:: mereka Terhebat ::

Wednesday, March 31, 2010

baby adikku..

salam semua.. lama tol tak menyibuk lam blog kan.. huhu biasalah angin.. bila bertiup ke timur, maka ketimurlah dedaun itu beterbangan.. jika angin itu bertiup ke barat, maka kebarat pula dedaun itu mengikut.. hehe dalam kan maknanya..

yerlaa.. aku pon ada angin juga.. bila angin nak menaip kat blog datang.. semegah-megah aku taip panjang-panjang.. haha.. bila da takde angin tu.. diam je laa aku.. eheh.. haa aku tau ramai kawan-kawan aku suka dok terjah blog ni.. ngee macih banyak2 weh.. tapi kekadang aku jadi malu lor bila aku tau apa yang aku merapu ni korang baca.. haha

well dah lama tak menaip ni macam-macam laa ceritera yang berlaku.. hee masa sungguh cepat berlalu.. adik aku dah jadi seorang ayah pon taw.. hahaii.. cam tak caya je aku..

 

ni laa baby yang baru berusia 1 hari waktu gambar di ambil.. eheh.. tido je kejenye.. hee aku sangat2 suka lor sebab adik aku dah jadi ayah dah.. is is is melawan aku tol adik aku ni.. dia awal2 lagi dah dapat baby.. is is is.. jeles je aku.. hehe.. teringin juga nak ada baby weh..

sekali aku tilik2 muka baby adik aku tu.. rasanya sebijik cam adik aku masa adik aku kecik-kecik dulu.. haish! mesti adik aku gumbira sangat2 kan.. aku tengok adik aku asyik senyum jew past dapat baby ni.. gambo atas tu adik aku MMS kat aku.. alahaii.. sajer nak bagi aku terlompat-lompat tengok baby dia! mentang-mentang laa aku duduk jauh!

haa.. begitulah.. hal ini membuatkan aku rasa nak balik kg sgt2.. akan tetapi adik ipar  aku (adik hubby aku) telah datang menziarahi aku di kolej. jadi aku membatalkan niat untuk balik kampung.. lagipon aku nak join Malam Anugerah Kinabalu.. heee nanti aku story pasal Diiner tu yek..

itulah adik ipar aku.. hahaii aku bawak beliau sertai Dinner tempoh hari.. best wooo.. dapat makan macam2.. hihi aku rasa adik ipar aku yang sorang ni enjoy datang kat kolej aku.. yeey!! "datang lagi taww cik lina!"

seterusnya pelbagai cabaran rintangan dan cobaan telah aku alami bersama adik ipar aku ni.. haha cabaran yang macam mana? haa ini yang kita tak tahu ni.. haish!! kelak aku ceritakan yep sebab entry ni lebih untuk cakap pasal baby jer... hihih.. tunggu entry suka duka aku dan adik iparku pada post akan datang.. wink wink.

kesimpulannya aku dan adik ipar aku telah balik ke kampung akhirnya.. yer laa  aku nak tengok baby and jumpa hubby.. ngeee

sepertinya pernah lihat selendang itu? haha.. syhhhh... ni nak tunjuk gambar hubby pulak.. hee aku selalu rasa muka hubby aku cam adik beliau.. cik lina.. hahaha.. aik jangan salah faham.. hubby aku lelaki sejati taw.. haa aku taw laa.. haha

ok2.. jangan merepek lagi.. mari kita tengok gambo baby jom.. lah..!! aku ada bgtau tak baby adik aku nama apa? cam belum jer.. ok2 nama baby itu ialah..:


haa 3.4 kg taw.. besar kan.. is is is.. rindu nak golek-golek baby Farhana tu. hee.. demikianlah kisahnyaa.. eeee takleh tengok budak kecik lama2.. karang aku aura kan susah...

gambar atas ni masa hari ke 9 taw.. mak aih.. pipi dia ni.. aku gigit jugak! nak cium nanti.. fuuuuh sabar gigiku sabar...

alalalaaa.. pakai tudung dah yer baby Farhana ni.. haha.. aku memang suka mengacau Farhana tido.. tapi yang bestnye beliau diam je.. dah tu aku golek-golek macam mana pon Farhana ni cuma merenggek manje je.. is is is.. aku cuim2 dia.. ish rasa aura tol.. hujung minggu ni mak nak buat kenduri cukur rambut baby Farhana.. so aku balik kg lagi lor esok...yiiiihhhaaaa

eh eh.. balik jumpa baby taw.. jumpa hubby jugak.. ngeee

tanda tanya (?) : camne laa rasa kalau dah ada anak kan? jawapan : aku tak tahu..

