tau..

ok2 kisahnya aku malam tadi tak dapat tido.. sebab apa? sebab aku tak biasa kat bilik baru ni lah.. dah tu syok2 aku chating ngan adik ipar aku, tau2 laptop mematikan diri.. uwaaaaa lektrik problem lak.. aduhaii sabar jeww laa..

sementara nak lelap tu aku sempat fikir perkara2 seram.. hahaha... meremang juga! tau2 dah pagi.. aduhaiii

************

"kak aina jom p mandi kat kolej 10.."

ajak roommate aku ketika aku sedang asyik dibuai mimpi.. aku tengok jam, dah pukul 9:30 pagi.. ah mataku masih mengantok..

"takmo2.."

ringkas jawapanku.. dan aku lelap kembali.. **pe kess p mandi kat kokej org!

bila aku terjaga jer rommate2 aku baru balik dari mandi.. waktu tu baru aku rasa nyesal tak ikut mereka..uwaaa aku lupa kat kolej aku takde air... uwaaaaa

dan aku bingkas bangun ambik air sebaldi.. mandi juga aku.. haha.. beginilah siksanya kalau takde air.. huhuhu mujur laa aku takde kelas hari ni.. kalau tak tentu aku dah kelam kabut dah.. ahaii

Then aku terfikir nak p DTC.. ada PC fair.. aku ajak laa syada, tapi beliau takmo pergi, dan aku ajak makndak pula.. huhu nampaknya semua org bz.. semua takde masa nak layan aku.. terpaksa laa aku sorg2 g situ..

nasib rupanya tidaklah selalu tidak baik, roommate aku berdua itu.. fara dan aween.. mereka juga mahu ke DTC.. jadi kami pergi berempat bersama ida.. lalalalla

aku telah shopping tanpa aku sedari habis jugak RM 78 lebih.. aduhaiii..

ok laa aku rasa cam takde mood nak buat karangan laa hari ni.. huuu aku rasa cam tak ada apa yg menarik untuk aku ceritakan.. hehe so aku nak buat vid sekejab.. nanti aku penat aku mesti layan blog lagik.. ok lah..

sambil2 aku layan lagu ngan speaker baru aku ni, bersemangat pulak nak terus mengadap laptop..haha daaaiiii..

tanda tanya (?): taknak tanya apa2.. haha

Wednesday, February 3, 2010

LOVE STORY..

Pengertian cinta dari sudut pandang aku?

cinta itu senang dicari, namun ia bukan datang secara sendiri, kecintaan banyak membawa erti.. lantaran cinta itu tidak pernah sunyi, cinta tidaklah berdiri tanpa pemberi.. dan apa yang pasti cinta mendambakan sesuatu untuk dilengkapi..

mencintai Tuhan perlukan keimanan, mencintai islam perlukan keteguhan, mencintai Rasul perlukan kepatuhan, mencintai alam perlukan keindahan, mencintai manusia perlukan kesabaran, dan mencintai diri perlukan kefahaman..


cinta itu lumrah kehidupan ini, ia dicipta pada setiap nafas-nafas, pada setiap jasad-jasad dan pada setiap jisim-jisim yang bernyawa.. cinta itu tidak dapat dilafazkan pengertiaannya tanpa kita merasai hembusannya.. cinta yang berhembus di hati.. cinta yang bertahta disanubari..

cinta, pelengkap hidup manusiawi.. :) **ehem2 macam jiwang plak aku ni.. ekekee


Pengalaman cintaku..

aku pernah jatuh cinta, sama seperti orang lain.. cinta monyet? ah mungkin monyet tak bercinta macam aku kot.. hehe.. dan kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah mengenai cintaku terhadap "seorang lelaki". **yaa sebab aku pempuan tak sanggup nak cintan cintun ngan kaum sejenis..ahaiii


pernah dulu, aku tidak suka berbicara soal cinta, kerana aku percaya cinta tak akan kemana-mana.. namun, segalanya berubah tatkala aku bertemu si dia. pada hari yang terang, mentari bersinar indah, dibawah pepohon ketapang, di situ terdapat khemah-khemah gerai.. ramai juga pelajar yang berniaga.. hari terbuka Kolej laa katakan..

aku menghampiri sebuah khemah yang menjual topup ketika rakanku sibuk membeli di gerai terdekat.. sungguh panas terik mentari sehingga peluh menitis di dahi..

