:: mereka Terhebat ::

Friday, July 22, 2011

pengalaman melahirkan anakku..

salam.. dah lama tak post yer.. sebab? apa lagi kalau bukan sebab aku sedang berpantang sekarang ni.. sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah 41 hari pun usia anakku..dan aku pun dah hampir nak habis pantang bersalin..

indahnya bergelar ibu hanya Tuhan yang tahu.. kalau nak cerita saat2 awal menjadi ibu ni bamyak pengalaman baru yang aku tempuhi..ianya merupakan detik2 yang amat aku rindui.. satu per satu hari berlalu.. melihat perkembangan bayiku membuatkan perasaanku bertambah bahagia.. seronok melihat telatahnya, tangisan manjanya, gelak tawa dan senyuman yang terukir di bibir kecilnya..

bayiku kini sedang di ribaanku..nyenyak terlelap selepas menyusu..aku perhatikan wajah bayiku ini. sungguh tenang.. teringat ketika kali pertama aku melihat wajahnya..

.............................................

aku di jangka bersalin 10 jun 2011.. ini adalah pengalaman pertama, anak sulung.. aku tidak pernah merasai sakit bersalin, malah aku tidak tahu apa perasaannya dan bagaimana sakitnya bersalin itu.. yang aku tahu hanyalah menunggu jika turun tanda2 bersalin seperti yang diberitahu oleh jururawat dan kebanyakkan orang kepadaku..

10 jun telah berlalu.. ada sedikit debaran dalam hati tatkala melihat tarikh jangka itu.. kenapa tak bersalin lagi ni? risau, bimbang, macam2 perasaan mula menghantui mindaku.. sakit yang lain dari kebiasaan telah aku rasa.. tapi aku tidak yakin itu sakit mahu bersalin, jadi aku bertahan sahaja..

jam sudah 12am.. 10 Jun telah bertukar menjadi 11 Jun 2011.. tiba2 sakit yang luar biasa datang lagi.. lebih kerap.. tidak lena tidurku.. mengiring salah, telentang salah.. duduk tak kena.. berdiri pon tak kena.. resahnya hati tidak terkira lagi.. tapi aku yakin, ini mungkin baru permulaan.. aku cuba bertahan lagi.. sampailah pagi..
 
Aku mengadu pada suami dan mak tentang sakit itu..tapi masih belum turun apa2 tanda mahu bersalin samada darah atau air ketuban pecah, jadi mak dan suami keluar ke pekan seperti biasa.. dan mak sempat membeli buah rambutan serta manggis.. aku makan juga untuk menjaga hati mereka walaupun ketika itu selera makan seperti sudah hilang.. aku tahu mak belikan buah2 tersebut untukku rasa kerana selepas bersalin nanti aku perlu berpantang dan tidak lagi dapat menikmati buah2 tersebut..

sudah tengahhari.. sakit tidak juga hilang.. rasa seperti segugut, sakit perut memulas.. semua ada.. kadang2 perut mengeras dan sakit mula bertambah.. aku sudah tidak mampu berdiri tengahhari itu.. hanya terbaring, dan mak cuba memeriksa keadaanku.. ternyata darah sudah turun.. tanda bahawa saat bersalin sudah semakin dekat.. debaran membuak-buak..

aku dibawa ke hospital kerajaan yang terletak di pekan..hanya 5 minit sahaja perjalanan untuk ke hospital tersebut dari rumah.. dan sesampai di sana aku di periksa oleh jururawat, kerana tarikh jangka bersalin telah terlebih 1 hari, mereka memasukkan aku ke wad bersalin.. ketika itu bukaan rahim hanya 2 cm..

saat berada di wad bersalin di hospital kerajaan tersebut adalah saat yang terburuk yang aku rasa! maklum saja aku tidak berpengalaman melahirkan anak..bahkan aku tidak pernah masuk wad di sebabkan mahu bersalin! ini kali pertama! 

betapa tidak puas hati terhadap layanan kurang mesra oleh jururawat di hospital bersebut, aku memendam saja perasaan.. rakan di katil sebelah menyebelah juga tidak berpuas hati malah mereka menangis-nangis mengadu kepadaku layanan kasar jururawat di situ kepada mereka.. aku hanya berdiam..ini mainan psikologi.. sepatutnya jururawat perlu tenangkan pesakit bukan mengancam serta menengking pesakit..

malas aku nak cerita betapa buruknya perangai jururawat di hospital tersebut.. bukan setakat perkataan kasar, perbuatan juga begitu.. sungguh sakit dan lebih menyakitkan hati.. buktinya suami dan mak pun mereka kasari.. 