Wednesday, March 17, 2010

OH AYAH..

Salam sayang duhai warkahku.. aku hadir lagi untuk menitipkan secebis rasa yang sukar untukku luah dengan kata-kata.. warkahku.. takutkah engkau akan kehilangan? 

Hilang sesuatu yang benar-benar kau sayang?

Aku takut.. bahkan aku tidak bersedia menerima kehilangan.. namun itulah lumrahnya hidup.. tak ada apa yang kekal kecuali yang Maha Esa..



Bercakap tentang kehilangan. Kehilangan yang bagaimanakah yang paling menakutkan? 

Bagi aku, aku takut kehilangan orang-orang yang paling aku sayang dalam hidupku..

Aku takut kehilangan orang yang selalu mendampingiku.. siapakah mereka?

Yaa.. pertamanya aku takut kehilangan ayahku..
Hilang ibuku.. hilang suamiku.. hilang adik beradikku.. sahabat atau siapa sahaja yang dekat denganku

***************

Kamu tahu tak siapa lelaki pertama yang aku sayang? Suami? Yaa aku sayang suamiku.. tapi aku juga sayang ayahku.. dialah lelaki pertama yang aku cintai.. aku masih menyayangi ayahku hatta aku bukan lagi kanak-kanak yang mampu ayahku kendong kini..

Kedewasaanku bukan bermakna aku sudah tidak dapat menunjukkan kemanjaanku.. bukan bermakna aku tidak boleh menjelaskan kasih sayangku buat seorang bapa.. sungguh.. aku rindu bapaku..


Kisah hidupnya penuh dengan pengalaman yang sering mengajar aku.. kerana setiap pengalaman itu di ceritakan padaku.. walaupun aku tahu aku tidak mungkin dapat singkap semua rahsia hidup ayah.. tapi sekurang-kurangnya aku mengerti.. aku mengerti perasaannya..

Entah laa.. bila sahaja wajah ayah terbayang di fikiranku.. hatiku hiba dan sayu.. terasa cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis yang terus berkubur.

Kedutan diwajah ayah yang semakin menyerlah menyesakkan aku.. namun ketenagan yang ada di wajah itu kembali menenangkan segenap jiwaku.. aku tenang tatkala wajah itu aku tatapi.. aku mahu menatap sepuas-puasnya..

Sudah 23 tahun wajah itu mendampingiku.. sejak bila ia berubah aku sendiri tidak sedari.. tatkala sepi begini aku terkenangkan saat aku dikendong gagah dibahunya..

*****************

 tiap-tiap pagi di musim buah ayah akan mengendongku melawat dusun durian di belakang rumah..

“pak.. akak nak pak dukung akak..”

Aku memanggil ayahku “pak”.. panggilan orang lama-lama di kampung.. (^_^)

“besar dah.. jalan laa..”

“takmo.. nak nek kokong (kendong)”

“meh-meh…”

Ayah pasti melayan kehendakku yang masih kebudak-budakkan itu. Maklum laa aku anak yang paling manja.. anak perempuan bongsu.. anak yang paling degil dan anak yang paling menyusahkan ini..

bila sampai di satu pokok durian..

“ni pokok ni nama pokok durian buje”

“buje tu apa pak”

Tanyaku hairan selepas ayah menyatakan nama pokok itu..

“tengok bentuk buah ni.. cam ni laa buje (bujur2)”

“ooo nak makan.. nak”

Kataku sambil melompat-lompat riang.. yerlaa saper tak suka makan buah durian bawah pokok tu.. segar taw..

Sambil aku makan ayah hanya mengupaskan kulit durian tersebut.. ayah tidak makan walau seulas.. kalau ada hanya ulas-ulas yang sedikit rosak dek ditebuk tupai..

“awat pak tak makan..”

“pak suka tengok cek makan.. makan laa…”

Itulah jawapan ayah.. sampai sekarang pon kalau ada apa-apa makanan yang aku suka ayah akan beli atau buat dan bagi aku je makan.. tapi ayah tak makan.. ayah still jawab..