"maaf cik, eh kak, eh adik..errr, ni dekat laa dengan kipas ni.." **nak panggil aku pon tergagap-gagap taww beliau tu..

dia seorang pemuda.. dia telah menyapaku. dan aku menurut sahaja kerana tidak sanggup lagi aku menunggu sahabatku membeli belah di tengah panas itu.. disitulah bermulanya..

namun aku pelik kerana beliau sanggup menahan terik mentari dan membiarkan kipas tersebut menyejukkan aku.. mukanya berkerut-kerut.. dalam hatinya

"kalau laa aku dapat awek ni, aku takkan lepas, aku takkan tinggal sampai bila2.." **ni beliau bgtau aku past kami kawan..haha aku tak reka taww

berbalik kepada cerita, oleh kerana dia menjual topup, aku pon membelinya.. dan waktu itulah nombor handphone aku ditangannya.. entah macam mana, bila bermula.. kadang-kadang si dia menghubungiku.. dan kebetulan, beliau pelajar senior.. maka selalu juga aku bertukar-tukar buku rujukkan dengannya..

dan kami membahasakan diri masing-masing "tuan hamba" dan "beta". kerana itu aku menggelarnya "sultan pencen". beliau pula memanggilku "ratu pasembor" kerana aku berasal dari Kedah katanya, mungkin pasembor antara makanan yang terkenal di Utara sana..haha **sejarah tuu

sehinggalah 4 tahun berkenalan, pelbagai halangan, rintangan, cabaran, ribut petir, ujan panas, siang malam, dan dugaan macam2 yang berlalu.. aku menerima lamarannya.. dan akhirnya pada 23 NOVEMBER 2009 yang lalu aku sudah sah sebagai isterinya..!!


apa..???!!! jangan tak percaya, sultan pencen dah kahwin dengan ratu pasembor beliau..

dan 16 DISEMBER 2009, kenduri besar-besaran telah berlangsung di istana kami.. haha..


"kawin jugak korang ni yer..!"

itulah antara ucapan kawan-kawan aku.. maklum laa dulu aku pernah cakap aku tak suka lelaki orang kelantan, aku takkan bercinta laa apa laa.. haha last2 aku kahwin juga dengan orang kelantan.. sabar jeww laa..

begitulah al kisahnya... ni citer benar ni tiada yang benar selain yang benar-benar belaka.. kalau aku panjangkan lagi mampos laa kamu nak baca. kena wat novel.. hehe just share..

tanda tanya(?): anda bagaimana?

Tuesday, February 2, 2010

bulan madu..

salam.. pertamanya, aku mintak maaf sebab aku lama dah tak layan blog kalian semua.. so sorry.. aku ambik masa bagi banyak labah-labah bersarang kat blog aku ni. sape suka cerita bulan madu? hehe

sultan pencen pergi betapa..?!!

agak-agak kat mana destinasi aku yep? haa aku bersama suami dan adik aku serta pasangannya ke LANGKAWI.. best woo.. adik aku ngan adik ipar aku tu dah 8 bulan kenduri, baru berkesempatan g bulan madu.. hahaii..

aku bakal dapat anak buah bulan 3 ni taw.. doakan adik aku selamat bersalin yer..!!


kami ke langkawi 2 hari jugak.. haa gambar-gambar lam post ni semua hari 1st day.. g makam mahsuri, cable car and pekan kuah.. and menginap di Eagle bay Hotel. bagi mereka yang mau bercuti juga, ada RM500 untuk 2 hari, kira mewah laa percutian kamu.. heee

alahaii eyeNa dan sultan pencen tak dapat dipisahkan dengan gambar.. jangan mareh eh..


kami adik beradik sangat happy bercuti sama-sama.. dan kami belikan buah tangan kat mak-mak dan ayah-ayah masing2.. *double sbb masing2 da ada mentua.. hahaii.. dan nanti aku cerita pakej best kat Langkawi sana..

opss aku ada kelas sekarang nih!! jumpa lagi.. sabar eh aku akan datang huru harakan blog kawan2 past aku free nanti.. jaga2..heee

tanda tanya (?) : kamu plak bercuti katna?

