assalamualaikum wahai blog.. lama kiranya aku menyepi.. hampir 3 tahun juga aku tinggalkan blog ini.. blog yang penuh dengan cerita suka duka hidupku.. aku rindu untuk menaip lagi.. namun kesibukan membuatkan aku lupa seketika bahawa aku pernah mempunyai blog. aku seorang blogger.. haha
kini aku bukan pelajar lagi.. aku sudah konvo! aku adalah graduan ijazah sarjana muda pendidikan islam Universiti Malaya..
dalam hampir 3 tahun ini, sudah pasti pelbagai ceritera yang terjadi.. hampir aku mahu melupakan apa yang ada di belakang, tetapi apa yang telah berlalu itulah pengalaman, kenangan dan pedoman.. bayak iktibar yang kita perolehi jika kita pandang ke belakang dan melihat semula bagaimana diri kita sebelum ini. melihat kembali bukan beerti menyesali masa yang sudah, tetapi mengambil masa-masa yang sudah itu sebagai guru untuk masa-masa yang akan datang.. hidup perlu diteruskan!
** gambar babah, yayah, atok, ibu ngan adik apicah.. di Bayan Lepas Pulau Pinang
*********
Usai solat zohor, aku tidurkan anak-anak ku yang masih kecil. penat bermain pantai agaknya, nyenyak mereka terlelap dalam buaian masing-masing.. terlelap sambil mendengar lagu zikrullah yang aku alunkan penuh khusyuk..aduhai..
apa yang membuatkan aku mahu menaip kembali adalah kerana sedang sibuk menyemak email dalam inbox yang sudah lama tidak dibuka, ada banyak pula comment yang sedang menunggu untuk di publish.. comment pembaca-pembaca baru dalam post-post lama yang pernah aku tintakan dulu. nampaknya blog ini masih dikunjungi. aku lihat kembali jejak-jejak pembaca yang pernah datang ke sini sepanjang aku menyepikan diri, ya Allah.. ramai! macam tak percaya, 11654 orang pernah bertandang ke sini.. datang samada secara sengaja atau tidak..hmm
tersentuh pula hatiku apabila ada comment ke entry cerita tentang bapaku.. dulu aku pernah bersemangat untuk menaip semua cerita-cerita bapa dalam blog ini.. aku mahu semadikan semua cerita yang selalu memujuk hatiku itu di sini.. tetapi setiap kali aku teringatkan kisah-kisah bapa, wajahnya terbayang diminda, marahnya, tawanya, senyumnya, terbayangkan kedutan-kedutan yang jelas di wajah itu membuatkan air mataku jatuh seakan-akan hujan yang turun tanpa ada angin dan ribut..
aku rindu bapaku.. mahu rasanya kembali ke zaman kanak-kanak.. ketika bapa menggendong aku di bahunya..sungguh gagah bapa ketika itu. menggendong aku mencari durian. buah kesukaanku. setiap pagi pada musim buah, bapak akan kejutkan aku dan kami akan kutip durian bersama-sama. setiap kali aku nampak durian yang sudah luruh, aku akan menjerit-jerit keriangan.. memanggil bapa yang sedang mengumpul durian-durian lain ke dalam kereta tolak.alangkah bahagianya ketika itu..
Tapi kini, segalanya sudah berlalu.. 5 April 2012, hari khamis.. aku menerima panggilan phone daripada adik.. panggilan yang paling menyedihkan aku. rasanya jantung ini seakan terhenti seketika apabila adik mengkhabarkan bahawa bapa sudah kembali ke rahmatullah.. deru air mata mengalir tidak keruan. rasanya kelmarin saja aku baru memeluk bapa yang berada di wad, dan aku katakan supaya bapa kuat dan cepat sembuh. aku bisikkan ke telinga bapa bahawa bila bapa sihat nanti kami akan ke Mekah bersama.
aku pandang dan renung wajah bapa yang tidak bermaya. bapa hanya mengukirkan senyuman yang lemah sambil mengangguk-angguk perlahan. hatiku senang melihat reaksi bapa yang masih bercita-cita untuk ke Mekah bersama aku, anaknya yang paling manja. Hasrat untuk ke Mekah bersama adalah azam bapa dan mak tatkala aku dan adikku lahir ke muka bumi. namun, azam itu tidak tercapai bersamaku. hanya bapa, mak dan adik sahaja ditakdirkan untuk ke Mekah bersama. aku?? tidak dapat pergi kerana kekangan masa. aku ada peperiksaan ketka itu. Alangkah ruginya. Itulah, Perancangan Allah adalah perancangn yang terbaik berbanding rancangan manusia.
sesungguhnya ingatan bersama bapa tidak pernah pudar dan padam. malah kenangan-kenangan bersama masih segar dan baru.. ketika ini aku rasakan bapa seperti sedang menunggu aku pulang seperti biasa. walaupun setiap kali tiba di kampung di teratak usang yang sunyi tanpa bapa, tiada kelibat bapa lagi, darahnya yang mengalir dalam darahku adalah aliran yang menjadi nadi-nadi yang belum pernah mati..begitulah perasaanku yang masih terkenang bapa seperti selalu.
*******************
sekarang hanya ada mak, anak-anak dan suami di sisi. mak yang masih kuat mendukung cucu-cucunya.. kadang-kadang timbul perasaan bersalah kerana membiarkan mak mengasuh anak-anakku yang masih kecil. tapi itulah permintaan mak. mak sendiri yang mahu mengasuh dan tidak mahu aku tinggalkan cucu-cucunya di rumah pengasuh. mak sering risau keselamatan anak-anakku. aku bersyukur kerana mak perihatin dengan keadaanku. mak masih bersamaku. siang dan malam aku menatap wajah mak. bagai tidak mahu mata ini terpajam dari memandang wajah suci mak.. mak yang setia bersamaku susah dan senang.
aku sudah berjanji sejak dahulu lagi, aku akan menjaga mak seperti mak menjaga aku ketika aku kecil, seperti mak menjaga anak-anakku yang masih kecil.. penuh kasih.. aku mahu realisasikan hasrat mereka untuk bersama denganku ke Mekah. mak masih ada untuk capai azam bapa, semoga Allah juga akan berkati arwah bapaku atas niatnya itu.. semoga rohnya sentiasa dalam rahmat Allah.. semoga doa-doaku mengalir kepada bapa dan menjadi doa anak yang soleh.
"ya Allah, sesungguhnya jika ada kebaikan dan pahala atas segala perbuatanku, maka alirkan pahala-pahala itu kepada kedua ibu bapaku kerana tanpa mereka tiadalah aku, tanpa asuhan mereka tidaklah aku menjadi seperti sekarang ini. ya Allah, kabulkanlah permintaanku.. permudahkan urusanku. murahkan rezekiku, panjangkan usiaku, usia ibuku, suamiku dan anak-anakku supaya kami sempat menjadi hambaMu yang beriman. matikanlah kami dalam iradahMu. masukkanlah kami bersama hambaMu yang soleh.."
:: seseorang itu bukan dinilai bagaimana hidupnya bermula, tetapi dia dinilai bagaimana hidupnya berakhir..::
:: terima kasih kak Yam yang banyak tolong kami..bila tengok muka kak, teringat kat pak.. sikap dan wajah yang seakan-akan sama.. hati dan budi yang selalu memahami.. terasa jadi manja.. macam bermanja dengan pak..terima kasih sebab ganti diri jadi bapak.. tima kasih tak berkira duit..hehe nanti kami belanja KFC..hehe::
No comments:
Post a Comment