“makan laa.. pak suka tengok cek makan..”


***********************

Terharu pula aku apabila terkenangkan saat2 itu.. sungguh berjasanya seorang ayah.. sungguh indahnya mempunyai seorang ayah yang penyanyang begini..

Bila mana pulang dari sekolah rendah ayah akan ambik dengan motor.. kami naik bertiga bersama adik.. kadang-kadang hujan turun. Ayah terpaksa redah juga. Jika tidak kerja-kerja dirumah akan terbengkalai.. lagipun ayah nak tolong mak meniaga..

Yang lucunya ayah akan bagi beg plastik pada aku dan adik.. kami pakai kat kepala. Ayah taknak kepala kami basah.. takut kami demam.. tapi ayah pula hanya pakai serban. Meredah hujan perlahan-lahan.

Pernah satu hari aku tidak berlindung dibelakang ayah bila naik moto waktu hujan.. aku nak rasa macam mana ayah rasa bila bawak moto time tu..

Kamu tahu apa yang terjadi?

Tak sampai 5 minit, rasa pedih sangat kat muka ni.. sebab kena hujan batu.. tapi  aku hairan ayah tak mengeluh.. ayah kuat.. ayah dapat bertahan sampai ke rumah.. aku nak jadi macam ayah. Kuat dan tabah.

Begitulah..

****************

Tiap-tiap kali tergamit ingatan lampau, ingin aku kembali ke saat itu.. menjadi kanak-kanak kembali.. nak terus ada di sisi mak dan ayah lagi..

Akan tetapi semuanya telah berlalu.. semua itu telah pergi meninggalkan aku.. jarak ini memisahkan aku dan mereka.. jarak ini memisahkan aku dan ayahku..

Tadi aku bercakap dengan ayah.. suara ayah tenggelam timbul.. biasalah mungkin line tak clear.. ayah kan tinggal kat kampung.. line pon kadang-kadang ok.. tapi kadang-kadang sebaliknya..

Aku bertanyakan hal kesihatan ayah.. Alhamdulillah ayah kata ayah sihat.. tapi ayah batuk-batuk.. entah kenapa sungguh aku cemas sekali..

Ayah pesan supaya aku belajar rajin-rajin.. memang itulah pesanan ayah acap kali aku berbual dengannya.. ayah mahu aku Berjaya.. yaa akan aku buktikan.. aku mahu ayah melihat sendiri aku naik ke pentas menerima segulung ijazah..

Dulu sewaktu abang-abang aku konvo, ayah sempat memakai jubah mereka dan memegang scroll ijazah.. aku juga ingin begitu!

************

Hajat ayah yang masih belum tercapai adalah membawa aku ke Makkah.. duit sudah cukup.. Cuma masa sahaja yang mencemburui.. susah juga jadi pelajar tak ada kelapangan yang besar. Tak apa aku akan pergi juga menjejakkan kaki ke sana.. itu janjiku buat ayah..

Aku sudah berkahwin.. dulu ayah sangat mahu melihat ada seseorang menjagaku. Kini harapan itu termakbul.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya padaku. Sekarang ayah sudah berusia 87 tahun.. masih gagah ayah menanam getah. 

Kata ayah, itu usahanya untukku dan ayah mahu aku teruskan usaha tersebut. Yaa akan aku manfaatkan tanah-tanah kebun dan sawah yang ayah beri..

Semua relung tanah telah ayah hibbahkan buat kami adaik beradik.




“mewah laa hang.. muda-muda dah ada banyak tanah”

“itu bukanlah yang aku mahu.. tapi aku akan usahakan tanah-tanah yang ayah pernah usahakan dulu.. aku hanya mahukan ayah. Aku mahu ayah tahu aku adalah anaknya yang paling sayangkannya”

Hah.. kami adik beradik tidak berlumba-lumba untuk mendapat ganjaran.. akan tetapi kami berlumba-lumba untuk menunjukkan kasih dan sayang.. itulah keluarga aku.. aku bersyukur dilahirkan dikalangan orang-orang yang bertuah seperti ini..

*********************

Ayah.. kali ini aku meluhkan rasa buat ayah.. biarpun aku tahu ayah tidak boleh membaca warkah ini.. sekurang-kurangnya aku menyedarkan diriku bahawa aku amat memerlukan ayah.. aku mahu terus menimba ketenangan tatkala menatap wajah ayah..