Monday, February 1, 2010

tika begini...

Justify Full
semalam aku bermimpi.. aku meniti sebuah jambatan berduri, pedih terasa tatkala kakiku melangkah di atas jambatan itu. namun aku bertahan, kerana aku tahu kepedihan itu hanya sementara.. sampailah aku ke penghujung..

sungguh..! di hadapan tiap kesengsaraan ada sinar bahagia yang menanti.. dan kesakitan yang sementara itu sudah berganti..


ketika sakit semakin hilang, sihat mula datang.. dan akan aku jaga ia, supaya waktu itu terus sihat agar aku tidak perlu berubat.. sungguh derita menunggu ubat menyerap dan mengembalikan kesegaran diri ini.. sudah tentu waktu sihat takkan aku persiakan..

akan tetapi lumrahlah manusiawi.. kadang sihat, kadang sakit juga.. bertahanlah wahai nafas-nafas dalam diri...



hidup ibarat roda kata orang.. mana tidaknya, kadang-kadang kita berjaya, namun terkadang tidak juga.. biasalah, hidup itukan indah dengan pelbagai pancaroba.. janji kita mencorakkan ia sebaiknya.. dan hasil lukisan kita itu biarlah memuaskan..

walaupun tiada orang memahami maknanya, aku yakin sebagai pelukis, kita berhak meletakkan apa sahaja nada pada apa yang kita lakarkan.. barulah perjalanan yang sementara ini berentak..


meski kita mahu perasaan kita selalu difahami, dibelai mesra dan dimengerti, kita tidak dapat menolak apa yang telah terjadi.. tidak dapat menghalang tohmahan yang dilontarkan pada diri.. justeru, kita tak perlu gelabah, kita mungkin lebih baik diam menyepi..

bukan bermakna diam itu membiarkan.. bukan juga diam membenarkan.. akan tetapi diam untuk berfikir.. membenamkan akal selayaknya terhadap permasalahan yang berlaku..


setiap manusia punya cita-cita.. harapan dan impian.. kita sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga hubungan antara manusia dengan manusia lain,maka kita mestilah memuliakan tanggungjawab tersebut sebaiknya..

Tuhan itu tahu betapa deritanya hati kita, Dia tahu betapa siksanya perjalanan kita, tapi sebenarnya itulah yang Dia mahu supaya kita mengingatinya.. maka hiasilah kehidupan apa adanya.. pasti satu impian yang tertunda ini akan dimakbulkan juga.. insyaALLAH...

tanda tanya (?): kenapa kita mesti menaggung derita walhal kita mahukan bahagia..?

:: aku datang lagi ::

kali ni lama betul aku tak menulis.. aku ambik masa sikit.. hahaii setelah sebulan juga aku mengucapkan selamat tinggal buat blog ni.. aku datang semula untuk berbicara.. kesian membiarkan tintaku sepi membisu..

yaa.. aku suka mengarang.. suka membuat karangan.. dan aku hanya berhenti menaip karangan itu tatkala jariku lemah untuk menari di keybord ini.. aku kembali, aku datang lagi... sebagai penulis yang asli..

alangkah indahnya jika hidup ini selalu bahagia dan tiada sengsara kan.. semua orang pun nak hidup mereka macam tu.. simple, tenang dan aman.. aku juga begitu.. tapi biasalah, dah nama pon manusia, tak terlepas dari segala ujian dan dugaan.. akan tetapi terimalah seadanya apa yang berlaku..


"bukan senang nak jadi senang.."

itulah kata-kata mak aku.. memang, tak semua benda yang senang tu padanya ada kesenangan, sebaliknya terpaksa tempuh dulu halangan demi halangan. dah senang pon mesti tak dapat capai juga 100% kesenangan.. lumrah semua tu..

makin hari kita makin dewasa.. makin matang.. belajar, bukan hanya dengan bacaan, ejaan atau tulisan, tapi belajar tu dengan pengalaman.. dengan apa yang pernah kita hadapi, kita belajar hari demi hari..

harapnya aku masih berpeluang mentintakan setitip bingkisan dijendela hatiku disini lagi.. sungguh rindu rasanya ingin menaip.. **taip agsimen pon tak siap2 lagi nih.. ekekee

tanda tanya (?) : mestikah aku teruskan menaip??