sorry kalau mood aku agak sayu dan syahdu.. (ahai) bukan niatku untuk meratap di sini, bukan juga membuat pembaca warkah ini berpilu-piluan (ada ker dalam kamus perkataan ini?) hee hantam jaa laa labu..ok mari aku mulakan bicara..(dah dua perenggan dah baru nak mula? eheh..)
...........................
bukan tujuanku untuk menggungkit semula peristiwa yang telah berlalu..aku cuma mahu abadikan disini kisah ini sebagai detik perjalanan kehidupan yang pernah aku tempuhi.. begini..
hampir sebulan yang lalu aku begitu bersemangat untuk DINNER "Malam Anugerah Kinabalu" yang kolej anjurkan.. inilah Dinner terakhir aku sebagai warga kolej Kinabalu setelah 4 tahun aku menumpang jasa di sini..
Oleh kerana sahabatku yana, tidak dapat hadir Dinner tersebut maka di berikan padaku Kad jemputannya.. jadi aku berpeluang mengajak suamiku untuk turut serta Dinner kolej buat kali pertama dan terakhirnya jua..pada mulanya suamiku tidak mahu, maklum saja, dia tak biasa.. lagipun segan katanya.. aku faham, kalau aku di tempat suamiku, mungkin aku juga sama..
puas aku memujuk, aku ceritakan yang menarik2 dan makanan yang sedap2 juga..
"jom laa p abang, best tau ada makanan macam2, tak payah laa malu kawan2 ayang semua baik2.. best sangat2, nanti kita boleh bergambar dengan kawan2, kita jumpa pengetua n penyelia jugak yer sebab ayang rapat dengan depa.. jom laa sayang.. rugi kalau tak g dinner last ni..dah takda lagi dinner camni seumur hidup ayang.. jom laa..please.."
aku sering merayu.. hampir setiap hari dan setiap kali aku berbual dengan suamiku di corong handphone..
akhinya kerana kesiankan aku, suamiku bersetuju untuk datang. alangkah tidak sabarnya aku.tak sabar nak kongsi pengalaman Dinner terakhir ni dengan orang yang paling aku sayang juga sahabat2..
bukan kerana makanan atau acara Dinner yang mendorong suamiku datang, tapi kerna itu permintaan aku setiap hari.. pon begitu suamiku tetap melayan karenahku. lantaran aku sedang hamil, mungkin faktor itu sering melembutkan hatinya..
suamiku mengumpul sedikit wang untuk membeli baju Dinner yang bertemakan Floral.. lagipun perut yang semakin membesar membuatkan hampir semua pakaian lama sudah tidak muat.. walaupun hanya baju pasar malam yang aku pilih untuk ke Dinner, hati sudah gembira.. baju pula sedondon dengan suami..
tiba hari untuk Dinner, kami rancang untuk naik motosikal sahaja kerana jika naik bas kolej nanti susah sebab pergi awal dan tak dapat solat maghrib bersama.. namun selepas solat maghrib berjemaah bersama suami, hujan pula turun lebat.. maka kami membuat keputusan untuk menaiki teksi ke Hotel Istana.. RM!5 jugak habis di situ..tak apa lah janji pengalaman tak dapat di beli dan di bayar..
sesampainya di sana kami di sambut oleh Eleen, penyelia kolej yang rapat denganku. gembira dapat kenalkan suamiku pada Eleen.. saat bayiku di dalam kandungan, dapat juga dia merasa Dinner kolej yang terakhir yang ibunya hadiri..
tapi.. masa gembira bukan selamanya. hidup ibarat air di pantai.. ada pasang ada surutnya.. berlaku peristiwa yang kurang manis untuk aku ceritakan di sini.. namun biarlah ia sebagai kenangan sahaja.. apa yang terjadi peristiwa tersebut membuatkan air mataku mencurah laju bagaikan tak mahu berhenti pada ketika itu..
puas suamiku memujuk, puas juga aku menahan diri dari terus bersedih.. air mataku tetap mahu mengalir.. bahkan aku tidak dapat mengawal ia dari membasahi pipiku..entah kenapa hatiku mudah tersentuh, mudah bersedih.. tambahan bila orang menengking atau meninggikan suara padaku atas satu kesilapan yang tidak aku sangka akan menjadi besar..