" hang dok buat pa tak tidoq lagi? tidoq laa..! hang ingat hang sakit nak beranak dah ka? setakat buka 2 cm tu tambah anak sulung tunggu esok lusa baru nak beranak kot.. lain kali toksah mai hospital pon takpa..!'"

kurang ajar punya jururawat.. mana laa aku taw sakit bersalin tu camna.. dah tu aku sakit tak dapat tido nak paksa2 aku tido plak.. bukan aku ganggu korang pon! bukan aku ketagih sgt nak masuk wad ni,korang yang tahan aku kat sini!.sakit hati.. sabar2..

rasa macam nak kuar wad tu jer, aku ni pantang kalau orang tengking2 or cakap kasar dengan aku.. aku tak suka!..
sekarang dah 12 Jun 2011.. suasana sunyi malam di wad itu tidak terasa kerana ada saja bunyi mengerang orang yang mahu bersalin dan tangisan bayi.. bertambah berdebar hatiku.. aku membuka yaasin dan membaca perlahan.. berdoa supaya cepat melahirkan anak, mudah dan selamat semuanya.. suamiku ada di luar wad sedang menunggu aku.. kesian dia, tentu ada nyamuk gigit.. aduhai.. aku hanya mampu mengeluh..

pagi menjengah tiba.. berkali-kali aku diperiksa.. dan bukaan sudah 4 cm.. lambatnya nak tunggu 10 cm.. jam 2 petang itu aku di masukkan ke bilik bersalin kerana bukaan sudah 5 cm.. tapi yang tak puas hatinya jururawat di situ tidak profesional.. dah tu takda doktor yang menyelia, kalau ada doktor hanya datang ketika on call sahaja itupun jika ada kes kecemasan..

tersiksa aku di bilik bersalin hanya tuhan yang tahu.. jururawat di situ tidak mempedulikan sakit kita, malah mereka rancak berbual dan bersembang hal dunia masing2.. sedangkan aku sedang berperang dengan nyawa.. aku mula tidak mempercayai jururawat di situ dan takut untuk bersalin mula menghantui diri..

sudahlah demikian, jururawat2 di bilik persalin tersebut pula mengusik aku dengan macam2 usikkan sehingga aku menangis sendirian menahan kesakitan..

"hang lambat lagi nak beranak tu.. baru buka 4cm atau 5cm jaa..nak tunggu 10cm baru boleh beranak..! kalau rasa sakit dah macam tu hang tau laa nak bersalin nanti  lagi sakit 10 kali ganda!"

"hang nak beranak anak sulung, entah2 esok baru beranak. tak pon pukul 2 atau 3 malam satgi.."

"laki hang nak masuk tengok, kami tak bagi.. husband friendly hospital ni kalau takda orang jaa.."

"berani ka laki hang tengok? entah2 pengsan baru taw.. dok kalut nak tengok sangat.."

eeeee bengang gila hati aku masa tu.. dah siap kata camtu kat suami aku.. eeee emosi aku dah tak stabil, kalau larat aku nak penampar muka sorang2 jururawat tu..! aku tengah sakit, cuba laa bagi aku tenang.. dah macam jurubuang tebiat dah jururawat. apa kejadahnya diaorang tu! kalau jururawat kena laa rawat orang bukan sakitkan hati.. hmm dah laa orang sakit, jiwa sensitif takkan diaorang tak belajar kot semua tu..

tahan jer laa, taw2 dah jam 6:30 petang dan aku masih belum bersalin.. paling benci bila jururawat tak bertauliah macam diaorang dok check2 aku! arrrrrr.. sungguh benci.. aku di keluarkan dari bilik bersalin dan masuk ke wad semula.. bayangkan! betapa tak profesionalnya mereka.. sebenarnya banyak kes dan ramai yang terkena kecuaian mereka dan terpaksa di hantar ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah di Alor Star..