Janganlah ayah pergi ketika aku ingin disayangi, aku merayu padamu ya Allah.. berikan aku kesempatan untuk menunjukkan yang terbaik buat ayah..

Kerana aku tahu banyak perkara yang terjadi dalam hidupku merunsingkan hati ibu dan ayahku.. kerana aku tahu ayah tidak mahu anak ini disisihkan oleh sesiapapun.. kerana aku tahu ayah idamkan anak ini mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat.. kerana aku tahu ayah akan terluka apabila hatiku dilukai.. dan ayah akan bahagia tatkala aku bergembira..



sebab tu ayah sanggup tak makan apa2 asalkan aku seronok dapat makan.. sungguh tak adil..

"makan laa, pak suka tengok cek makan.."

terimbau-imbau bait kata ayah itu..

Jadi aku tidak mahu kesedihan ini dizahirkan pada ayah atau ibu.. aku hanya mahu melepaskan segala kekusutan disini.. biarlah manisnya aku berikan buat orang-orang yang aku sayangi..

Kerana aku belum sedia berhadapan dengan kehilangan yang hakiki..!!

“ya Allah.. bantulah aku ya Allah.. hanya engkau maha berkuasa menghapuskan duka yang bertahta dihati ini.. ya Allah tolonglah aku ya Allah. Hanya Engkau mampu melenyapkan kesedihan yang bersarang di benakku..ya Allah.. berikan aku kekuatan menghadapi segala ujian..” (^_^)


tanda tanya(?) : ayah kamu cane? hehe




Sunday, March 14, 2010

ratu pasembor rindu sultan pencen..!!


Saat ini entah kenapa kesunyian datang bertandang dalam diari hidupku.. dada seakan berombak.. mahu menangis tapi tak tahu kenapa.. mahu meratap tapi tak tahu atas sebab apa..

aku cuba mengerti.. tapi aku tidak memahami..

mungkin aku terlalu melayan perasaan.. terlalu sensitif barangkali.. sedang aku menaip warkah ini, telingaku meniti bait-bait lirik lagu "teman sejati".. semakin dihayati semakin syahdu pula diri.. air mata mula menitis ke pipi..

aku tahu kini... aku mula sedari... aku sedang merindu bagai nak rak weiiii...!!

*********************

suatu ketika dahulu sultan pencen dan ratunya pergi dating.. mereka menaiki kereta.. dan sultan pencen sebagai driver.. sedang asyik membawa kereta, lagu "dari kerana mata" berkumandang diudara..

sultan pencen dan eyeNa nyanyi bersama.. mereka merasakan diri mereka kembali ke zaman dahulu kala.. sungguh indah hari itu.. mereka dating di Zoo..

pandang sahaja mata gajah, mereka berkata "dari kerana mata"...

pandang mata zirafah mereka berkata "dari kerana mata"

pandang mata monyet mereka berkata "dari kerana mata"

boleh dikatakan apa sahaja terlintas dihadapan mata mereka berdua mereka akan cakap "dari kerana mata" kemudian mereka akan ketawa terbahak2 macam orang kena rasuk je! **haish!! jgn tiru aksi mereka..

semua binatang-binatang yang ada di zoo tu mereka pandang pada bahagian mata sahaja.. agaknya tenuk pon takut kepada mereka...

"apa kess manusia zaman sekarang ni..penat aku gemokkan diri.. mata aku jeww dia pandang.."

itulah rungutan tenuk di zoo tersebut.. * tenuk ada ke di zoo??.. huh tak faham aku ngan sultan pencen dan ratu pasembor ni..!!

setelah 5 jam.. percutian mereka di zoo berakhir juga.. tapi last2 mereka berjumpa Mazlan senario taw.. ahaii pon mereka berkata "dari kerana mata"... hahhaha tah apa2..

terkejut si pelakon itu dek mendengar lagu "dari kerana mata" dinyanyikan oleh 2 orang itewww.. ** agak2 aku kan.. Lan mst tergugat ada pelawak yg terlepas dari sarkas terkjumpa beliau di zoo.. haish!!

dan topik "dari kerana mata" sahaja jadi hiburan mereka sampai ke malam.. **Berapa banyak dari kerana mata daa...