ketika itu aku mengusap perut, sayu apabila merasakan bahawa aku telah membawa suamiku dan insan kecil dalam kandunganku ke majlis yang terakhir yang membawa seribu kelukaan di hati.. aku mula merasa simpati pada suamiku yang dari jauh datang menemani, kasihan pada bayiku dalam kandungan kerana hari itu aku tahan makan tengah hari semata-mata nak bagi lapar dan makan semua juadah Dinner..
tiba-tiba ada tendangan halus yang seolah-olah turut memujukku.. sungguh lembut tendangan bayi dalam kandunganku.. seakan tidak bermaya apabila ibunya tersedu sedan sendiri.. suamiku mengusap air mata di pipiku dan cuba menyuap sup yang di hidangkan untuk melegakan aku..
akan tetapi entah kenapa, hilang pula selera makanku..seakan mahu pulang, lemah, tak mahu terus berada di meja itu lagi.. aku tahu ramai mata yang memandang.. aku sedar ada mata yang melihat aksiku, namun aku tidak dapat berbuat apa2.. sedihku bukan sekejab, bahkan berpanjangan pula..
"sayang, jom laa balik kalau sayang tak selesa.. abang belanja sayang makan kat kuar yaa.."
"takpa laa, abang makan laa, maafkan ayang dah tak selera.. ayang yang nak bawak abang dinner ni. abang rasa laa makanan yang ada.."
"abang datang sini bukan nak makan makanan2 ni..tapi semata2 nak teman ayang ngan anak kita.."
suamiku mula mengusap perutku yang sudah 7 bulan..
"maafkan ayang..tapi kenapa air mata ni tak mau berhenti.."
itu sahaja yang mampu aku ucapkan, sedang air mata tak dapat aku kawal..
"sayang ngah bawak anak kita, sebab tu sayang sensitif, abang faham.. tak apa laa jom kita balik jom.."
sorry to kak tie, aku takda mood nak bergambar time tu..
dan tak sempat makan pon, kami dah keluar dari dewan Hotel Istana.. melangkah pulang seribu kekecewaan.. kecewa dengan peristiwa yang menyedihkan di situ..
dan kami pulang menaiki teksi di saat hujan sedang lebat.. seakan hujan tersebut mengiringi kami yang juga kehampaan..
sampai di kolej, kami hanya makan megi..
"sorry abang, last2 abang makan megi je sebagai dinner kita.. sorry macam takda rezeki..'
"abang tak kisah laa sayang, apa yang penting tiap apa yang kita buat mesti kita happy... kita bukan takda rezeki, tapi depan mata kita makanan2 yang sedap2 kan..cuma kita buat pilihan untuk balik dan makan megi ni.. mana sayang lagi suka, duduk dengan abang dan makan megi atau terus duduk di meja Dinner tu sambil menangis? mesti sayang happy sekarang kan, abang ada dengan sayang kongsi suka duka susah senang..dari tadi abang nak bgtau sayang, kat Dinner tu abang tengok sayang laa yang paling cantik.."
aku sudah boleh tersenyum sedikit, (pandai suami aku bodek aku eh..) aku tidak mahu malam yang berlalu terus dengan tangisan..aku cuba lupakan semua, aku menyandar pada bahu suamiku dan aku sekali lagi menangis.. menangis sepuas-puasnya..
..............................................
aku cuba cari kembali keceriaanku yang dulu.. alhamdulillah.. aku sudah boleh ketawa.. tapi hatiku yang tersentuh, rajukku yang dulu sukar di pujuk.. mungkin aku jenis yang payah nak merajuk, payah nak terasa hati dengan orang, malah selama ni hidup aku sendiri2 lantaran tak mahu susahkan sesiapa..bila dah jadi masalah, inilah kesannya padaku..
mungkin juga emosi aku saat aku hamil agak berlainan dari selalu, tapi kalau laa orang lain di tempat aku, aku pasti jiwa akan juga terluka seperti aku..apa pon kita kena ingat tak semua orang boleh memahami keadaan dan kondisi kita...
