:: mereka Terhebat ::

Sunday, September 6, 2009

Tahniah Naim..! konvokesyen 2009 UKM..

assalamualaikum semua.. bertemu lagi kita di hari yang mulia bulan yang mulia ini.. ewah.. berdirinya saya disini.. *err leh berdiri ke lam blog? padahal taip sambil baring je ni.. isk..

ok2 teruskan ke story hari ini.. *padahal dah lama citer ni.. sengaja aku kasi pekasam sikit citer yang bakal aku sebut ini.. hehe.. siapakah mamat di bawah?


alamak aku dah letak nama beliau lak kat gambar tu.. naim.. anak buah aku yang dah konvo baru2 ni.. ahaii tahniah kepada beliau.. sekarang dah jadi RA sambung Master and tak lama lagi nak jadi lcture.. bagus2.. aku bangga dengan beliau.. ngeee

siapa itu ekin? beliau adalah roommate aku masa 1st year kat UM ni. past tu beliau sekarang telah menjadi kekasih hati Naim.. haha *tak lama dah mereka nak kahwin tu.. isk

ada orang cakap muke aku and ekin lebih kurang or ada iras.. yer ke? hehe mybe beliau bakal menjadi ahli keluarga aku maka dengan itu orang selalu cakap gitu.. "ada jodoh maknanya tu.." hahaii.. *cuba perhatikan.. yerke?

mari2 aku ceritakan dari mula2 yer.. bertolaknye awal jugak laa lam 9 pagi.. haha sempat berkhoye2 sebelum drive g UKM.. haa aku yana and ekin bertiga ke UKM di pagi yang indah.. layan...

sesampainye di UKM.. naim dalam dewan.. so kami bertiga berkhoye2 lagi.. tempat mana takde gambar kami? haha.. amat seronok bergambar.. kemudian g beli bunga and tedy bear untuk naim.. *comel ape..

tu dia.. naim dah kuar.. terimalah hadiah yang sangat2 best tesebut.. isk.. muka mcm budak tadika jer naim ni tau.. kui kui..

begitulah kisahnye.. aku sempat try pakai jubah konvo tu.. hihi.. terperasan sebentar.. aduii tak sabar jugak nak konvo tau..

haa aku jugak jumpa dengan kak Nab.. my sister.. ibu naim..

"jom ambik gambar ramai2 dengan Naim.."


tetapi, di satu sudut kak Nab hanya berdiam diri.. mungkin terkenangkan seseorang yang sepatutnya hadir di hari Konvo tersebut.. dan adalah menjadi satu kesedihan tatkala kakak aku menitiskan air matanya sambil memelukku..


aku tahu kakak aku sedih kerana di hari yang bertuah buat naim itu, tiada seseorang disisinya.. abah naim.. suaminya.. abang iparku.. arwah telah pulang ke rahmatullah sebulan sebelum Naim konvo.. apakan daya takdir yang esa tak siapa dapat menentangnya..


aku hanya memujuk, menahan air mata dari mengalir..
"kak Nab mesti kuat.. jangan menangis kak.. naim dah berjaya, kita doakan yang terbaik.. yang pergi takkan kembali.. kuatkan hati kak.. semua orang dapat kuat kalau kak Nab kuat.."


semakin erat pelukkan itu. dan kemudian aku tertewas.. aku tidak berdaya menahan sebak. memikirkan kesayuan di hati kakak kandungku yang mendambakan kehadiran suaminya bersama.. aku menjadi sayu.. entah bila.. terasa hangat air mataku jatuh ke pipi..


lantaran itu aku cuba menyembunyikan air mataku dari dilihat oleh sesiapa, bimbang suasana semakin suram.. kemudian aku lakarkan senyuman bagi merawat segenap lara di jiwa..


aku berusaha memujuk, senda gurau aku hidangkan.. kak nab tertawa melihat telatahku.. lega rasa dihati.. apapun..


"TAHNIAH buat Naim.. kita mesti BOLEH..!!"


itulah... sehingga hari ini aku masih mengingati.. konvokesyen UKM 2009..dalam kenangan..

14 comments:

aslam said...

tahniah naim..
pasni mesti plan dh siap ngn plan besar2.

thniah22

myQza said...

tahniah naim..

kenang jasa ibu dan arwah ayah.. :)

piNky LuCiA said...

tahniah naim...

berkhoye2 tu ape? huhu

Unknown said...

tahniah naim ..sudah konvo ;)

::yNa_puRple:: said...

nati ko dtg konvo aku plak ye... eh2 xingt kite same2 konvo ari 2 ko dtg aku pun dtg... jgn lupe bnge skali ye...hehehe
tahniah naim jgn lupe jase org tua mu.... walau dimana ko berada... nati kawen jemput aku...ish tibe2 plak kawen ni...hahahaha

:: eyeNa :: said...

hahaii semua org ucp tahniah2 kat naim.. bila laa nak ucap kat aku kan.. hahahaha

yana:

sure meriah konvo kita nanti.. ngeee

Anonymous said...

tahniah

Kapten Luffy said...

anak buah? sebaya jer dengan ko

makcik muda ler ko ni

:: eyeNa :: said...

hehe tau takpe.. memang laa i maksu yg muda.. hihi..

:: eyeNa :: said...

pinky lucia:

haha sory2 lambat bgtau.. berkhoye2 tu apa eh.. i pon tak tau.. hahahaha hantam ja..

ieda said...

Yang pergi tetap pergi... bagi kita yang mengenali arwah Abg Zain pasti akan merindui senyuman dan gurauannya... pemergiannya tidak dijangka..semoga kak nab dan anak2nya tabah dengan dugaan dariNya

aslam said...

motivasi penuh kak ida...
suka suka suka

NzA said...

wah, ank buah dh besor pnjang ye..tahniah le utk naim gak...

:: eyeNa :: said...

alhamdulillah.. ngee