:: mereka Terhebat ::

::MEREKA SANGAT HEBAT::

Tuesday, September 29, 2009

I'M BACK...!!

assalamualaikum.. haaa lama gak aku tak balik blog aku ni.. aku terbalik kampung.. haha ni ku dah balik sini.. aduhaii walaupon dah lewat jer ni, aku tetap juga mahu ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.. hehe
oh yaa aku dah ada pemenang contest yang aku buat tu..hee so past ni laa aku update.. actually aku bz nak g kuliah ni.. belom mandi ni.. aduss pukul 9 karang dah start.. lagi 15 minit.. aaaaa tidak!! ok2 pendek jer entry ni.. ngeee
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, September 9, 2009

ada apa dengan 09/09/09..???!

***************************** gambar sekadar hiasan..ngeeh2


salam ramadhan al-mubarak.. ehem2.. kita sekali lagi nampaknya bersiaran di ruangan ini.. ewah semangat betul kan muqaddimah entry aku ni kan.. hehe *takde kena mengena dengan gambar di atas..

ok2 aku bukan apa.. hari ni kalut2 sangat kat kuliah tadi.. semua orang dok sebut2 09/09/09.. isk memula aku ingatkan nak dapat duit raya sebanyak RM9.99 kan.. tapi bukan juga.. hai..lama2 aku memikir..

rupanya hari ni 9 haribulan 9 tahun 09.. haaa.. begitulah.. maka aku nak bagitau 9 fakta pasal aku..*yang ada kaitan dengan nombor 9.. heheheee


  1. aku beragama islam, beriman dengan 99 nama2 Allah.. *alhamdulillah..


  2. aku mempunyai 9 adik beradik


  3. aku dilahirkan pada tahun 1987.. *kira ada jugak laa nombor 9.. ngeeee


  4. tarikh lahir aku pada 29 haribulan 6 *bagi hadiah jangan lupa.. tahun depan! cepat buat remainder! hehe


  5. nombor iC aku yang belakang *9**.. *kira ada 9 laa jugak tu..


  6. nombor plat kete aku KB* 6619 *ada gak nombor 9 kan..


  7. nombor plat moto aku KCF *19 *peringatan, bukan KFC ok!


  8. aku suka beli barang yang ada 99 cen kat belakang harganya.. contoh : kasut RM29.99, tudung RM15.99, t.shirt RM9.99.. *haha murah2..


  9. nombor phone aku 013*****09 (^_^)



dah2 habis dah 9 fakta! hehe.. aku kalau boleh nak laa tarikh keramat cam ni ada seseorang yang melamar aku ke meminang aku ke..MyEm0.Com hehe.. tapi dah tak sempat dah.. hari ni dah nak habis pon.. sekali je 09/09/09 ni.. haa tapi mak cakap, nombor bertuah aku adalah nombor 9.. hehe



tunggu punya tunggu hari ni berlalu mcm laa hari semalam.. isk2.. tapi hari ni tetap dalam sejarah.. sbb "seseorang" kat facebook dok ngorat aku..hihi.. *apa daa.. sabar je la.. ahai




adoii aku ada kelas plak dah.. baru nak merepek2 panjang2 kat sini.. huhu tak sempat.. sowie2.. ok semua.. kamu bagaimana? ada kaitan dengan no 9 tak?



tipu laa kalau cakap tak.. bila dalam kecemasan kita call 999.. ! hahaha..

ok2.. lain kali aku merapu lagi.. aduh dah lambat ni.. kalut2.. jom p kelas.. k MyEm0.Com

p/s: kalau hantaran aku RM9999.99 ok x? ngee

Sunday, September 6, 2009

Tahniah Naim..! konvokesyen 2009 UKM..

assalamualaikum semua.. bertemu lagi kita di hari yang mulia bulan yang mulia ini.. ewah.. berdirinya saya disini.. *err leh berdiri ke lam blog? padahal taip sambil baring je ni.. isk..