***********************



pada satu hari, eyeNa terpaksa berangkat ke Oman.. tempat yang jauh dari negara sultan pencen.. sungguh sayu dan sedih sekali hati sultan untuk melepaskan ratunya terbang meninggalkan sultan itu walaupun cuma sebulan dua...

sepanjang berpisah, hanya sekali sekala sahaja mereka menghantar khabar berita.. maklum laa mahal nak sms or call ke luar negara ni.. masing-masing memendam perasaan.. mereka menganggap itulah ujian terhadap hubungan mereka..

eyeNa si ratu pasembor sibuk meneruskan kursus dan aktiviti di luar negara.. malam dan siangnya penuh dengan program.. kesibukkan itu membuatkan eyeNa dapat bertahan walaupun terkadang perasaan rindu datang menghantui.. sampai tak lelap tidur si eyeNa..

manakala sultan pencen di tanah air merindu ratunya sampai terdemam-demam.. ewah2.. dan lagu "dari kerana mata" selalu menemaninya saat ratu kesayangannya tiada.. apabila terkenangkan saat bersama dan apabila rindu mengganggu jiwa... lagu tersebut bisa menitiskan air mata teruna sultan pencen... ahaii

eyeNa hanya ketawa dan mengejek sahaja apabila sultan pencen berterus terang tentang perkara tersebut.. hahaha lagu "dari kerana mata" pon kamu da jiwang2..haha

begitulah...
****************************

sekarang ni.. sudah 2 minggu eyeNa tak bertemu sultan pencen dek kerana sultan pencen tinggal di utara tanah air.. eyeNa pula di KL.. maka sungguh rindulah hati tak dapat dinyatakan bagaimana lagi...

sedang merindu bagai... tiba-tiba eyeNa terdengar lagu "dari kerana mata" dendangan A.Ramli.. **kalau tak salah aku ler.. kalau tak aku salah ler tentang penyanyi tu..... kenangan manis bersama sultan pencen mula meragut ketenangan dijiwa eyeNa..

tersedu sedan pula tangisan.. saat suka duka **bukan en aduka.., derita lara, manja lara.. semua laa.. mula bermain di kotak fikiran si ratu sehinggalah beliau menghubungi sultannya untuk bertanya khabar dan berterus terang tentang perasaan rindunya.. ahaii

*********************


"hello.. yabang mucuk!!! rindu laa.."

kata eyeNa yang sudah memanggil sultannya "yabang".. sejak kahwin ni lebih2 pulak manjenye.. eekkkk

" alalala... rindu kat yayang juga..!!"

itulah ucapan ringkas sultan pencen mengenakan panggilan "yayang" buat eyeNa..

"yabang taw tak, yayang dengar lagu dari kerana mata taw...! yayang nak nangis.. yayang rinduuuu.."

"HAHAHAHA..hahahaha.. "

sultan pencen ketawa macam penjenayah..!

"nape yabang gelak ni..?"

"tu laaa hari tu kutuk abg sangat! haha sekarang kena kat idung yayang balik..!! klasik laa yayang abg ni..hahahaHAHAHA.."

"oooo takpe2.. hari ni hari kamu sultan pencen! esok kamu pasti akan dapat balik.. terrrr grrrrr"

*************************


dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa..

ooooh aku tergoda.. aku tergoda..

ngeeeeeeee layan jewww laaa..... lagu tema tuuu... ekekekeee


tanda tanya(?): kamu? ada lagu tema tak hari ni? hehe...

Tuesday, March 9, 2010

entry Khas buat adik2 iparku..

they are the Best..!!!
** ini bukan ayat bodek keh..! (^_^) **
assalamualikum.. sudah lama kiranya aku ingin mengupload gambar2 kenangan yang sempat aku rakamkan. akan tetapi kekangan masa membatasi niatku itu.. namun aku tetap upload.. **hehe maklum laa suka bergambo.. hihi

potret2 dalam blog ini hanya buat tatapan yang sudi mengintai dan menyukainya.. hanya sekadar menitip sebuah gambaran kehidupanku di alam maya.. hanya untuk berkongsi kegembiraan yang secebis cuma.. ** arahan: bagi yg tak suka, sila pergi dari sini..huhuhu

masakan aku mampu menulis segala-galanya tentang hidupku disini.. masakan aku dapat melafazkan semuanya dalam warkah yang bisu ini.. tidak.. perjalanan sebuah kehidupan setiap detiknya ada cerita yang banyak untuk di ungkapkan..

aku yakin tinta2 ini mustahil dapatku rungkai dengan sempurna tentang apa yang telah aku alami hari demi hari..

