:: mereka Terhebat ::

Saturday, August 1, 2009

adakah ini satu kejutan...

Tanggal 31 bulan 7 yang lalu, bukan 31 bulan 8.. haha..

Tepat jam 12 malam pada 31 haribulan 7 tahun 2009 tersebut.. bermulalah satu kisah yang benar, lebih benar dan benar2 belaka.. kisah yang kini aku kategorikan sebagai “a moment to remember”.. ianya bukanlah tajuk sebuah filem.. tapi satu ceritera dalam perjalanan hidupku.. ewah2..




*********************.


Aku baru balik dari latihan silat.. jam menunjukkan 11.01 malam.. suasana sepi sepanjang perjalanan dari dewan exam tempat latihan silat diadakan. Aku bersama makndak suraya menuju ke kereta. Angin dingin menampar ke jasad.. seram pula..

Aku pandu keretaku denganb penuh berhati-hati kerana jalan di UM agak berbonggol dan sedang di naik taraf. Tiada banyak kenderaan lain menyusuri jalan ke kolej 8.. kolej yang terletak jauh di pinggir bukit..

Hatiku berdebar-debar. Tidak banyak perbualan aku dan makndak seperti selalu.. sunyi.. diam.. Hanya radio sahaja bersuara. Kemudian sayup2 terdengar bunyi yang pelik..

Seolah2 suara perempuan mengilai.. dan ianya menyebabkan badan kami seakan-akan tiada darah lagi..menggigil tiba2..namun aku terus meredahi pekat malam untuk pulang ke kediaman kami.

Aku hanya diam.. makndak pon sama. Kami cuba menumpukan perhatian terhadap bunyi tersebut. Dan kemudian kami saling memandang..

“bunyi apa tu..” tanyaku kepada makndak.. tapi tiada jawapan yang diberi.. makndak hanya menggeleng.. mungkin makndak penat takda mood nak bercakap.. fikirku sendirian..

Sayup2 terdengar perbualan pula.. seperti suara itu datang dari tempat duduk belakang keretaku..

“saya takut..jangan pandang belakang. Jangan.. saya takut bila kereta berhenti ada sesuatu datang dan tiba2 lembaga terjun kat cermin depan.. itu hantu...!” suara seorang kanak2 perempuan yang ketakutan mengadu kepada seseorang yang lain..

“ni bukan main2. ni betul2.. masa dalam perjalanan akan ada sesuatu yang ikut dari cermin kereta. Dan masa tu bila pemandu toleh tengok cermin. Ia adalah kepala manusia..!”

Tersentak aku dan makndak.. siapa yang berbual di belakang keretaku? Siapa?

“weh ni radio apa ni?” makndak sudah marah2..

“haha mana laa aku tau Hot fm kot..” jawabku selamba..

“tutup!”

“okey set..”

Dan kemudian aku pon tutup laa radio.. haha seram tak? Haha.. saja kasi suspend.. ahak sowie2.. and waktu tu kami dah sampai pon ke kolej.. dan makndak ajak aku p teman dia beli burger.. arr penatnya belatih silat..




********************.


“aina jom laa malam ni birthday yana.. aku nak belanja hangpa kat cafĂ© kolej 10..”

Sms ekin aku baca.. aduhai lupa pulak aku patot balik cepat2 lepas silat tadi.. jam dah 11.30.. aku pon belum solat isyak lagi.. dan kepenatan telah melanda diriku ini..

“satgi laa aku p.. hangpa p dulu aku p lewat sikit..”
Balasku ringkas. Dengan harapan ekin dan yana akan ke kolej 10 membuat oder terlebih dahulu.. bolehlah aku rehat sebentar..



*********************.


Sedang aku minum jus carrot susu di bilik.. ekin datang..

“laah minah ni.. boleh dok minum2 lagi.. cepat laa jom p..”

Kata2 ekin sedikit membuat aku tersentap. Dah laa penat tak habis lagi.. di paksanya pulak aku..

“laa awat hang tak p lagi.. adoii..aku letih ni nak solat dulu..”

“mak aku kata boleh solat sampai pukul 4 pagi..” kata ekin berwajah serius..

“err ustaz aku ajar isyak sampai tengah malam ja..”

“alaa boleh laa.. cepat la cepat2..”

“eee hang jangan buat kalut..! p laa dulu..!”

Aku dah mula emosi.. aduhaii…

“takmau2.. nak tunggu hang jugak! Cepat2..”

“eeeee!! Aku letih laa aku nak solat dulu..”

“aku tunggu..cepat laa cepat..!”

“kalut laa hang ni..! huh!”

Aku beredar meninggalkan ekin sendirian dibilik dan aku berwuduk.. masa tengah ambik wuduk tu terasa bersalah pulak layan ekin mcm tu. Padahal dia nak ajak aku sambut birthday yana.. huhu sorry..




************************.



“weh yana jom.. ni aina ni letih kecian dia..”

Ekin berbual dengan yana sambil kami berjalan2 untuk ke kolej 10.. lagi 3 minit tepat jam 12.. aku dah berniat nak nyanyi je lagu birthday walaupun kaki belum keluar lagi dari kolej 8. kolej kediaman kami bertiga..

“weh tengok tu ada orang lain sambut birthday jugak laa!”

Kataku spontan tatkala aku nampak ada lilin dan kek di pondok rehat kolej 8.. agak teruja untuk mengetahui siapa yang birthday sama dengan yana.. 31 julai..

Langkah kami bertiga laju mahu mengintai gerangan di pondok..tapi.. ada satu wajah yang aku kenal..sangat2 kenal..

“naim..!” jeritku apabila terpandang naim anak saudaraku..

“taraaaa!!! Surprise! Happay birthday!” rupanya nurul, adila dan wani juga disitu.. apa semua ni?

“ooo ekin hang kata nak p kolej 10..eeeee!! aku pon hang pekena ka? Ni kan birthday yana..awat aku pon kena!”

Aku dah membebel dah.. start dah..

“hahaha tengok laa kek tu!.. aku nak sambut birthday hang jugak.. happy birthday aina..”

“arrr terharunya.. aku dah termenjerit… arr wa kena beb!”

tu keknye!! haha tapi gambo2 lain banyak lagi aku kat camra naim. aku sempat ambik gambo kek je tu pun pakai handset aku.. tup tup handset tu habis batry.. nanti2 kalau aku dah copy semua gambo2 kami aku upload sini.. ngeee sedap wooo kek tu.. lazat!! yummy!!
*************************.



Terima kasih ekin, Naim, adila, wani dan nurul yang kasi aku n yana surprise ni.. aku sangat2 terharu.. dah sebulan pon berlalu birthday aku.. tak sangka masih disambut..hahaha tu laa birthday aku time cuti sem camna nak sambut kan..ahaii macih kawan2..

14 comments:

white rose said...

amboi...sonok dia ade org smbut busdey w/pun dh sbln...nti bile dik dh ngaja, student mesti bg hadiah tau...lgi beh...

fiz mr.beloved said...

wlpn dirimu tidakKU knl namun lubang hidungKU tetap mnjadi pujaan hatiKU..haha

'selamat berkenal-kenalan k'

:: eyeNa :: said...

to ustazah dylla:
yer ke kak dylla? bestnyee tak sabar nak jadi cikgu.. hehe bukan nak hadiah laa.. err tp boleh jugak kalau org bagi. ngee...

to fiz:
ohoo 8th collage! hungga!!

NzA said...

suspen!suspen!suspen!.....

white rose said...

iye...nk plak bile ade partner in crime...lgi beh...akak ade partner in crime kt sek ni...kami ber3...ktorg tiap2 thn sure tukar2 hadiah tau...ktorg nye bsdey slang sbln...8,9,10...nti bile mu dh msuk ngaja anak2 murid sure tny "ustazah, besday ustazah bila???"...tym 2 xcited nk bgtau besdey kta...~wahahaha

NAIMKN said...

luuu kenaaa beb...wei,gambaq dh ada kt ekin..p amik la..huhu..jgn lupa buh gmbaq special kita dua..huahuahua

myQza said...

wah!! best ada kwn cenggitu.. :)

:: eyeNa :: said...

ahak.. tak sbar nak sambut birthday lagi.. hihi harap2 ada lagi waktu untukku.. ahaii

Anonymous said...

nak gmbr.??..2keping 10ingit..ngeeee...
-pit2-

Unknown said...

hahaha~ wat suspen je posting tu. ingatkan jumpa antu ke, cik ponti ke.. rupanya cik radio je...

aslam said...

xkira..la jadik ckgu jugok la gitu..
hehehe

happy besday..lagi skali utk bulan ke 2..

kan tiap2 bulan besday i..

sape kata,ling??
hehehe

Guru said...

bab hantu tu saspen...

dzul fahmie said...

eleh wat saspen je....huhuuhhu

:: eyeNa :: said...

hehe.. saje je tu muqaddimah..