eeeeeeeee....!!! aku rasa geram laa hari ni hari yang paling tekanan..!! sape yang baca entry ni pon mst tertekan kan, sorry.. tetiba je aku mulakan kalimahku dengan perasaan yang sangat2 tertekan..! stress!!
aku tak tau laa nak citer mcm mana.. aku ni dah taun 3 dah kat UM ni.. hari ni pekeliling baru dah mula dikuatkuasakan.. yang aku tak puas hati taun 3 takleh bawak kereta.. ok takpe lagi.. aku sabar.. relaks jer..
yang aku tak suka, masa aku taun 1 takleh bawak kereta hanya taun 2 dan 3 je boleh, takpe itu possible..
masa aku taun 2 plak aku still takleh bawak kereta.. hanya taun 3 je boleh bawak kereta tu..
sekarang aku dah taun 3, hanya taun 4 je plak boleh bawak kereta..waaaaa!!! ni kes apa mcam ni..? jauh2 aku dtg bawak kereta, tetiba nak saman aku.. dah laa kompaun RM150.. weii aku ni bukan bekerja, RM50 pon aku dah rasa banyak..! huhu.. tekanannyee..!!
tadi aku naik je moto aku, sebab takut kereta kena saman.. tapi moto aku lak masalahnye takde pelekat kenderaan.. bukan aku takmo buat, prosidur nak dapatkan pelekat tu punya laa banyak.. memula daftar online, then print, then bawak gran, bawak roadtax, bawak insurans kenderaan, bawak itu bawak ini dokumen tu dokumen ni... huhuhuuuu...
masalahnye, ayah aku baru post semua tu and ianya tak sampai lagi kat tangan aku sekarang... tadi aku kena tahan dengan guard..
**************************
"hey..! tak reti bahasa ke moto takde pelekat takleh masuk sini..!"
berhenti je aku kat sekatan jalan nak masuk AP Islam tu, aku dah kena sergah, cuba laa cakap berbudi bahasa sikit kan.. aku tahan lagi, wat muka slumber je.. lam hati dah panas ni..
"saya dah taun 3 ni, moto ni dah daftar online cuma takde pelekat sebab tak dapat ambik kat Pejabat keselamatan.. saya belum terima gran ngan insurans moto.. lain2 dokumen dah ada.. bila dah sampai yang ayah saya post nanti saya ambik pelekat kenderaan tu.."
"pandai2 laa kamu ni jawab..!! tak payah nak buat alasan..!! tengok semua kereta2 tu dah kena saman.. kena clain kat sini sebab takde pelekat.. kamu nak jadi mcm tu jgk yang berani tak ambik steaker lagi ni??!!"
dengan suara lantang dan tinggi pak guard tu sound aku. ee aku dah tertekan dah ni.. dah laa aku on d way nak masuk kuliah..
"saya dah lewat ni.. nanti gran sampai saya ambik steaker.. lagipon pekeliling ni baru sgt kuar minggu lepas.. post pon tak sampai lagi"
"Ahhh..!!! aku tak kisah.. kau pergi jawab degan pegawai tinggi..!! belajar pandai tapi tak faham bahasa..!!"
guard tu terus bernada tinggi dan di tengkingnya aku, panas sungguh aku time tu.. nak2 je aku penampar guard tu.. dah tak kira tua muda.. cakap elok2 tak boleh..eeeee!!! sabar aina sabar..
"ermm saya dah lambat ni.. nak masuk kelas.. mintak maaf sebab belum ambik steaker.. nanti petang saya ke pej. keselamatan lagi ya.. maaf.."
dan selesai je ucapan tu aku memecut laju motoku.. meninggalkan pak guard tu menjerit-jerit memaki seranah aku.. cis..!! tadi aku belajar pon hati tarak tenang je..huhu
************************
"takleh ambik lagi.."
kata seorang guard perempuan bila aku ceritakan masalah aku yang takde gran moto..
"tapi kak, saya dah daftar dah online. saya nak g baiki moto ni takde batry and kena isi minyak.. macam mana saya nak masuk UM kalau takde pelekat.. tolong laa kak.."
"itu masalah ko ler.." jawabnya endah tak endah.. waktu tu ramai yang sedang memohon steaker di pej. keselamatan..
"kak, ayah saya baru post.." belum sempat aku menghabiskan ayat..
"ko ni kan, asal tak fax benda tu je, kan ke senang.."