***********************************

Dahulu aku hanya ada seorang adik lelaki.. kini.. aku ada adik2 perempuan juga! sungguh indah rasanya menjalin ukhwah yang suci sebegini... sudah tiada sempadan dalam memberi dan menerima kasih sayang dari orang lain..

"terima kasih khas dariku buat lina (gambar diatas).. sejak ku kenal kamu sebagai adikku, bertambah sayang rasanya padamu.. banyak yang telah kita kongsi bersama.. kamu selalu menasihatiku dan memberi dorongan padaku tatkala hatiku dirundum pilu.. entah sejak kapan, tak sedar pula bahawa, kita bukan sekadar sahabat. akan tetapi kita juga adalah saudara yang hubungannya akrab.. seakrab darah dan daging.. insyaAllah sampai ke syurga sana, aku tetap ingin memiliki adik sepertimu.."

setiap insan yang diciptakan secara fitrahnya ingin berkasih sayang.. ingin memberi, ingin menerima.. aku juga sama.. mahu memberi sebanyak-banyaknya.. biar aku tidak menerima apa-apa, asalkan aku puas memberi apa yang terdaya..

sudah tertulis dalam suratan takdir.. beginilah aku ketika ini.. menyemai cinta untuk dibaja.. menyiram kasih untuk dijaga..

mahabbah ini bukan hanya pada suami, atau ibu bapa.. malah adik beradik juga.. aku suka disayangi.. jadi aku akan terus menyayangi supaya mereka tahu merekalah duniaku kini..

"kasih dan sayang... sayang yang penghujungnya hanyalah nyawa untuk dipertaruhkan.." (^_^)


tiada bahasa indah dapatku lontar.. tiada semanis bicara lagi dapatku lafaz.. kebahagian yang datang berkunjung dalam lubuk hati ini meronta-ronta suapaya aku meluahkan..

hasanah (atas kiri) , hubby (sorg je lelaki..hehe), husna (bawah kiri), madihah (bawah tengah) dan lina (bawah kanan)...

best betul ada family baru..hahaii..

Izzah (tak ikut jalan2 sebab tak sihat), amad (duduk kat Mesir)..

harap2 hubungan kita akan kekal dan dirahmati Allah..

to Izzah:

"semoga cepat sembuh yaa.. jaga kesihatan taw.. jangan buat keje berat.. insyaAllah sihat menunggu kamu.. kecian kamu tak dapat jalan2 hari tu.. nanti kak bawak kamu main layang-layang kat kampung yer... alalalalaaa... hehe.."


adeeeh.. panjang pulak entry aku ni.. dah siap berjiwang2 karat tuu.. hahaha.. sory laa kepada yg rasa cam meremang bulu ketiak je baca entry kali ni..haha.. aku bukan apa.. rasa bahagia cam tak tau nak explain cane..hihih... apa2 pon.. stay datang lagi yer melawat blog aku yg kian menyepi ni..kot2 laa dapat ketengan.. *ececeeee

tanda tanya (?) : kamu tenang ke hari ni? aku tenang bangat.....

Monday, March 1, 2010

kalau main layang-layang kan best..!

salam.. ahlan.. berjumpa lagi kita nampaknya..ngee aku masih ada disini tak kemana2.. ada sahaja melawat kawan2..aku janji ada masa aku komen entry kamu2 semua eh.. hee aku pasti akan membalas kunjungan kamu2 yg tak pernah bosan untuk terus melawat blog buruk aku ni..

well aku tak tahu nak cerita apa.. banyak sangat yang aku alami sepanjang 2, 3 minggu lepas.. aku nak catat semua lam blog ni.. tapi takde masa sangat.. lebih sibuk buat tugasan dan macam2 keje.. huhu so sorry!

pon begitu aku tetap nak kongsi ngan kamu pengalaman aku masa balik kampung tempoh hari.. sangat syok.. sebab musim sekarang ni berangin je di kampung.. padi pon orang dah tuai.. jadinya seronok kalau kita main layang2..!!

******************


"hiiiyaaaaakkk..!! tarik tali tu elok2.. haha.. tingginyaaa..."