ok2 teruskan ke story hari ini.. *padahal dah lama citer ni.. sengaja aku kasi pekasam sikit citer yang bakal aku sebut ini.. hehe.. siapakah mamat di bawah?


alamak aku dah letak nama beliau lak kat gambar tu.. naim.. anak buah aku yang dah konvo baru2 ni.. ahaii tahniah kepada beliau.. sekarang dah jadi RA sambung Master and tak lama lagi nak jadi lcture.. bagus2.. aku bangga dengan beliau.. ngeee

siapa itu ekin? beliau adalah roommate aku masa 1st year kat UM ni. past tu beliau sekarang telah menjadi kekasih hati Naim.. haha *tak lama dah mereka nak kahwin tu.. isk

ada orang cakap muke aku and ekin lebih kurang or ada iras.. yer ke? hehe mybe beliau bakal menjadi ahli keluarga aku maka dengan itu orang selalu cakap gitu.. "ada jodoh maknanya tu.." hahaii.. *cuba perhatikan.. yerke?

mari2 aku ceritakan dari mula2 yer.. bertolaknye awal jugak laa lam 9 pagi.. haha sempat berkhoye2 sebelum drive g UKM.. haa aku yana and ekin bertiga ke UKM di pagi yang indah.. layan...

sesampainye di UKM.. naim dalam dewan.. so kami bertiga berkhoye2 lagi.. tempat mana takde gambar kami? haha.. amat seronok bergambar.. kemudian g beli bunga and tedy bear untuk naim.. *comel ape..

tu dia.. naim dah kuar.. terimalah hadiah yang sangat2 best tesebut.. isk.. muka mcm budak tadika jer naim ni tau.. kui kui..

begitulah kisahnye.. aku sempat try pakai jubah konvo tu.. hihi.. terperasan sebentar.. aduii tak sabar jugak nak konvo tau..

haa aku jugak jumpa dengan kak Nab.. my sister.. ibu naim..

"jom ambik gambar ramai2 dengan Naim.."


tetapi, di satu sudut kak Nab hanya berdiam diri.. mungkin terkenangkan seseorang yang sepatutnya hadir di hari Konvo tersebut.. dan adalah menjadi satu kesedihan tatkala kakak aku menitiskan air matanya sambil memelukku..


aku tahu kakak aku sedih kerana di hari yang bertuah buat naim itu, tiada seseorang disisinya.. abah naim.. suaminya.. abang iparku.. arwah telah pulang ke rahmatullah sebulan sebelum Naim konvo.. apakan daya takdir yang esa tak siapa dapat menentangnya..


aku hanya memujuk, menahan air mata dari mengalir..
"kak Nab mesti kuat.. jangan menangis kak.. naim dah berjaya, kita doakan yang terbaik.. yang pergi takkan kembali.. kuatkan hati kak.. semua orang dapat kuat kalau kak Nab kuat.."


semakin erat pelukkan itu. dan kemudian aku tertewas.. aku tidak berdaya menahan sebak. memikirkan kesayuan di hati kakak kandungku yang mendambakan kehadiran suaminya bersama.. aku menjadi sayu.. entah bila.. terasa hangat air mataku jatuh ke pipi..


lantaran itu aku cuba menyembunyikan air mataku dari dilihat oleh sesiapa, bimbang suasana semakin suram.. kemudian aku lakarkan senyuman bagi merawat segenap lara di jiwa..


aku berusaha memujuk, senda gurau aku hidangkan.. kak nab tertawa melihat telatahku.. lega rasa dihati.. apapun..


"TAHNIAH buat Naim.. kita mesti BOLEH..!!"


itulah... sehingga hari ini aku masih mengingati.. konvokesyen UKM 2009..dalam kenangan..