"mana laa ada fax kat kampung saya.."
"ish, orang sabah serawak yang lagi pedalaman pon boleh buat!" katanya menyindir kasar..
"masalahnya ayah saya mana laa reti nak g fax2 ni.. saya dah suruh post pon.. cuma nak tanya mcm mana nak kuar kalau takde pelekat ni nanti kena tahan, dah tu guard marah2 tengking2.."
"elok laa tu dah kamu ni tak usaha nak beli pelekat kenderaan.. RM10 je pon, beli benda lain boleh.."
"ni saya tengah usaha laa ni. datang nak mengadu nak explain.. mungkin lagi 2 or 3 hari baru dapat ambik pelekat kenderaan ni sebab gran akan sampai lambat sikit, saya datang nak tanya je takde penyelesaian ke dengan masalah saya.."
kataku masih lembut nada suaraku.. cuba menahan tekanan.. rasa mcm orang bodoh je datang merayu2 and tanya2 mcm mana tapi yang menjawabnya endah tak endah dah laa depan org ramai.. eeee!!!
"tak boleh.. tak faham bahasa melayu ke?! org cakap takleh ambik takleh laa!! bengap..!"
dia meninggikan suaranya sehingga semua orang disitu memandang aku.. hairan.. dan ada yang simpati padaku.. cuba mengangguk kepala dan seakan2 menyuruh aku jangan terus bercakap. dan mereka dipihakku..
aku diam seribu bahasa.. macam nak nagis pulak.. rasa letih.. sudah laa hari ni kelas full.. tekanan di sound pak guard pertama masih berdarah tambah luka lagi dengan kak guard tu.. huhu cakap elok2 tak boleh ke.. aku takde pon marah2 diaorg.. yang diaorg nak marah2 aku asal??
"terima kasih.."
ucapku ringkas dan aku terus berlalu dari situ.. perasaanku berbaur rasa hampa dan kecewa.. tak dapat jugak aku selesaikan masalah kenderaanku.. dapat malu and terhina mcm tu jer.. penatnyaa rasa lemah betul..
"tahan aina, jangan menangis.. kuat.. kuat.. chayok2 aina.. satu hari kalau org2 tu dalam situasi kita sekarang baru dia terasa mcm mana dia layan kita..sabar aina sabar..." aku cuba memberi diriku semangat..
************************
"wooiiii... keluar lebih dari pukul 7 malam.. g mana? g buat maksiat ka?"
teriak seorang pengawal keselamatan kepadaku yang baru melangkah masuk ke pintu asasi pengajian islam di nilam Puri..terkesima aku seketika dengan tuduhan tersebut..
"tak da laa.. kawan saya, ayah dia sakit tenat, dia mintak saya hantarkan ke stesen bus, secara tiba2 benda ni jadi. saya tak sempat nak maklumkan.. saya mintak maaf saya bersalah.."
"ko tahu tak aku boleh ambik kad matrik ko bawak kes ni ke peringkat tinggi, ko boleh di gantung dari belajar.. ko boleh kuar UM
"hah..?.. saya mintak maaf saya betul2 bersalah.. saya tak berniat nak kuar lepas pukul 7 malam. sekarang baru pukul 9.. saya betul2 p stesen bus hantar kawan saya lagipon saya bukan sorang, akma pon sama2 dengan saya.." kataku sedikit hiba sambil mahu merayu.. dan aku memegang akma menunjukkan kami berdua, tak mungkin ke tempat yang lain.. aku berharap agar aku dan akma dilepaskan..
"yaa.. kami g hantar kawan.. ayah dia sakit tenat, dia kena balik segera.. bus nak jalan dah lagi setengah jam tadi.. sebab tu kami hantar kalut2. bila kawan kami datang mintak tolong.." akma mula bersuara..
"ahh sini, bagi kad matrik kamu..! salah tetap salah..!! apa aku kisah korang kuar buat apa?"
sabar je laa.. aku diam je..akma dah nak nangis.. aku masih bertahan.. tapi tiba2 seorang guard perempuan pulak datang..
"wooii ambik pengajian islam kuar malam2 p buat maksiat kat mana? takmau cerita kat aku ka? seronok tak layan jantan?!"
katanya dalam nada tinggi.. aku dah tercabar ni.. sungguh berat tuduhan tu.. seolah2 aku dan akma adalah pelacur! sedangkan kami keluar atas dasar hantar kawan yang ayahnya dah tenat.. dan kerana niat baik kami tu kami di tuduh mcm tu sekali.. baru pukul 9 waktu tu.. lain laa kalau aku balik 3 or 4 pagi..