..............................................
hari ini aku masih buntu bila terfikir pasal Dinner terakhir untuk SMPI..aku taknak pergi sebab aku taknak yang terakhir dan berakhir.. aku faham ia amat bermakna, bukan aku tak mahu bersama kawan2.. aku faham lepas ni mesti dah payah nak jumpa.. dah nak berpisah..
namun, aku tetap tidak akan pergi kerana aku akan menganggap bahawa tiada perpisahan, tiada yang terakhir.. tiada selamat tinggal.. aku tetap di sini.. terus di sini biarpun mata sudah tidak bertemu mata dengan sahabat2, namun takkan aku lupa sampai bila2 cabaran, ranjau dan pengalaman bersama kalian semua.. aku tidak mahu menangis lagi..
kepada sahabatku yana, aku teringin nak tengak kamu berlakon, aku sokong kamu, aku dengar kamu berlatih skrip.. aku cuba bagi idea, tapi aku tak mampu untuk pergi.. sebab aku sudah trauma.. aku jadi fobia dengan DINNER... tak tahu kenapa dan bagaimana, impak peristiwa yang berlaku sebelum ini masih aku rasai.. dan hatiku kuat untuk tidak hadir ke Dinner SMPI terakhir kali ini.. aku takut dengan apa yang telah terjadi.. maafkan aku..
kata2 yana pada aku membuatkan aku rasa serba salah lagi..
"kali ni..kau menangis sbb kau berada di mjlis perpisahan yg sngat indah...begitu bertuah krna hadir bersama insan kecil di dlm perut mau melihat unty yana dia yg comel ni berlakon...saat itu air mata kebahgiaan mengiringi mu..bersama teman2 seperjuangan selamanya..."
"betul tu yana, tapi aku tak sanggup membawa insan kecil ini untuk menangis lagi.. kerana setelah air mata ini mengalir, begitu payah ia berhenti..kerana aku simpati pada insan kecil inilah, maka izinkan aku pulang untuk membawa insan kecil ini berjumpa ayahnya, nenek dan atoknya yang rindukan kami... aku mungkin terlepas sebuah episod perpisahan dengan sahabat2 tapi aku takkan pernah mahu ucapkan selamat tinggal..."
sahabatku yana yang aku kasihi, aku faham jika aku tidak hadir Dinner terakhir ini, hatimu sedih sekali, tapi bukan kehendakku, aku sendiri jadi trauma.. bukan salahmu.. ia adalah khilaf diriku jua.. aku sentiasa mendoakan kejayaanmu, aku di sini akan selamanya menyokongmu, biarpun aku tidak dapat melihatmu lagi, tak dapat melihat lakonanmu..aku tak akan lupa padamu kerana bukan sekadar kita pernah merakam potret dan drama bersama, akan tetapi kita pernah ada cerita-cerita indah yang takkan kita lupa buat selamanya..
cerialah selalu walau tanpa aku di sisimu.. kau amat bermakna bagiku dan terima kasih kerana hadir menjadi sahabatku sejak kali pertama aku melangkah kaki ke Universiti ini, persahabatan kita bukan berakhir di sini, biarpun kaki kita sudah mahu melangkah keluar dari Universiti, tetapi sekali bersahabat, selamanya dalam doa dan ingatan.. jika kamu rindukan aku, bacakan al-fatihah buatku.. sebagai tanda persahabatan kita tak pernah layu.. aku sayangkan kamu sahabatku.. (^_^)
tanda tanya : kepilu-piluan tak? ahak...
7 comments:
k.aina!!! awen dah nangis dah ni baca...huhuhu (T__T)
maybe sebab awen ade time ni n ianya berlaku depan mata awen sendiri...sedih sangat...
jgn laa sedih aween.. peristiwa yg blalu biarkn ia blalu..ewah..mujur ada tisu awen bgi time tu..hihi
aina ape yg jadi aina....??
dzul fahmie
hahaha...cam klakar lak time awen bg tisu spare kat k.aina tu...macam budak2 lak rsenye...hahaha
p/s: k.aina cner nak wat kalau nak pop up kan window untuk org comment kat blog?? awen nye xleh ar...hihi
dzul: kamu sidah taw kan..hehe makasih sbb ambik berat.. (^_^)
aween:
takpe laa.. kurang2 ada gak usaha n k.aina pon da rasa kelekar masa tuh.. tisu masuk lam idung lak tu..hehe msa tu sedih, skrg igt blik, k.aina yg x matured kot..haha nk pop up komen yep,login, masuk dashboard, masuk setting, ambik bahagian comment, pilih yg jenis pop up punya..
hahaha msuk idung ehh?? haha kira ade benda klakar gak la untuk diingati...kikikiii ;p
haa..ok dah dpt dah pop up tu..hehe
Post a Comment