:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Monday, August 30, 2010

Merdeka.. merdeka..!!! Mikro teaching dah habis..

huh.. salam semua.. ahaii hari ni berlakunya mikro teaching dalam hidupku.. ahaii nak kata aku ni baru 1st time mengajar, tak jugak, aku dah banyak kali gak buat pembentangan.. tapi hari ni aku mati akal plak laa.. eee tak puas hati ja rasa.. adoii kisahnye semua camni..

jam dah pukul 3: 15 petang, jam 3: 30 petang akan ada kelas mikro teaching.. berdebar2 jugak kerna minggu ni aku berpewatakkan sebagai ustazah.. layakkah aku? persoalan yg sering membuat aku hilang keyakinan diri memikirkan bahwa banyak lagi perkara yang perlu aku dalami supaya aku benar2 bersedia sebagai seorang guru...

aku kemudian bersiap untuk ke kelas. entah kenapa debaran di dada semakin kuat dan kencang..ya Allah nak mengajar pon kena berdebar ker? huhu

usai bersiap dan mengenakan tudung, aku bergegas turun ke tempat parking motosikal.. suasana agak suram ketika itu, hujan sudah rintik2.. aku pantas meletakan barang2 ABM (alat bantu mengajar) yang akan aku guna hari ini ke dalam raga motosikal..dan dengan pantas juga aku hidupkan enjin moto kesayanganku itu.. lalu aku memecut laju menuju ke Akademi Pengajian Islam UM..

hujan makin lebat pula setibanya aku di atas bukit cinta.. adu sudahlah motosikal itu bergerak perlahan dek mendaki bukit.. baju yang kering kini sudah dibasahi air hujan.. semakin menghampiri fakulti yang aku tuju, semakin lebat hujan dan airnya mencurah2 turun membasahi aku.. membasahi beg laptopku.. membasahi ABM yang aku bawa.. ya Allah tak sampai 1 minit aku sudah lencun.. basah..!!

nak2 aku pulang ke kolej untuk menukar baju, akan tetapi aku akan mengajar hari ini, maka hasrat itu aku lupakan.. dalam keadaan tidak selesa kerana kebasahan, aku gagahi juga sesi pengajaran.. sebelum itu sahabatku berpesan:

"weh jangan cakap cam KL sangat, tak sedap dengar.. emm tapi ikot mu laa jd diri sendiri pon takpa.."

aku dah muka bercelaru dalam fikiran.. camne aku nak cakap ni eh. nak kena control ker? aku jadi diri sendiri? diri sendiri aku tu macam mana? arghhhh dah mula kalut, takut, tak yakin tambah tak selesa sangsung dengan basah kuyup..sejuk menggigil..tapi demi nak jadi ustazah hari ini, aku gagahi juga..

natijahnya, aku kurang bercakap, aku tak yakin, aku buat set induksi yang tak berjaya.. arghhh start dar situ semua benda jadi spoi..huhu..tak jadi macam yang aku rancang..aku risau, aku tak yakin, aku tercari2 macam mana diri aku?? macam mana aku perlu jadi?????

aku salahkan diri aku 100% sebab aku tak mampu hadapi konflik diri di saat terakhir.. saat2 aku jadi seorang ustazah.. saat2 aku dinilai sebagai seorang pendidik. berjayakah aku??

"ok weh ko ngajar.. aku suka..best..cuma ko nampak cam diam sikit, tak cam selalu.."

"ko gugup ker? nape ko nampak cam orang lain?"

"nak pinjam RP ko laa nak photostat.. bagus langkah ko.."

biar betul.. rasa cam kena perli.. huhu sebab aku tak puas hati sangat2.. aku tak dapat bentang macam mana yang aku bayangkan.. aduh..

"mu jadi diri mu.."

terngiyang2 perkataan itu di telingaku.. jadi diri sendiri tu macam mana??? arghhh fikir banayk2 aku gagal akhirnya menunjukkan yg terbaik.. aku sendiri yang rasa gagal.. dan pensyarah yang mengajar turut memberi komen,

"ustazah spoi pada set induksi sebab tu ustazah nampak spoi sampai last.."

huhu aku tak tahu laa nak wat camne..tapi belajar mesti dri kesalahan..cuma menyesal sebab tak pandi imbangkan emosi dan pemikiran sahaja.. seharusnya apabila di tegur pada saat2 terakhir aku tidak mengubah starategi dan kaedah cara percakapan aku.. aku patotnya tak control atau takot.. aku mesti tunjukkan diri aku boleh.. huhu

begitulah.. aku tahu ada yang memang merasakan pengajaran aku tadi ok..takde masalah.. tapi sebagai orang yang mengajar ni rasa mcm tak sampai jer sesuatu yg aku nak sampaikan..

kesimpulannya persediaan diri guru amatlah penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran.. rancangan pengajaran sahaja tidak cukup untuk menunjukkan guru itu seorang yang berjaya.. guru mesti selesa dengan persekitaran dan keadaan.. basah lencun, sejuk, perlu di hapuskan supaya tiada faktor penghalang untuk guru menjadi aktif dan bertenanga..

bila terima kritikan atau cadangan supaya mengubah aksi atau rancangan di saat22 terakhir, jangan pedulikan sangat.. teruskan seperti yg kita dah rancang sebab itu pasti jadi yang lebih baik berbanding dengan benda yang on the spot.. be your self.. bukan nak kenal diri di saat2 mengajar tapi kena kenal diri sebelum jadi pengajar..

iktibar dan panduan.. belajar dari kesilapan yang tak mungkin aku ulangi..huhuhuhu.. kalau laa di takdirkan aku dapat A mikro teaching ni, aku akan bagi hadiah kat ustaz.. itu nazarku.. huuu macam2.. hidup2..hee salam..

1 comment:

Mawar_berduri said...

Salam,

kuntuman indah lagi berseri,
berkembang mekar di aidil fitri,
ucapan ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati...

Eyna,
Selamat Hara Raya Aidilfitri,
Maaf jika ada sebarang salah dan silap :)