"kak.. kak perempuan, saya pon perempuan.. boleh tak kak cakap elok2 sikit dengan kami? kak tolong laa faham kami rasa apa bila kak tuduh kami mcm ni.. mak saya pon tak tengking saya gini.."
aku menepuk-nepuk bahu kak guard tu.. tapi boleh di jelingnya aku dan di teriaknya kuat2..
"berani kau menjawab!! kau kurang ajar..!!!"
hah? aku terhairan seketika.. sapa yang kurang ajar ni.. aku ke dia? hmm mungkin dia tekanan kot sebab kerja jadi pengawal keselamatan..kena berdiri kat pintu gate, tak duduk lam aircorn.. sebab tu dia tertekan. takpe biarkan je.. aku faham.. relaks aina relaks...
sebentar kemudian suaranya yang kuat menjerit2 memaki aku dan akma..dia seolah2 memanggil orang2 yang lalu lalang disitu berhenti menyaksikan kami.. seorg guard perempuan, mcm nak ajak aku bertumbuk pulak.. nasib nasib..
aku hanya tersenyum memerhatikan telatah guard tersebut.. mcm kes serius plak g antar kawan pon jadi masalah besar.. aku tinggalkan kad matrik di pondok guard.. biar laa esok exam takde kad pon.. bukan salah aku.. aku dah mintak maaf dan sudi di denda..
tapi jika cara mereka (guard2) memaki, menengking dan menjerit melolong2 mengutuk aku serta akma buat mereka puas hati biarkan je laa..
harap2 satu hari depa sedar, kita kena jaga percakapan..lisan Allah bagi sebagai nikmat untuk kita bercakap benda baik2.. lebih baik diam dari bercakap benda yang buat orang terasa hati.. dosanya kita tanggung sampai bila2 selagi orang tu tak maafkan kita..
tapi aku.. walaupun berat fitnah tu.. walaupun aku dimalukan mcm tu sekali.. aku dah maafkan.. biarlah dia sedar sendiri atas kata2nya.. Allah takkan uji aku kalau aku tak mampu.. itulah prinsipku..
sehingga satu hari, pengarah Asasi Pengajian Islam mendengar aduanku.. tu pon sebab aku ditahan akibat takde kat matrik.. aku berterus terang je, tak patut aku dimusuhi pegawai keselamatan.. di tuduh mcm2.. dan aku rasa nak berhenti dari belajar kat situ.. terasa susah jugak nak jd orang baik2 ni..
dan ustaz Rushdi (ketika itu pengarah Asasi APIUM) telah memberi aku semangat dan beliau yang dapatkan semula kad matrikku dan akma dari guard.. aku tak tahu apa yang beliau tegur guard2 di situ..
But in the end, aku di panggil oleh ketua guard ke pejabat keselamatan.. mula2 aku fikir mereka mahu menambah lukaku.. mahu mencaci aku bermacam2.. tapi aku hairan bila semua guard tu mintak maaf kat aku.. aku tak buat apa2 pon.. just senyum and bagi salam setiap hari kat diaorg walaupun sesampai je aku kat depan diaorg, diaorg perli aku pedas2.. sabar.. sabar..
dan aku cakap gini past aku bgitau aku tak kisah pon mcm mana diaorg layan aku.. dalam sedih2 tu aku kata..
"saya duduk jauh dari kampung, dari mak ayah saya.. saya anggap pakcik2, abang2 dan kakak2 guard kat sini mcm saudara saya yang selalu nak jaga keselamatan saya.. saya ucap terima kasih.. tapi saya tak boleh bila ada orang tengking2 saya. mak ayah saya tak ajar cara tu. kalau nak nasihat saya saya lebih suka cara lembut.. hati saya mcm tu.. saya dapat terima cara yang berhikmah.. bukan tuduh2 mcm2.. saya jadi tertekan, apa yang saya tak buat jadi bahan bualan.. memamg saya jenis menjawab.. tapi saya jawab yang betul2.. bukan sengaja nak menjawab nak tambah2 cabar orang yang paling saya hormat mcm kak2 abg2 dan pakcik2 semua. cuma nak tegakkan kebenaran. semua orang nak bela diri sendiri.. saya pon sama.."
