Aku sendirian di kamar yang sepi ini.. hanya jari jemari masih gagah menari di setiap papan kekunci komputer ribaku.. sedang hati ini entah kenapa bersarang resah gelisah.. sesekali aku merenung inai yang masih merah di jari. sejenak, fikiranku mula melayang merewang-rewang jauh ke 15 tahun yang lalu.. tika itu usiaku baru 7 tahun.. sambil mendengar lagu, aku melayan perasaan…
*****************************
“mak.. cek nak pakai inai ni.. mak tengok laa inai yang pak tanam dah ada banyak daun ni..”
izin laluan, tu gambar inai yang aku pakai masa di Oman hampir 3 minggu lalu.. 1st time lukis2 gitu kat lengan..
Aku tertarik dengan inai sebab waktu aku kecik2 dulu, kawan-kawan kat sekolah suka sangat pakai inai..
“haa kalau nak pakai, cek kena tumbuk dulu daun inai tu..”
“tumbuk tu macam mana mak..?” soalku yang masih tidak faham percakapan ibuku (maklum laa baru darjah 1. masih blur..)
“oo ambik daun inai tu masuk kat dalam lesung batu.. tumbuk laa.. bukan tumbuk macam ni..” mak menunjukkan gayanya menumbukku manja..
Kemudian kami hanya ketawa.. mak menyambung kerjanya.. di siramnya pokok-pokok bunga yang makin menguncup tatkala petang menjelma.. jam sudah 6.30 petang.. ayah belum pulang dari meniaga. kami ada sebuah kedai runcit kecil di kampung.. ayah dan mak yang usahakan lepas balik dari mekah 2 tahun lalu(1992)..
“yeeyeey.. pak balik.. yeey yeey…!” adik mula bersorak apabila kelibat ayah mula mengisi ruang matanya.. adik berlari-lari memeluk ayah.. aku turut mengejar adik menuju ke arah ayah.
“pak.. bawak alik ais teyim dak?” adik sudah mula meminta-minta ais krim yang selalunya ayah akan beri setiap kali balik dari meniaga.
“ni.. hari ni lebih satu ja.. bahagi sama banyak dengan kak tau..” ayah menghulurkan ais krim tu kat adik.. adik membawa jauh dari aku.. waktu tu aku sangat marah sebab ayah dah suruh adik kongsi dengan aku.. aku menengking adik.. aku rebut ais krim tu dari tangan adik..
Kemudian adik menolak aku jatuh.. adik lelaki aku cuma muda setahun dariku.. kerana itu agaknya kami sering begaduh. Biasalah budak-budak..
“kak..! ni ais teyim kita..!”
Adikku membahasakan dirinya ‘kita’. Mak tak pernah ajar kami untuk cakap "aku" "ko" atau "hang" tapi mak lebih suka memanggilku dengan nama atau perkataan ‘cek’..(panggilan orang utara bermaksud saya).. jadi aku dan adik beradik tak pernah bercakap ‘aku-aku’..lihatlah betapa bagusnya bimbingan mak ayah kita kan..
“perkataan ‘kita’ tu cikgu cakap kat sekolah kan maksudnya untuk 2 orang atau lebih..haha jadi ni kena bahagi 2 laa.. bukan makan sorang..!” aku teringatkan kata-kata cikgu Rohana yang mengajar bahasa Melayu hari ini di sekolah..
Adik kelihatan tidak berpuas hati, di ambilnya batu dan dibalingkan padaku.. bertubi-tubi.. aku cuba mengelak.. tapi tiba-tiba terkena di dahiku.. apa lagi, aku terus marah dan membalas perbuatan adik..kemudian, batu2 kecil yang aku baling, salah satunya terkena tepat di dagu adik.. dagu adik berdarah...
apa lagi.. Adik merebahkan diri di halaman rumah.. lalu menangis sekuat hati.. aku dah mula rasa bersalah.. belum sempat aku memujuk, mak yang tadinya leka menyiram bunga datang dan merampas pula ais krim di tanganku..
“ni kenapa kelahi ni..? sapa mula dulu..?!” nada mak agak tinggi..
“adik baling batu kat akak..” jawabku sambil air mata bertakung..
“akak tak bagi adik makan ais teyim..” adik pula menjawab sambil menangis..
“haa ni ada satu share laa.. yang sikit buat cara sikit..” mak membahagikan ais tu dan akhirnya aku dan adik mengalah..
“Na.. tadi cek kata nak kutip inai.. p laa ni.. satgi malam.. dah dekat pukul 7 ni.. p cepat..” mak memberi arahan..
sebentar kemudian adik datang menolongku mengutip inai.. seolah-olah adik sudah lupa bahawa aku telah mencederakan dia kerana ais krim tadi...
