:: mereka Terhebat ::

Tuesday, May 10, 2011

:: AKU DAN AIR MATA ::


Aku Dan Air Mata

jatuh air mataku iringi remuk redam hatiku
saat ku kehilanganmu
dan hanya rintik hujan yang menemani aku

di saat aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua malam dingin
yang aku pandangi hanyalah langkahmu

reff:

wahai kau air mataku
hanya engkaulah saksi hidupku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya
tak pernah aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua malam dingin
yang aku pandangi hanyalah langkahmu

repeat reff

jatuhnya pun masih di pangkuanku
tak perlu kau sesali
wahai kau air mataku
wahai kau air mataku

repeat reff

di setiap detak jantungku
hanya engkau yang menemaniku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

(wahai engkau air mataku,
hanya engkaulah saksi hidupku)

saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya
jatuh air mataku, iringi remuk redam hatiku

***********************


Perut kosong.. lapar.. nak makan tapi tak ada selera.. mudah benar seleraku hilang.. hanya dengan sedikit tersentuh hati air mata mudah mengalir.. yaa air mata seakan saksi dalam hidupku.. aku tak tahu bagaimana lagi untuk bertahan dengan perjalananku yang penuh liku..

aku selalu sorok rasa yang terpendam jauh di lubuk hatiku.. tapi aku cuma insan biasa.. setabah dan sekuat aku tidak mampu untuk menandingi tabahnya karang di laut yang tegar biarpun kerap di pukul ombak.. 

aku selalu terbayangkan saat jika aku sudah tiada.. entah kenapa pelik benar perasaanku ketika ini.. usai solat maghrib tadi, tiba2 hatiku merasa kesunyian yang luar biasa.. mungkin kerana aku keseorangan di bilik ini.. jadi aku terlalu melayan perasan..



melihat orang lain bahagia, aku tumpang gembira.. aku ingin bahagia seperti mereka.. apakah aku belum bahagia selama ini?? tidak..!! aku sudah cukup bahagia, aku bersyukur.. ramai lagi yang terpaksa menghadapi hidup yang penuh liku namun mereka tidak mengeluh lantas menjadikan mereka juga bahagia..

semua orang layak merasakan kebahagiaan.. dalam bahagia itu tipulah jika takda air mata.. bahagia pon kena ada air mata?? yaa.. sebab kebahagiaan membuatkan hati kita sering terharu.. air mata yang mengalir panas dan laju membasahi pipi ini lambang ianya luahan dari hati..luahan yang tak dapat nak di ungkapkan di bibir mahupun melalui tulisan, yang mampu hanya tangisan.. membawa erti yang dalam.. hanya Allah yang tahu..

'manusia itu tidak dapat mengenali manusia dengan sebenarnya.. kerana manusia bukan pencipta manusia.. yang mengenali manusia sesungguhnya hanyalah Allah... kerana hanya Allah itu mencipta manusia.. Maka yang mencipta sahaja tahu apa yang di ciptakan..'


aku bertahan dalam setiap lelah yang aku hadapi dalam duniaku.. berteman air mata, ada air mata gembira, ada yang membiaskan derita.. biasalah hidup.. esok bila aku dah tak ada di bumi, sudah tiada hilai tawaku, tiada lagi celoteh mesraku..saat itu aku ingin sampaikan bahawa berbahagialah mereka yang aku sayangi walaupun tanpa aku di sisi lagi.. aku pergi untuk selamanya, redhakan aku..relakan aku pergi dan izinkan kenangan kita aku bawa bersama..

jika di takdikan aku benar2 pergi.. hanya setakat ini coretan yang mampu aku hiasi di sini.. aku tidak mahu sesiapa merasakan kehilangan.. anggaplah aku sedang menemani dengan lagu-laguku.. tiada apa yang mampu melawan kuasa Allah.. terimalah kepergianku..


sementara jasadku masih bernyawa aku hanya ingin rasa di sayangi, di hargai dan di senangi.. aku tiada apa2 harapan selain itu.. andainya aku dapat merasakan ia di saat akhir ini, alangkah bertuahnya aku..pergi dalam senyuman.. puas kerana telah tercapai semua..

aku seorang yang berjiwa lembut, mudah terusik, mudah sangat mencurahkan kasih sayang dan mudah juga kecewa.. aku suka memberi walaupun kadang2 aku tak minta pemberianku di balas tapi aku dahargakan penghargaan dan kasih sayang.. aku rindukan senyuman.. aku sukakan gelak tawa.. alangkah indah jika dalam hidup ini tiada air mata.. alangkah..

maafkan aku bila aku tiada, aku mungkin meninggalkan tanpa sempat terus memberi, mungkin aku meninggalkan sebelum orang puas untuk menerima.. kenangilah aku, walau sesaat dan sedekahkan aku al fatihah.. doakan aku berbahagia walaupun aku sudah tidak muncul saat aku di perlukan.. biarkan aku dengan air mataku.. jangan kamu juga menangis kerana aku..!

aku ingin berehat... aku sudah letih dan penat.. sungguh aku sudah hilang tenaga untuk semua ini.. aku tidak dapat terus bertahan.. izinkan aku pergi dulu.. gengamilah tanganku sepuasnya.. kucuplah dahiku semahunya.. peluklah aku sebelum jasadku tiada lagi di sini.. 



selamat tinggal dunia.. selamat tinggal coretan hati.. aku akan datang lagi jika jantungku masih berdetak.. jika tidak anggaplah ini yang terakhir.. dan dengarlah luahanku bahawa aku sayangkan mereka2 yang mendampingiku biarpun belum sempat aku tunjukkan sepenuhnya kasih sayang ini.. ketahuilah aku sudah boleh pergi dalam keadaan tersenyum apabila aku kenangi wajah2 riang kamu.. wajah2 itu ada dimana2.. sekeliling aku walaupun aku sedang bersendiri kini.. terima kasih.. terima kasih kerana menerima diriku walau banyak kekuranganku.. terima kasih..

2 comments:

myQza said...

Kenapa,
apapun perasaannya saat ini,
ingatlah
Allah sentiasa di sini!

ILA HonEyBuNNy said...

sedih lak baca....T_T