aku dah tak tahan sangat dah.. suami aku pon dah tak tahan, dia menunggu kat luar tu pon kena leter dengan jururawat.. kes mintak kerusi jer.. ciss!! dah laa diaorang tegah suami masuk tengok aku..konon hospital husband friendly..tapi macam penjara ja.. suami aku terus call PMC, Putra Medical Centre.. sebuah pusat perubatan swasta.. dah tak fikir duit ke ape waktu tu.. nak tunggu esok macam tak sanggup dah.. sakit tu nak mintak ubat or bius pon takde.. alasan sebab takde pakar.. so macam bersalin dengan bidan di kampung.. baik bersalin dengan bidan jer.. ada jugak dia pedulikan kita..

then alkisahnya aku pon keluar dari Hospital kerajaan tu and naik ambulans ke PMC konon2 nak g swasta nak mintak ubat tahan sakit.. anak sulung laa katakan sungguh aku tak pernah rasa sakit yang demikian.. tapi sesampainya di PMC aku di masukkan ke bilik bersalin di temani mak dan suamiku, tak sampai setengah jam selamat aku lahirkan anakku.. ya Allah syukur mudah..tak sempat ambik suntikan tahan sakit ke ape dah.. terus bersalin normal.. cuma tersiksa jiwa sikit jew waktu kat Hospital kerajaan tu..

kalau ikut hospital tu, konon2 esok lusa baru aku akan bersalin, ni datang swasta da boleh bersalin la pulak? mujur juga bersalin dengan pakar, keluar jer, baby terus buang air besar. bayangkan kalau aku terus tunggu di hospital kerajaan tu, entah2 anak dah berak dalam perut, kan da jadi masalah.. huh..

begitulah, dengan pengalaman pertama aku dah tahu sakit yang macam mana dan aku da boleh agak bila nak g hospital untuk bersalin past ni.. hehe mybe lain orang lain laa kisahnya.. lain orang lain juga sakitnya. ada yang mudah memang betul2 mudah.. syukurlah.. harap2 anak2 yang seterusnya mudah dan terus di permudahkan.. insyaAllah... 

melihat anakku yang comel.. hilang sakit dan penat bersalin.. kali pertama mataku memandang anakku sudang menangis dan baru keluar dari rahim.. wajahnya bersih berseri..suci bak kain putih.. bayi perempuan.. kedengaran suamiku iqamatkan anak kami.. sayu dan sayup2..aku boleh tersenyum seketika sebelum aku terlelap bersama nadi yang berbaki..

p/s: 

JGN P BERSALIN D HOSPITAL KONEGHANG

4 comments:

uchiha ct-k said...

uiiiiisssshhhhh.............
teruk btol laaa dorg ni....
ni boleh pakat ramai2 ngan org2 yg dah penah kena, lapor kan je kat org atasan dorg ataupun kementerian kesihatan ke(woha!)....
teruk btol..!!!
nasib baik laa kakak kte beranak kat hospital selayang tu ok je...
masuk wad dlm pkol 10pg camtu, hampir pkol 3 ptg dah beranak dah...
abg ipar kte lak berkejar dari penang g kl...
alhamdulillah sume selamat...
baby girl jgak...aleesya sofia...
4 ogos ni dah 3 bulan die...
^_______________^

!k@ said...

hmm..
hospital kuala nerang ni yg paling dekat ngan umah mil..huhuhu...
mcm ngeri lak nk bsalin kt situ...

Panacea Style Collection said...

salam..boleh saya tau kos bersalin semua kat PMC?

bloody marry said...

Keluar air mata saya baca cete awak hehehe.. kalu sy ada kt citu konpom saya tolong lempangkan misi2 tu kt awak.. Sy pon dpt misi2 yg hampeh jugak ms bsalin 1st.. Wad bersalin hospital kemaman. Sy xkn lupa misi2 yg kuangajaq tu. Tapi layanan di labourroom ok myb sbb kawan saya doctor di situ. sy diberitahu cara menangani misi yg celaka ni dengan kitapun kena btegas dgn mereka. If diorg kluarkan kata2 kesat kita berhak marah. Jgn takat menangis memendam rasa. Tempoh hari saya diwarded bbrp hari... Mmg xdaya nak gadoh mulut tapi sbb geram sy tarik kollar baju seorg misi dan nyata dia takut. Selepas tu semua staff mlayan saya dgn baik.. Alhamdulillah..