********************************
haa kesian adik, 3 hari lepas adik hantar aku datang kL ni.. aku dah janji nak drive ganti2 dengan adik.. tapi last2 adik yang bawak kete sampai UM ni.. dah laa kancil je, ada jugak adik mengeluh sakit pinggang.. dah tu aku tak sempat belikan adik air sebab pak Tam dah datang jemput adik ke Selayang..
Dan aku tak sempat tunaikan janjiku untuk bawak adik jalan2 kat KL sebelum adik balik sebab semalam adik dah pulang ke kampung lepas dapat berita pemergian abang Zain..
gambar di atas tu adik dan aku.. masa kat kawasan rehat Bukit Gantang, Perak. kami berhenti solat makan bekal yang mak bagi..
aku rasa sebak bila teringatkan adikku..pengorbanannya untuk tinggal di kampung menjaga mak ayah amatlah besar.. adik sanggup tinggalkan bidang "automotif" yang dia minati semata-mata untuk bersama mak dan ayah.. adik dah kahwin semata-mata nak seseorang bantu adik uruskan rumah di kampung dan masak untuk mak ayah, teman mak ayah..
::::::::::::::::::::::::::::
"adik, dah sampai kampung ka? kesian dia kita tak sempat nak bawak jalan2.. tima kasih sebab teman kita.." aku mengirimkan mesej buat adik..
"takpa, kita dah sampai kampung.. abang Zain dah selamat dikebumikan dah.. kita tak kisah pon.. nanti2 satu hari kita mungkin mintak tolong kak pulak.. akak nanti keja kerajaan, kita dok kampung ja.. mcm ni laa yang kita dapat tolong kak pon.. nak tolong duit2 kita laa yang paling susah nanti2.. sory.."
balasan mesej adik membuatkan hatiku sedikit berbaur kesedihan.. sedih tak dapat layan adik elok2. dari kecik pulak tu..
"adik, nanti kita dah keja ada duit banyak kita bawak adik p bercuti, kita nak bawak mak ngan pak jugak.. sory kita dok jauh..dia jaga mak pak elok2 k.."
janjiku buat adik.. hujan renyai2.. suasana seakan masih muram.. walaupun aku terkadang menghiburkan hatiku dengan membaca blog rakan2.. tapi bila teringatkan kisah hidupku.. dan dalam tidak sedar air mata jatuh lagi membasahi pipiku.. (mungkin masa ni, minggu emosi tak stabil kot)
***********************
Lagu di komputer riba semakin mengasyikkanku, lantas mengembalikan aku semula di suasana malam ini.. tarian jari jemari makin lemah.. aku sudah mengantuk.. namun mataku sukar untuk lelap.. aku meneruskan coretan.. bercita-cita mahu berkongsi kisah hidup sebagai tauladan dan sempadan.. buat pengajaran kepada sesiapa yang sudi membaca luahan sepiku.. inai di jari aku perhatikan.. “cantik juga bila berinai.. dah lama tak pakai inai ni..” dalam sayup malam… entah kapan waktunya.. aku telah terlena.. zzzZZZZZ
13 comments:
uih cepatnye adik hg naik badan..
well..paham..kawen dh kan..
(nih yg ak takut nk kawen ni ;P)
btw...cantik design inai tu..
kawen dah ka?? aku keciwa!! ekekekeeke.. baguihlah.. pakat bek2 adik beradik...
:D
hehe ahaii awat tu takot2 mcm da tak sabar je..ngeeh ngeeh.. err bukan i lukis sendiri.. kawan2 oman yg buat tu..ahak.. tgk tangan laa..kui kui..
berinai cam buddha..
huhuhu..
waaa tahniah2!
err aduka.. apa yg kamu kata tu..huhu inai tu sye dan kawan2 pakai masa kat Oman.. orang arab pon pakai inai dan inai tu tak salah.. Buddha??! emmm.. :-(
cantiknya inai! nak jugak. hehe
hahaha.. takot3..
=P
mujur ad 2 belah je tgn...kalu dak...
pakai habis la pkok inai kena tebang..
hahaha
nk pinjm tgn cek ka?
hahaha
oh no..
tgnku diconteng..uwaaaaaa
hahaha
uweeekkk...!!!!
haha..
sua tgan kat dia...lukis la..
xpa..xpa..
hahaha..
baiknya hati adikmu
eeei...akak pun suke berinai...tpi xsuke lukis2 smpai ke tgn...stakat kt jari jemariku yg ayu je...ahaks...sygilah adik bebaik ek...awk tuh 2org je adik bradik...akak ni 8org...
Post a Comment