salam.. ahai rindu rasa hati kat blog yang da semkin usang dan bersawang ni.. tapi dalam menegembara aku kadang2 mengintai2 di sini dan aku tahu ada yang masih setia datang berkunjung.. cuma aku sahaja yang sudah malas untuk menulis..kenapa? entahlah..
aku minat dalam penulisan, walaupun aku tahu tulisan yang aku hasilkan bukanlah tulisan yang indah, seindah tulisan yang termaktub di dalm novel-novel atau buku pujangga.. tapi aku mahu menulis juga. tulisan dari hati.. itulah yang aku hasilkan selama aku di blog ini..
apabila mood aku gembira, selalunya karya aku santai dan bersahaja, adakala idea kelakar dan gila-gila datang tiba2 untuk aku coretkan di sini.. namun tak selamnya mood itu sekata.. sampai masa aku bersedih atau berduka, pasti post yang aku taip agak menghibakan diriku..
lumrahlah.. rupanya tulisanku ini adalah mengikut naluri hatiku.. menulis dari hati.. aku tidak tahu siapa yang suka membaca atau yang tidak suka menerima tulisan aku.. yang penting aku sekadar meluahkan di sini apa yang tersirat di hati..
nak berterus terang dengan seseorang tentang perasaan hati ni susah.. sebab mungkin orang tu akan salah faham dengan maksud cerita yang kita nak sampaikan.. jadi lebih baik aku menulis sahaja.. sebab bila aku tulis, aku rasa ringan.. rasa seolah-olah aku sedang meluahkan perasaan pada yang memberi perhatian..
haha apa yang aku merepek ni ye? tengok..!! awal tadi mood aku agak mendatar.. tapi sekarang aku dah mula rasa lucu dengan diriku. sebab rasa cam cakap sorang2 jer.. haha.. well itulah kelebilah menjadi seorang penulis..
sebelum ni aku sangat suka menulis.. boleh dikatakan setiap bulan, bahkan setiap hari.. pasti ada post..tapi sejak ada facebook, jadi malas pula nak menaip.. nak kongsi apa2 facebook ada.. then nanti ramai yg akan komen dan bagi pendapat.. berbeza dengan blog..
akan tetapi karangan2 di blog lebih anjal.. aku boleh meletakkan cerita pada sebuh gambar dan aku dapat kaitkan ia sebagai sebuah kisah, realiti atau fantasi.. dalam blog ni aku dapat corakan warna-warna yang aku mahu.. indahnya..! ya aku nak mula aktif balik laa..hehe
kejab lagi aku nak tukar layout tau.. hehe hope dengan layout yang baru akan menambahkan semangat aku untuk datang dan datang dan terus datang ke rumah nombor dua aku ni. aku nak cuci2 blog ni dan hias elok2 supaya ianya tidak jadi rumah usang lagi... yeeeeey..!!
tanda tanya: (?) apakah ini hanya hangat2 taik ayam?? huuuu
No comments:
Post a Comment