:: mereka Terhebat ::

Tuesday, August 4, 2009

Mesej hangit...

Hari sudah lanjut petang.. senja pula melangkah tiba.. aku sendirian berfikir.. sehingga kemudian menjadi kosong.. seakan tiada apa dalam kotak mindaku..


****************

sedang aku menjamah kuih yang aku beli di Akademi pengajian Islam tadi, aku dikejutkan dengan deringan handphone.. dan spontan aku menjawab panggilan tersebut tanpa banyak berfikir.. sebab nombor yang tertera tiada dalam senarai contacts.. mungkin ada panggilan penting...

aku bersuara.. tetapi tiada respon dari corong telefon..

"emm orang silap nombor kot.." fikirku selamba dan panggilan terputus...

aku terus menikmati kuih yang masih berbaki.. dengan air teh..

tiba2 pula aku menerima mesej di inbox handphone tadi..

"is aduii kredit aku..."

lebih kurang gitu laa bunyinye.. haha tu laa tepon tak cakap.. kan ke dah habis kredit.. aku bercakap sendirian...dan aku tertarik untuk membalas mesej tersebut..

"sapa eh? sory aku angkat aku tak tau nombor sapa.hahaha"

itulah ayatku.. dan kemudian di balas pula..

"anda terkena msj hangit..!"

"ceh.. ee sapa ni. haha nk pekena aku konon aku ada tulah satgi hang jd apa2 aku x jamin. haha sapa ni.. adoi2.. msj hangit laa pulak.. ekk.."

lebih kurang gitu laa kot aku balas.. aku tak ingat sangat ayatnye tapi maksudnya mcm tu laa.. adoii sapa eh msj aku? farah fauzana ke faizal kat hot fm eh?

dan pemilik nombor berkenaan balas pulak msj aku.. katanya jangan doakan dia tak elok sebab dia nak doakan aku supaya cepat kahwin... dan aku dah tergelak sorang2.. haha..

"hahaha.. lawak laa hang ni. haha aku dah bergolek2 dah tergelak2 dah. pandai wat lawak noo.."

balasku sambil terketawa terbahak2.. tak pernah2 lak dapat msj gitu.. sapa laa nak kenakan aku ni.. adoii..

"hahaha.. aku doakan hang dapat kahwin ngan jejaka idaman hang.. tapi sebelum 2 bagi dulu nama penuh jejaka idaman hang 2 dulu. biaq aku doakan yang baik2 utk hang.. hang nak kahwin kan.. aina hang buat apa sekarang? ada kelas ka?"

tetiba aku dapat lagi msj dari beliau yang aku tak kenal tersebut, tapi kali ni aku tak balas.. ngee.. saja nak hangitkan keadaan..

"cek oii! penat aku dok wait msg hang. hang plak wat ignore je.xpe aku setia wait hang. ke nak mengadu kat jejaka idaman hati.. hehe jangan laa mengadu kat beliau aku nangis ni.."

itulah mesej berikutnya yang aku terima.. eh eh.. dah cuak dah aku ni.. sapakah gerangan orang yang msj aku ni.. adoiii.. dan aku pon balas laa pulak.. ayaii berbalas2 msj plak..

"hah? adoii.. aku xlayan kalo msj memain. bgtau aku dulu kamu sapa?"

chewah konon2 aku dah tegas laa tu.. hehe..

"nanti kamu marah sama sy.. sy ketakutan dong.. janji jgn marah sama sy dulu mbak aina.."

haha.. orang indonesia ke yang pekena aku ni? suspen sungguh.. dan kemudian tertera di skrin nombornya.. aik beliau tersebut call ke miss call ni.. ermmm aku angkat laa and jawab..

"hahahaah msej hangit..!!"

suara perempuan.. ceria dan riang sekali setelah dapat kenakan aku.. eh farah fauzana ke call aku ni? haha aku dah terperasan dalam hati..

"arrrrrr... arghh.."

jeritku penuh excited.. hahaha.. konon2 dah masuk suara lam radio kot..

"hahahaha..." dan orang yang call aku pon dok tergelak2.. adoii mcm aku kenal pulak suara tu.. tak mcm farah fauzana pon ni.. aduss... dan tetiba aku tahu..

"lina..!!"

aku dah mula meneka dan aku pasti ianya betul.. sebab sebelum ni aku pernah buat panggilan hangit pada beliau.. nampaknye beliau dah kenakan aku balik.. adoii.. nak kena betul adik aslam ni.. haha

"ooo kenakan orang ye.. nak kena ni.. jaga laa ada ubi ada batas.."

ugutku tapi kemudian di selangi hilai tawa kami jer.. dan aku berborak dengan lina sampai laa kredit beliau habis.. then aku topupkan balik kepada beliau. ngeee yer laa aku laa yg cakap banyak.. is is is.. seronok berbual dengan beliau..



*******************
jam sudah 7.40 malam.. aku belum berganjak dari meja study.. kuih yang aku jamah tadi masih ada sesuap.. tapi tidak terdaya pula nak aku kunyah..

panat ke aku? letih ke? takde laa...

aku merenung keluar jendela dari kamarku.. hari sudah berlabuh senja.. malam pula akan tiba.. bulan hampir penuh sudah menampakkan sinarnya yang gah..

lagi 2 atau 3 hari lagi tentunya sinaran bulan itu makin teserlah.. menunjukkan lagi 15 al-yaum menuju ke bulan ramadhan. bulan berkat bulan maghfirah bulat ibadat.. bermakna juga nisfu sya'ban akan menjelma..

hatiku masih bercelaru.. ada sesuatu yang menyentuh jiwaku.. membuat aku berfikir tentang "sesuatu" yang tak terluah di sini.. hanya Tuhan yang mengerti.. hanya lina tadi yang mungkin memahami..


*****************

tanggal 18 JULAI 2009 lalu..

"hello.. lina ke ni.. happy birthday!" ucapku tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu..

"err terima kasih.. ni sapa?"

"hahaha anda telah mendapat panggilan hangit..." jeritku..

"errr.. arghh.."

lina juga termenjerit.. hehe.. saja aku nak suprisekan adik Muhammad Aslam.. lelaki yang sudah lama menjadi raja di hatiku.. sudah 4 tahun...

Lina adalah adik Aslam yang sebaya dengan aku.. sebelum ni aku segan nak berhubung atau bercakap dengannya.. bimbang juga aku tidak diterima.. tapi alhamdulillah.. sepanjang perbualan kami aku rasa dia mungkin selesa denganku.. tapi itu cuma jangkaanku sahaja..

sesungguhnya aku agak takut.. risau resah juga gelisah apabila memikirkan "masa depan".. aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.. bimbang hajat di hati tidak kesampaian.. namun aku akur atas segala-galanya dan aku akan bersedia walau apa juga... chayok2 aina..

"macih lina sebab cakap lama sampai habis kredit..hahaha.. nanti kita jumpa leh borak panjang kan.."


***************

Nampaknya malam ini aku rasakan bagai ada satu sinar yang terpancar dalam kegelapan yang sudah lama merantaiku.. mungkin sinar itu penyuluh aku ke jalan yang patut aku tuju.. samada berjaya atau tidak untukku hadapi.. aku tidak pasti..

ya ALLAH pimpinlah daku ke jalan redhamu.. andai jalan yang aku tuju ini dalam kehendakMu maka permudahkanlah, andai bukan ini yang selayaknya untukku tabahkanlah hatiku dengan ketentuanMu..


"ALLAH... engkaulah tempatku bergantung harapanku... ku harap diriku sentiasa di dalam rahmatMu..."

4 comments:

myQza said...

setiap manusia punya rasa!! kita sama! ingin berkasih sayang!! tapi biarlah pada yg sudi!!

:: eyeNa :: said...

huhu.. betul tu.. ahaii

white rose said...

mudah2an perjalanan ini diredhai & direstui ALLAH...andai tersurat takdir, biarkan ianya berlalu dgn kasih syg yg suci...smoga ALLAH merahmati mu stiap masa...insya'ALLAH...

Anonymous said...

salam,
Mahukah anda meletakkan sebaris ayat bagi membantu kami dalam blog ini? Kerjasama anda amat dihargai. Layari http://www.morhabshi.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.