"acu, kata nak bagi cek main.. awat acu yang kalut ni.."

tetiba aku rasa sentap.. anak buah aku tu kedekut tak bagi aku main sama tau.. padahal aku yang buat layang2 tu, grrrr... (nak2 jer aku lepuk budak kecik ni..!)

"acu, cek nak wau (layang2) ni bawak balik rumah cek..!"

aik.. dah laa tak bagi aku main sama, mintak nak kat dia sorang pulak.. tamak haloba budak ni..haish2.. sabar eyeNa sabar..

begitulah.. setiap petang mesti p main layang2 kat bendang yang dah takde padi tu.. tak lama lagi musim menanam sampai, tak dapat lagi lari2 kat bendang cam sekarang.. huhu..


layang2 yang aku buat hari tu cuma "wau kemetot" yakni wau segi empat jer..haha sesuai laa ngan anak buah aku yang baru tadika tu.. kalau aku buat "wau bulan" kang sekali ngan budak tu melayang..haha

sebenarnya ada beberapa wau yang aku reti buat.. "wau kemetot" yang paling asas.. yang lelain tu "wau kucing", "wau helang", "wau bulan" dan "wau kengkang".. haha nama2 agak pelik kan.. aku tak tau laa tempat lain penggil cane..

best taw main layang2 or wau ni.. aku sampai terbaring kat tengah2 sawah tu sebab penat kejar wau yang terputus tali.. huh...!!


semestinya tak best laa kalau g main sorang2 dan cuma ada 1 layang2.. hehe adik2 aku pown turun padang juga bersaing naikkan layang2.. dan adik aku sungguh bangga ngan "wau kucing" yang dia buat.. confirm laa naik lagi tinggi..siap ada bunyi lagi taww.. heh

riuh suara2 kanak2 lain yang turut bermain sama.. berlari2 kejar mengejar dan bersorak tatkala angin bertiup membawa layang2 terbang tinggi.. waaah...

"segarnya suasana ni.."

aku memejamkan mata sambil badanku rebah ditengah bendang itu dek kepenatan.. angin yang bertiup lembut menyapa tubuhku... suara burung yang turut terbang melintas pemandangan layang2 amatlah mengasyikkan aku..

dan kemudian turut rebah di bahuku seorang lelaki.. manja telatahnya..

"love u sayang.."

bisiknya..lalu di kucupnya dahiku penuh kelembutan..dan kemudian dia bingkas bagun dan menyertai permainan layang2 tadi.. aku hanya tersenyum.. memandang kebahagiaan yang sungguh indah untuk diungkapkan.. (^_^)

sultan pencen.. is is is.. aku hanya menggelengkan kepala sahaja melihat dia ketawa dek kerana layang2nya tersangkut di pokok.. gelak tawanya itu menghiburkan aku..

*****************


sejenak aku menghirup udara segar, jasadku bagaikan sudah berlalu dari tengah sawah.. turut terbang menggapai layang2 yang galak dibawa angin.. sungguh cantik awan nan biru kemerah-merahan.. ini terjadi kerana mentari sudah mahu terbenam diufuknya..

bunyi siulan burung makin kedengaran.. burung2 itu terbang pulang ke sarang.. hari melangkah senja.. layang2 sudah semakin rendah.. talinya sudah mula digulung semula.. suamiku dan adik2 juga sudah penat berada ditengah sawah melepaskan layang2 itu sejak tadi..

aku masih asyik menikmati pemandangan mentari yang kian hilang... sudah pukul 7 lebih.. kami pon berlalu meninggalkan tempat kami bermain layang2.. tunggulah esok.. aku pasti akan datang lagi jika nyawaku masih mengizinkan dan jika kudratku masih mampu berjalan..

"aku nak main layang2 disini lagi.."

aku bermonolog sendiri.. seperti pernah aku lalui saat2 sebegitu satu ketika dulu.. ketika usia ku belum mencapai angka puluh.. ketika aku juga mungkin seorang budak tadika..!! heheheee

*******************

hari ini aku dah berada di Kolej.. di Kuala Lumpur.. jauh dari angin desa.. teringin lagi nak main layang2.. kalau laa boleh main layang2 lagi kan best.. huhuu...

tanda tanya (?) : kamu pernah main layang2 tak?