kataku sebak.. ada air mata bertakung.. entah kenapa.. bila dah luahkan rasa dihati.. sayu pulak. fikir sanggup depa layan aku mcm tu sekali.. sungguh kejam manusia bernama guard...hahaii
*********************
dan peristiwa itu berlalu sudah 5 tahun.. semasa aku masih di asasi UM.. hari ini peristiwa itu seakan2 berlaku semula.. dalam suasana yang lain tapi situasi yang hampir sama..
peristiwa 5 tahun lalu kembali berpaut di kotak mindaku.. mengingatkan aku kembali dengan apa yang pernah aku alami di Nilam Puri.. biarlah.. kalau kita diam, senyum terus hormat.. satu hari mereka akan sedar..
huhuuu aku pernah benci guard satu masa dulu.. hari ni aku benci lagi.. tapi aku pernah memaafkan mereka.. dan hari ni, walaupun aku mengalami tekanan perasaan sebab mereka, aku tetap akan memaafkan.. kita manusia biasa tak lari dari kesalahan dan kesilapan..
semga rezeki yang hahal yang mereka cari itu padanya ada nur dari ilahi.. menyuluh mereka menuju kesejahteraan dunia dan akhirat.. hatiku remuk hari ini.. aku ubatinya lagi sendiri.. dan jika hati mereka remuk esok hari aku dan kebetulan aku yang dicari.. akanku baluti luka2 mereka dengan kesabaranku...ahaiiii
tetiba rasa tenang dah luah kat sini sory kawan2, DIN, MADIE and ROBINHOOD yang tag tu aku jawab past ni eh..ahaaiii..
15 comments:
ko nampak x nama guard tu kat tag depa?kalu ko nampak...meh sok kite serbu...ak agak panas dgr mende2 ni..
stiap perkara itu ada hikmahnya...jdikan ia sbgai landasan tuk kta dimasa akan dtg...bkn senang nk jdi senang, bkn susah nk jdi susah...
salah guna kuasa guard tu
memang tekanan...
kerana itulah mereka di situ sebagai guard... hanya ilmu dan amal yang memisahkan seseorang dari yang lain
rilex ba ko....
kalo ak ar..
ko lekat pelekat tu di muka pak guard tu...bru dia taw...hahaha...
hrp usulku ditrima..hehehe~
kesian adik akak nih..sabar je le dik...kita ni org2 bwhan mmg gitu..slalu jd mangsa...ee mangsa buli...kalu dh jd cikgu cam akak ni mkn byk kerenah yg kena kita hadapi..ok semoga tabah ye..
kesian adik akak nihh...sabar ye dik..mmg kita org2 bawahan ni slalu kena tindas....kata org 'saya yg menurut perintah'..semua tu dlm keterpaksaan...
siann nye ko kene camtu......
huhu.....
sabo je r......
diorang ni memang.....
buat keje last minute pastu yang kene bahangnye kite3 ni...
huhu....
mmg tekanan btol..huhu..
x sangka plak seteruk itu sikap guard2 kat um ni..
sabar je la aina..setiap yg berlaku ada hikmahnya..
Allah syg ang sbb tu Dia bg ujian ni kat ang..
sabar byk2 ye..bt x tau dah la dgn diorg tu..
senyum2 selalu.. :-)
sabar la
mangsa diskriminasi pihak pengurusan
lg 1 apsl teruk sgt pak guard tu
ahaii tekanan laa jugak kan. tapi dah lelama ok jer..hehe jangan wisau yaa.. i'm ok..eheh
sabar aina sabar...
sabarlah ye shbatku cek aina...mmm besa lah UM ni mmg mcm ni..ada ja pmbaharuan yang mengejutkan..kdg2 xsmpt kita mo terima..huhu...
apa kata tenguk teratai dalam blog saya...mungkin dapat kurang kan tekanan...
huuuuu.
kalau aku..xlama guard ni..
mujur aku tgok teratai ijad..
pape hal punn..
kepada kawan2 kat um..
sabaq ehh.
agak depa banyak cakap ja hangpa bubuh tisu laa.
tang mana pun xkisah.telinga kita kaa..mulut depa ka..
hahahaha..
sabaq la noh..
seminggu punya notis terus dikuatkuasa...
mmg x aci
Post a Comment