Thursday, September 3, 2009

i join contest..!!

chak!! hahai.. aku dah terjoin contest ni and aku antar 9 gambar.. *agak gigih laa.. haha mybe anda pernah melihat gambar2 aku yg poyo tersebut.. tapi aku upload lagi ni coz saje suke2.. dah tak tau nak wat entry pasal apa.. *padahal byk sgt sampai tak tau nak citer ape..

ni antara gambar2 yang aku kirimkan. haha cam pernah tengok kan? *buat2 jer pernah..ngee aku dah pernah upload gambar tersebut bulan lepas kot.. entry apa tah.. aku dah lupa..



gambar kat atas ni pon aku kirim.. gambar tu aku pernah upload masa 1st entry aku sewaktu dahulu kala..

yg atas ni yg paling terbaru.. confirm baru.!! *eee cam apa tah..
gambo atas ni special sbb aku tak pernah upload.. haha tapi dah lama jugak sampai labah2 dah buat sarang kat gambar tu lam laptop aku.. hari ni terasa nak hantar jadi gambar untuk contest lak..


yang atas pon aku pernah upload tapi tanpa edit.. ni da edit..haha *tu masa dinner.. mmg laa pelik2 sikit temanya.. isk..


ngee ni pon antara gambar2 terbaru n sure masih hot.. hihi *panas2..


gambar atas ni dah lama tapi aku lupa laa ada upload kat blog ke tak.. yg penting aku pernah upload kat frienster..* ahaii siap ada tahun 2008 lagi tu.. isk..


gambar atas ni lak aku baru2 jugak upload bulan lepas.. haha.. tak ketinggalan untuk di jadikan gambar untuk contest..


ngee yg atas ni pon aku pernah upload dlm bulan 6 camtu kot..
kesimpulannya aku hantar gambo2 diva aku yang dah lapuk ni sebagai gambar contest.. *ala2 kekayangan giteww.. hahaii tah berjaya ke tak laa aku nk menang ni.. isk... suspen2..
*contest ape? ngee kat sidebar aku ada linknye boleh join lagi kot.. haha menang ke kalah ke aku tak kisah janji aku memeriahkan contest tersebut.. *dah takde keje sgt laa aku ni kan, adoii sabar je laa..

silat cekak hanafi..

hahai cam tak caya kan tajuk entry aku kali ni macam skema and berinformasi kan.. ngee actually aku saje jer tu nak bagi gempak.. coz aku sekarang ni salah seorang ahli berdaftar dalam persatuan silat cekak Hanafi UM..

ahai mcm tak percaya aku bersilat..


apa? tak percaya? percaya laa.. aku bebetul bersilat laa.. hehe..


bagus tau bila kita belajar seni mempertahankan diri.. dapat laa kita mempraktikkannya bila dalam keadaan yang berbahaya atau kecemasan.. tambah2 kalau kita ni perempuan.. ewah2..


dulu aku pernah laa masuk taekwando tau.. masa tu aku kat sekolah menengah.. sampai tali pinggang kuning jer.. past tu aku pencen sudah.. isk masuk UM ni masa 1st year aku sambung juga..


tapi keadaan tak mengizinkan aku terus belajar coz aku amat sibuk.. setiap sem aku kena ambik 21 jam kredit.. mmg tak sempat laa..


*****************


"weh nak masuk silat ke bimbingan kerjaya untuk ko-k ni?"


tanya makndak suraya berwajah sungguh keliru..


"silat laa.." jawabku selamba


"takot laa aku wei.. tak sesuai laa.."


"mana ada.. sesuai jaa.."


"tak sesuai"


"sesuai"


"tak sesuai"

"sesuai"


"tak sesuai"


"sesuai"


"tak sesuai"


"sesuai"


isk berapa banyak laa tak sesuai dengan sesuai ni.. pening kepala aku..


tau2 aku dah belajar hampir 6 buah dari 21 buah seni silat cekak hanafi.. aduhaii..


tadi ada pelantikkan untuk majlis tertinggi persatuan silat cekak hanafi UM.. dan tanpa aku sedari bagaimana, kenapa dan bila aku dah jadi timbalan pengerusi lak.. waa..!!


"makndak, kenapa sem ni aku asyik jadi timbalan ja.. huhu.."


"wat camna org lantik mu terima ja laa.."


"mcm gila jawatan lak wey.. dah 3 aku pegang.. projek kolej ngan kelab drama pon aku gak timbalan.. waa aku takmo makndak mu laa jadi.."

"malu2 lak mu ni.. jadi ja laa.. aku bagi sokongan padu.."


ewah2 makndak ni mmg tau.. isk.. tu laa da jadi senior susah gak eh.. waa.. tapi takpe laa selagi ada daya aku mst timba byk2 pengalaman kan.. sekurang2nya aku belajar dari pengalaman..


****************


haha.. panjang lak entry aku.. memula niat nak citer pasal silat jer. dah termelalut lak sampai ke mana tah ni.. hehe.. jangan mareh eh.. waa..


sememangnya aku bahagia dengan kesibukkan aku sekarang.. sory tak dapat berjalan merantau ke blog kawan2 semua.. aku ada exam lak sabtu ni.. waaa.. doakan aku lulus eh.. ewah.. lulus pon jadi laa kan.. ngee.. hehheheeeee.. ahaii

MUHASABAH CINTA..

Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic



Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu


Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu


Reff:


Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang

Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini


Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu


Back to Reff:

Tuesday, September 1, 2009

aku bukan ustazah..!

assalamualaikum semua.. cane nak mulakan eh.. aku rasa "dia" ni mesti suka kalau aku buat entry citer pasal "dia".. haha bagi aku "dia" takde kena mengena dengan hidup aku dan aku tak undang "dia" ke page aku ni..


aku dah letak awal2 kat atas page ni


"if u hate me get out from my page!"


tapi "dia" still datang sini.. aku dah tulis kat about my blog :


"it's all about me, my self, my life.. if u don't like it please move out from this page.and "u're not worth of anything..u're nothing.."

tapi "dia" still datang mengutuk mengata mencaci malah menghina aku macam2, termasuk jgk menggelar yang tak baik pada orang2 yang aku sayangi.. anak buah aku yang masih bayi yang tak tahu apa2 pon "dia" nak kutuk.. bukan aku tak tau "dia" orang yang sama jer.. dulu datang letak nama lain kat cbox tu, link takde.. past tu buat kecoh2 mcm2.. sekarang datang lagi nama lain plak.. hmm

then aku letak laa surah al hujrat ayat 11 mengenai larangan ALLAH terhadap perbuatan mencela, menghina mencemuh dan menggelarkan seseorang dengan gelaran yang tidak baik.. dengan harapan "dia" sedar laa perbuatannya.. tapi still "dia" datang.. aku pon tak faham laa kenapa..

dan satu lagi yang aku perasan kan, tetiap kali ada jer gambar aslam dalam entry aku mula laa "dia" naik angin.. tah laa kenapa..

dulu pernah aku buang cbox and aku letak pingbox.. yang mana hanya "dia" dan aku je leh berborak.. past tu "dia" masuk pingbox aku and mcm biasa ayat mcm orang takde perasaan "dia" kasi kat aku.. aku cakap elok2, tapi "dia" cakap benda yang mendatangkan kemarahan.. isk masyaALLAH aku takut sangat kata2 dan doanya yang tidak baik itu memakan dirinya sendiri.. nauzubillah..

cuma aku, bila tetiap kali berhadapan dgn benda ni aku just smile and think

"ada jugak manusia mcm ni.."

sungguh ALLAH nak uji kesabaran aku.. tapi besar lagi ALLAH menguji kesabaran para Nabi dan Rasul-Nya..

cuma aku harap golongan yang macam tu fikir laa sebelum berkata2..

"lisan mampu membawa seseorang itu ke syurga atau neraka.. "

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

*kalau menyakitkan hati orang lain melalui tulisan? sama laa konsepnya seperti mengucapkan sesuatu yang buruk dengan tutur kata.. dan hukumnya juga sama.. berdosa..

"Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)


**********************

"aku bukan ustazah..! aku tak layak pon jadi ustazah.. aku tak berniat nak ambik jurusan pendidikan islam dan jadi ustazah.. aku tahu aku adalah orang yang paling tak layak!"

aku pernah menyalahkan takdir.. kenapa bila aku bakal jadi ustazah makin banyak masalah yang aku hadapi.. kenapa?

rupanya aku sedar ALLAH datangkan bulan yang bercahaya bila tiada mentari yang menyinari hidupku di malam yang gelita..

aku manusia biasa..tidak aku kuat dan aku tak dapat lari dari kelalaian.. bila mana aku belajar dalam jurusan ni, tiap2 kali aku terkeluar dari landasan, aku rasakan bagai ada "sesuatu" yang menarik aku kembali ke jalan sebenar tanpa aku sedari bagaimana..

itulah.. orang selalu kata kat aku, "ustazah apa mcm ni? nak didik orang macam mana?"

yaa aku tak nafikan aku bukanlah seorang yang layak dipanggil ustazah.. dan mungkin ustazah2 yang lain lebih layak mendidik dari aku.. cuma 1 jer aku nak ingatkan..

"pengalaman adalah sebaik2 guru, aku belajar, aku tuntut ilmu.. aku juga ada pengalaman yang sudah pastinya membuatkan aku faham kenapa pelajar2 aku bermasalah, bila aku faham.. aku tahu macam mana nak selesaikan.. bukan menyalahkan mereka dan semata2 memberi fakta tentang kealiman aku dalam agama.. sebaliknya aku berkongsi dan menjadi kawan kepada pelajar aku kemudian perlahan aku sentuh hati mereka supaya mereka berubah.."

apapon setiap orang, setiap manusia ada kehidupan yang ALLAH beri padanya.. hidup kita tak sama.. terimalah kenyataan tu bahawa aku tak boleh jadi mcm kamu dan kamu tak dapat jadi macam aku.. janganlah menghukum seseorang sesuka hati..


*******************

Akhir-akhir ini perkataan mencela dan mengutuk sering menjadi mainan dalam cbox aku. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah:

Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza.

Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi:

"Berhentilah daripada perbuatan dosa."

Ahli maksiat pun menjawab:

Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan?"

Ahli ibadah membalas:

"Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah"

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya.

Allah menyoal ahli ibadah:

"Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat:

"Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku"

Sementara kepada ahli ibadah dikatakan:

"Masukkan orang ini ke dalam neraka"

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.



*dan jangan salah sangka bila ahli maksiat masuk ke syurga bukan bermakna mahu mengajak berbuat maksiat, cuma renungkan balasan ALLAH terhadap kata2 kita..


*dan ingatlah, tak penting bagaimana kita dilahirkan dan bagaimana kehidupan kita di dunia ini.. yang penting bagaimana kita dimatikan dan bagaimana keadaan kita semasa kita meninggal dunia..


*********************

maka dengan itu aku sarankan kalau sekiranya "dia" benci pada aku, ada salah aku.. maafkan aku.. sbb aku sendiri manusia biasa yang terkadang ada salah silapnya..

cuma aku hairan.. aku tak pernah menyentuh soal peribadi sesiapa, malah aku seorang yang tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.. aku juga tidak banyak berbual di luar sana.. hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja yang selalu melayan telatahku..

sungguh! tapi kenapa "dia" datang menyentuh soal peribadiku di sini? sedangkan aku cuma mencoretkan setitip bingkisan di jendela hatiku sahaja.. sekadar bingkisan yang tidak bermakna buat siapa2,malahan hanya memberi makna buat diriku..

aku dengan dunia aku, aku tahu corak apa yang mahu aku lakarkan dalam duniaku.. kamu coraklah duniamu sendiri..

jangan kamu warnai duniamu penuh kebencian pada seseorang, kelak kamu menyesal akan perbuatanmu pasti kamu berkata pada dirimu nanti..

"kalau laa dulu aku tak kata macam tu kat dia.."

nah..! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.”

(Surah al-Nahl, ayat 125)

renung2kan dan selamat beramal... ahai..