:: mereka Terhebat ::

Thursday, April 22, 2010

Sekolah Berkesan dari Perspektif Islam

fuiiyyo.. aku kali ni datang sebagai gaya cikgu yang nak terangkan tentang pelajaran sekolah berkesan dari perspektif islam.. hahaii ini adalah nota ringkas aku yang akan exam esok.. huu patotnya topik ni subjek tahun 4 nanti.. tapi aku yang terlebih bijak telah mengambilnya pada sem ini tatkala aku masih di tahun 3..

Tak apa, yg penting aku faham kan..bagi mereka yang bakal ambik subjek sekolah berkesan, mari2 baca ni sampai pening.. haha.. bagi yg tak ambik tu aku sarankan kalau nak baca baca laa tambah ilmu..tapi  nota aku ni lebih pada nota tangan aku lor yang aku reka formula nak ingat fakta.. hihihi..

**************
BAB 1  - CABARAN SEKOLAH BERKESAN

"jurutera berhadapan dangan benda mati, tetapi guru berhadapan dengan benda hidup yang belum tentu mudah dibentuk.."

Cabaran kritikal : **KYG
  1. Bagaimana membentuk kualiti sesebuah sekolah sehingga menjadi sekolah berkesan, 
  2. Bagaimana meyakinkan rakyat terhadap prestasi institusi pendidikan
  3. Bagaimana menghadapi era globalisasi dalam pendidikan
Cabaran  perlu diberi perhatian (KPT & KPM) : **MTK WIKAP

Manusia berkualiti,  Tadbir urus berkualiti, Kurikulum berkualiti, keWangan berkualiti, Insfrastruktur berkualiti, perKongsian berkualiti, pengAntarabangsaan berkualiti dan Budaya berkualiti.

BAB 2 - TRANSFORMASI PENDIDIKAN

"selalunya manusia sedar bila dia mendapat hasil"

Sebelum merdeka : sistem vanekular, selepas Merdeka : perancangan2 pendidikan dari 1957 - 2010 **malas nak taip byk sgt.. aku simpan lam otak jew eh..

BAB 3 - PERANCANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

"sesuatu yang dirancang bukan tindakkan satu pihak sahaja akan tetapi melibatkan semua barulah berjaya, bak pukulan kalau 1 jari sahaja yang bertindak apalah sangat, tapi kalau semua jari bersama digenggamkan untuk menumbuk kan lagi sakit kalu kena.."

Dasar-dasar Perancangan : **PPPPC
  1. dasar Pecah perintah (1786-1957)
  2. dasar memperkasakan Pendidikan kebangsaan (1957-1970)
  3. dasar memperkasakan Perpaduan kaum (1970-1990)
  4. dasar memperkasakan Pendidikan bertaraf dunia (1991-200)
  5. dasar melonjakkan keCemerlangan pendidikan ( 2001-2010)
Dari perspektif islam : ** Islam Hadhari, J-QAF, Maktab jadi institusi perguruan, Misi nasional

Islam Hadhari 10 prinsip :** IKRIEKH BAP

keImanan dan ketakwaan kepada Allah, Kerajaan yang adil dan beramanah, Rakyat yang berjiwa merdeka, penguasaan Ilmu, pembangunan Ekonomi seimbang, Kehidupan berkualiti, pembelaan Hak2 minoriti dan wanita, keutuhan Budaya, pemuliharaan Alam, kekuatan Pertahanan.


Misi Nasional (31 MAC 2006) : **SIKEP

meningkatkan..>>
Sosioekonomi, Institusi, Kualiti, Ekonomi, Pengetahuan.

 BAB 5 : KONSEP SEKOLAH BERKESAN

"berpijak dibumi yang nyata"

Teras pendidikan berkualiti tinggi : **HPPP

arah Haluan strategik, Pelan starategik, Perlaksanaan berkesan, Pemantauan berterusan.

BAB 6 : SEKOLAH BERKESAN DIAWALI OLEH PEMBAHARUAN PENDIDIKAN

"ingin melakukan perubahan bukanlah mudah kerna perubahan itu memerlukan masa dan tekad.."

Bukti :  **PPP

surah ar-ra'd ayat 11 >> "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka"

Pepatah arab >> "man jadda wa jada" (siapa yang berusaha akan berhasil)

Pepatah barat >> "by work all thing increase and grow"

Perubahan menuju objektif >> pertumbuhan, mobilitas, expensi budaya.

BAB 7 : PROFILE SEKOLEH BERKESAN **DLFD
  1. arahan Department pendidikan Nasional Indonesia ** PPPPIKMM >> Pelajar, Prasarana, Profesionalitas, Pembelajaran, Iklim, Kurikulum, Masa, Manfaat.
  2. Lipsitz **PGLI >> Pelajar, Guru, keLembagaan, Ibubapa
  3. Fantini **PGKI >>  Pelajar, Guru, Kurikulum, Individu
  4. Darus & thomas **BIDAK KA >>  BIlik Darjah, Akademik, Kemajuan, Kualiti, Arahan guru.
BAB 8 : PROFILE PELAJAR SEKOLAH BERKESAN 
  1. The seatle Public School **BS AP ST >> Basic Skill, Academic Prestation, Systematic Teaching.
  2. Buchori, pelajar **DBM >> Dapat hidup, Bina kehidupan, Memuliakan kehidupan.
  3. UNESCO **KDLB >> learning to Know, Do, Live together, Be
BAB 9 : KEPIMPINAN SEKOLAH BERKESAN


"bimbinglah seseorang sehingga orang itu rasa terbimbing.."

model2 kepimpinan:
  1. Transfornasional _ sifat
  2. Transaksional _ hubungan
  3. Situasional _ keadaan
  4. Spiritual _ semangat
** ingat kat otak gak kretiria, kesan & aplikasi semua jenis kepimpinan tu..

BAB 10 : ISU-ISU SEKOLAH BERKESAN

perbezaan sekolah unggul & sekolah efektif / berkesan **pun da ingat dah.. hua hua.. nota orang malas..

************

BAB 11 : GUD LUCK MY SELF.. hehe habis dah lor..blink2 mataku ngan warna2 highlight.. hee tapi aku puas hati dapat buat nota seringkat dan padatnya.. haha padahal banyak penerangan aku skip kat nota ni.. haha nama pon nota ringkas kan kalau letak semua tu tak ringkas dah laa namanya.. kepada yg rasa cam tak paham sorry yaa aku just nak review jaa..

hubby kata review jaa kat blog tu coz tadi tak dpt review kat hubby.. line kat kampung tak clear..huu harap2 aku dapat jawab yang terbaik esok and aku ingat laa fakta2 ni..pening gak nak hafal perkataan2 yang banyak..haha tp aku suka! ok laa doakan dakuuuu... salam

tanda tanya (?) : isk, agak2 faham tak eh??

No comments: